Monday, June 25, 2012

ada rezeki (part 2)

salam semua..

kalau korang baca post yang lalu tentang rezeki ------>entry ini
sesungguhnya saat itu aku sangat memikirkan sama ada team ipgkdri layak atau tidak untuk ke debat perpaduan ipt di upm julai ini..

semakin hari semakin kuat debaran di dada takkala masih menunggu keputusan daripada ipg induk. alhamdulillah, kami mengetahui yang team kami berjaya ke debat perpaduan ipt... alhamdulillah.. ada rezeki kami!

dalam pada masa yang sama, kami juga menghadiri debat alam sekitar 29 jun - 3 julai dan bersambung 4julai - 8 julai di upm untuk debat perpaduan ipt..

alhamdulillah, aku memang cukup berbangga dengan mereka. mereka yang naik bersidang untuk kumpulan aku.. korang memang superb..

tamat je debat perpaduan ipt, aku akan menjadi alumni debat ipg dan menguruskan team baru dan akan menempatkan diri untuk menguruskan team... setakat ini, aku masih belum dapat handle kelab kerana kekangan masa. jadi, lepas ni, skop kerja lebih tertumpu kepada pengurusan dan praktikum memandangkan kesibukan yang menghimpit mendesak aku untuk memberi sepenuh tumpuan untuk mereka yang akan dididik dengan penh kasih sayang!

sesungguhnya rezeki itu milik ALLAH, jodoh juga milik ALLAH..selain berusaha menjadi baik, berdoalah bersungguh.. serahkan urusan padaNYA.. alhamdulillah, kami masih dapat rezeki untuk ke pertandingan debat ipt..

p/s : untuk debat alam sekitar, aku tidak berharap terlalu tinggi.. harapan menyertai das (debat alam sekitar) adalah untuk team belajar dan terus belajar...
 untuk debat perpaduan, aku dijadualkan untuk sepenuhnya menjadi reserve a.k.a simpanan.. maka, aku akan berusaha menjadi simpanan yang terbaik dan terus menyokong kamu semua.. aku paling tua, dan aku akan selalu ada untuk sokong kalian.. chaiyok2..


jum layan gambar debat perpaduan ipg 2012.. jangan muntah!







adilaCR memang berangan num 1.. puas! puas dapat catat kejayaan akhirnya. atleast top 3. alhamdulillah...

mereka... akak sentiasa sokong anda semua.. (maaf andai aku marah korang tak izin laluan)  tahniah



hahaha... motifnya encik irfan rendahkan dirinya ;( aku taw le aku rendah, no need to mention with action! tahniah encik!

piala yang paling cantik dan berharga buat kami semua...

tahniah... walaupun kita tak juara pada mata mereka, kita bersyukur kerana kita juara pada diri kita... mereka =)

alhamdulillah atas rezekimu yaAllah

ipg kampus dato' razali ismail dan ipg kampus temenggung ibrahim
tempat kedua dan ketiga.. tahniah buat anda semua

yeeehhhh, nampak mcm tak balance kan... ngeh3.. muka aku nape jadi mcmtu??

bersama mereka, pensyarah pembimbing yg sentiasa menyokong dan tuan pengarah yang sporting =)

salam!



Sunday, June 24, 2012

assalamualaikum penduduk bumi...(mcm penduduk bumi baca post aku...ha3...)

setelah beberapa lame aku tak post entry, hari ni nak post lagi... memandangkan ada beberapa perkara yang buat aku rasa di sekitar aku ni banyak yang BERTUAH... aku mengukur erti bertuah tu pada sudut mata aku la kan.... keh3.. jum!! ikot kisah orang2 bertuah disekeliling aku...

kisah 1
dalam hati aku berkata... bertuahnya dia!! fuyoo... dapat samsung galaxy tab..
hah.... untung kan dia? dapat samsung galaxy tab.. free2 lak tu.. > memang la, lau dapat tentula free kan.... keh3..
dia dapat bendaalah tu sebab teman kawan dia untuk beberapa event.. kawan dia bg adiah! untungnya dia... :) dan aku hanya mampu menunjukkan ke'impress'an aku terhadap KEBERTUAHANNYA itu...
kalau aku dapat mcm tu, kira aku bertuah la kan??? berangan la adilacr!

kisah 2
sedang aku berjalan2 ke kafetaria di ipg tercinta, terjumpa la aku dengan seorng junior yang sangat klik ngan aku... tapi kami jarang jumpa sebb dia duk hostel dan aku duk rumah sewa. lagipun, aku byk keje nak kena wat.. praktikum dan debat akan memenuhi kehidupan aku setiap sem.. :)
bertanya khabar dia.. mcmne sekarang? katenya, dia da jadi tunangan orang! wah... untungnya kamu dik.... aku tersenyum gembira mendengar perkhabaran tersebut.. ada rasa tak percaya dan ada rasa nak mengalirkan air mate..>tapi tak leh la.. lau nangis t orang ingt aku sedih lak dia bertunang... aku rasa bertuahnya kamooo dik...
dan sepanjang perjalanan aku terpk, betapa bertuahnya kamuu... da jumpa orang yang yakin nak jaga kamu.. tahniah dik!


semoga kita akan menjadi diri yang bertuah!

salam.

ALLAH sedang menguji aku dan kami..

dek kerana ikutkan hati, aku kadangkala terlupa pengorbanan orang lain..

entry dedikasi khas untuk mereka
1. syed fahmi akmal syed isa
2. mohamad iqbal zahanuddin
3. linggatharani a/p kesavan

maafkan aku kerana menjadi ahli yang banyak buat salah dan kadang-kala menyusahkan korang.. 
sory, kerana kesempitan masalah, aku lbih pentingkan emosi aku daripada pengorbanan mereka.. maaf!

sesungguhnya saat ini, perasaanku diuji sehingga aku kira aku sudah jatuh tersungkur..
lalu aku jadikan penghalang untuk kamu semua untuk same2 mengerah tenaga dan masa untuk turun latihan debat untuk persiapan debat alam sekitar dan debat perpaduan yang akan berlangsung terus 10 hari.

maaf sesangat kepada syed fahmi akmal terutamanya kerana sikap aku, kita tak bertegur hampir 2 hari.. maaf kiranya aku melebihkan perasaan yang masih bercelaru dengan pelbagai masalah yang akhirnya membuatkan kamuu juga turut terasa tempiasnya...

untuk latihan seterusnya, aku berazam untuk terus berusaha.. berdoa dan terus meneroka. ambil kira perasaan orang lain.. semoga dengan ujian Allah terhadap aku dan tehadap kumpulan kita, kita akan terus belajar.... maafkan aku ahli kumpulan..

sesungguhnya, aku menyayangi kalian semua.. semuanya bermula di sini....


salam!

Monday, June 11, 2012

nak happening??

assalamualaikum... kalau tak jawab dosa.. kalau jawab sayang :)

dalam hidup kita ni kan, kadang2 ada sedih, ada gembira kan?? tapi bagaimana kita nak stay happening?? ada masa kita down jugak, nak2 time mood swing.. memang lah...

ada kala orang kate aku ni senget... kira ok la kan dari aku moody sajee..

aku nak share ngan korang beberapa scene yang boleh buat aku gelak sesorang...


situasi 1:
qayyum baru beli fon baru. so aku nak tanya la bape gb dia guna memory card untuk foon dia...

akak: abe beli bape memory card tu??
abe : beli so je... (dengan muka selamber giler)
akak : ada ke fon guna 5 memory kad...? akak taye bape besarlah... 1gb? 2gb? haiyoook... detail!


situasi 2 : 
aku baru balik umah ngan mak dan qis.. so, dalam hujan tu, aku turun dulu... mak bagi isyarat dalam kete suh alihkan kandang...(oh, mcm besar sangat kandang... dia mcm kandang kecik) kandang kecik untuk arnab... aku asalnya tak nampak, tapi bila lame sikit baru fahamm... biasala a bit pending!

ni dialog qis dan mak dalam kete

qis : eh..eh...eh... budak kakak ni, tak faham-faham.... budak kakak....

2 3 saat kemudian

qis : mak, jangan bagitaw kakak ye qis cakap gtu...


hahahahahhahahaha,... taw takot... da la panggil aku budak kakak... suka hati dia je..

kelakar le mamain ngan budak2 ni... memang kadang2 bolah bawak gaduh tapi bahagia.... 

keluarga 69!!


p/s : kepada mereka yang nak ceria, kekal ceria... cari sumber yang boleh buat korang happy... ceria.. bukan korang sedeh.. cari kawan yang leh wat kawan.. hati tak mo dengki2.. tenang! doa!....

musim la kak oi....

assalamualaikum!!

baru je bukak fb, terkujat seketika melihat gambar pertunangan dak batch aku.. hua.. terkujat! n tahniahla kepada beliau kerana sudah disunting orang~ hehehe... aku pernah meletakkan cita2 yang sama juga tapi tibe2 mood cita2 tu hilang.. mih..mih..mih...

ada juga yang melansungkan perkahwinan di musim2 cuti sekolah ini.. wah, heavennya da jumpa si dia yang terima kamu seadanya, want to protect you ever.. wah3... tahniah! aku juga pernah plan tapi planing da bertukar da sekarang memandangkan banyak sangat pergolakan hati yang timbul... ngeeh!

apa yang telah mengubah mood aku?? sebb aku baca buku novel cinta high class.. aku mau cte sama kamuu, memang kena atas batang hidung aku lah kan... dalam nak cari orang yang betul2 nak kat aku yang tak la cantik pun, pandai pun idok.. senang citer banyak le kekurangan, banyak jugak la aku mengalirkan air mata... bukan sebb orang tu marah ke hape ke, tapi sebb action speaks louder than word. mungkin aku yang terlalu amek hati atau kate2 atau tindakan korang memang hurt me sooooo much lah...

dan disebabkan keadaan-keadaab yang mendesak tersebut, aku tak mahu menjadi manusia yang bodoh kerana merendahkan cinta aku semata-mata. jadi, selagi belum masanya, tak perlulah aku nak serabutkan hati dan kepala aku dengan perkara2 yang akhirnya akan buat aku menangis lagi... orang kate, menangis tu terapi tapi lau kerap da jadi depression taw kah??

ok, stop cte pasal hati perempuan sangat ini.... just rileks! ada lagi agenda yang lagi best untuk menjadikan diri lebih baik.. ngeh3...

:)


Wednesday, June 06, 2012

kisah tukang sapu

assalamualaikum...

sedang aku menunggu bas untuk bergerak ke kota bharu bersama adik2, ada seorang tukang sapu sedang membersihkan tempat perhentian bas tersebut. dia kelihatan biasa saje.. berbaju blaus dan berseluar track serta bertudung... berselipar jepun.

namun, ape yang menjadi tarikan kepada aku untuk melihat dia lebih meneliti gerak kerja beliau ( satu penghormatan )... beliau hanya seorang tukang sapu, tapi lengkap menutup aurat. di kakinya, setia sepasang stokin bewarna hitam.. walaupun hanya memakai selipar jepun, tapi bagi aku menutup aurat lebih mulia untuknya.

walaupun hanya pakai blaus yang biasa yang berlengan panjang itu, beliau masih menyarungkan stokin tangan hitam untuk menutup lengannya ketika bertugas.. tudung sarung yang beliau pakai juga cukup menutup dada dan lengkap...

aku lebih menghormati beliau yang lengkap menutup aurat.. bukan berat tapi memerlukan komitmen istiqamah yang sangat tinggi.. aku juga kadang kala ada masa terbabas.. terok! dussshhh....

bagi pandangan mata aku yang rabun kurang 300 ni, lengkapnya pemakaian dia lebih lengkap dari mereka yang bertudung labuh, berpurdah tapi tidak memakai stokin tangan..

p/s: masih belajar untuk terus istiqamah... aku hormat mereka yang mampu menjaga kesemuanya aurat.. tahniah untuk anda.. bimbing n ajak saya sekali :)

wallahualam..

Monday, June 04, 2012

cerita seorang guru...


Dalam persediaan untuk pertandingan debat perpaduan 2012, kami sekumpulan diuji dengan pelbagai ujian juga. Yelaaa... untuk Berjaya bukan senang.. work for it and u’ll get what u work for.. antaranya LATIHAN.
Selepas menyertai debat integriti 2012 februari lalu, aku kira mencari guru dari unisza untuk latihan kumpulan kami adalah pilihan yang tepat. Suatu petang, aku, syedfahmi dan iqbal buat meeting kat kelas di bangunan m. Kami sedang merangka jadual latihan dalam kurang lebih 2 minggu sebelum pertandingan bermula iaitu sejurus aku tamat praktikum 1 selama sebulan. Penantian mereka untuk aku lapangkan masa sudah ada. Tinggal 2 minggu lagi untuk ke pertandingan.dengan perbincangan bersama, kami bersetuju untuk meminta pertolongan dari seorang debater unisza, adib aiman! Kami panggil dia abg adib.
Aku capai fon dan kol abg adib yang sedang menyertai penang open pada ketika itu. Afifah adila juga antara sasaran kami untuk menuntuk ilmu dalam medan perdebatan. Bila dah deal, kami sepakat nak buat first meeting team perpaduan ngan abg adib pada hari jumaat. Pada mulanya, abg adib tak datang sebb dia tertido.. first, memang la aku tak taw jadual dia.. lepas deal dan bincang elok2, then kami set malam sabtu di dietas pizza, area gong datuk  ( kalau korang orang kt, korang maybe taw tempat ni)...
Meeting first kami bukak konsep usul sebanyak 25. Kali ni, abg adib belanja, tanda mintak maaf atas kesilapan yang telah berlaku. Kami set lagi meeting kedua. Malam juga tapi kali ni di kelas dalam ipg. Bermula lah satu pembelajaran yang agak2 tough dan memalukan aku! Mock kilat! Mock kilat adalah bukak konsep usul.. jadi, aku pastinya orang yang paling lemah sebb aku adalah orang yang agak lambat pickup.. mock pintas adalah sesi kedua latihan kami malam tersebut.. kami set lagi untuk third meeting.. third meeting adalah mock kilat sahaja sebb mase tak cukup. Kami kena stop at or before 11 pm..sebelum balik, abg adib ingtkan kami semua, ape yang perlu buat dan ape yang tak leh buat.. attack! Kena work mcm group..
Dan sepanjang tempoh perdebatan, abg adib orang yang banyak bagi sokongan moral kepada kami. Walaupun dia tak de bersama kami mase perdebatan tu, dialah orang yang selalu ingtkan kami untuk focus. Dia selalu sokong kami, tolong kami dan dia terapkan nilai kumpulan dalam team sehinggakan aku boleh sayang team aku mcm adik2 aku...(aku paling senior).
Pengajaran dan didikan abg adib mungkin Nampak biasa pada dia sendiri.. tapi sangat bermakna bagi kami sekumpulan. Dan mungkin juga aku yang paling terasa sebb aku bertindak sebagai kakak dan aku yang deal dengan orang.. tapi kami rasa. Since abg adib ajar kami, ape yang ditekankan adalah teamwork! Bekerja sebagai kumpulan... be professional J. Selain dari itu, abg adib juga menekankan focus dalam perdebatan.. banyak lagi penerapan nilai yang ditekankan... sehingga kami da berubah.dulu kami buat hal sendiri... sekarang, kami menghargai masa, focus dan yang paling penting TEAMWORK..
Terimakasih buat sifu kami, adib aiman.. semoga sifu terus sukses.. n dapat ajar kami lagi.. banyak lagi yang kami nak belajar dalam perdebatan ini... terima kasih kerana satukan kumpulan kami...
J tiada kata yang dapat gambarkan terima kasih atas tunjuk ajar ini. Semoga diberkati.

our sifu..

kedua-duanya sekali... terima kasih!


p/s: aku tak bagus sgt dalam menyampaikan cerita! Tapi aku sangat menghargai pengajaran beliau... terima kasih dari kami, team perpaduan 2012 ipg dato’ razali ismail J. Tahulah, sokongan dan tunjuk ajar dari abg adib, sangat mempengaruhi kami... sangat membantu kami.. teruskan sokong kami.. anak didikmu!

randomly

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...