Wednesday, February 27, 2013

not good mood

hua... bila bad mood ni rasa malas je nak mai sekolah..
sume aktiviti rasa hambar je..

hua.. i just wanna borrow someone's shoulder
and cry
and i want to hear that the person support me in any way i am...

apakah yang sebabkan aku badmood ni..
sehingga perasaan benci ini menyelubungi diri..
what??

p/s : lingga, if u are here, please make me hapy again... :'(
i dont know y...

-teruk-

Wednesday, February 20, 2013

rangkuman kes.. hahaha

assalamualaikum...

sudah lame tidak menekan-nekan keyboard untuk ruang ini.. makanya, hari ini seolah tulisan rangkuman tentang apa yang sedang di hadapi di sekitar aku...

hari ni, sudah 24 hari berada di sekolah (tidak termasuk hujung minggu).. sudah 4 mnggu 4 hari dan sedang berada di minggu ke 5.. oyeh! ada 7 minggu lagi untuk bergelumang di sekolah yang awesome ini.. hehehe..

seronoknya berada di sekolah... anak murid yang baik-baik, guru-guru yang tidak jemu-jemu berkongsi ilmu dan pihak pentadbir yang baik dengan kami sebagai guru pelatih.. sejujurnya, aku sangat seronok walaupun pada awalnya kami diberikan masa paling maksima iaitu 12 masa
*untuk pengetahuan kalian, pihak sekolah boleh memilih untuk bagi antara 8-12 masa mengajar
- hahaha, amekau, dia bagi paling banyak...
tapi, berbaloi la dengan suasana sekolah yang cukuplah tenang...


dalam kesibukan di sekolah, pastinya aku tidak dapat meluangkan banyak masa seperti belajar di IPG. aku kena banyakkan masa untuk siapakan RPH (rancangan pengajaran harian), worksheet, jurnal mingguan, refleksi selepas pengajaran dan bahan-bahan pengajaran... dan tidak lupa, aktiviti sekolah seperti sukan dan rentas kampung... dalam ketidaklapangan itu, tbe2 rasa rindu pada kumpulan debat..

kenapa? baru ni ada jumpa Lingga, dia bagi buah tangan dari Penang. hehehe, dia bagi ai Jeruk Salak dan laddu juga manisan (tak ingat nama). mase duk spend masa ngan dia walau sekejap itu, tetibe aku teringat kenangan gi debat mase IPG tahun lepas... memang that lady banyak bercerita, hehehe.. mungkin sebab lama sangat kot tak sembang, jadi rindu pulak...hehehe

keduanya, kesian kat syed dan syana... tak leh nak tolong kamu berdua untuk debat keamanan next thursday hari tu... huhuhu... diorang g berdua je, pastu semua orang sedang sibuk sekarang.. macamne la diorang berlatih tu... sape la nak turun tolong diorang...

sibuk2 kat sekolah, kadang-kadang lupa pulak aku masih lagi guru pelatih.. hahahaha... rasa macam dah cikgu dah... hhehehe.. tapi, bila ada wat assignment, terus rasa diri pelatih! deng~

nak share a few photo yang ada dalam lappy n yang rasa best... enjoy it..

team baru : pertama kali bekerja bersama
debat integriti feb 2012

kawan baik ala-ala conan
debat perpaduan di UPM julai 2012


persediaan debat alam sekitar dan debat perpaduan
sekitar januari 2012
* point yang kat belakang tu

alhamdulillah... tidak menyangka sejauh ini...
terima kasih semua dan terima kasih sifu abg adib aiman atas tunjuk ajar


terpaksa tinggal kelas sebab dah tersedak...
hehehe... 

menjerit kami satu kumpulan tatkala dipaparkan ini..
tak berlatih tapi berharap..
alhamdulillah =)

here we are... maybe after i cry for someone.. lingga, thanks 4 always be there.

pujaan Lingga... hahaha.. benny raijun..
(kalau lingga baca ni, abeslah dia marah aku.. hahaha...)

piala sekadar simbolik, tapi maknanya sangat MAHAL


jalan-jalan beli bunga hadiah kat diri sendiri....
janji kerana sudah menghadapi praktikum 1 dengan baik...
soon, harap ada orang bagi pulak... hahaha (detik hati : berangan la dila!)

we are here @ UM jun 2012 (debat alam sekitar)  bersama amal... the fasi yang baik giler kentang...
nak gerak g UPM pula... =)

sangat semangat.. ni tak sure la betul ke kelentong... hehehe....

diorang same tinggi..
same style...
hahaha... malas dah~


bersama fasi UPM julai 2012 (debat perpaduan)
aku ngan fasi je same tinggi... takpe~


latest debat. debat ulul albab
alhamdulillah.... 3 orang sahaja 1 team...
shana is on my left... 

i m here @ school..  sibuk sampai tadek mase nak tengok fon (hahaha, koya!)
at the same time, i still sangat rindu nak berdebat...

p/s : debat adalah satu-satunya aktiviti yang mengubah aku menjadi aku sekarang. banyak yang belajar tentang debat. sekiranya anda berfikiran bahawa, 'orang debat selalu nak menang', itu adalah satu tanggapan yang sangat salah.. bagi aku, pendebat ini ada sebabnya tersendiri.. jadi, andai anda ada sebab yang lebih logik, maka berbincanglah dengan cara berhemah.. bukan ckp belakang dan sebagainya yang tidak relevan langsung.. sepanjang 9 semester di IPG, aku masih lagi bergiat dalam debat. dan harapan, tahun akhir pembelajaran di IPG ini juga masih dapat memberikan semangat dan bantuan untuk kelab debat juga team debat untuk DEBAT PERPADUAN IPG 2012.. In Sha Allah... amin

Monday, February 18, 2013

kenangan itu datang lagi..
bertubi-tubi mengimbau kembali perkara manis lalu
yang kini hanya tinggal kenangan

dan peluru kenangan itu, seakan memaksa air mata jernih jatuh gugur ke bumi dengan frekuensi lebih deras.
namun, dek kerana kedegilanlah, aku kuatkan diri.
yang hak perlu ditegakkan, yang utama perlu diutamakan

kita lebih mudah mendidik diri sendiri

p/s : YA ALLAH, didiklah hati ini.. tetapkan dalam agamaMU. gantikan dengan lebih baik..amin

Tuesday, February 12, 2013

spam komen

subhanaalah.... banyaknya spam komen yang ada... uhh, selama aku blogging, aku tak pernah tertengok pun spam komen tu... teruja...

sangat suka dengan sesetengah komen yang sangat membina, tapi how aku nak berterima kasih semula pada orang tersebut bila anynomous??? huhuhuuu....

jadi, mulai hari ini, aku mahu tukar setting. no anynomous.. sebb susah nak greet balik.. tulis je nama asall. bukan nak hentam pun.. just nak berterima kasih... :)

p/s : terima kasih atas sokongan anda terhadap saya. terus rasa sedikit sihat =) have a nice day

Wednesday, February 06, 2013

berita gembira dan doa

assalamualaikum...

bru sahaja dua hari lepas aku menghubungi wani. seorang kawan lama... tup2, dapat berita dia dapat tawaran pensyarah muda.. dapat terus phd pulak tu.. dah tu dapat blaja oversea.. untungnya...

allah maha adil dalam memberikan rezeki.. lepas sorang-sorang kawan aku dapat sambung blaja ke oversea.. cemburu mula menguasai hati.. tapi yakin, ada untungku di kemudian hari.. yang penting, bersabar dan bersyukur dengan nikmat kurniaan Illahi..

p/s : bersyukur itu pun pahalanya besar.. tidakkah aku berasa beruntung?? alhamdulillah ya Allah..

Tuesday, February 05, 2013

praktikum 3 cerita 1

assalamualaikum...

hari ini sudah 2minggu 3 hari aku ke sekolah kebangsaan kampong tengah, manir.serba sedikit tentang sekolah tersebut... sekolah yang berada di tengah2 antara 4 buah kampung.. jumpa murid seramai 1018 orang dan guru seramai 78 orang. kiranya, ni sebuah sekolah yang besar la...

sudah 13 hari berulang alik ke sekolah setiap awal pagi, rasa gembira dan seronok sudah pun bertandang di dalam hati.. suasana sekolah yang happening, guru-guru yang cepat mesra dengan aku.. anak murid yang agak takut dengan kegarangan aku dan hormat! hehe.. kadang-kadang, ada sahaja karenah yang mereka lakukan yang tidak kena.. kali ini, aku bawakan karakter guru tegas tapi baik.. hahahaha... alhamdulillah, suara yang kuat boleh menenggelamkan suara kecil mereka..

ada kalanya, aku rasa pengajaran aku tak la bape best, tapi still, anak murid enjoy... hehehe... alhamdulillah.

p/s: sebagai guru baru, aku lebih sukakan sekolah kampung berbanding sekolah pekan dan sekolah bandar. mereka lebih menyayangi dan menghargai guru.. i just cant imagine, mesti sedih bila dah abes praktikum t... sekolah ni sangat best dari semua aspek.. tinggal aku sahaja nak anggap benda tu best atau tidak!

Saturday, February 02, 2013

consider

alhamdulillah..
ada rumate yang sangat-sangat consider dengan 'kesemakan' bilik tatkala praktikum melanda..
senang nak deal ngan dia...
dia senang faham.

=)

selamat malam rumate =)
dia rumate yang baik, contoh yang baik... untung sape dapat dia. serius!

Friday, February 01, 2013

linggatharani a/p kesavan

assalamualaikum...

seawal pagi, bangun dan online.. terus aku tersengeh kambing sorang-sorang depan lappy.. hak..hak.. y?? sebab ada post yang menarik juga untuk dibaca.. and when bila orang appeciate u kan... hehehe.. 
nak share post dulu lah

here there are :

ini adalah salah satu daripadanya =)

*
*
*

she's my junior. aku dah lame kenal dia. dari mula-mula dia masuk ipg. tapi tidak pernah ada peluang untuk bercakap dengan dia. maklum saja dengan keegoaan aku yang tinggi memuncak, aku sedikit sukar untuk menegur orang tanpa sebab yang kukuh. baiklah, itu salah satu kurangnya aku. kurang concern dan tidak peramah! 

sehinggalah, kami ( team debate ) cari wakil bukan bumiputera untuk menyertai debat perpaduan ipg. agak sukar ingin mencari bukan bumiputera yang cepat belajar. akhirnya, jumpalah dengan Lingga ni..
hahaha... talking about my first expectation to her first.

aku fikir dia ganas dan aku ada rasa takot dan baik dengan dia. memandangkan, hanya kami berdua sahaja perempuan, maka nak tak nak, kena la jugak ringankan mulut. she's fast learner dan kuat kelentong.. hahaha.. tak dapat detect pun yang dia keletong tu... memang senang nak ajar dia..

bila dah kenal, she's a sweet person and always and always care about me.. malam-malam, selalunya dia yang akan teman aku balik bila aku ketakutan nak balik ke rumah sewa... baik, cakap pasal sweet, oh aku tidak pernah menjilat dia ye.. diri sendiri pun tak pernah jilat (hahaha, sila percaya!)

persahabatan mana tidak pernah bergolak?? aku juga pernah bergaduh sampai tak bertegur sapa dengan dia.. salah siapa?? mungkin salah aku.. tapi mungkin perbalahan itu adalah satu proses untuk dia kenal aku dan aku kenal siapa sebenarnya dia.. bila dah berbaik balik,our frindship even jadi lagi bagus dan baik dan klik dan seagkatan dengannya! alhamdulillah..

satu peristiwa yang aku selalu ingat bila dia menghormati agama aku dan menghormati aku sebagai seorang muslim. one day, kami pergi topman kat sunway piramid. dalam topman tu, aku satu kasut yang tapaknya diperbuat daripada kulit khinzir.. she call me " k.dila, mai sini jap. tapi jangan sentuh apa-apa ye"
biasanya gedik je tangan aku ni nak g pegang, tapi masa tu mungkin tuhan jaga kot, aku tak gatal2 nak pegang... i just go, stand up next to her.. she said " ni la kulit pig".. aku pun tengok betol2.. detik hatiku " oh, ni la rupanya".. aku sangat impress bila dia boleh hormat sesuatu yang kita junjung iaitu agama.. terima kasih

perkara kedua yang aku selalu ingat kat dia ialah, bila dia selalu teman aku bila aku nak g jumpa debaters lelaki. means, aku tidak keluar berdua la.. walaupun dia non-muslim, tapi dia menghormati aku dengan menjaga pergerakan aku.. ingat satu malam, dia sangat penat, tapi masih sudi teman aku berjumpa seorang senior lelaki yang sudah lama tak jumpa.. terima kasih my dear.

ye.. aku akui, aku dan dia cukup berbeza. dia tinggi aku rendah, dia degil, aku lagi degil, dia sweet, aku sour, dia caring, aku kurang sikit, dia pick up, aku asyik delay je... tapi satu benda yang aku boleh go on, dia menghormati aku sebagai seorang perempuan islam.. aku turut memahami adat dan budaya agama dia.. 
sama-sama kita fahami satu sama lain..



bagi aku, gambar ini sangat manis dan kenangan ini sering menjadi kenangan yang indah untuk di kenang.. lama juga aku letakkan gambar ini sebagai gambar pilihan di fb.. walaupun sedih tidak dapat bersidang, sekurangnya dapat membawa mereka bersidang dan menjadi semangat untuk mereka semua.. =)
p/s : bila kita baru mengenali seseorang, kenali dia dengan fikiran yang kosong dan bukannya persepsi awal yang pernak kita dengar. kita tidak boleh mengubah mereka mengikut cita rasa kita.. setiap orang ada ''bonus points'' dalam diri dia. kita sebagai kawan perlu explore...

** terima kasih lingga kerana u hargai i, jadi kawan i, berubah menjadi lebih baik.. i doa pada Allah, semoga hidup tu lebih bersinanr-sinar dan dipermudahkan segala urusan =) if u be the best, u'll get ur best.

randomly

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...