Tuesday, December 24, 2013

perjalanan yang bererti

assalamualaikum...
alhamdulillah. selesai sudah temuduga suruhanjaya perkhidmatan pendidikan (SPP).
semuanya berakhir dengan selesa dan perjalanan yang 'awesome'

hari ini, 24 disember 2013, aku berada di sekolah kebangsaan jalan pasar, kuala lumpur.
sebuah sekolah di dalam bandar kuala lumpur, dikelilingi jalan dan bangunan besar.
menarik? mungkin menarik kerana aku singgah hanya untuk menemani kakak angkat yang sedang bermesyuarat sempena sesi persekolahan yang baru.

termenung aku seketika mengingatkan hari semalam...

semalam, 23 disember 2013.
hari yang penuh dengan aktiviti. bermula subuh, bersiap menuju ke kompleks B, tujuannya adalah untuk menghadiri temuduga SPP. aku dan rakan-rakan pusingan ke-dua. semua perempuan. berada dalam temuduga itu, sungguh penat juga emosi aku. terpaksa tersenyum dalam keadaan orang sedap-sedap je nak mengkritik. itulah lumrah dunia. mereka di atas, melihat kami kecil sahaja di bawah.
aku berazam : sekiranya aku di atas, aku tidak mahu bongkak dengan orang di bawah. insyaallah.
selesai di temuduga, aku sedar IC tercicir. penat juga mencari... belom ketemu. tiba-tiba rakan sebilik terjumpa dan serahkan pada aku.. alhamdulillah! 
kami menuju ke masjid putrajaya. ingin makan tengahari di sana. kaki aku sudah sakit. mana tidaknya, bertubuh besar dan memakai kasut bertumit tinggi runcing 3 inci (semua ini hanya kerana SPP). sakit kaki terpaksa di tahan juga. terpaksa.
selesai makan, aku masih berkira-kira ingin ke cheras, rumah kakak angkat.
(oh ya, sekarang aku di putrajaya, presint 9)
jam menunjukkan 1.30 petang. aku belom kemas kan walau satu pun pakaian ke dalam beg. pkul 2 sebolehnya aku sudah ke putrajaya sentral... seperti lipas kudung la aku masukkan semua barang. tapi, masih kemas tersusun. 

230 petang, sampai di putrajaya sentral. beli tiket KLIA transit ke bandar tasik selatan. (mujur pernah menjejakkan kaki ke sini). aku kena tukar train. aku kena naik LRT ke cheras. inilah kali pertama aku keseorangan membeli token n naik LRT sorang2. alhamdulillah, bukan waktu orang pulang dr kerja. memang macam orang kampung masuk bandar, tapi alhamdulillah Allah mudahkan segala urusan. sampai di Cheras, kakak angkat ambil dan terus ke rumahnya. perjalanan 2 jam itu dirasakan sangat sekejap. alhamdulillah.

*** sebelum ke sekolah pagi tadi, termenung aku seketika di dalam bilik.
Allah telah terlalu banyak mempermudahkan urusan yang baik-baik pada aku. dan banyak sudah Allah memperbaiki jalan yang aku pilih. bilamana aku mula suka sesuatu perkara yang 'tidak' bagi aku, maka Allah tarik "bende' itu dan ada tatkala aku bersedih.. tatkala itu, mungkin akulah manusia pelupa, yang Allah sedang mentakdirkan sesuatu yang sangat baik untuk aku, hambaNYA.

selama lebih 2 tahun kebelakangan ini, tidak dinafikan, aku banyak juga terguris dengan sikap manusia. bila mereka berjanji setia memegang hati dengan cinta, lalu mereka meninggalkan aku tanpa sedikit bicara lagi. sebenarnya Allah sedang merencanakan yang terbaik buat aku. kerana A;llah itu Maha Tahu dan Maha Sempurna.

p/s : semoga senantiasa dipelihara olehNya. Mohon yang terbaik buatku di sisiMu.

Monday, December 09, 2013

rutin postgraduate cikgi

assalamualaikum.
alhamdulillah, sudah 3 minggu bercuti. sebagai bukan pelajar lagi.
aku sudah tamat belajar.
kini bukan lagi pelajar.
tapi bila orang tanya, aku masih menjawab
"saya masih lagi student"
lebih2 lagi kepada promoter barang-barang yang ditemui di pasaraya.

masih rindu pada zaman belajar. jadi undergraduate student best pe.
mase blaja sibuk nak cepat abes
bila dah abes, melompat-lompat kata best jadi pelajar
mane 1 pendirian kita sebenarnya??

apa pun, alhamdulillah thumma alhamdulillah
tidak menunggu lama
dalam 2 minggu selesai sahaja menamatkan pengajian,
terus dapat makluman yg temuduga akan dijalankan.
makanya, kena membaca tentang isu semasa, isu pendidikan dan pelbagai lagi..

rutin di rumah tidak banyak. 
basuh kain, jenur kain, lipat kain, main FB, wechat, line, wasap, 
memasak, kemas dapur.
semua tu pun bukan setiap hari di buat
ada hari yg cerah dan indah, boleh la jemur kain, kalau tidak aku juga seperti beruang kutub, duk kat umah, terguling-guling dan tidur.

rindu??
rindu juga pada rakan-rakan. seminggu di rumah, ada juga menitiskan air mata dan update status rindu-rindu kat kawan. lama2, perasaan tu hilang andai rindu ini tidak bersambut. 
benar kata orang, life must go on...
besar benar maksud life must go on pada fasa kehidupan ini.
bila kita perlu bergerak ke hadapan dan tinggalkan sahaja mereka yang tidak lagi memngingati, tidak lagi menghargai dan sebagainya...
sungguh, hidup ini mendewasakan... :)
teruslah mengukirkan senyuman..

posting??
memang tidak sabar rasanya ingin posting...
sama seperti orang lain,
semoga aku ditempatkan di kalangan manusia yang baik-baik
baik untuk agamaku,
baik untuk diriku
semoga Allah perlihara hal itu...
tetapkan hati aku dan kumpulkan bersama mereka yang diberkati.. :)
DOA SENJATA MUKMIN.

p/s : post ni mcm random post,
sebelum ni ada sahaja rasa nak post, tapi kadang2 ruang tidak mengizinkan
toto dan tilam lebih memanggil aku untuk melelapkan mata.
badan pun mula membelon.
;)

Friday, November 08, 2013

kawin ooo kawin

assalamualaikum
yes! isu kawin lagi..
tapi kali ini, masih belom masanya bagi aku berkahwin.

orait.
semenjak nak abes belajar ni, kerap la isu kawin ni timbul
ooo, kami kat IPG, memang jadi event tahunan
masuk tahun akhir je,
soalan cepu cemas
BILA KAK NAK KAWIN?

JAWAPAN AKU :
belom lagi.

alhamdulillah juga ditakdirkan dapat rakan sebilik @ rumet yang sama berperasaan dan masih bujang
isu kawin sentiasa menjadi perbincangan kami berdua
setelah diteliti dan di kaji,
perkahwinan adalah tanggungjawab.
memang la seronok kawin, tapi kena seronok juga memikul tanggungjawab yang berat itu
sebabnya, permulaan sebuah keluarga adalah PERKAHWINAN.

bercerita isu tanggungjawab, aku pernah membuka ruang dan peluang yang sangat luas kepada seorang lelaki
tak pernah kenal, tak pernah jumpa, tak pernah bercakap,
tapi aku bersetuju untuk mak dan ayah dia kenal siapa aku
aku risik siapa anak dia,
bertanggunggjawab atau tidak
aku setuju mak ayah dia nak datang rumah (yang tak pernah aku berani buat macamni kat orang lain)
aku bersedia untuk terima siapa dia dan baik buruk dia
sebab aku percaya bahawa asasnya tanggungjawab
dan aku belajar juga untuk sayangkan dia.

malangnya, i was the only one yang buat gtu.
ini di pihak aku, aku rasa begini
aku penat sekiranya aku seorang sahaja berusaha untuk satu-satu hubungan
mak, nenek, mak cik sume suruh aku give up
even diorang tak bagi dah aku g ziarah mak ayah lelaki tu
susah tak?
susah laa... tapi kena buat juga
tak kan nak bagi kesan kat pelajaran mcam dulu
sampai drop markah exam sebab tak leh nak fokus

lepas jadi macam tu,
aku rasa aku tak leh dah nak bagi peluang yang sama besar pada insan yang sama itu
ape yang kita nak, kita kena usaha
kalau yang jatuh dari langit,
kena syukur

mungkin juga, JODOH BUKAN MILIK KITA
kemudian, aku putuskan,
KITA KAWAN SAHAJA. TAK LEBIH.

p/s : setiap aturan Allah pasti ada HIKMAHNYA. insyaallah, aku dan engkau akan jumpa yang lagi baik.
insyaallah!


inspirasi : bila aku post je kat fb pasal kawin, love dan sebagainya, ramai je like~ hot stuff!

assalamualaikum! tak jawab dosa, jawab SAYANG!

Monday, November 04, 2013

tentang perasaan

assalamualaikum.
ahad lepas baru sahaja pulang dari DEBAT ALAM SEKITAR 2013.
akhir-akhir sebagai guru pelatih ni, masih lagi diberikan peluang untuk menjadi pendebat
walau hanya sekadar reserve..

2 hari lagi, akan bermula peperiksaan akhir semester bagi semester terakhir ini.
rasanya sekejap sahaja lima tahun setengah di bumi kuala terengganu ini. 
pelbagai rasa dan rencah di akhirnya.

di dalam rumah, barang-barang sudah 70% dibawa pulang. termasuklah mesin basuh, rak buku dan hampir 90% baju kurung, baju t-shirt dan pakaian lain. hanya tinggal 6 pasang sahaja baju kurung dan beberapa baju tshirt utk dipakai sehari-hari.

lebih kurang sebulan sebelum menamatkan pembelajaran di sini, kira- kira 2-3 minggu yang lalu, aku sering berasa sedih utk meninggalkan semua kenangan di sini. sedih meninggalkan kasih sayang yang telah terbina di sini. SEDIH. dah tu, takkan nak nangis pulak kan? makanya, dengan jiwa yang besar di dalam diri ini, aku set banyak benda nak buat. nak create happy events la konon. nak kua makan same2 dengan mereka2 itu.

bersederhana lebih indah.
aku jadi frust la bila aku sahaja yang beriya-iya nak create happy ending ni. orang lain macam tak de roh~
tak semua orang. tapi ade segelintir yang buat aku sentap!
akhirnya, perasaan SEDIH tadi bertukar menjadi perasaan TAK KESAH
tak larat la nak layan semua perasaan orang.
lagipun, buat ape nak bazirkan air mata pada perkara-perkara yang tak penting.

p/s : kehidupan ini bagaikan buku. aku tinggalkan IPG bukan beerti persahabatan aku, perkenalan aku dan kamu terhenti di sini. dan aku bukan ingin meninggalkan kamu dan jadi kenangan sebagai sejarah. tidak! inilah episod perkenalan dan persahabatan kita. dan ianya akan berterusan sampai sehingga mana Allah mengizinkannya. 

kawan-kawan, sahabat, kenalan, rakan, teman dan guru, terima kasih kerana segalanya telah banyak mematangkan aku di sini. hanya Allah yang mampu membalas segala kebaikan kalian dalam mendewasakan aku menjadi lebih baik dan lebih matang saban hari.

Sunday, September 29, 2013

after i have lost 11 kg

assalamualaikum dan salam sejahtera.
hehehe..
lame sudah tidak menconteng contiang di sini.
semester terakhir bergelak guru pelatih memang mendesak aku untuk tidak berlame-lame di depan lappy nih.
kajian tindakan baru sahaja selesai
seminar baru sahaja dijalankan
dan semalam, tugasan projek terakhir sudah pun dihantar ke rakan satu pasukan =)

baiklah~ aku rasa semua pun boleh baca tajuk kat atas. dah berhari-hari tajuk ni aku nak tulis dan aku berbesar harapan la supaya post ini akan menjadi sumber inspirasi kepada mereka yang mengalami masalah yang hampir sama atau pun tak sama. ape-ape lah, supaya korang dapat faedah!

dulu. lebih kurang 150 days yang lalu. aku seorang obesiti. dulu aku malu la sangat nak mengaku. saat itu, aku fikir, okey je dengan berat tu and nothing menghalang. i still can exercise. dan aku rasa aku comel je. yelaa, memang ah aku comel tapi ....

aku sudah beberapa kali cube diet. antaranya amek produk seperti ***, bersenam, jaga makan, tapi semua tak jadi. one of the reason adalah sebb aku tak istiqamah dan i have no motivation. sehinggakan aku pernah fikirkan yang, AKU MEMANG TAK LEH DAH NAK KURUS NI. korang pun mesti ada fikir gtu kan bila buat something asyik tak jalan je kan??

bila aku dah start pk mcmtu, dia jadi mcm mind blockage. mind setting sgt penting. aku bagaikan manusia yang putus harapan la mase tu. n aku hanya mampu berdoa. aku doa supaya Allah mudahkan urusan aku nak dapat berat 6* kg. 

turning point : ada sorang kawan mak aku, dia dah berjaya lost 7kg. n aku sangat terkejut sebb kami sama-sama nak diet tapi sokmo tak menjadi. n aku tanya la dia buat ape. dia kate dia buat diet yang aku suruh die buat... hahaha... aku ajar die diet last time n die betul2 buat.. mase tu dah 2 bulan awal dari aku.. 
dengan keazaman yang penuh dan iltizam serta kata semangat dari mak, aku mulakan diet aku. pada awalnya memang agak mengecewakan. for 2 weeks hanya lost 3.5 kilo sahaja. n total lost for 6 weeks adalah 11 kilo...

banyak benda dah berubah selepas lost 11 kilo. hip kurang almost 13 cm, perut 10 cm kot, jam kena buang satu besi tu, cincin dah longgar, baju kurang 2 saiz, seluar belom beli baru tapi semua kena pin guna jarum. muka dan makin kecik, tadek lagi dah dabel chin.. baju kurung sume amek mak punya =)

aku tak tahu macam mane nak gambarkan betapa gembiranya lost fat. aku baru lost 11kg, belom pun sampai separuh. aku ada lagi 15 kg to lost. dan harap-harap masih diberikan kekuatan oleh Allah untuk mendapatkannya. untuk first target yang aku dah capai, aku hadiahkan GRAND untuk diri sendiri. berbaloi la dengan 11 kg yang hilang.

aku seronok melihat adik-adik suke menerima aku yang baru, abah bagaikan happy bila aku balik n tengok tangan aku sudah tidak GEMOK seperti dulu. aku suke melihat rakan-rakan sedar dengan perubahan ini. dan alhamdulillah, aku sangat seronok menjai adila yang baru. akhirnya, aku tidak lagi obesiti. aku sudah overweight. dan aku akan normal. insyaallah...

p/s : pernah dulu aku niat untu kurus untuk buktikan pada semua orang yang pernah mengejek aku, pernah menjatuhkan aku dan pernah reject aku dalam hidup mereka. tapi, di saat aku mula menurunkan berat badan, tiada langsung ingatan aku pada mereka-mereka yang pernah aku sebutkan. aku ingin berubah kerana aku dan bukan lagi kerana kamu. bukan lagi. teruskanlah hidup kamu. tiada lagi dendam itu.

bagi mereka yang ingin berubah, doa lah, dan usahalah, dan istiiqamahlah.. cari motivasi untuk diri anda. saya takut untuk berjanji yang saya akan ada untuk menyokong anda, tapi saya akan ada jika sayalah orang yang anda cari. my dearies, keep going. jangan risau, usaha anda ALLAH yang bayar!

note : gambar akan aku letak bila aku dah dapat BMI. tak jauh. 10 kg lagi capai BMI. doakan aku~

Wednesday, August 28, 2013

aku rindu debat dan kesibukan

kesibukan tahun akhir memang awesome. memang tidak dinafikan.
tidur dan bangun hanya fikirkan kajian tindakan yang belum selesai.
ye, sanggup bangun 2 pagi untuk menyiapkan esei walaupun tidak pernah selama ini aku bangun seawal itu.
hebat sungguh penangan tahun akhir ini.

2 debat sedang menanti di hadapan
namun aku tidak merasakan yang aku boleh beri sepenuh tumpuan pada debat seperti tahun sebelumnya
aku rindu mahu berdebat
teman adik2 g debat pun jadilah...
maaf dinda sekalian, lapang kini tidak selapang dulu..

september : debat ulul albab
oktober : debat alam sekitar

p/s : oh debat... aku rindu kamu.. sungguh! aku sangat rindu...

Sunday, August 25, 2013

lemahnya hati

saat aku bersibuk dengan kerja yang banyak,
aku lebih cepat terasa 

saat kesibukan ini 
ada lagi datang perkara-perkara lain yang menghimpit
sedang aku membina kekuatan
datang yang lain meruntuhkan

satu benda yang aku belajar
teruslah tersenyum
teruskan.

Sunday, August 18, 2013

luahan hati

lebih kurang 15 jam sudah berada di rumah sewa ini. kembali ke student-life. kembali memberikan fokus dan komitmen pada pembelajaran. kembali bersiap untuk ke kelas dan menguruskan kerja-kerja rumah sendiri.

semalam, selepas lebih kurang 2 jam aku sampai di rumah sewa, tbe2 masuk msg di wasap.
isi wasap dari seorang kawan baik.
"dila, im in love"
itu isinya... dan aku sebagai seorang kawan sangat gembira dengan berita tersebut. tatkala kawan baik yang aku tahu susah senangnya selama ini, akhirnya sudah ketemu orang yang akan sayang dia.
tahniah my gudfriend!
honestly, aku sangat happy untuk dia.

malam semalam juga, aku text rumate tersayang, ajak dia keluar g dinner kat kedai feveret kami.
nr pantai (nama kedai feveret kami)
aku asalnya tidak berniat langsung bercerita tentang siapa-siapa
tapi, entah mengapa aku cerita juga tentang seorang lelaki
namanya ahmad (bukan nama sebenar)
begitu signifikan ahmad ni dalam hidup aku akhir-akhir ini
sehingga kewujudan dia sedikit sebanyak menjadikan aku tidaklah sehappy dulu
aku keliru. nak cerita pun tak tahu.

ape yang aku mahu, mudah sahaja.
aku ingin menjadi diri aku
diri aku yang ceria, yang tiada sengketa dalam hati aku
yang juga melakukan apa yang aku suka yang juga masih dalam redhaNYA.
aku ingin menambahkan nilai diri aku
aku ingin baiki kelemahan aku, aku ingin menjadi
anak yang solehah pada ibu bapa, kaka yang baik pada adik-adik, rakan dan sahabat yang baik, ummat nabi yang taat dan paling penting hamba yang Allah REDHA  di setiap langkah dan hembus nafasku.

aku ingin lupakan segala kelukaan yang telah ada. aku nak bangun dan bina diri yang baru. yang lebih baik bagi semua orang dan aku. aku ingin menjadi aku. aku yang dulu. semangat dengan diri sendiri. 

p/s : pasti ada hikmah. ALLAH sedang mendidik aku menjadi lebih baik. Alhamdulillah. terima kasih ALLAH

Saturday, August 10, 2013

final year student raya

assalamualaikum..
lama sudah tidak post. sibuk dengan kerja di sekolah. penat dengan kerja di rumah. masa terluang aku memilih untuk rehat. tahun akhir sebagai guru pelatih agak mencabar. hidup bagaikan tiada hala tuju. bila hampir 3 kali adjust kajian pada part yang sama.
baiklah. tinggal soal kerja. kita beraya.

apa cerita raya aku tahun ini? i think this year same je mcm childhood time. i LOVE my cousins.. dioranglah kawan2 masa zaman kecik2 dulu. bergurau senda dengan mereka boleh buat aku release. but bila dah besar2 ni, ngan mak cik2 pun aku baik.. satu family besar ni mcm kawan-kawan. jumpa pulak mak cik2 yang biol, berganda la kesengetan aku.

dan, tatkala kemeriahan berhari raya itu, timbul satu isu besar.
mak aku cakap
-dila ni tak dek boyfriend-

situasi satu : raya di johor.
mak cik sume duk suh cari. makcik kesayangan saya, nak cari mane? ingat pasor ke boleh pilih2? 
honestly, tergugat jugak la hati ni. sebab kazen aku yang 3 tahun lagi muda dah bagai2 plan. nak bertunang la, nak kawin la, sedangkan aku boleh selumber je buat dek.. memang sedih pun dalam hati.

situasi dua : raya di gombak
mak cik aku ni duk suruh aku mintak sape2 keneng-kenengkan untuk aku. dia ni mcm jiwa besar sikit, so dia agak bermotivasi dalam hidup dia dan berjaya memotivasikan aku. kemain suh aku kawan dengan ramai orang. siap cerita pengalaman bercinta kenal ngan pak cik aku la pulak.. 

well said, bila aku duk ngan kawan-kawan ni, timbul jugak SIKIT kerisauan bila aku aje yg jenis single tanpa hala tuju. on the other side, aku rasa bertuah sebab aku single jadi aku tak perlu commit into a relationship yang demand aku untuk buat itu dan ini yang mungkin aku tak suka. bila duk ngan family, lagi la aku rasa yang aku ni masih muda.. sebab adik2 aku sume tak sibuk nak cerita pasal awek2 dia. yang jadi bergegar cuping telinga bila ada yang kata-kata kat aku. bergegarrrrrrr!

p/s : lelaki yang baik untuk perempuan yang baik. jangan sibuk mencari yang baik, tapi sibuklah menjadi yang baik. Allah takdirkan masa yang terbaik untuk kita semua. jangan berhenti berdoa dan berharap. 

#isu kawin ni memang meruncing kat orang pempuan. aku baru doplohdua setengah ni pun rasa meruncing orang duk tegor3.. mereka yang lebih lagi, pasti lebih bergegar telingaa...

subhanaAllah.. Allahuakbar.. dia sudah aturkan yang terbaik. sabar.


Sunday, July 21, 2013

weekend ramadhan

bismillahirrahmannirrahim..
dengan menyebut nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

alhamdulillah, hampir setiap minggu untuk ramadhan kali ni aku balik kampung
spend masa ngan family untuk iftar sebelum dipostingkan tahun depan
(perrggghhh, optimis giler)

balik umah best sebab makanan banyak
dah rupa syurga makanan dahh
siap leh tapaw2 lagi balik KT
tapi, masalahnya,
KELAUTLAH diet aku..

neh muka si kakak dan si adik







p/s : bosan.. internship banyak keje
tapi, aku rupa takde keje siap leh hupdate blog bagai...
ya ALLAH, virus apekah ni di bulan puasa ini?

Sunday, June 30, 2013

bersama mereka yang membahagiakan

assalamualaikum...

senyum! semalam 29 jun, spend masa ngan adik2 debat dari IPG perlis.
2 ketul je yang datang.
mereka ialah : dyba anuar dan mauldia issela

tidak tahu kenapa
IPG perlis antara team debat yang sangat klik dengan aku
mungkin kerana ketulusan hati untuk berkawan..
hahahah - jap g ada yang boo aku..

biarpun penat baru sahaja sampai di rumah sewa tercinta,
cepat-cepat aku grab kunci kereta dan terus ke homestay tempat mereka tinggal
20 minit dari rumah sewa aku, 
biar jauh, lebih berbaloi dapat berjumpa mereka! itu yang lebih penting

nah, korang tengok la gambar kteorang yang ambik semalam ni..


ni kes telur bungkus aku lah lambat sampai. pandai plak waiter tu buat muka sememek kat sini.

kami depan NR Cafe yang sedap.. hehehe.. terbayar sudah hutang aku pada dyba pasal kedai yang tak sedap tu!


aku, maul dan su... budak maul ni comel sungguh! cm mygirl.. 

newfriend : liyana.. dia kate dia sama macam aku?? mcam manekah?? sebab baik dengan junior.. ops, aku memilih untuk baik dengan junior. hahhaha. anda lebih penyayang barangkali!

suasana kedai pun dah best... makanan pun sedap

eh, ada dua gambar same.. memang saje letak nak suh korang tengok sampai senyum sorang-sorang.

orang baru nak amek port gak.. pon pon
p/s : yeah! aku masih gemok dalam gambar. insyaallah, ada jodoh pertemuan, akan berjumpa lagi...
*aku taw jap g ada la stalker duk intai2 sini.. hehehe...

madah pujangga : dalam hidup kita ni banyak benda yang jadi. ada yang buat kita happy, ada yang buat kita serabut. jadi, anda pilih yang mana yang anda nak. bangunlah dari kejatuhan itu! make a new start again. do not give up. keep on smiling =)


Saturday, June 29, 2013

gelora

assalamualaikum.. agak lama tidak menulis. masuk semester baru dengan hati yang galau* (apakah betul penggunaan bahasa aku ini??) apa tidaknya, semester kedua terakhir yang hanya 3 subjek, boleh jatuh pointer. dang!! sape suh ko main-main dila??!!

apa pun masa tidak boleh diundur semula. apa yang boleh aku buat, belajarlah dari kesilapan yang telah dilakukan. walau bagaimanapun hati ni sakit, cuba untuk fokus dalam hidup lebih-lebih lagi berkenaan masa depan.. dengan itu, maka aku tahu betapa lemahnya hati ni..

keputusan peperiksaan telah pun dikeluarkan, kesilapan yang aku buat telah pun dihukum oleh keputusan tersebut, aku perlu membuat satu keputusan dalam keadaan bergelora ini. ya, aku sedang bergelora... hahahah : wave dance. untuk semester terakhir mencapai ijazah sarjana muda perguruan ini, aku mohon diberikan sepenuh tumpuan dan semangat untuk menimba sebanyak ilmu selagi bernama guru pelatih ini.

aku ingin meluangkan masa dengan adik-adik debat dan mereka yang baik-bauk dengan aku, aku ingin makan-makan bersama mereka, ingin mesra bersama mereka-mereka yang belum aku mesra. sayang rasanya nak meninggalkan IPG dato' razali yang banyak mencoretkan kenangan manis dan pahit.

untuk semester terakhir di IPG sebagai guru pelatih, aku mahu fokuskan sepenuhnya pada hidup aku, melakukan apa sahaja yang membuatkan aku gembira dengan mereka yang menghargai dan aku hargai. insyaallah..

p/s : roomate aku selalu berpesan, "kita kadang-kadang tak suka pada satu-satu benda, tapi hargai semasa perkara/ orang tersebut di depan kita. hargailah masa belajar ini"
bak kata abah pula : dalam banyak-banyak zaman yang abah lalui, zaman sekolah, zaman belajar, zaman kawin, zaman berkeluarga, ; zaman belajar lah paling best!

woohooo, ingat kata-kata abah tu, buat aku mahu terus belajar dan bersama kawan-kawan enjoy belajar! walaupun dalam hati ni jeles jugak dengan kawan-kawan yang sudah berkahwin dan sudah ada halatuju dalam hubungan. jangan risau, ALLAH sudah sediakan yang terbaik. bentuk diri jadi baik~

peringatan buat semua juga.. senyum sokmo. ada yang suka melihat kamu tersenyum!

Sunday, June 16, 2013

pilihlah dari keturunan yang baik-baik

assalamualaikum

dalam beberapa hadis, ada yang menyatakan ;

1. "Pilihlah calon suami/isteri yang baik demi keturunanmu, sebab pengaruh keturunan itu sangat kuat."(HR.Abu Daud)

2. "Dinikahi wanita itu kerana empat perkara, kerana hartanya, keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Maka pilihlah dalam hal keagamaannya. Nescaya beruntunglah kedua-dua tanganmu."
Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim



baiklah, pada mulanya aku tertanya-tanya juga, apa hikmahnya keturunan juga menjadi antara ciri yang perlu ada bagi satu-satu pasangan yang akan kita pilih, alhamdulillah, baru-baru ini ketika aku menghadiri majlis perkahwinan salah seorang saudaraku, aku melihat hikmahnya.

kisahnya :

ada seorang wanita. namanya napisah (bukan nama sebenar). pada fizikalnya, dia ini kelihatan sangat berdikari dan survive dengan hidupnya. jodohnya juga sampai agak lambat berbanding adik-adiknya yang lain. tatkala jodohnya itu menjemput, ada seorang lelaki bernama Ahmad (bukan nama sebenar) melamarnya. bagi aku yang masih kanak-kanak ketika itu, pak cik ahmad agak kacak. pak cik ahmad seorang duda beranak dua. anaknya sudahpun sebaya aku tatkala itu.

selepas perkahwinan mak cik napisah dengan pak cik ahmad, anak tirinya tinggal bersama mereka. anak tirinya mak cik napisah ini kalau di kira tidak mempunyai perkaitan darah pun dengan aku, tetapi mereka ini sangat baik dan keluarga besar aku sudahpun boleh menerima mereka berdua sebagai keluarga.

10 tahun selepas kehidupan mak cik napisah dan pak cik ahmad, ALLAH lebih sayangkan pak cik ahmad. pak cik ahmad pergi meninggalkan 3 orang anak hasil perkahwinannya dengan mak cik napisah dan 2 orang anak tiri bersama mak cik napisah. 

baru-baru ini, salah seorang anak tiri mak cik napisah mahu berkahwin. bila si anak tiri ini memberitahu ibunya yang sebenarnya yang dia mahu berkahwin, tiada pun ibunya ingin membuatkan majlis untuk si anak ini. lalu si ibu tiri, mak cik napisah katakan bahawa dia akan membuatkan majlis perkahwinan anak tirinya itu. 

terharu aku melihat penat lelah mak cik napisah dan seluruh keluarga tertungkus lumus menjayakan majlis perkahwinan anak tirinya yang mana kalau dikira, satu orang pun yang menolong menjayakan majlis itu tiada perkaitan darah secara langsung dengan anak tiri mak cik napisah. namun, dengan perasaan kekeluargaan yang cukup kuat, majlis itu telah pun berjalan dengan lancar dan jayanya.

benarlah kata kekasih ALLAH, Muhammad s.a.w, pilihlah dari keturunan yang baik-baik. 

p/s : pilih keturunan baik itu bonus. tapi yang lebih utama adalah memilih agamanya. maka kamu akan bahagia. redha ALLAH ada di situ. insyaALLAH

Thursday, June 13, 2013

what people think about me =)

 - I don't think I'll ever find another sweet Malay friend like you. You redefined friendship beyond race and religion. You are cute beyond words and please just shut up when I say you are sweet. You have a smile that lights up a room and though I am too busy at times, I always think of you and talk about you to my family. You prove that we can co-exist together. We have our lil fight but that's what makes us stronger. U are selfless and team-oriented and I learn so much from you. I am a better person after getting to know you as well. I love you! 


p/s : this person is a special friends from me. she makes me stronger and i can have her anytime she free.. hehehe... macammane aku nak explain yer, dia ni sangat best! u r awesome. serius~

Wednesday, June 05, 2013

musafir jakarta-bandung may 2013

alhamdulillah.. =)
tahun ni telah mendapat kesempatan pertama untuk melancong ke luar negara
ke indonesia sahaja
negara yang berbeza walaupun daripada asal rumpun yang sama sahaja dengan malaysia
azan masih kedengaran di sana
alhamdulillah dan allahuakbar

musafir adalah antara sunnah Rasulullah
aku melihat bagaimana keadaan kehidupan manusia di jakarta dan bandung
mereka tidak punya pinjaman pembelajaran seperti kita di malaysia
bagi mereka yang miskin, hidup mereka terus miskin dan melarat
sangat kesian
berniaga seolah mengemis- ya! mengemis agar kita membeli barang jualan mereka
di tubuh mereka, penuh dengan barang jualan
kasihan sungguh.
menyanyi juga dijadikan modal untuk teruskan kehidupan

lihat yang sedang menjual mafla tu.. begitulah keadaannya... semua di sana seperti kedai bergerak

bebanan kehidupan yang ditanggung mungkin lebih berat dari bebanan di bahunya.
melihat budaya mereka, kehidupan mereka buat aku berfikir seketika
betapa perlunya untuk aku bersyukur dengan kehidupan

musafir ini juga, menjadikan kita berfikir tentang soal hidup kita,
selami dan fikirkan elok2
lihat dan nilailah apa yang sedang dan telah berlaku
bagi aku, permusafiran ini adalah juga satu proses refleksi yang membawa dakwah kepada diri
kalau dalam dakwah, permusafiran/ berjalan-jalan dipanggil jaulah (kalau tak silap)
bagus juga.. itulah hikmahnya

makanya, aku menyimpan impian untuk menjadikan permusafiran rutin tahunan atau dua-tahunan.
selain dapat merefleksi diri, dapat juga kita melihat kebesaran ALLAH
bagi aku; jakarta bumi yang subur. subur dengan rezeki ALLAH. di mana sahaja ada rezeki, merata-rata. melihat rakyat dan tanahnya..

p/s : subhanallah. 

Wednesday, May 22, 2013

aku HAMBA

aku seolah membenarkan siapa-siapa datang untuk melukakan hati aku
sedangkan, aku tahu bahawa hati aku ini tidak kuat pun untuk terus dilukai
namun, aku terus memberikan peluang kepada 'mereka' untuk mengambil hati aku, membawa lari dan mengguris hati ini lalu dibiarkan sepi..
sehingga perkara-perkara inilah yang mengajar aku bahawa, aku perlu positif lagi
mungkin belum aku ketemu yang TERBAIK itu
maka, terus-terusan aku mendidik hati aku
didik hati untuk kuat dengan kelukaan ini
semoga, Allah pelihara hati ini dari kekecewaan.

pernah suatu ketika, aku memberi ruang yang luas kepada diri untuk disakiti
maka, datanglah insan dan menyakiti hati aku bertubi-tubi
aku masih boleh berlakon dihadapannya yang tidak pernah tahu apa-apa
tapi, kelukaan yang dia buat 
menyedarkan aku siapa kawan terbaik yang selalu ada
saat aku rebah, jatuh sakit
dialah yang menjadi orang pertama pengubat duka di hati yang lemah ini.

bersyukurlah dalam setiap duka dan tawa
kerana Allah sedang merancang yang terbaik dan yang paling baik buat kamu
menangislah memohon pada yang BERKUASA, 
kerana aku hanya seorang HAMBA.


Saturday, May 18, 2013

catatan subuh - encik irfan

semalam
aku dan beberapa orang adik2 debat g dinner dengan encik irfan.
dinner ni sempena encik nak pindah g jordan, g kat tempat isteri dia belajar.
tahniah, encik dah dapat DR

semalam kerap kali aku sebutkan depan encik
" ala, sedih la rasa encik nak pindah "
mungkin dalam suasana yang tidak menyentuh kalbu, maka aku masih boleh bergelak ketawa dan tersenyum riang.

sebelum, semasa dan selepas makan, ada banyak perkara yang kami semua sembangkan
bagi aku keluarga debat salah satu entiti yang dekat dengan aku
mereka lebih mengenali dan memberikan sokongan
kali ini, sembang pelbagai perkara. seolah bertemu rakan lama. sedangkan kami semua (pendebat) hanyalah orang biasa yang berkumpul dengan seorang DR.

pagi ini, tatkala aku solat subuh. tidak tahu mengapa, perasaan sedih hinggap lagi.
tidak sengaja air mata menitis ketika tahiyat akhir. 
teringat semua peringatan dan didikan encik dalam debat sejak tahun lepas.
pasukan kembali berada di bawah seliaan encik bermula 2012.
tahun yang paling banyak pertandingan debat dan penambahbaikan dalam kelab debat.

dulu, encik juga lah yang memilih aku ketika mula-mula aku melibatkan diri dalam debat di IPG
kritikan encik tentang penyampaian aku yang kebudak-budakkan mendorong aku untuk berubah.
namun ketika itu, tidak pernah pun kami ke mana-mana pertandingan dengan diiringi oleh encik.

2012 mengubah banyak perkara 
ketika aku sudah dikeluarkan dari team utama, mungkin juga rezeki Allah. aku dimasukkan kembali dengan kepercayaan encik. masih ingat ketika itu, suara tidak mahu keluar, batuk berterusan, tapi dengan sokongan dan semangat yang diberikan oleh encik, aku berjaya habiskan 6 sidang berturutan.
bagi aku, bermula la satu semangat baru yang lebih besar dalam debat.
dengan semangat itulah, aku cuba untuk menjadi kakak yang baik dalam kumpulan
memberikan semangat dan keyakinan yang sama pada adik-adik.

yang paling aku tersentuh : debat ulul albab 2012
sebelum melangkah ke pentas akhir, akulah orang yang paling gabra.
paling.
gembira ke final sebenarnya memberikan harapan kepada encik.
sungguh, tidak mahu encik kecewa dengan kami... sudah ke hulu ke hilir bawa kami bertanding.
semata-mata mahu kami belajar.
alhamdulillah, persembahan akhir yang memuaskan hati encik dan kami adalah JOHAN.
kemenangan hadiah buat encik!

debat antara perkara KEGILAAN aku di IPG. debat jugalah penentu jatuh bangun perasaan aku di IPG.
di tahun akhir ini, perkara mengenai debat, cepat membuatkan aku tersentuh. perkara yang paling sayang untuk aku tinggalkan... aku mungkin tidak menangis kerana habis belajar, tapi mungkin sedih kerana debat.

p/s : encik, saya tak de hadiah yang best2 untuk encik. sy kirimkan doa semoga hidup encik sejahtera dunia dan akhirat. semoga Allah mudahkan urusan encik dan keluarga. semoga syurga balasanNYA. semoga doasaya sampai untuk encik..

.berjurai-jurai airmata.









Saturday, May 11, 2013

hidupkan Jumaat

assalamualaikum..

alhamdulillah dan setinggi syukur kepada ALLAH.. walaupun lusa akan hadapi peperiksaan, still nak blog juga today sebb dah lame tak blogg......

selama ni, my only rumate (del) selalu kua g rusila on friday morning. g dengar ceramah tok guru haji hadi.
dan selama hampir 2 tahun kami duk sebilik ni, semalam baru aku berpeluang untuk ikut dia g masjid rusila tu. antara pengisian yang dapat adalah tentang

SOLAT TAHAJJUD

bagi aku, bukan pengisian perkara pokok yang aku ingin bincangkan. tapi, bagaimana pada hari jumaat itu telah membuatkan aku berfikir sepanjang hari. tatkala aku mengikut del ke masjid rusila, aku berjumpa dengan mak dia. mak beliau ini tidak pernah lekang dengan senyuman dan aku melihat dia sangat keibuan. selain daripada itu, mak beliau bawa 2 orang cucu yang masih kecil. untuk budak kecil itu, kecil-kecil lagi telah dididik ke majlis ilmu..

teringat satu pesan
"majlis ilmu tu adalah taman-taman syurga"
-wallahualam-

lepas sahaja kami di masjid rusila, del mengajak aku ke hospital untuk melawat sepupunya yang sedang tenat. ya! sampai sahaja aku di hospital, aku melihat sepupu beliau sudah tidak sedarkan diri. sepupu beliau sesak nafas dan bernafas menggunakan bantuan pernafasan. semakin lama aku di hospital, aku semakin pening dan takut. sekali lagi, pemikiran dijengah dengan bermacam-macam soalan. 

maka, wajarlah kita disarankan banyak melawat orang yang sakit. agar kita memperoleh pengajaran.

dalam perjalanan pulang ke rumah, panjang perbincangan aku dengan del. banyak juga peringatan yang singgah di kepala ini. menarik! ya sungguh menarik ada seorang sahabat yang akan selalu memberikan peringatan dan yang selalu membuatkan kita berfikir betapa hikmahnya hidup ini..

menjelang petangnya, del sekali lagi ke hospital. aku hanya berada di rumah. menjelang magrib, aku mendapat khabar dari beliau, makcik yang berada dalam wad yang sama telah meninggal dunia. aku melihat makcik tesebut, tapi tidak mengenalinya. memang wayar banyak bersambung dan berselirat di badan beliau. tidak lama kemudian 

"awk, sepupu saya tak dok doh"
-msg daripada del-

innalillahii.......rajiun. alfatihah aku sedekahkan untuk arwah. semoga tenang di sana.

p/s : teringat! saat aku ke sana melawat arwah. salah seorang anak beliau datang dekat di telinganya. membacakan yassin untuk ibu tercinta. 
sungguh, sehari jumaat aku yang penuh dengan peringatan kepada akhirat. 

-kata del-
HARI JUMAAT, KITA REHAT DARI KERJA-KERJA DUNIA SEKETIKA DAN JOM CARI AKHIRAT. MUNGKIN ITU LEBIH BERNILAI.

SUBHANAALLAH DAN ALFATIHAH

** bacakanlah dan sedekahkanlah doa setiap hari pada ibu bapa samaada hidup ataupun sudah tiada. amalan itu akan terus dihisab. 

Tuesday, April 30, 2013

salah satu impian

dialog januari 2013

abah : tahun depan abah ingat nak g haji. kalau tak dapat g haji, abah nak g umrah lepas musim haji tu.

kakak : kalau abah g haji, tak mampu la nak ikut. tapi, kalau abah g umrah, akak nak join sekali eh!

abah : ok. simpan la duit.

dialog april 2013

akak : mak, akak nak ikut jugak g umrah tahun depan kalau jadi. kalau tak de pape la, tak kawin, keje molek2 ada, nak g umrah la.. saving boleh cukupkan sampai tahun depan.

mak : kalau akak nak kawin tahun depan, delay la dulu g umrah. utamakan apa yang lebih penting.

akak : (dengan akurnya) ok!


p/s : untuk menunaikan umrah memang tak susah. duit boleh cari. tapi bukan boleh g sorang2. bila parents nak g, aku nak ikut gak..
1. sebab g dengan family
2. sebab nak rasa betapa nikmatnya umrah tu..

saat aku dengar kisah rakan menunaikan umrah, rasa ingin menitiskan air mata, dapat rasa betapa indahnya menunaikan umrah.. betapa nikmatnya beribadah dalam masjidil haram dan masjid nabawi, betapa indahnya solat di depan kaabah.. betapa nikmatnya iktikaf dalam masjid terhebat dunia, betapa nikmatnya menangis di hadapan maqam nabi s.a.w yang sangat dirindui itu...


Sunday, April 28, 2013

keihklasan

ikhlas
satu perkataan yang sukar nak ukur. tiada penyukat untuk ukur keikhlasan ni dik non oi... namun begitu, keihlasan ini boleh disamakan seperti :

ikhlaslah seperti semut hitam, yang berjalan di atas batu hitam, pada waktu malam.. hah, ce korang terai imagine.. nampak ape?? nampak tak semut tu?? jujur, even aku sendiri tak leh nak imagine semut tu sebb gelap sangat kan.. 

sama lah keadaannya seperti ikhlas.. ikhlas ni siapa je boleh ukur? jawab...jawab...

hanya ALLAH.

dalam hidup kita seharian ni, banyak benda yang kita buat kan.. dari bangun pagi sampai la nak tidor balik.. segala benda kita buat.. dan yang paling core dalam hidup kita ialah solat.. ikhlaskah solat kita?? ye. memang niat lillahi taala... tapi kadang2, sebb orang suruh.. sebab tak nak kena marah.. dan sebagainya.. perkara ini juga pernah terjadi pada aku zaman2 aku kecik dulu...

baiklah, bukannya nak sembang banyak pasal solat dan keihlasan bersolat ni.. tak berapa mahir dalam perkara-perkara ini. tapi aku tahu..

hari ini dalam kuliah puan norlia, ada seorang rakan yang tak hadir kantoi dengan beliau. tak tahulah apa kuasa yang ada pada beliau sehingga beliau ni dapat detect kalau ada salah, ada baik, ada ponteng. pensyarah lain tak de la seteror beliau.. tapi, satu qou yang menarik yang beliau kate sampai aku tak sanggup nak kelip mata pun :

mungkin sebb kita ikhlas kita dapat rasa dan sedar benda tu.. kita jumpa orang buat salah, kita dapat nampak kebaikan, kita dapat rasa kekurangan. 

memang beliau dikenali sebagai seorang penyarah yang rajin, yang komited. masih ingat saat beliau menyelia aku masa praktikum fasa 1, panjang komennya.. tapi penyeliaan berjalan dengan lancar dan mudah. seronok sahaja diselia oleh beliau sedangkan rumors yang disampaikan oleh orang lain sangat menakutkan aku...

p/s : sungguh aku kagum dengan semangat dan keikhlasan beliau menjadi tenaga pengajar kami. memang benar puan penat kerana kami semua tidak bersungguh seperti puan. apa pun, puan antara pensyarah terbaik yang kami ada. terima kasih atas bimbingan puan. banyak yang kami pelajari! oyeh! puan norlia memang osem..

Tuesday, April 23, 2013

qis dah tumbuh gigi :)

antara perkara yang buat aku tergelak adalah gelagat si kecik balqis...
hehehe...

malam ni, kol mak sebab nak keluar ke UNISZA hantar bakal menantu dia.. hahaha (marah betul kalau sakat macam ni kat mak)

me : salam mak. ada kat ne??
mak : odw nak g klinik..
me : buat ape g klinik malam2 ni??
mak : gigi qis dah tumbuh. nak g klinik cabut gigi susu dia... besar da tumbuh..
me : wah!excitednya nak tengok gigi baru qis... berani pulak dia nak g klinik gigi??
mak : berani je... 

hehe..tahniah cik qis, dah dapat gigi baru!! selamat datang ke alam orang dewasa yang mempunyai gigi kapak... hehehehe.... all the best! 

p/s : tak sabar rasanya nak balik g tengok gigi dia... motif!

Monday, April 22, 2013

cikgu sayang kamu

setelah dua hari di IPG, hidup benar2 berubah 180 darjah dari biasa..
hari pertama yang langsung tiada kelas... bosan pula
hari kedua yang penuh kelas seperti ofis hour..
8-5 ok!

ternyata, kembali ke IPG adalah suatu perubahan. setelah 3 bulan di sekolah, roh guru telah melekat dalam diri. menjadi guru, meminta dan mendesak diri menjadi lebih kasih kepada murid. pulang ke IPG, menjadi rakan yang giler-giler bersama kawan..

di sekolah, aku boleh buat apa sahaja yang aku suka. sebagai guru, boleh menyayangi murid adalah satu perkara yang indah. memang penat! sangat penat walaupun separuh hari sahaja di sekolah, namun dapat melihat mereka berbagai ragam, adalah satu keindahan.

murid-muridlah insan yang kita boleh sayang sepenuh hati kita, mereka boleh menerima bagaimana kita, tanpa mengungkit apa kurangnya kita. bila dia memuji, dia benar2 memuji dan ikhlas sungguh.. suci kan hati murid-murid? 

pulang ke IPG, aku menerima bertita gembira. salah seorang rakan baikku akan kawin jun ni! tahniah... seronok yang tidak terhingga mendengar berita tersebut. tahniah buat dayah dah jumpa si imam yang baik untuk dunia dan akhiratnya! barakallahufikkk....
dari kami berempat, sudah tinggal dua.. harap yang tinggal dua ini akan mendapat yang baik2.. amin! insyaALLAH.

p/s : semua kerja sudah selesai. tinggal peperiksaan mei.
hanya ada lebih kurang 6 bulan sahaja bergelar pelajar! pasti akan merindui saat menjadi pelajar... 

Sunday, April 21, 2013

membuat keputusan

aku benar-benar buntu untuk membuat satu keputusan yang sangat besar dalam hidup aku
sangat buntu

tapi mesti buat keputusan tersebut..

tetapi, sebelum aku buat keputusan tersebut, ada satu kuasa yang akan membantu
solat dan doa.

keep on praying, asking the best way ever in my life

p/s : biarla orang lain kate ape pun, hidup aku biar ada redda...
Ya Allah, peliharalah aku.

Saturday, April 20, 2013

rindu!!!

assalamualaikum...

aku rindu ni..

the pupils i always bla3 of...

the jamuan.. ignore the muka!

kami berenam... 

the irfan yang bijak and the quratul yang ceriakan suasana

excited.

im so tired.. no more cute smiley~


walaupun aku merindui mereka, aku tetap merindui suatu perkara lain..
aku rindu 

DEBAT!!!!!!

lingga is not here.... i miss them. miss the training session even im tired sometimes

Sunday, April 14, 2013

trip to UITM Jengka

aku memang saje suka-suka letak terbalik...
memang stail tengok gambar ni kena tengok dari atas laptop pun...

Wednesday, April 10, 2013

hambatan proposal kajian tindakan

assalamualaikum..
baru aku faham, kenapa tahun akhir pengajian sentiasa jadi tahun yang paling sibuk sampai tak sempat nak kelip mata pun... hahaha

sebb tahun akhir sebagai guru pelatih ini menjadikan kami semua terkepit antara banyak perkara..
antaranya :
1) observe dan final observe
2) relief kelas
3) aktiviti dan event kat sekolah..

sibuknya bukan kepalang~ ececece, sape suh takwat proposal awal-awal..

ini jawapan aku : bukan tak buat awal... tapi, tiap kali ada observe, aku pasti akan stop sume keje dan tumpu kat observe dulu.. :)
lepas dah abes observe, baru boleh pk pasal proposal balik.. tu pun kena tunggu mood untuk wat proposal sampai.. hehehe

pernah satu ketika aku terlalu sibuk di sekolah dan bila loceng berbunyi, aku terus balik...
ada sorang cikgu nak cakap dan bincang dengan aku..
aku g fotostat, ikut aku...

aku kate : cikgu, bagi saya setelkan kerja saya dulu. nanti kita cakap ye...

hahaha... ye, agak kasar.. tapi tula.. kedip mata pun tak sempat..  jadi, pandai2 la manage masa tu..
jangan terhambat dengan proposal.

p/s : just drop by here.. have a nice day.. :)

alhamdulillah.... sampai masa akan aku kongsi segalanya.

Thursday, April 04, 2013

ALLAH ADA

assalamualaikum..

beberapa hari kebelakangan ini, hati ini rasa resah dan gelisah. gelisah takut dikecewakan lagi.. kenapa? sebab kecewa tu sakit... sakit yang melukakan sehingga kadangkala aku tidak mampu lagi berlakon menunjukkan aku tidak kecewa.

selama ini, aku banyak berasa kecewa dengan diri sendiri. 
dan yang paling...aku kecewa aku gemok

baiklah, reflek balik.. kenapa Allah takdirkan begitu...??
petang semalam, sempat aku bersembang dengan rakan sebilik yang sangat penyayang, memahami dan aku rasa cukup ada dia sebagai seorang sahabat.

katanya dalam mengingatkan aku, ALLAH sedang menjaga hatiku.. ALLAH takdirkan aku gemuk supaya aku tidak over super impose.. kann??? sebb  ALLAH sedang menjaga hambaNYA yang sangat lemah ini..
terima kasih ALLAH atas kekecewaan ini.. alhamdulillah :)

akhirnya, selepas kekecewaan itu, aku boleh tersenyum...
alhamdulillah.. ucapkanlah syukur padaNYA

Wednesday, March 27, 2013

cry and hugs

seingat aku, aku sudah pandai menangis dan menulis dairi seawal usia 10 tahun. kerana tidak banyak orang memahami aku, banyak perkara yang sedih-sedih sahaja aku luahkan kedalam diari..saban tahun, ada sahaja diari yang aku beli dan tuliskan..
kadangkala, bila baca balik, air mata akn menitis kembali. penulisan di diari seolah-olah tidak mampu memadamkan segala duka yang pernah dilalui akibat kata-kata orang, atau apa sahaja yang buat aku berduka tatkala itu..

***
kebanyakkan mereka yang tidak mengenali aku, suka mengatakan aku ini sombong. ya mungkin. aku jarang benar mahu maniskan muka pada orang yang tidak aku kenal. sukar juga aku ini bercerita pung pang pung pang dengan mereka yang belum aku cukup baik. maka, nilaian buruk terhadap aku diberikan. 
SOMBONG DAN GARANG. oyeh~

setelah mengenali aku, mereka katakan aku ini mesra alam. aku ini seorang yang banyak bicaranya. garang itu masih belum hilang pada sangkaan mereka. ya, aku garang. tapi bertempatlah aku ingin garangkan diri aku. kadangkala, disebabkan aku ini ceria dan riuh-rendah, orang kadangkala tertipu dengan personaliti aku..

***
aku pernah dikatakan oleh seorang teman rapat
"dila, kau ni cengeng."
"dila, aku ingat kau ni taff la sangat. hati tisu rupanya kau ni"

ya.. aku antara manusia hati tisu yang cepat benar terguris dan terlalu cepat untuk menitiskan air mata. bezanya, aku jarang sekali ingin menyatakan pada manusia, aku sedang bersedih..
sebabnya, seawal aku 10 tahun, aku belajar untuk menangis seorang diri...
nampak sahaja hu ha hu ha di luar, 
balik rumah, aku akan tidor awal dan bertemankan bantal basah...
apa lagi yang boleh aku lakukan... maka, tidak hairanlah kenapa aku lebih suka berkurung di dalam bilik daripada menonton tv di ruang tamu...

***
pada suatu malam, aku keluar berjumpa dengan seorang yang sudah lama aku anggap kakak..
dia bertanyakan tentang calon pilihan aku.
jujur, aku katakan aku tiada
malam itu, makan malam aku berulamkan nasihat "mencari jodoh" daripada kakak tersebut.
kemudian aku pandu kereta, pulang kerumah seorang diri...

tidak tahu kenapa, sepanjang jalan, aku rasa nasihatnya tadi benar2 buat aku ini lemah.
aku tidak punya bonus point sepertinya
entah kenapa, angin kus-kus malam itu membuatkan aku menangis di dalam kereta setelah hampir lama juga aku tidak menangis(kerana kesibukan).
tiba-tiba, rumate kesayangan keluar dari rumah...
"oh, mane aku nak sorok air mata ni?" (detik hatiku)
rupanya dia keluar untuk menghadiri usrah. aku keluar kereta dan mendekatinya...
dia pelik. terus aku berpatah balik... 
kemudian, aku pusing menghadapnya semula.. terus aku katakan dengan sedu-sedan 
" del, saya keluar kereta sebenarnya saya nak peluk awak.. boleh tak??"
tanpa banyak bicara, dia benar-benar peluk aku yang penuh sedu-sedan tidak tahu kenapa...


***
she really hugs me. after 1 and half year kami rumate, she really hugs me...that night. in front of our house, in the darkness of night, she lends me her shoulder. subhanaallah.. 
selama 13 tahun, i cried alone. no shoulder. no hugs. and i always dream someone will lend me their shoulder, hugs me when i cry... hari ini, saat hati aku benar-benar terbeban dengan soal jodoh, dia, rumate saya peluk saya... alhamdulillah...

***
selepas tu.. she ask me why... i didnt tell her. i am not ready to tell her yet my big problem but i ask her to pray supaya aku kuat.. but, the best things is;

bila kita nangis, someone will freely give us lend to their shoulder and hugs them.. sangat release. 



p/s : Allah sedang aturkan yang terbaik untuk saya. percaya dengan ketentuan ALLAH. Allah janjikan yang terbaik.. InsyaALLAH.

~inna ma al usri yusra~
cantik

cantik


insyaALLAH.. ada nanti




randomly

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...