Saturday, March 31, 2012

kerana sayang

assalamualaikum :) kalau tak jawab dosa, kalu jawab sayang!

setelah 2 minggu aku mengajar mengajar di sk kedai buloh, aku sudah boleh melihat sesuatu yang menarik tentang anak murid aku yang kecil, comel, molek di sekolah berkenaan.. hak3...:)

untuk pengetahuan korang, aku ngajar kelas 4 arif, 5 arif dan pernah relief kelas 3a dan 6a. semua kelas pertama yang menjadi persinggahan aku.. bukan aku yang mintak, tapi diberi... okeh, perceritaan bermula satu persatu ye..

pertama: kelas 6 ariff.

mase ni ganti mase kajian tempatan. aku memang main ajar je.. ajar lukis peta malaysia dan arah mata angin. sekurang-kurangnya mereka tahu tentang negara sendiri. kelas ni ok la.. so far tak de masalah.. yang best, mereka baik ngan aku sampai hari ni walaupun da tak masuk kelas diorang. n antara diorang ni yang main bola jaring.. korang boleh tengok post sebelumnya~

kedua : kelas 4 ariff.

kelas ni paling banyak aku akan masuk dalam seminggu. 4 daripada 5 hari akan masuk kelas mereka. malangnya ada antara mereka yang sedikit tidak mahu dengar kate. maybe, kelas ni paling ada dalam memori sepanjang praktikum nih.. ok, nak cerita tentang seorang budak yang nakal tapi dia syg aku.. mane aku taw??dia ckp le...
hahaha.. budak ni nakal pada awlnya.... tapi bila aku masuk, dia obey je... nampak perubahan sikap bila dia belajar dengan hati yang senang... huhu,, terharu hati cikgu nih...
okeh, lupa nak mention. budak tu nama dia rizal...:)

ketiga : kelas 5 ariff

kelas ni antara kelas yang sangat rapat ngan aku.. aku syg kat diorang dan diorang pun senang nak communicate ngan aku~ tye pasal contact lens lah, tye mcm2 la.. diorang sangat best. sgt care.. yang tak leh blah, ada yang nak merajuk kerana aku tak ajar pj.. hehehe.. azizi, kamu tu lelaki, jangan merajuk sngt..

keempat : kelas 3 ariff

3 ariff ni aku masuk ajar menyanyi je banyak..hahaha... sumbangnya cikgu dila nyanyi tapi diorang tadah telinga je dengar aku nyanyi... agagagaga.. buruk~ malu (*_*) blushing cikgu....:)

kelima : 1 ariff...

kelas ni aku bertugas sebb aku kena tolong cikgu kafa untuk kem bestari solat. comel sangat diorang ni terutama mase amek air sembahyang!! tolong la.. korang sangat comel... :) dan sangat baik ngan cikgu... terima kasih. setakat ni, tak de peluang lagi nak masuk kelas diorang, singgah kejap je aritu, tu pun muka semua orang da senyum sampai telinga da... budak2 comel, cikgu comel suka kamoo... hahahaha....












kepada mereka yang buat aku senyum, thanks! sapelah cikgu tanpa anak murid

:: kerana sayang, kita belajar rerajin ye ::

Thursday, March 29, 2012

well done my dearest

assalamualaikum =)

baru balik dari sekolah, ada perlawanan bola jaring peringkat daerah.. alhamdulillah, sekolah aku dapat num 2.. oyeh2.. berkat tunjuk ajar guru2 yang penat lelah berlatih seminggu ngan diorang > aku tak latih pun!

mostly diorang year 6.. dan diorang aku tak ajar but then they are trying to approach me in any way. and im a bit kiddy la yang boleh je join kepala otak diorang~ hek2..

arini aku jadi penjaga masa untuk separuh akhir diorang~ dan aku boleh tengok semangat diorang untuk menang walaupun hanya kalah tipis je. 11-10. memang sampai gaduh2 la kat sekolah kerana adanya pertikaian segala macam. yang gaduh tu, biasa la.. manusia ni penuh ngan hasad dengki.. take it positively.

untuk final lak, kami guru praktikum memang sokong habis-habisan la korang. at last, korang dapat naib johan. kalau aku kat luar padang ni pun sedih, diorang lagi la... nak je rasa tenangkan diorang tadi, tapi takkan la aku nak lebih2 lak g hug2 diorang kununnya menenangkan la, pengurus dia pun tak wat mcmtu.. hak3.. dalam hati jela~

pape pun, korang da hebat! cikgu bangga ngan korang sebb dapat p final.. kalah menang adat bertanding. ape pun, korang da wat kami happy dan bangga ngan korang.. ada 2 minggu lagi cikgu kat sekolah sk kedai buloh, i will miss you yang boleh wat cikgu senyum~



mode: setiap pengalaman ada yang tak best, tapi malas nak cerita~ aku pun tengah down ngan dak 4 arif nih.. macammane nak ngadap diorang? help me~

Sunday, March 25, 2012

mission on mr.right

lepas clash aritu akibat ketidaksetujuan keluarga, aku da wat mou ngan my mum~ ngan sape aku nak kawan or ngan sape yang nak kawan ngan aku, mak akan jadi orang yang aku akan rujuk.. sama ada bleh ke tak ke.. dan semua latar belakang aku akn cerita.

tak sangka lak mak sangat spoting habes la bila dengar kisah kekecewaan anak dia mengharap kat seseorang~ padahal orang yang berkenaan tu tak taw pun aku suka dia.. mak yang memahami, keep giving advice and moral me up dengan ape yang da jadi..

memang susah la kot nak cari mr. right mcm style aku sebb aku tak suka orang approach aku sebb suka2. tak suka kapel2 tak de tujuan. lau boleh, nak bawak jumpa parents, mintak approval dulu ngan family baru leh kawan... tapi berapa ramai yang berani dengan cara tu?? hurm... mak pun faham yang aku nak sesuatu yang serius, bukan main2 laa.... ntah la nape, maybe sebb bagi aku hubungan tu penting kot. biar rahsia kenapa~

mak abah stuju, aku stuju! sebb aku memang anak diorang.

perokok a.k.a smoker

assalamualaikum...

pertamanya dan selama-lamanya... mohon maaf andai post ni akan mengguris hati sesetengah pihak. tapi ini adalah pendapat peribadi saya~






















im coughing and i am doing my praktical.. adat menumpang, bila diberikan tempat, aku tak de la demand sangat! diberi tempat dalam bilik guru lelaki.. mereka yang merokok memang suka wat asap dalam bilik guru... dan bilik guru ni ber'aircond' ok! halamak~ aku memang alergik asap! dari segi etika keguruan, memang salah guru smoke dalam kawasan sekolah! grrrr..... tak taw nak kate ape! kat tempat lain aku tak la batuk sekerap dalam bilik guru!! geramnya.....

menurut cadangan my mum, dia suh aku jangan duk dalam bilik guru... aku pun rasa nak bermaustautin kat tempat lain jugak la nih... geram sesangat ngan mereka yang merokok.. maaflah, saya ni memang tak tahan asap~


huuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu.. :(

Saturday, March 24, 2012

first training @ UNISZA

salam~

sesungguhnya post ini telah di tunda akibat keletihan yang amat pada hari kejadian...

kisah bemula -

seminggu yang penat amat menjadikan aku seorang yang melanggar prinsip sendiri apabila aku tdo balik lepas subuh pagi tu ( ops, prinsip la sangat kan, just kinda habit untuk tak tdo lepas subuh).. tbe2, tengok fon dapat msg dari syed fahmi akmal (seorang junior saya)... sejujurnya, sentap seketika la bila dapat msg mcm tu.... terus bangun dari tdo. on fb. chat ngan BELIAU (junior tersebut.)

terus buat keputusan untuk g UNISZA dengan tak de kenderaan, ngan takde duit, ngan blur, yang paling penting   MALU  sebb da kena sound effect pagi2 tadi lagi... so, we work to go there! usaha la cari junior yang boleh tolong. thanks to syaqirah yang sanggup tolong n spend all day ngan kegilaan kteorang.

tapi semua yang penat, pening pagi-pagi tadi berubah apabila sampai je kat UNISZA. mereka terima baik kedatangan kami yang memang tak de la nak datang berlatih pun sebenarnya... tapi penerimaan presiden kelab orator sangat baik ~ terima kasih abang hannas! dan penerimaan ahli2 debat mereka sangat baik kuasa 6 la aku bagi! k.nana, hawa, ain, k.ya, etc thanks kat kamuu.. ;)

petang lak, not under my expectation, en unisza datang~ ohhh, mane mau letak muka ni?? tapi everything goes fine bila pembelajaran berlaku seperti biasa... enjoy learning sebb benda yang dipelajari ni tak pernah pun aku belajar. look beyond the topic given. thanks to en unisza dan abg adib atas ilmu2 yang diberikan.

selesai latihan: ke mydin. beli barang dan smbang2 ngan izzul ( budak paling giler kat dunia).. kui3. debater IPGSM yang klik ngan aku sebb paras kesengetan yang hampir sama. jadi bila jumpa, ting tong je tak tentu pasal. okeh, berbalik ke perkara asal... thanks to izzul yang try hard to moral up aku yang tbe2 down apabila memkirkan sesuatu perkara yang ...>mungkin pada pendapat korang tak patut pk pun la kot kan.. but its about feeling~ udoh2... kata izzul, aku ni senget ( ye, tak dinafikan) tapi sangatlah jugak pending/ lampi dalam satu perkara nih! memang itulah realiti cik pentol yang comel ini, aku memang lampi dan sangat pending bila bercerita tentang hati, perasaan, cinta dan segala bagai yang sama maksud dengannya~ haaaaa, da lari topik!

 lepas sembang2 ngan mereka sambil makan kat mcd, baru la anta syed balik kampus dan syaqirah anta aku balik umah~

memang mase jalan tak rasa langsung kepenatan tu.. sampai umah, nak terus tdo pun ada. memang terus tdo! terlalu penat dealing ngan pelbagai ragam manusia seawal bangun pagi sehinggalah mau tido semula. ape pun, aku seolah-olah ingin mengucapkan terima kasih keada semua orang yang aku jumpa! walaupun permulaannya memang buat aku mengamuk, tapi you all made my day muchmuch much better...

alhamdulillah dipermudahkan segala perkara dan perjalanan latihan.. hari terima kasih sepenuh hati.


sebanyak2 terima kasih yang tak terhingga ( aku taw ayat ni mcm pening sikit ) kepada : syed fahmi akmal, syaak (syaqirah ), datuk seri izzul shahmi yang menjayakan hari bagi kak dila senyum sedunia...

sacrifies the only day rest for this week.

Thursday, March 22, 2012

first week, first praktikum

salam...

a week there drive me so tired and i have to learn to get used to it... everynite i stayed up till 1 - 2 am.. wake up at 6. rushing to school at 7. return home at almost 3( earliest).. but then all things at the school make me smile.. especially the kids..

there are so sweet, kind... but teaching people is actually make u feel like.... fun! the best word there.. when they really understand and appreciate u as a teacher or a new comer in the school envi! to love them is my responsibility... and i dont ask them to love me on the same way.. but they really appreciate what i am doing..

i enjoy teaching them... and i hope to continuously love it.. thanks to make me smile this way =)

people said : kids do not lie.. the word 'sayang' there is so meaningful...  > sometimes, can make me like touching and cry...;)

one of a preschool students.. he is so cute! i like... i like cute kids becoz i want them to know that, the should be love however they are.. even some people really make u feel so down, calling u like 'gemok' or someting, but do know,,, i love u little cute kids... 

how can he write this to me?? falling in love with me?? i hope you love me as you teacher and learn very hard ok! thanks...


teacher should loves all their students.. teaches with love..

always be like this

~ from cikgu adila with love~ (this may make u smile right, my students?)
enjoy learning! love

Tuesday, March 20, 2012

kisah murid2 ku..

assalamualaikum...~

tepay jam 6.57 petang, sy baru dapat update kisah hari ni.. harini hari ketiga aku (kejap aku,kejap saya...) p praktikum kat sekolah. cabaran baru adalah >> jeng...jeng..jeng!! hari kokurikulum dan satu murid satu sukan :)

minggu ni unit beruniform: aku plak pandu puteri tunas!! hari ni aku ajar menyanyi lagu dunia pandu puteri.. mak aihhhh~ malu giler!! tu la kot kali pertama yang aku duk nyanyi dan orang dengar.. maaf la anak2 murid cikgu, cikgu awk ni tak reti nyanyi.... huk3... maaflah lau tak sedap tdi....:) malu gilek okeh!!

tapi anakmurid aku dapat nyanyi la jugak kan.. kui3... walaupun mentornya tak sedap mcm hape ntoh!!
kat sekolah aku, lepas dari kokurikulum unit beruniform tu, ada lak satu murid satu sukan...~~ honestly, sangat best!! kteorang wat aerobik ntah pape, tapi  aku dapat tengok la yang my student yang hadir semua sangat sporting n happy ~ ohhhh, senyuman dan keceriaan korang sangat bermaka buat cikgu yek!! sangat suka bila diorang enjoy ape yang kami buat.. dan sangat best bila cikgu2 lain pun sporting gilek ngan aktiviti kami =)

# aku happy hari ni ngan student2 aku... semoga pengalaman pertama ni akan terus mcni.... esok da start ngajar. n aku berharap sesangat, aku dapat membantu students dala math.... korang yang dapat 20 markah lebih tu, cikgu harap sangat korang dapat faham ape yang cikgu ajar... semoga korang enjoy blaja ngan cikgu selama sebulan ni..

Monday, March 19, 2012

terlembut hati

keh2... salam semua..

arini second day praktikum.. penat jugak la kot.. g sekolah tak penat, aktiviti selepas tu yang penat..
lepas balik sekolah, terus p mydin, beli barang tuk ngajar. balik umah lak, basuh baju satu baldi... g jemur pulak.. pastu dengan sendirinya tertdo la.. bangun2 aku ingatkan da subuh, rupanya 735pm monday.. pening seketika... deng!

lepas bangun, kelip2, pk betul2, berpijak di bumi yang nyata, tbe2 terlembut hati plak nak bls msg orang yang dalam hati aku memang tak nak balas sampai bila2!! dek kerana geram punya pasal, aku bertindak sedemikian rupa~ ngeeengggg.... dila ni senang sgt!

pastu balas ala2 majalah gempak lak tu... ei.. nak p beli ujang la.. nak release tension! kui3

Friday, March 16, 2012

not feel like writing..

banyak lagi kurangnya diri ini...

terfikir aku sejenak semalam...

terbawa-bawa ke pagi ini...

banyaknya khilaf... memang tidak sempurna 

dan terlalu banyak lompangnya...

dek kerana terlalu melihat dunia, terlupa nak menilai sejauh mana diri sebenarnya

ya allah, keep me on track..

janganlah dibolakbalikkan hatiku yang lemah ni..

didiklah aku, agar aku rasai, manisnya iman Mu.

peliharalah hatiku.... 

bantulah aku, hambaMU...

Thursday, March 15, 2012

Wednesday, March 14, 2012

cikgu adila

salam... :)

hari ni mak ada kelas tambahan untuk pelajar darjah 6 di sekolah beliau.. dan tibe2 aku rasa nak menulis tentang perjalanan aku menjadi guru.. bukanlah mengikut jejak mak sangat pun sebenarnya, tetapi aku ada ideologi sendiri kenapa aku memilih profesion ini, selamanya!

kalau zaman sekolah dulu, orang tanya nak jadi ape? jawapan aku gah mengatakan, DOKTOR atau PENSYARAH. hoho... cikgu tak de dalam list pun. tetapi, bila aku mula masuk tingkatan 5. aku da meletakkan satu tujuan dalam mencapai kerjaya. doktor yang aku nak jadi, bukan doktor biasa... tapi aku nak jadi doktor gigi.. kelakar tak?? hahahaha.... kenapa? nanti aku akan cerita kat bawah.. hehehe... sabar~

lepas je spm, aku apply sume pergigian dalam malaysia... tapi satu pun tak dapat.. bukan rezeki agaknya. kemudian aku masuk matrik pahang. mulanya aku nak amek biologi, tapi tu bukan kepakaran aku sebenarnya sebb aku bukan ulat buku... hahaha.. aku ulat berjalan.. fyi, aku ni jenis yang fokus sekejap je. dan masa aku fokus, aku akan wat je keje.. tapi aku cepat juga hilang fokus.. so, bila pk2 balik, aku memutuskan untuk teruskan dengan sains fizik. 2 bulan hidup disana, roh belajar, work hard and study smart selalu mendampingi aku! seriusly, sangat seronok belajar kat sane.. ngan kawan2 yang sayang super duper kat aku... rindunya aku zaman tu......



dalam mase yang same, aku memohon untuk masuk maktab ( maktab adalah ipg ). selepas 2 bulan bertungkus-lumus di matrik, aku dapat tawaran ke maktab pula. bagai pucuk dicita,ulam mendatang la... aku mintak matematik, dapat matematik, pastu dapat dekat je. dalam negeri sendiri je... abah da macam-macam da bagi peneguhan positif. nak bagi kereta la lau aku masuk maktab, senang kerja la, tak perlu susah-susah nak pk kerja lagi, tak payah buat pinjaman dan segala-galanya indah tentang menjadi pelajar maktab!! tapi mak selalu mengingatkan aku, jadi cikgu low profile... bukan mcm orang lain, bila taye, keje ape?? "doktor", "jurutera", "peguam".. tapi aku akan menjawab.. "cikgu je"..

tapi disebabkan kekerasan hati dan restu ibu bapa ketika itu, aku tidak mahu memandang ape yang orang tengok pada aku yang akhirnya menjurus kepada perasaan bangga.. hehe..> mase tu bagusnya! jadi, niat untuk menjadi guru, diteruskan dengan nekad. ape lagi yang lebih penting dari redha ibu bapa dalam segala urusan anaknya?? walaupun pada masa yang sama, pak cik aku menentang hebat pertukaran aku ke maktab... dia kate aku belajar sesuatu yang rendah.. mungkin dia sebenarnya tak tahu yang aku akan belajar untuk mendapat ijazah sarjana muda perguruan... dia masih lagi berpendapat yang aku mengambil sijil semata-mata.... tapi aku teruskan juga.... semoga ALLAH mudahkan segala urusan aku dalam perjuangan menjadi guru ni..

masuklah aku ke ipg.. memang tak dinafikan.. kami kat ipg, semua guru..SEMUA... tak de orang yag akan jadi selain guru di ipg.. hehehe.. jadi ape yang kami buat adalah untuk anak-anak murid! kadang2, aktiviti kat maktab pun da macam budak2.. ada koir, ada choral speaking, ada aerobik dan sebagainya... walaupun penat sebenarnya dengan tuntutan-tuntutan di ipg, namun aku sangat seronok menjalani kehidupan hampir 4 tahun di ipg... semua akan wat aku senyum!

tadi aku cakap nak gtaw kan, nape aku memilih profesion??
mula2 aku nak jadi doktor gigi, disebabkan tak dapat, aku jadi guru... sebab?? mungkin pendapat aku ni menjadi sedikit jumud pada para pembaca, tapi di kan pendapat aku kat blog aku.. suka ati aku lahhh....hahahah(evil laugh)
aku tak ingat sejak bila aku mula pk mcni, tapi aku selalu pk... bila aku da besar, aku bukan pk untuk diri aku sahaja.. one day, aku akan kawin.. aku akan ada keluarga.. so, lau aku tak de mase untuk mereka sebagai keluarga aku, macammane kehidupan keluarga aku?? aku melihat dalam hidup aku sendiri sebenarnya.. mak aku cikgu, abah seorang pekerja kerajaan.. mak selalu ada kat umah.. untuk bercerita, untuk teman anak-anak p shoping...dan keadaan ni bagus kan?? AWESOME! tapi macamne lak dengan orang yang keje sampai petang?? tak de mase...ok, ada pendapat.. mase berkualiti lebih baik dari mase yang banyak tapi tak de kualiti.... 
dalam keluarga aku sendiri, mak akan menjadi penstabil dalam keluarga.. aku rasa dia SUPERB!! so, aku nak jadi LAGI SUPERB...





dan kerana semua itu, aku memilih untuk menjadi guru.. untuk semua,, untuk diri aku sendiri.. untuk parents aku... untuk keluarga aku... untuk bakal keluarga aku.. dan untuk anak-anak murid yang aku nak sayang diorang... :) 

p/s: biarlah adik2 aku kate, " akak la sorang-sorang antara kita yang tak kan habis-habis sekolah..." tapi, aku sangat suka g sekolah.... senyumlah menjadi GURU..





Sunday, March 11, 2012

praktikum vs debat

assalamualaikum..

sekali lagi aku dijemput oleh team debat untuk join debat. kali ni, debat astar pula. berlangsung di UM ada 31 mac hingga 1 april. syed, team mate paling junior ajak aku join atas permintaan penasihat kami en. irfan. tapi, yang menjadi permasalahan kat sini ialah aku punya situasi. mase tarikh tu, aku praktikum dan tu adalah minggu ke 3 ( praktikum kali ni 4 minggu). kalau diletakkan situasi aku dalam sebuah plot penceritaan, kiranya minggu ketiga tu klimaks la kan...

awalnya aku buat keputusan untuk tak pergi, bg peluang kepada junior yang bakal berentap untuk debat perpaduan ipg, namun adakah itu pilihan yang terbaik? semalam, aku refer dan cerita kat faiz ( seorang kenalan debat yang merupakan pelajar ipg kampus ilmu khas), dia kate rugi kalau aku lepaskan peluang ni. astar best! ooh, pernyataan yang sangat membuatkan aku menganga....

katanya, perlu minta kelulusan ipg, dan cuma bagitaw sekolah yang kita bertugas.. tapi aku takot tersekat kat kehadiran pulak... kalau tak cukup kehadiran ke sekolah, mau kena ganti praktikum.. da la ni first try aku dalam bidang pengajaran ni..

aku rasa pilihan aku untuk hantar junior untuk debat kali ni adalah pilihan yang baik untuk semua orang la.. bila debat dan praktikum menjadi keutamaan aku, aku lebih memilih sesuatu yang jauh lebih penting, dulu kini dan selamanya... hahaha > macam tak sesuai langsung ayat tu ngan keadaan sekarang! tapi aku yakin dan percaya, memilih untuk berpraktikum lebih baik daripada debat ditengah-tengah praktikum...

jauh di sudut hati, nak pegi jugak!!

p/s: fikir dulu..

Tuesday, March 06, 2012

green lite!!

alhamdulillah...

mak da bg green lite. lau mak da bagi, abah conpem bagi sebb mak pengaruhi.. nenek dan atuk sure-sure da bagi...

alhamdulillah.. family, tak de halangan!! restu mereka penting.

orang lain ada kawan baru mintak restu, aku mintak restu dulu baru berkawan ye... :)

Monday, March 05, 2012

no title

salam..

hari ni nak merapu-rapu ikan kerapu jek.. tak de main point pun nak cerita sebb banyak sangat perkara yang kena buat dan yang dah dibuat lately... so, aku buat entry rojak la arini sesaje untuk suka-suka selepas kepenatan dan kesibukan yang menghimpit di ipg tercinta ni..

ok, kita mulakan dengan pertandingan debat integriti. da 24- 28 februari.. tapi 2 hari sebelum dari hari bertolak tu, aku da kena kuarantin oleh pensyarah semata-mata nak bincang tajuk-tajuk tu sume. jadi, since 22 lagi aku tak masuk kelas... :) seronok? tak!! 

setibanya di rumah sewa kat kuala terengganu ni, aku sampai maghrib 28 hb! aku bersiap-siap untuk ke program bina insan guru - lawatan benchmarking kat sekolah. kami kena pakai baju tema oren! jadi gosok la baju beramai-ramai.. esoknya, bertolak ke besut seharian dari pagi sampai la petang baru balik KT balik. walaupun aku balik ke daerah aku sendiri, tapi kesibukan menyebabkan tak sempat pun nak jumpa parents.. ok, bertahan!

kemudian, disambung lagi 1 mac.. ada kursus kssr matematik tahun 1 dan 2. seharian dari 730 pagi sampai 4 petang. lepas kursus tu kami semua kena bergegas pulak ke dewan lain untuk kursus olahraga amatur malaysia, sampai 6 petang hari berkenaan. da lembik da rasa nak dengar ceramah..

seterusnya, 2 dan 3 mac. kursus olahraga sambung lagi. yang untungnya pada 3 mac hanya sampai 10 pagi. lepas kursus tu, aku dan bakal praktikum mate p cari umah untuk disewa! disebabkan penat, kami amek je umah yang agak-agak tuannya baik dan affordable untuk kami.. dan lepas da settle pasal rumah, baru la perasaan yang diri ni sangat lapar kuasa 3. kesibukan ni buat aku lupa untuk makan.. bagus!

lepas balik umah, group members lak mendesak untuk hantar assignment kat dia. huk2...lau dia tak mintak pun, aku sure akan mengadap jugak bendaa hitam yang bentuk 4 segi ni... aku akan wat keje jugak!! memang aku ni pemalas, tetapi... aku akan wat keje agar ianya tidak menganggu masa tidur aku. so, all i need is FOCUS.

hari ahad, cuti keputeraan, aku spend mase untuk rehat kerana malam tu tak bape leh nak tdo. i dont know y. esoknya aku qada' la.. pening kot tak cukup tdo. dan hari ni, hari isnin... pagi-pagi lagi da ada test math. alhamdulillah, boleh jawab dengan tenang.. sebb cukup tdo kot.. tapi hari ni jiwa sesak betul sebb ada 2 taklimat yang berturut-turut... esok da nak g lawatan ilmiah kat k.l. dan sume perkara; nak jumpa lecture ke, nak anta tugasan ke, should be done by today! sangat rush.. macam da tak cukup kaki da nak kejar sane sini.. balik je dari taklimat pukul 430, aku terus tidor!! memandangkan tak jadi kua dengan si birthday man kerana kesibukan beliau, dan untuk mengurangkan ke_______________ (word ape yang sesuai? ) sebb tak leh kua, aku memilih untuk rehatkan minda dan segala bagai... 

bangun je da 545. nak kua p isi minyak dan nak amek duit, nak hantar baju yang dipinjam dari junior.. p jejalan la sekejap petang tadi. sampai je umah, kol mak.. baru sedar, da lame tak sembang ngan mak sebb both busy.. mak baru je balik dari lawatan sekolah ke sarawak (memang aku tak leh ikut sebb clash byk benda)... mak tido awal.. jadi, bila nak cakap sesuatu dari hati-ke-hati tu kadang-kadang susah sikit.. hehehe... seronok sembang ngan mak tadi.. ni pun tak sempat nak gtaw mak yang g kl. hehehe... t balik jumaat ni, sembang lagi ye!

esok: going to kl.. semoga perjalanan selamat pergi dan balik. 

p/s : apabila kita mencintai seseorang kerana kelebihan-kelebihan yang ada pada dirinya, pasti kita akan sedikit demi sedikit kecewa dengan kekurangan yang dia ada. dan for sure, kekurangan tu pasti ada. 
benda akan jadi sebaliknya apabila kita melihat kekurangan seseorang untuk menjadi kekuatan pada diri kita agar lebih sempurna!

~ cara kita menerima seseorang adalah dengan cara berfikir bagaimana sebenarnya dia.. :)

aku pernah bertanya pada salah seorang kawan aku : (mase ni tengah down sesangat and i tend to as pelik2 ques)..

dila : sepanjang kita berkawan, apakah kekurangan saya sebagai seorang kawan?
kawan dila : betul ke awk nak saya cakap? awak taw kan saya cakap direct.. it will hurt u in anyway..
dila : tak pe. just be honest..
kawan dila : ok.. gimme one minute. panjang!
dila : ok (sambil menunggu msg dia masuk )
kawan dila : there's no such a thing in urself dear. coz i've never looking at your weakness. u juz complete what i;ve lack of. ketidaksempurnaan awk yg jadikan awk sempurna..
dila : thank > aku da teresak-esak da bace msg dia... sesungguhnya akulah manusia paling bahagia mendapat kawan seperti dia... terima kasih dalilah omar. 


i hope readers learn something value la dari kisah ni... 

Sunday, March 04, 2012

cerita najjah...

assalamualaikum...

semalam sangat sibuk dan kalut menyelesaikan tugasan edu : budaya dan pembelajaran. nak kena hantar kat kawan. nak harmonikan tugasan agar nampak selaras jeee. nak tunggu email.. dan segala-galanya yang membebankan fikiran ni..

tiba2, dapat text dari chat box fb. dari salah sorang anak murid yang kini da tigkatan 1. tapi semalam, aku sangat sibuk. da bgtaw dia da, sorry yang aku memang kena wat keje malam ni jugak!! n dia sedih sebb dia duk hostel.. jarang balik.. pastu nak chat ngan cikgu pun susah..

rupanya, aku da tak leh nak col dia. haish... da tak guna fon kot.

ok.. dari mana aku kenal najjah??

2010, first year degree dan semester pertama memerlukan semua pelajar satu batch aku g pengalaman berasaskan sekolah (pbs) selama seminggu. first destination, aku memilih untuk buat kat sekolah mak. sk seri payong. mase tu, najjah baru darjah 5. dia cepat mesra. ok! dia manja sebenarnya.

tahun lepas, aku pun selalu jugak ikut mak g sekolah bila bosan. boleh le tolong-tolong wat word block ke daftar buku ke ape ke.. jadi, diorang selalu ada peluang jumpa aku. even mase ikut g lawatan sekolah mak pun, aku naik cable car kat langkawi ngan student je sume.. diorang tarik aku suh naik ngan diorang... aku da jadi budak2 da..

special pasal najjah ni,dia antara student yang sangat open-minded ngan aku.. ada ke pernah satu ketika dia tanya aku pasal relationship.. for sure, aku single!! dan ada ke dia nak tolong carikan.. hahaha, gelak besar la aku time tu. bukan tu je, mase my 21st birthday, dia kirim hadiah kat mak aku.. bila da balik umah, nampak ada hadiah atas meja.. >> so sweet. ( aku tak mintak, dia yang bagi)

skunk, najjah da tingkatan 1. kat sekolah aku dulu. so, bila aku g sekolah,, dia jerit " cikgu dila"... oh, depan kawan aku lak tu..(mase tu kami g sekolah untuk buat program kot)... dia pun ada cerita yang dia ada masalah kat hostel.. oh, pity my girl.. aku dulu pun mesti serabut lau ada masalah nak2 ngan orang. skunk ni je wat2 muka tak taw bila ada masalah. malas la nak bersedih je bila ada masalah... tak matured!

:: pandangan adik2 kat aku, diorang selalu kate : akak la yang akan g sekolah dari kecik sampai tua... forever.
kadang-kadang rasa macam aku tak kua je dari dunia pendidikan ni kan.. tapi jadi cikgu seronok kot. aku ada alasan kukuh yang amat untuk pilih kerjaya ni.. hehehe... for my future beloved family ( skunk tak de lagi la kan,but plan to have time with them, to make them happy, to spend more time to hear them... ) > sweet kan aku? mih..mih..mih... :D

jadilah ape pun dalam dunia ni, belajar untuk menghargai orang, sayang orang dan buat benda-benda baik. insyaALLAH best...

Saturday, March 03, 2012

sekolah itu mulia

assalamualaikum.. (lau tak jawab dosa, lau jawab SAYANG~)
lepas je abis kursus olahraga amataur malaysia arini, terus g tengok sekolah untuk praktikum : sk kedai buloh. pastu, p tengok umah sewa lak kat mane ntah. aku tak sure la name tempat tu, tapi lau nak g, taw le..    kemudian, p makan jap kerana terlalulah lapar. lepas makan, balik umah. solat dan tido...
da bape lame tak tido waktu petang ( bukan hobi ) dek kerana terlalu sibuk dengan kerja.

bila bangun tbe2 teringat nak tengok gambar-gambar g pbs. layan le gambar2 nerd kat bawah ni ye.
> indahnya menjadi guru, n semoga perasaan indah ni kekal indah sampai bila-bila.



2009 - tahun pertama menerima adik2 junior. dan kami da jadi senior da kat maktab time tu.. skunk da sem 5 :)


ni antara murid feveret mase pbs3 : sk kampar, kampar perak. diorang sangat baik dan bersungguh-sungguh nak blaja..  request soalan matematik je nak2 melayu tu.. :) bagus.

budak kat sebelah kanan tu, nakal sikit. suka ajuk aku cakap. wat malu je cakap ngan diorang. yang kawan dia pulak, asalnya tak duk kat tempat sendiri, last2, aku duk depan diorang... hehehe...

mereka berempat sangat sempoi.. hehehehe...

ni kelas lain tapi sekolah same.. 5 zamrud. skunk da tahun 6. dan pelajar kelas ni paling ramai yang add aku kat fb... diorang sngt sporting, nyanyi lagu kat kteorang.. hehehe, kawalan kelas, kurang memuaskan.

mereka dan muka ntah pape...
bergambar ngan mereka b4 balik kot.. budak tu hampir same muka ngan aku.. cikgu pendek da same tinggi ngan murid.. takpe, aku g sekolah pakai baju kurung, murid pakai baju sekolah!


mode : persediaan ke praktikum 1 selama sebulan. semoga semuanya baik2 saje. ada gak rasa cuak untuk ke sana. first try!! be brave.

Friday, March 02, 2012

sambil di dapur...

assalamualaikum!!

aku menulis entry ni sambil memasak ok.. sebb nak gorang kacang dal memang lambat dengan api yang perlahan... jadi ada bagusnya aku blogging!! oyeh3...

arini weekend yang terganggu akibat ada kursusu olahraga amatur malaysia.. kursus ni untuk guru-guru pelatih. diberi pendedahan macammane nak organise even mcam sukan tahunan la.. aku pun tak pernah masuk olahraga ni, jadi menghadiri kursus olahraga ni buat aku rasa nak taw pun ada, rasa bosan pun ada... yes! aku manusia biasa aje...

tapi yang kelakarnya, aku text la adik aku..

aku : eby, da sampai kl ke?? ( oh, adik aku ikut lawatan sekolah mak ke sarawak semalam)
eby : da sampai lcct da...
aku : urm... best la.. akak ni tengah ada kursus lagi.. sampai 6 ptg.. penat..
eby : kursus ape??
aku : kursus olahraga
eby : olahraga?? ( seolah-olah tak percaya kakak beliau menghadiri kursus olahraga)


++ aku n aby mase raya tahun lepas... ok!! dia lagi tinggi sekarang.


rupanya, pas aku ckp aku ada kursus olahraga tu, dia p tye lak abg dia ( adik bawah aku) qayyum..

si abgnye pulak cte kat eby yang

" ishk, akak mane penah masuk olahraga... dia penah la g latihan lontar peluru tapi dia tarik diri.."

eh3... memang!! itu aku akui. dan sepanjang zaman sekolah, aku tak penah masuk sukan kecuali satu...

teeettttt!! rahsia ~ hahaha


k la... saje je bosan2 cte gelagat adik beradik.. oh, rindunya pada mereka. lame tak balik umah, terlalu sibuk..
tunggu cuti mid sem.. minggu depan!! rindu mereka

best spend mase ngan adik2 ne... aku seperti adik bila kua shoping ngan diorang. > budjet mude la kan..
> hahaha.... saje :)

dan mak abah juga..:)

the mastermind of the family :)
kamilah :) 

i am lone ranger!!

huhuhu... sedih jugak ngan statement tu... aku bukanlah lone ranger sangat, tapi aku terpaksa jadi lone ranger..

~ tbe2 tacing ~

Thursday, March 01, 2012

aku cinta debat kuasa 3

assalamualaikum...

maaf ye semua, masih dalam sindrom debat!! aritu aku gtaw aku tak layak g debat kan.. n aku sangat sedih.. kurang seminggu dari tarikh debat akan berlangsung, aku baru dapat taw yang aku boleh g! ganti third debater!! ok.. maaf sebb tak sempat lansung nak update blog...

okeh, nak story2 la mase g debat..

aku batuk sebb masih tak sembuh kat sane tetapi alhamdulillah masih diberi kepercayaan penuh oleh en. irfan nyia selaku penasihat team kali ni untuk aku masuk semua 6 sidang. memang tak dinafikan, sangat double triple penat, tapi alhamdulillah... kepenatan membuahkan hasil untuk aku! :)

basically, debat banyak mengajar aku untuk jadi lebih matang, lebih terbuka untuk menilai manusia dan aku lebih bersabar dengan karenah manusia yang sememangnya banyak sangat percanggahan pendapat. menjadi seorang pendebat menjadikan aku seorang yang berani menyatakan yang hak > bukan semuanya la... tapi aku tak takot nak terus terang tentang keadaan...

debat mengubah aku hampir 90 darjah dari apa sebenarnya aku.. aku dulu teruk, manja sesangat, tak leh indipendent, sangat bergantung dan sangat kebudak-budakkan lah senang citer, n disebabkan hari tu aku tak termasuk dalam team yang boleh g debat integriti ( pada awalnya) menjadikan aku rasa hidup aku tak sempurna. 

debat kali ni, hanya sekali aku dicalonkan jadi pendebat terbaik, namun, tak dapat pun.. dapat kat iqbal. ok! aku akui, dia lagi bagus. tapi sekurangnya aku gembira dari awalnya aku tak layak pergi dan selepas berpenat lelah dengan tak leh tido malam akibat batuk dan suara yang serak-serak basah masih lagi dapat membuatkan sorang hakim memilih aku sebagai calon pendebat terbaik

en hakim yang baik, ini ucapan saya untuk en hakim

terima kasih kerana mencalonkan saya!! walaupun sekadar pencalonan, saya sangat gembira dan melihat en hakim sepanjang debat integriti tu, da wat saya senyum!! moga kita jumpa lagi ye..

p/s : aku sangat ingin menghargai orang yang menghargai aku.. dan aku sangat ingin berterima kasih dengan mereka yang meletakkan kepercayaan kepada aku atas ape yang aku usahakan

sejuta2 terima kasih pada mak n abah yang sokong akak dari dulu till now even tak penah tengom pun anak sendiri debat mcne rupe..
totally thanks to en. irfan nyia yang percaya kat aku untuk naik semua sidang!! 
thanks to syed yang always teman p beli strepsil sebb da tak tahan batuk
thanks a lot to suhada (l.o) yang sangat baik.. i start to miss u my dear
thanks to my siifuuu!! k.bintul yang tak penat2 meyokong dan mendegar rintihan anak didikmu ini..
thanks to my team... thanks.





segalanya indah tentang 

DEBAT

randomly

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...