Sunday, September 30, 2012

buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali

kenapa buat baik berpada-pada?? sebb, jangan nak jadi baik sangat, nanti orang naik kepala dan amek kesempatan.... berpada-padalah membuat kebaikan, semoga kebaikan yang dibuat tu tidak memakan diri!

Saturday, September 29, 2012

Tuesday, September 25, 2012

rindukan rumah~

assalamualaikum...

lamanya tak balik.. da 5 minggu da tak balik akibat kesibukan melampau.. huhu.. sampaikan mak kol semalam dan kate qis tanya

qis : lama dah kan kakak tak balik? bila kakak nak balik??


huhhhhh, walaupun saat aku angkat kol tu aku ngantuk giler, mak kol mase aku tengah tido, tapi aku still rasa waaaaa...lamanya aku tak balik... insyaallah minggu ni boleh balik dan boleh ikut family g kuala kangsar~~ yeahhh.... ( ponteng le ahad tu )

ape pun, rindunya nak balik umah...


p/s : aritu merajuk kunun-kunun tak nak balik, sekali banyak program lak hujung minggu, tak dapat nak balik! padan muka :P

Sunday, September 23, 2012

tentang kahwin - perspektif daripada seorang kawan

ketika dalam library sedang duk bersembang dengan kawan baik yang akan melangsungkan pernikahan dan perkahwinan akhir tahun ini, aku tiba2 tanya

aku : lin, best tak nak kawin??
lin : best mcne tu???
aku : dari semua aspek la, best tak nak kawin? ape ko rasa dekat2 nak kawin ni??
lin : best....
aku : kenapa?? (aku memandang preparation yang banyak kena buat dan tanggungjawab serta sebagainya)
lin : best la.. lau pegang tangan dapat pahala (sambil dia pegang tangan aku), rindu dapat pahala, sayang dapat pahala. sume dapat pahala. ko ingat senang ke nak dapat pahala free2 je??
aku (dalam hati aku ) : wah, indahnya dapat bercinta dalam keadaan yang tenang, penuh keberkatan dan indah!

nikah adalah satu sunnah nabi.dan setiap yang menjadi sunnah, ada sebab. y? sebb allah dan rasulnya lagi tahu.. maka, raikanlah pernikahan. andai sudah tiba masanya, ada calonnya, ape lagi yang nak tunggu??? benda baik~ doa je semoga dipermudahkan urusan

p/s : untuk lin, tahniah~ classmate yang 1st kawin n sgt matang. positif dan bagus :) banyak kena belajar dengan ko!

Saturday, September 22, 2012

victory part2

a few years berjuang dalam bidang debat berdebat di ipg ini, masih lagi belum dapat mencapai ape-apa.
tahun ini, 2012, aku and the team masuk lagi debat perpaduan ipg. kami berempat sama-sama usaha untuk menangkat nama ipg. dengan usaha seperti latihan dengan orang luar (abg adib), kami cuba untuk ubah, keadaan team kami..

perjalanan debat ipg aku tulis sepanjang bulan april dan mungkin ada entry di bulan mei. taktala mendapat tempat ketiga, dan yang paling bermakna adalah piala yang cantik, menjadi idaman semua, kami juga alhamdulillah, telah mengangkat nama ipg. tempat ketiga selepas kalah dengan tuan rumah, ipg sultan mizan di peringkat separuh akhir. inilah kali pertama ke peringkat separuh akhir. dan alhamdulillah....

daripada kemenangan itu, aku boleh tersenyum. walaupun, aku hanyalah simpanan. namun, kemenangan buat team, memang satu yang boleh disenangi!

maka, hadiah untuk diri sendir adalah yang lebih berharga. sebagai tanda dan simbolik yang lebih bermakna untuk diingati

cincin
cincin ni sebenarnya da tengok kat mydin, tapi mahal dan tadek keperluan nak beli mase tu. dan bila menang dan ada beberapa perkara lain, dan dengan sokongan emak, lalu aku ke batu 6 untuk g survey. last2 terus beli...

duit kemenangan tu, aku guna beli cincin ni.. :)

victory part1

ASSALAMUALAIKUM...

alhamdulillah... baru selesai menonton rakaman pertandingan akhir debat ulul albab 2012.
seperti yang semua tahu, debat kali ini adalah kali pertama dianjurkan oleh unisza dengan kerjasama kelab tutor remaja... dan kemenangan pertama ini alhamdulillah milik IPGKDRI. alhamdulillah..

walaupun seminggu telah berlalu, kemenangan itu masih segar dalam ingatan. sebb itu adalah satu kemenangan. dan aku terfikir-fikir, apekah yang ingin aku lakukan sebagai satu simbolik kemenangan??

baiklah. sebelum memikirkan tentang apekah kaedahnya, kiranya elok la kita memandang ke belakang seketika.. ape ye...?? sejarah dan kenangan..

im not born to be very talented. but, i learn to be talented.

2007
-kiranya tahun ini adalah tahun yang agak mencabar bagi aku. anak sulung~ sitting for spm. banyak jawatan di sekolah, as a debaters and the only yang tinggal untuk latih team. ok, cerita satu2 ye what happened on that year.

1. seawal tahun, aku diangkat menjadi kapten asrama perempuan. tak la hebat mane pun, tapi kerja kapten ni adalah hal2 kehidupan di asrama. masalah yang berlaku, sakit sihat anak2 buah. masalah histeria. masalah kawan2 yang memang tak support kerja kita dan bermcm2 karenah birokrasi yang berlaku. biro2 tak jalankan tugas dan sebagainya adalah perkara biasa.

2. study~ aku ni memang bukan jenis tekun. dah memang tak study banyak pun. cuma satu pantang aku, aku jenis yang bagi tumpuan dalam kelas. aku geram betol kalau masa aku belajar la orang nak mintak gunting la, orang nak pass brg dan sebagainya.

3. debat~ antara perkara yang penting bagi aku. aku adalah satu-satunya main team yang ditinggalkan oleh senior. dengan rakan-rakan yang ada, maka kami try built team yang stabil. buat team dan latihan almost a few months. sampai kena marah2 kat cikgu sebb tak masuk kelas. nak SPM oi,,,

4. puppylove! aku ni nampak aje kasor, giler2, ada ati jugak. tapi mase ni tak de la extremely sgt nak bercintan-cintun. just admire kat someone dan aku kira memang dia layak dikagumi. layak~ ada kredibility!

apenya VICTORY yang aku dapat?? keputusan peperiksaan SPM yang aku sendiri tidak percaya. hahahaha... korang baca balik elok2. AKU SENDIRI TIDAK PERCAYA ok! sungguhlah, sebulan aku rasa aku hidup dalam angan-angan nak terima realiti keputusan SPM sebb setahun 2007 tu penuh dengan masalah dan sebagainya. namun, alhamdulillah.. berkat doa mak, abah akhirnya.... hehehe

how do i celebrate??
jeng..jeng...jeng...

:: memandangkan setahun 2007 aku tadek fon. fon kena jual.. dah deal baik punya ngan abah, maka.. aku guna duit yang orang bagi tu sume wat beli fon.. fon idaman saat itu adalah.

inilah fon idamannya... memang tak gempak pun, sebb aku akan beli ikut taste aku.. bukan beli sebb  orang kate ape pun... 
p/s : ape salahnya kita hadiahkan diri sendiri dengan sesuatu yang memang kita inginkan..

fasa pertama : 2007

1. spm superb
2. debat 2nd place negeri

Friday, September 21, 2012

tamat prak fasa 2

assalamualaikum.. alhamdulillah.. tamat sudah praktikum fasa 2... lega~

kembali lah kita ke ipg.. setelah bermacam2 mehnah dan tribulasi sepanjang 2 bulan ni.. memang bg aku, TOUGH la jugak jadi cikgu ni... 

namun, hari terakhir di sekolah tersebut, langsung tak menyentuh hati anak-anak murid pun..diorang tadek la macam anak muird sekolah kampung yang sayangkan guru, nak peluk dan cium guru... sekolah ni, aku masuk last day pun wat dekkk je... hurm..last2, aku kua je terus kelas. tanpa cakap ape2...

ape pun, terima kasih kepada anak murid yang menghargai, menyayangi, dan merindui mungkin :)
semoga kamu terus berjaya pada ape jua lapangan...

sayang kamu semua

layan lah gambar2 di bawah :

pulangkan buku sat... bye..bye skgb~

sehari sebelum hari akhir, rabu.. mereka request nak peluk cikgu.. boleh ke cikgu?? i said, boleh. tapi  esok kena wangi2... tak mo busuk, cikgu tak nak peluk... hahaha...

campur muka dak dua orang ni, jadi muka cikgu... they are hugable!!

inilah keadaannya... tak sabar nak balik ipg semula. adakah aku akan merindui suasana sekolah ini?? wallahualam... 
p/s : seseorang akan menghargai bila mereka jarang dapat. nilai penghargaan tu kurang bila selalu dapat apa yang dia nak yang akhirnya tadek keistimewaan..
korelasinya, sekolah ini akan pasti menerima guru baru dan guru prktikum sepanjang tahun.. murid-murid kurang teruja walaupun hari terakhir guru di sekolah. kecuali, guru tersebut sayang kepada mereka. 

ape pun, menjadi guru kena banyak SABAR dan IKHLAS.

Wednesday, September 19, 2012

johan (5) INDAHNYA JADI PENDEBAT TERBAIK

pendebat terbaik suku akhir... alhamdulillah... tak sangka nama di umumkan pada sidang suku akhir... alhamdulillah.... sempat jugak snap gambar buat kenang-kenangan..
susah kot nak dapat ni~
alhamdulillah... i did it :)
balik2 je, terus text abg syahmi (hakim sidang suku akhir, yang telah  pilih aku jadi pendebat terbaik sidang itu)..
thanks abg syahmi... hehehe.. terharu sungguh. i tak tipoooo..

ucapan tahniah daripada pencabar aku... akhirnya..... masih tidak berpuas hati nampak dengan tanda :p
ape pun, i did prove~ hehehe

dapat msg macamni sebb da lambat da... kami lambat 20 minit. penganjur da anta msg... cuak~ sgt cuak.. msg untuk persediaan ke final. masa ni, ALLAH je taw betapa cuaknya...

tersedar ke alam realiti... tak sangka rupanya telah pun menjadi johan.. alhamdulillah.

p/s :betul kata madihah ( debater ipg mizan )... manisnya menjadi pemenang ni bukan masa umumkan pemenang je.. tapi long lasting sampai seminggu, sebulan...
oh, sweetnya menjadi juara.. mungkin post2 aku lately akan dipenuhi dengan kenangan indah menjadi SEJARAH SULUNG DEBAT ULUL ALBAB.


Tuesday, September 18, 2012

johan (4) BEHIND THE SCENE part 1

harapan sehari sebelum hari persidangan. namun, kertas ini digumpal oleh syed. aku amek dan aku simpan.. aku kate, MUNGKIN JADI KENYATAAN nanti boleh tengok balik~
kemenangan tu betul, cuma usul lain... alhamdulillah
p/s : peringkat suku akhir bertemu unisza2
usul : sekolah elektronik adalah jawapan.

harapan yang aku sendiri tulis kerana terlalu gugup untuk ke final. tiba saje di IPG, aku tunjukkan pada mereka.. kalau jadi menang, kita tengok balik kertas ni..

memang betul hakim 4-1. tapi bukan margin 1. tapi margin 3.67 (kalau tak silap)


buktikan IPGKDRI 2.... chaiyok~

p/s : disebalik tabir menuju ke final... bukan senang. doalah semoga perjalanan menuju kejuaraan diermudahkan ALLAH... inilah disebalik perjalanan MENJADI SEJARAH itu....

Monday, September 17, 2012

johan (3) GAMBAR

KAMI SEMUA:: mereka yang boleh aku banggakan.. terima kasih keranA sentiasa menyokong kami :)
thanks shana, selalu sokong akak.
SAAT GENTING :: pengumuman usul diterima atau ditolak akan diberitahu... aku dah cuak.. nak tutup telinga rasanya.
P/S : GAMBAR LAIN AKAN DIUPDATE SETELAH AKU DAPAT DARIPADA MEREKA KELAK.. VIDEO JUGA!

johan (2) persembahan keseluruhan

terlalu banyak perkara yang nak diceritakan tentang kisah kemenangan ini... akhirnya, membuatkan aku terpaksa meletakkan beberapa episod dalam mencapai johan. bagi aku, kami johan sebagai kumpulan, sebagai individu, aku bukanlah johan tapi johan tetap johan.

dah melalut pasal johan-johan ni....

secara persembahannya, orang lain konsisten sahaja tapi bukan aku. aku cepat tergugat lebih-lebih lagi apabila kurang sangat memahami usul seperti usul

mahasiswa : sudah duduk baru berlunjur.

kami sebagai pembangkang, merepek2 aku cakap. akhirnya, satu team kalah....

yang teruknya, selepas 3 sidang pusingan awal, aku adalah ranking ke 29 daripada 30 peserta... hua~ teruk giler sampai aku sangat malu nak angkat muka kat semua orang... yaaaaa...malu giler aku habaq hang...
selepas 3 pusingan awal tu, aku terus solat zohor. aku tak suka nak berebt-berebut dengan orang pasal nak semayang ni.. bila orang makan, aku semayang, bila orang semayang, aku makan. jadi, tak bertembung ngan ramai-ramai orang dah...

mase semayang tu, memag haraplah dilancarkan percakapan.. semoga aku tak rosakkan team.. sgt berharap. nak nangis rasanya sebb malu weh. malu ok.. malu!! dan alhamdulillah, suku akhir aku berhak menjadi pendebat terbaik..

dedikasi kepada abg syahmi yang menyokong dan memilih aku sebagai pendebat terbaik. menajdi pendebat terbaik adalah impian dalam team ni. sebb dalam team ini, syed dan iqbal je duk rebut pendebat terbaik.. apa salahnya, title pendebat terbaik itu singgah kepada aku. dan akhirnya, dengan pengiktirafan abg syahmi selaku orang yang ajar kami tentang debat memilih aku sebagai pendebat terbaik, alhamdulillah...
suka tak terkata... dalam team ini juga, aku mampu menjadi pendebat terbaik. alhamdulillah..

setakat ni, semua team yang aku join, aku dah berjaya dapat pendebat terbaik. dan inilah yang paling sukar sebb mereka sangat bagus (pengucapan). alhamdulillah..

namun begitu, aku kurang berpuas hati dengan peringkat akhir... sangat! aku dah la tersasul.. orang bahaskan PARLIMEN MAHASISWA tapi aku duk sebut2 PARLIMEN MALAYSIA.. kan jauh tu.. tapi dah tersasul... terok~ saat tu aku tengok encik irfan duk ajuk2 yang aku salah tu.. huhuhuu... maaf semua.
plus2 pasal mic yang makin turun kebawah.. haiiiyakkk.. sangat tak selesa...

walaupun, bukanlah aku menjadi yang terbaik dalam keenam-enamnya, tapi encik irfan kate

"kamu adalah 6 terbaik....saya iktiraf" - encik irfan

johan (1) dedikasi khas untuk encik irfan

assalamualaikum dan salam sejahtera buat anda semua..
alhamdulillah, berakhir sudah satu lagi episod perdebatan. dan alhamdulillah, johan menjadi milik kami.. perjalanan yang tidak sesukar pertandingan lagi, namun kali ini masih mempunyai halangannya...
di saat aku terkepit antara assignment yang nak dihantar sehari selepas tamatnya debat, dan kali ini akulah yang kena compile assignment tu.. terkepit lagi dengan minggu terakhir praktikum di sekolah gong badak.. terkepit lagi dengan latihan intensif debat.

alhamdulillah, semuanya telah berjalan lancar walaupun kami sendiri yang uruskan semuanya dengan bantuan dan pemantauan encik irfan. nak cerita sikit siapa encik irfan yang kita semua perlu tahu.
1.encik ni adalah orang yang pilih saya masuk debat zaman 2008 dulu. tahun pertama di ipg. kemudian, beliau sambung belajar. datang balik ke ipg 2012.
2. 2012, kami semua mula berada di bawah encik irfan semula. ianya bagainya bermula semula. bermula dengan debat integriti, kami mula belajar banyak benda dengan bantuan. dan pada aku, pada debat integriti itulah, peluan kedua diberikan dan diberikan kepercayaan oleh beliau.
3. lepas debat integriti, kami ke debat peraduan ipg. kemudian ke debat alam sekitar, kemudian ke debat perpaduan dan akhir sekali setakat ini, debat ulul albab.
4. setiap pertandingan debat ada cabarannya yang tersendiri, kami jumpa dengan mereka yang hebat-hebat. namun, encik akan terus bimbing kami dan tak de ugutan yang tak menyenangkan. sebb, tujuan kamiadalah belajar.
5. terbaru, tiba-tiba encik ugut, kalau tak ke final, dia nak letak jawatan. aku pun pelik kenapa tetibe saje. dan alhamdulillah, kami berjaya ke final untuk debat ulul albab

masa menunggu untuk menghadapi final tu, kerap kali aku katakan, aku takut. sebb di final, harapnnya lagi besar. aku risau. sangat. namun, masih ingat kata-katanta apabila kami ada latihan.

''awak nak risau ape? patutnya mereka lagi risau, sebb mereka tuan rumah. kamu menang, kita bangga. kamu kalah pun kita bangga. kalau kamu kalah pun, saya tak marah''

saat tu, berasa sedikit lega. sebb tak sampai hati nak kecewakan encik yang da banyak tolong dan bimbing kami. dia yang sediakan makan, minum. mana ada orang lain wat benda mcmtu. survive la sendiri. tapi, encik ni dia care pasal kebajikan. jadi, kadangkala di saat aku kena hentam ape pun, kami sentiasa percaya kerana ada orang yang percaya pada kami... inilah hasilnya.

selepas sahaja kami bersidang, aku bergerak duduk satu baris dengan pensyarah yang datang dan masa u encik kate.

'' bagi saya, saya dah puas hati''

 dan, apabila diumumkan sebagai johan, aku kira enciklah orang yang paling gembira apabila melihat hasil acuannya akhirnya mampu juga dapat johan..

p/s : debat ulul albab berbeza dengan debat ipg. ape pun, kedua-dua pencapaian ini akhirnya membuat mereka yang tidak penat mengajar kami, boleh terus tersenyum :)

KAMI ADALAH SEJARAH



Tuesday, September 11, 2012

3 hari lagi dan 9 hari lagi

assalamualaikum...

CUAK! 3 hari lagi pertandingan debat ulul albab kat unisza... preparation pun ujung2 kuku je... takot.. seyes aku takot.. dalam mase mcni, memang rasa tak selesa... bila rasa tak selesa tu, cepat aje nak melenting la... hua..

dan 9 hari lagi nak abes praktikum. suatu perasaan yang sukar diungkapkan. tak taw la happy ke sedih ke... so far, aku da dapat 2 surat cinta daripada student... she improved well dalam maths. risau for next oti ni la... hope, she is doing welll


p/s: da kena stop tulis dulu since rasa tak bape nak betul je menaip pun.. asyik typo aje...

Monday, September 10, 2012

realiti seorang guru oleh bakal guru

assalamualaikum...

rasa kelakar bila letak tajuk post panjang mcm ni... tapi itulah realiti..

bagi sesetengah orang, katenya menjadi guru itu mudah.. sangat mudah.. sehingga ada individu yang menghina profesion guru kunun-kununnya mudah dan sebagainya...

aku sedang menjalani praktikum ke dua selama 2 bulan ni sebuah sekolah di sekitar kuala terengganu.. sejujurnya bukanlah satu perkara yang mudah... dan aku memang berhasrat, dalam aku mendidik, aku tidak mahu lagi mengalirkan air mate... aku perlu menjadi guru yang kuat untuk mendidik anak didik aku demi agama dan negara.. merekalah yang akan jadi baik atau tidak dengan acuan kami para guru.

orang menyatakan menjadi guru senang, ada jaminan, ada elaun dan sebagainya. itu aku tidak nafikan. namun begitu, orang ramai perlu juga menilai apakah halangan dan cabaran dalam menjadi guru.. haruslah bukan sesuatu yang mudah...

aku selepas penyelian bersama dengan guru dan pensyarah pembimbing, aku rasa pening dan ingin muntah.. rasanya, terlalu banyak lagi perkara yang perlu dipelajari, banyak lagi benda yang perlu aku hadapi... praktikum adalah sekadar 'warming up' atau orang melayu kata, pemanas badan..

jadi, bagi adik2 yang akan menghadapi praktikum dan bakal diposting, positifkan keadaan. kita belum lagi bermula, dan percayalah, terlalu banyak halangan yang perlu kita hadapi.. jadi, ubatnya adalah IKHLAS..
kita akan menjadi guru seumur hidup kita, tanpa ikhlas, kita akan merana...

menjadi guru memang dipandang mudah, maka doakanlah semoga Allah memudahkan segala urusan dan perjalanan kita untuk menjadi guru.. wallahualam....

p/s : belum terlambat untuk ikhlaskan hati, teruskan berdoa.... ianya seronok kalau kena pada caranya.. keep learning~ alhamdulillah :)

Thursday, September 06, 2012

sweet kan aku?? hehehehe....

hadiah kat seorang murid yang baik =)

sweet kan aku? siap bagi kad bagai kat anak murid.. ngeh~

aku sedang belajar untuk menghargai mereka..

keep it up shaiqah =) gud luck for next OTI

assalamualaikum.. sedang aku duk menulis kad buatan sndiri yang tiada seni, aku rasa nak tergelak pun ada...
rasa macam kelakar je nak buat kad bagai kat anak murid.. n apekah persepsi dia apabila seorang guru yang dilabelkan garang memberi hadiah dan ada kad!

aku rasa aku sweet sangat bila aku ni kelihatan kasar, garang (dan bermacam-macam lagi yang tak best) bagi adiah kat anak murid bersama KAD kat anak murid... percayalah, aku sebenarnya sweet giler * setakat ni ngan anak murid je~


p/s : kepada anak murid cikgu anept malek (cikgu cemerlang) : jangan jeles ngan anak murid teacher dila yang comel :) kih..kih...kih...



ameklah yang positif daripada post ni... selalulah menghargai mereka walaupun mereka MURID kita... kita sayang mereka, mereka sayang kita. pengajaran akan berlaku dengan baik.. cikgu buat rph pun sambil gelak2.. ops, senyum :)

Saturday, September 01, 2012

10 years

kelmarin ( 2 hari lepas ) aku jumpa kawan lame sekolah rendah~ awesomenya jumpa balik lepas 10 tahun memang lost contct, tak terjumpa pun...

kisahnya bermula.....2002.. 10 tahun lalu ye.. just imagine (gambar hitam putih dalam kotak minda)

cikgu rosmina memang akan letak kedudukan anak murid dia kelas 61 lelaki dan perempuan secara berselang seli.. memang tak de harapan la nak duk sebelah pempuan.. orang yang aku ingat duk sebelah aku adalah abdullah hakiim.. seingat aku, tulisan dia cantik.

kemudian masuk sekolah menengah, aku ke sekolah agama wataniah, hakim ni ke sekolah tengku mahmud. * sekolah tengku mahmud ni adalah sekolah famous amos pada zaman itu
jadi selama kat sekolah, tadek fon, memag susah la nak cari kawan-kawan.. tapi years by years aku masih ingt kawan aku ni...
dan dalam form 4 ke form 5 gtu, aku pernah dapat num fon hakim dan try contct, maybe dia tak kenal kot ak mase tu.. so, aku biarkan jela.. tak contct lagi dah....

2 hari lepas.... ape yang berlaku? aku diinvite masuk dalam group sekolah rendah.. dalam tu, ramai yan aku tak add..so, aku pun add la... antaranya ialah hakim ni.. approved! first impression, profile picture gambar p haji/umrah! ape yang bermain di minda aku? untungnya muda-muda da g sane.... bila approve tengok wall, hadis je... subhanallah, kawan aku~

bila msg pn, rasa mcm lain. > maybe i m a person yang boleh rasa something yang weird kat orang kot...

then bg num fon, hakim kol.. aku jadi sedikit speechless... tak taw nak ckp ape. walaupun teruja jumpa kawan lame.. same goes to him bila jumpa kawan lame.. but what makes me much speechless is his identity~
aku tak patut la bergelak gegak-gempita lak ckp ngan orang yang mcm baru kenal kan..

what is more more more interesting, he change to be a better person. i pray and hope that all your ways may get ease by allah.. honestly, touched when i know my friend changes and i pray for u....

yang baju merah tu... aku rasa, tak de perubahan pun selama 10 tahun.... ni la muka dia mase 12 tahun dulu pun... hehehe..... same saje

**bila baca atau taw kisah orang berubah kearah kebaikan ni, mula la air mate aku jadi murah je nak keluar... bukan sedih, tapi rasa besarnya kuasa Allah.. untung la bila Allah tetapkan hati dalam agamaNYA...

risau plak -________-


assalamualaikum...

aku risau sampai aku stop tulis rancangan pengajaran harian (rph) untuk pengajaran esok... dan aku capai benda empat segi ni untuk blog.. hua, risau~

sebenarnya, aku da mula risau tentang status single aku.. selama ni aku ok jek, mcm takde la kesah sangat even balik kampung je nenek tanya... haiyak~ jawapan aku, ntah, tak jumpa lagi.... n bila orang approache pun, aku akan ckp aku tak ready. tak nak komit lagi... sebenarnya, belom sedia dengan ape2 kemungkinan.. aku memang penakot sikit~ *tapi kalau kena pada orangnya, kena pada masanya, kena pada cara dan gayanya, insyaALLAH aku terima saje..

selepas setahun duk single yang hidup cuma bekerja dan belajar ( poyo jek bekerja dan belajar sahaja - aku enjoy single and student life ni ).. tak rasa tergugat pun walaupun seppu duk cite2 ngan nenek pasal pakwe dia.. nak bertunang la, nak kawin la semua padahal umur muda dari aku setahun.. nenek aku da mula risau da... da suh aku cari la... aloooo, rimasnya bila masuk bab ni sekarang sebb I HAVE NO ONE TO BE SPECIAL....

tup2, aku kol mak semalam sebelum g tunas manja ( nak mintak izin kua malam ) tbe2 mak aku bagitaw satu berita yang membuatkan aku keluar dari zon selesa.. ngeh!! mak cik aku da nak kawin... and you know tak, after makcik aku, turn aku lak~

makcik bongsu, aku lak cucu pempuan sulung, haidoi... mane nak cari weh?? kurang2 ada calon dah ni... pempaun mcamni lah, kena ikut turn la, lau kena langkah bendul, pasti kate tak laku la... dan banyak lagi la benda-benda yang tk sedap telinga ni duk dengar lau benda-benda berikut berlaku...

so, next spot : aku la pulak... (mak, abah, nenek, atuk, sepupu sepapat, mak cik, pak cik, doakan calon yang baik-baik untuk akak... semoga terbuka cepat pintu hati akak ni untuk terima yang sepadan.. doa la ye.. mengharap doa kalian untuk jodoh akak. :)

** tips: sedekahkan al-fatihah setiap pagi untuk emak, abah dan adik-adik
sedekahkan alfatihah kepada guru dan keluarga yang telah meninggalkan kita
sedekahkan alfatihah kepada bakal suami walaupun tak kenal.. :)
~jum sama-sama amalkan~

randomly

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...