Friday, May 18, 2012

yakin dan percayalah...rezeki milik ALLAH

assalamualaikum...

saat ini, aku tersentap dengan sikap mereka... mereka yang aku kira antara orang yang aku sayang, namun? mungkin juga hati ak berlom cukup ikhlas memberi maka aku berkata ape yang telah aku berikan...
dan saat aku tersentap ini, aku letakkan kepercayaan... rezeki itu milik ALLAH.. maka, memohonlah dengan Allah.. bagi aku, tak perlu rasanya aku merayu pada manusia hanya kerana mereka punya kuasa.. sesungguhnya Allah maha berkuasa..

kita berusaha, rezeki insyaALLAH Allah bagi..

alhamdulillah dengan rezeki dan nikmat biah solehah dirumah ini..
semakin hari semakin segar...
kasih sayang yang dulunya layu kini semakin berkembang saban hari...
alhamdulillah walaupun permulaannya bermula dengan air mata dan hati yang kering
hari ini, aku masih lagi mengalirkan air mata,
tapi, aku sedar air mata yang mengalir sebagai tanda
tanda aku menyayangi dia...
dia yang layak untuk aku syang..
dia yang mendidik aku...
dia yang sikit demi sikit mengajar aku untuk jadi kuat..
walaupun aku menangis,
aku nak kamu tahu..

aku sayang kamu... rumateku!

p/s: perggghhh, jiwangnya aku tulis kat rumate.. aku je kot sorang2 yang dedicate kat rumate mcni.. sweetkan aku.. hak3...

Sunday, May 13, 2012

mereka HEBAT

assalamualaikum...

sedang sibuk prepare dan bace buku untuk exam, aku tetiba rasa nak post something kat blog. biasa la mood debat da abes, dan skunk ni mood exam plak..

tengah syiok2 nak baca buku ni, tetiba ada plak orang anta msg menyatakan kekurangan aku.. hello encik, awk tu tak kenal saya.. please la dont ever jugde me.. sedih sangat la bila orang jugde aku sangat skeptikal mcmtu.. 2 perkara
1) saya suka merajuk
2) saya suka marah.

dan tu la yang ramai orang ckp bila mereka tak berapa nak kenal aku... hadoi!

komen pertama : aku da lame kot tak merajuk! aku hanya merajuk dengan orang2 yang aku syg sahaja.. ngan kawan2 ni tak. biasa ngan adik beradik, mak dan kawan2 perempuan yang baik. aku tak de mase nak merajuk2 manja ngan orang yang tak penting untuk taw betapa lembiknya aku ni..
:: stress taw tak bila orang jugde ko yang ko tak buat pun kat orang tu,, macam main tuduh2 la kat aku.. da la macam buruk je.

komen kedua : mereka yang suka ckp aku suka marah memang mengundang kemarahan aku.. memang la aku cepat marah, tapi bersebb la.. aku rasa semua orang pun mcmtu kan? tak de la nak main sembur2 kat orang tak temtu pasal.. aku diam je pun lau aku marah.. eii... dan orang yang paling banyak kena marah ialah adik2 aku je.. tapi diorang yang hiduo ngan aku, rilek je dapat kakak mcm aku! superb!

bila sedih2 orang cakap mcmni dan da totally stuck mood membaca aku, teringat kat satu soalan kat adik aku.

aku : cik. akak nak tye ni. ape kekurangan akak? i need  to improve, help me!

acik : sory. tanya orang yang lagi layak untuk jawab soalan tu


* pada perkiraan aku sebagai seorng kakak, adik la yang paling layak untuk nilai aku sebb mereka membesar dengan aku. diorang taw baik buruk aku.. luar dan dalam.. mcne aku act kat luar dan mcne aku act kat rumah.. mereka yang taw the true me..
dan perkiraan aku, adik aku tak pernah menilai buruk aku sebagai buruk dan dia memang menerima seadanya baik buruk kita sehingga buruk bukan lagi buruk tapi satu cara untuk melengkapi..


p/s: selagi kamu melihat sesuatu keburukan pada sahabat kamu sebagai satu keburukan, maka masih ada batu penghalang dalam hati untuk menerima dia seadanya!



Thursday, May 10, 2012

hampir setahun... solat jemaah

assalamualaikum...
da hampir setahun da aku dan 5 lagi kawan aku duk umah sewa. mereka adalah seperti berikut
* dalilah omar
*zurina ain
*fazila
*wahida
*zara

sejujurnya, aku memang tak rapat ngan sume orang kecuali ida. paling rapat ngan isa, yang lain moderate saje. ada mase aku kekaok sangat ngan diorang, ada juga rasa tak selesa.. dan aku banyak berkurung dalam bilik. tak suka sangat nak spend mase kat ruang tamu dan nak sembang2 ngan diorang. mungkin sebb aku ni mcam tersalah masuk dalam rumah sewa ini lah kot..

tapi rumah aku ni ada 1 tradisi rumah yang nak tak nak kena wat jugak. SOLAT BERJEMAAH. solat berjemaah yang kami selalu buat ialah maghrib dan isyak. tu yang wajib la.. ada juga tak buat. biasalah manusia, bukan sempurna pun. tapi solat jemaah ni bagus..

meh aku cite, nape solat jemaah ni bagus.

dulu aku memang tak rapat even aku ada perasaan benci, nak ignore orang je. tapi bila solat jemaah, nak tak nak memang kena salam lepas solat. bila solat lak, even benci macammane pun, lau ko da kena solat sebelah dia, kena la jugak kan. lau dia jadi imam, ko jugak ikot, lau ko jadi imam, dia jugak ikut. jadi, bila bersalaman tu, gugurlah agaknya dosa yang akhirnya memberi kebahagiaan dalam rumah ni...

dulu, aku memang tak leh pergi ngan orang tu, tapi skunk da boleh nak bergurau senda, nak beriadah same2... nak cakap2 pun tak de rasa tak puas ati dalam hati.. aku rasa tu la kot hikmah solat jemaah.. KETERIKATAN HATI. tu yang penting dalam ape2 hubungan sekalipun kan.

kes yang same jugak yang terjadi bila rumate aku jarang balik dan jarang sgt spend mase kat aku. honestly, aku memang marah dan sedih ngan dia. tapi, bila dia balik, dia selalu jadi imam solat jemaah, sejuk ati aku. tak jadi marah dia da.. terus lupa.. pastu, bila dia solat tahajud, dia akan usap ubun2 aku untuk kejut aku bangun tahajud. aku plak bukan bangun lau tak kuat, kadang2 da 10 kali dia kejut, aku bangun2 je da subuh... tapi solat jemaah ni memang besar kuasanya...

jadi, kesimpulan dalam kehidupan.. solat jemaah sangat penting dalam kehidupan. dalam menguruskan perhubungan, memang penting untuk solat same2. bagi yang dah kawin, selalulah solat berjemaah, aku pun berhajat, sesibuk mane pun, nak jugak solat jemaah ngan suami! doa. so, nak cari lelaki, cari la lelaki yang bukan saje boleh sembahyang,  tapi yang lebih penting cari lelaki yang boleh jadi imam solat kita. insyaallah, hubungan terjaga dengan redha allah...

p/s: ketika diberi tugasan menjadi imam, saat aku membacakan doa dan kawan-kawan mengaminkan, dalam hati je taw betapa besarnya nikmat.. mesti tu jugak yang imam rasa bila makmumnya mengaminkan doanya... alhamdulillah~ same2 jage diri dan peribadi.

Sunday, May 06, 2012

sandaran hati

tatkala hati ini sakit dengan tindak tanduk manusia, siapa yang akan sembuhkan kesakitan hati ini...ALLAH.
Sesungguhnya, seawal perkenalan aku dan dia, tak pernah ada niat buruk aku, dan hari ini aku benar2 sakit hati dengan tindak tanduk kamu...

dan aku mohon, ALLAH yang maha mengetahui, peliharalah hati ini dari kekecewaan, kesedihan, kelukaan.... aku mohon yang terbaik dariMU ya ALLAH...

hati ini aku sandarkan padaMU ya ALLAH.... tetapkan yang terbaik untukku... hambaMU yang lemah...


Wednesday, May 02, 2012

kejayaan bersama

assalamualaikum...
debat kali ini betol2 mencatat sejarah yang besar dalam hidup aku...
selepas bertungkus-lumus dan berhempas pulas untuk team ipg (walaupun sebagai reserve sahaja) akhirnya kami dapat juga tempat ketiga... yang penting dapat piala...

nak cerita la sikit perjalanan latihan perdebatan yang aku lalui sehingga ke pentas separuh akhir.

1. bermula sebelum praktikum, deal ngan burhan untuk ajar kami.. terpaksa extend sehingga 17 mac 2012 sebb cuti mid sem seminggu
2. 19 mac 2012- kelab debat ipg ditubuhkan atas usaha syed fahmi akmal.. banyak perkara yang buat dia kadang2 out of track.. aku faham, keje sesorang memang stress sedangkan aku tak de kat ipg.. sebulan praktikum.
3. 23 mac 2012- first practice kat unisza bersama ip mizan dan team unisza. aku memang tak plan nak g, tetapi dengan tekanan yang diberikan aku kuatkan hati plan untuk g jugak.. kenal kawan2 baru.. k.nana, k.ya dan ramai lagi... burhan ajar pembukaan konsep dan abg adib ajar a few tips.
4. 6 april- aku balik ipg dan wat first mock debate ngan adik2 kelab debat. petang sepatutnya ada meeting ngan burhan, tapi tak cukup ahli, meeting cancel.
5. 15-19 april - cube untuk meeting ngan team perpaduan sebanyak mungkin untuk organize dan mock sikit2 kasi polish lingga.
6. 20 april (jumaat) - mintak dan tunggu abg adib datang ajar.. tapi dia mungkin penat. tak datang...
7. 20 april (jumaat ) - burhan nak wat kelas tapi kami semua tak de sebb semua ada ha kecuali aku dan syed sahaja...
8. kelas ngan burhan ditunda ke sabtu malam (21 april 2012)
9. burhan serahkan kelas kat abg adib.. so, 21 april kami first jumpa abg adib kat dieta's pizza.. abg adib belanja makan kami malam tu> thanks abg adib.
10. 22 april 2012 (ahad) - tade latihan langsung sebb iqbal dan lingga ada ujian akhir kursus... wajib study...  mase ni start ada masalah ngan ...
11. 24 april (selasa ) - abg adib buat mock kilat dan mock pintas... aku lah orang yang paling terkapai-kapai malam tu...
12. 25 april (rabu) - abg adib wat mock kilat lagi..ada improvement.... dia tak ikut kami p besut...kami mohon doa guru..

***tiba masa yang ditunggu...

13. 26 april (khamis) - tiba di bumi besut... check in dan balik umah..
14. 27- 28 april (jumaat sabtu) - start battle... ada suka duka sepanjang bersidang...
15. 29 april (ahad) - dapat masuk suku dan menang.. mara lagi ke separuh.. rezeki hanya num 3..


rumusan : alhamdulillah... sepanjang perjalanan debat yang bagi aku penuh berliku ni, akhirnya merasa sesuatu yang manis bernama KEJAYAAN. apa yang terjadi sepannjang menuntut ilmu tentang debat, memang banyak hikmahnya.. berjumpa dan berkenalan dengan ramai orang membuatkan aku rasa seperti indahnya ukhuwah... dan dalam team, berperanan seperti kakak dan dipanggil kakak oleh semua orang adalah salah satu tanda hormat dan tanggungjawab.. alhamdulillah..

~tak lupa, dalam kesibukan menjaga adik2 berdebat, ada kelapangan membawa dia untuk kenalkan pada keluarga.

stop hunting

i will stop asking you when you ask me to do so..

action speaks louder than words

randomly

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...