Wednesday, March 27, 2013

cry and hugs

seingat aku, aku sudah pandai menangis dan menulis dairi seawal usia 10 tahun. kerana tidak banyak orang memahami aku, banyak perkara yang sedih-sedih sahaja aku luahkan kedalam diari..saban tahun, ada sahaja diari yang aku beli dan tuliskan..
kadangkala, bila baca balik, air mata akn menitis kembali. penulisan di diari seolah-olah tidak mampu memadamkan segala duka yang pernah dilalui akibat kata-kata orang, atau apa sahaja yang buat aku berduka tatkala itu..

***
kebanyakkan mereka yang tidak mengenali aku, suka mengatakan aku ini sombong. ya mungkin. aku jarang benar mahu maniskan muka pada orang yang tidak aku kenal. sukar juga aku ini bercerita pung pang pung pang dengan mereka yang belum aku cukup baik. maka, nilaian buruk terhadap aku diberikan. 
SOMBONG DAN GARANG. oyeh~

setelah mengenali aku, mereka katakan aku ini mesra alam. aku ini seorang yang banyak bicaranya. garang itu masih belum hilang pada sangkaan mereka. ya, aku garang. tapi bertempatlah aku ingin garangkan diri aku. kadangkala, disebabkan aku ini ceria dan riuh-rendah, orang kadangkala tertipu dengan personaliti aku..

***
aku pernah dikatakan oleh seorang teman rapat
"dila, kau ni cengeng."
"dila, aku ingat kau ni taff la sangat. hati tisu rupanya kau ni"

ya.. aku antara manusia hati tisu yang cepat benar terguris dan terlalu cepat untuk menitiskan air mata. bezanya, aku jarang sekali ingin menyatakan pada manusia, aku sedang bersedih..
sebabnya, seawal aku 10 tahun, aku belajar untuk menangis seorang diri...
nampak sahaja hu ha hu ha di luar, 
balik rumah, aku akan tidor awal dan bertemankan bantal basah...
apa lagi yang boleh aku lakukan... maka, tidak hairanlah kenapa aku lebih suka berkurung di dalam bilik daripada menonton tv di ruang tamu...

***
pada suatu malam, aku keluar berjumpa dengan seorang yang sudah lama aku anggap kakak..
dia bertanyakan tentang calon pilihan aku.
jujur, aku katakan aku tiada
malam itu, makan malam aku berulamkan nasihat "mencari jodoh" daripada kakak tersebut.
kemudian aku pandu kereta, pulang kerumah seorang diri...

tidak tahu kenapa, sepanjang jalan, aku rasa nasihatnya tadi benar2 buat aku ini lemah.
aku tidak punya bonus point sepertinya
entah kenapa, angin kus-kus malam itu membuatkan aku menangis di dalam kereta setelah hampir lama juga aku tidak menangis(kerana kesibukan).
tiba-tiba, rumate kesayangan keluar dari rumah...
"oh, mane aku nak sorok air mata ni?" (detik hatiku)
rupanya dia keluar untuk menghadiri usrah. aku keluar kereta dan mendekatinya...
dia pelik. terus aku berpatah balik... 
kemudian, aku pusing menghadapnya semula.. terus aku katakan dengan sedu-sedan 
" del, saya keluar kereta sebenarnya saya nak peluk awak.. boleh tak??"
tanpa banyak bicara, dia benar-benar peluk aku yang penuh sedu-sedan tidak tahu kenapa...


***
she really hugs me. after 1 and half year kami rumate, she really hugs me...that night. in front of our house, in the darkness of night, she lends me her shoulder. subhanaallah.. 
selama 13 tahun, i cried alone. no shoulder. no hugs. and i always dream someone will lend me their shoulder, hugs me when i cry... hari ini, saat hati aku benar-benar terbeban dengan soal jodoh, dia, rumate saya peluk saya... alhamdulillah...

***
selepas tu.. she ask me why... i didnt tell her. i am not ready to tell her yet my big problem but i ask her to pray supaya aku kuat.. but, the best things is;

bila kita nangis, someone will freely give us lend to their shoulder and hugs them.. sangat release. 



p/s : Allah sedang aturkan yang terbaik untuk saya. percaya dengan ketentuan ALLAH. Allah janjikan yang terbaik.. InsyaALLAH.

~inna ma al usri yusra~
cantik

cantik


insyaALLAH.. ada nanti




bila hati diduga lagi

bila Allah nak duga hati dengan kesedihan
DIA datangkan orang menjatuhkan semangat aku...
Dia datangkan orang untuk sakitkan hati aku...
Dia lemparkan ilham pada pandangan manusia agar aku rasa aku dibenci..

sebenarnya, Dia nak aku mengadu padaNYA...
hanya padaNYA...
kerana rahsia ini hanya rahsia aku dan DIA..
DIA sahaja yang memahami perasaan aku tatkala ini...

ya ALLAH, kuatkan hatiku.... thabit qulubana a'la diiniikk....

sesungguhnya, aku sedang bersedih..

Thursday, March 21, 2013

aku tak tahu dan keliru

assalamualaikum..

bila buat sesuatu yang hati suka, kadangkala terdetik.
betul ke benda yang aku buat ni??
ke salah??

ni jadi makin baik ke?? jadi makin tak baik??

ya Allah, berilah petunjukMU.

Tuesday, March 05, 2013

bla..bla...bla.. ngek~

di mana harus aku mulakan dengan perasaan bercampur aduk ini???
baiklah, satu persatu ye..

kisah 1 : tahniah kawan-kawan yang akan melangsungkan perkahwinan cuti mac ini. ramai giler batchmate aku ni nak kawin.. untung la.. jodoh awal belako :)
sejujurnya, bagai nak gugur jantung aku ni bila dapat setiap jemputan. awat?? jeles la... hua..
frankly speaking, cinta tu kan fitrah. dan tipulah kalau aku kata aku tak pernah rasa suka atau sayang orang. pernah..
tapi, mungkin bukan orang yang tepat... lepas tu aku sedih, lepas tu aku nangis.. dasar budak cengeng.. sikit-sikit mahu nangis. mcm takde keje lain!
tahniah kawan-kawan. aku doakan kamu semua bahagia dengan menyempurnakan separuh dari agama.
tahniah.. :)

kisah 2 : aku baru lepas baca novel "suami yang kubenci"
lepas baca novel tu, boleh plak aku pk,
"boleh je kot aku main redah je kawin?? kan?? janji orang tu sayang aku.. aku tak pe..."
tapi,,, kalau.....
(mula la merepek dila)

kisah 3 : esok kena observe ngan lecturer
adila, esok kau kena observe ngan lecturer.. boleh suka suki kau habiskan novel malam ni, tido petang tadi, dan skunk ni nak blog2 plak... dah! stop... g buat kerja. :)

p/s : sejak dari kes match-maker kat aku hari tu, ada beberapa orang selalu mention kat aku yang aku ni ada 'sifat keibuan'. haha, dan aku akan selalu gelak je and keep asking y???? tak faham. aku rasa aku ni garang. yes! i did care, but i care as a sister.. how??
to be honest, aku malu betul kalau orang cakap aku ada sifat tu.. walaupun aku taw, sifat tu macam bonus point la kan.. tapi aku malu sebb i cant really see that in me and i dint ever realise until LECTURER and CIKGU PEMBIMBING cakap...

patik malu :')

mixed feelings


assalamualaikum..

baru je balik dari teman lingga g dinner kat kedai india yang halal dan g funfair naik marry go round yang tak bape nak tinggi tu.
im very happy bila dapat spend masa ngan dak debat, yang close, yang faham kita etc..
mostly dak debat faham aku.:) 
sayang korang...

tengah duk berjalan-jalan tu, tibe2 ada timbul satu perasaan.
uh, aku rindu kat syed n shana..
ingatkan diorang balik hari ni.
mcm aku menunggu diorang balik plak..
rupanya balik esok... sedihnya.. 
*cepatla balik.. akak da rindu kat korang*

bila lingga hantar balik umah, i said tu lingga
" i think, i miss syed and shana la"
lingga said "kak dila selalu ke jumpa syed??"
i said "tak la... tak pernah jumpa pun. kalau dia ada kat ipg ni, tak rasa pape pun, tapi bila diorang g debat, rasa macam lost something.. huhuhu.. cepatla balik...."

p/s: tadi naik benda tu sangat takut, tapi lingga ada bagi support. dah nak abes baru rasa ok...
p/s 2: syed mesti suka kalau baca post ni.. sebb dia selalu nak aku post tulis nama dia bagai.. dia selalu nak aku mention dia dalam blog.. hehehe.. nah! ambik ni.. this is special case~

lalalala : debat dah macam family. bila ada, tak rasa pape pun. bila g jauh, teringat pulak.. cepatla balik... already miss u guys...


qis kate : tido sekali, baru leh jumpa diorang.. :) gud nite

Sunday, March 03, 2013

alo gebu-gebu cikgu :)

assalamualaikum dan selamat pagi :)
sebelum apa-apa, mahu jamu gambar dulu..
jemput2..

gigihnya asyilah mewarna.. kembar!

aku suka tengok tangan dia ni.. comel je.. hahaha.. cikgu tergelak masuk kelas tengok kamu.

haziq qiqih sangat... aidil (sebelah kiri, hyperaktif)

budak yang tengok kamera tu aqillah.. kembar asyilah tadi... buat2... cikgu tengok~


this is haziq. budak gebu-gebu yang rajin, bijak dan cepat. dia bulat-bulat dan comel. kadang2 aku duk diam2 dalam kelas tengok dia, aku akan tersenyum sorang2... comelnya kamu ni...

p/s : ini kelas 2 ibnu majah. aku ajar mereka english. ada masa aku ganti kelas je. behavior : ok, tapi ada yang sangat aktif, ada yang sangat pasif.. nak ckp pun takut.. akademik : moderate. ada yang taw. ada yang tak taw.. biasa la.. :)

layan video plak :) selamat menonton

*
*
*
*
*
*
- maaafffff, video tak leh nak upload :).. next time lah! have a nice day my dearie, :)

berita gembira :)

assalamualaikum...

petang semalam, sebelum aku bertolak balik ke kuala terengganu, aku dapat satu msg dari syed...

kak, kami menang 4 dari 5 sidang..
> antara percaya dan tidak juga. syed suka melawak. suka juga mengenakan aku.. hahaha...

dapat g suku tak???
> terus aku bertanya...

tak sure lagi
> ok, ni betulla tak tipu ni..

tibe-tibe :

kak, kami ranking 2/40. doakan kami untuk suku
>> subhanaallah, tahniah korang.. akak bangga ngan korang... tak sangka, 1st time p keamanan, 1st time ala presiden, 1st time g sendiri...tahniah syed dan shana...

berita tu buat aku dan lingga same2 tersenyum tatkala keluar makan malam.. hehehe.. berita baik itu juga kekal menjadi senyuman untuk aku sepanjang hari. tahniah, u've proved something kat semua orang... bila ingat balik di mana bermula, jadikan kita nilai usaha-usaha kita..

p/s : alhamdulillah :) <3 p="">

randomly

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...