Sunday, August 05, 2012

oh anak-anak muridku :)

harini masuk minggu ke tiga aku ke sekolah gong badak untuk praktikum.... kelas yang aku ajar adalah seperti berikut :

1. 5 ibnu rusyd 
2. 4 ibnu rusyd
3. 3 ibnu rusyd
4. 5 abu darda

1 dan 2 ajar matematik
3 dan 4 ajar pk dan pj..

untuk entry ni, ak nak share pasal kelas 5 ibnu rusyd (5ir) sahaja...

seawal melangkah ke sekolah tu, guru pemimbing, ksiti ingatkan aku supaya ajar anak murid dia yang kelas 5ir ni elok2.. dia tak nak la ank murid dia ketinggalan sebb dia penat nak polish balik bila banyak sangat tertinggal.. first day aku masuk kelas 5 ir, aku berkenalan dan buat soalan matematik.. aku tengok, diorang ni seolah-olah sangat suka pada soalan matematik.

dan, dalam kelas tu, ada beberapa pelajar yang berjaya menarik perhatian aku. antaranya, lukman~ anak seorang ustazah. dia sangat comel dan takut diugut.. ngehhh... ada lagi, >>aku tak ingt nama dia, tapi dia sangat bagus. perempuan~

kelas ni ada 37 orng, dan dalam sejarah aku mengajar selama 2 semester ni, tu la kelas yang paling ramai. kena pulak di bulan puasa yang mulia ini. suara aku yang kuat menjerit ni pun mampooo tenggelam dalam suara anak-anak mereka.. ada masenya, aku da mula rasa down sebb mereka sangat bising... tapi, masalah berjaya diselesaikan :) alhamdulillah.

dan aku sanggup p jumpa pk1 nak relief kelas tu je sebb aku nak ajar mereka matematik. 

catatab sejarah : hari ini
-----> k.siti tak datang, bercuti.. seperti biasa la.. jadual guru ganti akan diedarkan di pagi hari. aku dapat kelas 5 ir. terfikir jugak, nak buat ape la kat kelas tu. dengan tak plan pape, dengan masuk 30 minit je, ape yang boleh aku buat untuk mereka? ulangkaji~

dan aku sangat gembira bila sesi ulangkaji hari ini sangat berjalan lancar. anak-anak murid mendengar arahan dengan baik. termasuklah yang dikenali sebgai nakal dalam kelas tu.. sejujurnya, aku tak kesah mereka bising, kalau bising itu adalah bising belajar..

dan yang paling penting bg seorang guru 'MEREKA BELAJAR SESUATU WALAUPUN SIKIT'

P/S : da start baik dan syg diorang.... :) jadi anak murid yang baik2 ye. thanks~

No comments:

randomly

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...