Wednesday, March 14, 2012

cikgu adila

salam... :)

hari ni mak ada kelas tambahan untuk pelajar darjah 6 di sekolah beliau.. dan tibe2 aku rasa nak menulis tentang perjalanan aku menjadi guru.. bukanlah mengikut jejak mak sangat pun sebenarnya, tetapi aku ada ideologi sendiri kenapa aku memilih profesion ini, selamanya!

kalau zaman sekolah dulu, orang tanya nak jadi ape? jawapan aku gah mengatakan, DOKTOR atau PENSYARAH. hoho... cikgu tak de dalam list pun. tetapi, bila aku mula masuk tingkatan 5. aku da meletakkan satu tujuan dalam mencapai kerjaya. doktor yang aku nak jadi, bukan doktor biasa... tapi aku nak jadi doktor gigi.. kelakar tak?? hahahaha.... kenapa? nanti aku akan cerita kat bawah.. hehehe... sabar~

lepas je spm, aku apply sume pergigian dalam malaysia... tapi satu pun tak dapat.. bukan rezeki agaknya. kemudian aku masuk matrik pahang. mulanya aku nak amek biologi, tapi tu bukan kepakaran aku sebenarnya sebb aku bukan ulat buku... hahaha.. aku ulat berjalan.. fyi, aku ni jenis yang fokus sekejap je. dan masa aku fokus, aku akan wat je keje.. tapi aku cepat juga hilang fokus.. so, bila pk2 balik, aku memutuskan untuk teruskan dengan sains fizik. 2 bulan hidup disana, roh belajar, work hard and study smart selalu mendampingi aku! seriusly, sangat seronok belajar kat sane.. ngan kawan2 yang sayang super duper kat aku... rindunya aku zaman tu......



dalam mase yang same, aku memohon untuk masuk maktab ( maktab adalah ipg ). selepas 2 bulan bertungkus-lumus di matrik, aku dapat tawaran ke maktab pula. bagai pucuk dicita,ulam mendatang la... aku mintak matematik, dapat matematik, pastu dapat dekat je. dalam negeri sendiri je... abah da macam-macam da bagi peneguhan positif. nak bagi kereta la lau aku masuk maktab, senang kerja la, tak perlu susah-susah nak pk kerja lagi, tak payah buat pinjaman dan segala-galanya indah tentang menjadi pelajar maktab!! tapi mak selalu mengingatkan aku, jadi cikgu low profile... bukan mcm orang lain, bila taye, keje ape?? "doktor", "jurutera", "peguam".. tapi aku akan menjawab.. "cikgu je"..

tapi disebabkan kekerasan hati dan restu ibu bapa ketika itu, aku tidak mahu memandang ape yang orang tengok pada aku yang akhirnya menjurus kepada perasaan bangga.. hehe..> mase tu bagusnya! jadi, niat untuk menjadi guru, diteruskan dengan nekad. ape lagi yang lebih penting dari redha ibu bapa dalam segala urusan anaknya?? walaupun pada masa yang sama, pak cik aku menentang hebat pertukaran aku ke maktab... dia kate aku belajar sesuatu yang rendah.. mungkin dia sebenarnya tak tahu yang aku akan belajar untuk mendapat ijazah sarjana muda perguruan... dia masih lagi berpendapat yang aku mengambil sijil semata-mata.... tapi aku teruskan juga.... semoga ALLAH mudahkan segala urusan aku dalam perjuangan menjadi guru ni..

masuklah aku ke ipg.. memang tak dinafikan.. kami kat ipg, semua guru..SEMUA... tak de orang yag akan jadi selain guru di ipg.. hehehe.. jadi ape yang kami buat adalah untuk anak-anak murid! kadang2, aktiviti kat maktab pun da macam budak2.. ada koir, ada choral speaking, ada aerobik dan sebagainya... walaupun penat sebenarnya dengan tuntutan-tuntutan di ipg, namun aku sangat seronok menjalani kehidupan hampir 4 tahun di ipg... semua akan wat aku senyum!

tadi aku cakap nak gtaw kan, nape aku memilih profesion??
mula2 aku nak jadi doktor gigi, disebabkan tak dapat, aku jadi guru... sebab?? mungkin pendapat aku ni menjadi sedikit jumud pada para pembaca, tapi di kan pendapat aku kat blog aku.. suka ati aku lahhh....hahahah(evil laugh)
aku tak ingat sejak bila aku mula pk mcni, tapi aku selalu pk... bila aku da besar, aku bukan pk untuk diri aku sahaja.. one day, aku akan kawin.. aku akan ada keluarga.. so, lau aku tak de mase untuk mereka sebagai keluarga aku, macammane kehidupan keluarga aku?? aku melihat dalam hidup aku sendiri sebenarnya.. mak aku cikgu, abah seorang pekerja kerajaan.. mak selalu ada kat umah.. untuk bercerita, untuk teman anak-anak p shoping...dan keadaan ni bagus kan?? AWESOME! tapi macamne lak dengan orang yang keje sampai petang?? tak de mase...ok, ada pendapat.. mase berkualiti lebih baik dari mase yang banyak tapi tak de kualiti.... 
dalam keluarga aku sendiri, mak akan menjadi penstabil dalam keluarga.. aku rasa dia SUPERB!! so, aku nak jadi LAGI SUPERB...





dan kerana semua itu, aku memilih untuk menjadi guru.. untuk semua,, untuk diri aku sendiri.. untuk parents aku... untuk keluarga aku... untuk bakal keluarga aku.. dan untuk anak-anak murid yang aku nak sayang diorang... :) 

p/s: biarlah adik2 aku kate, " akak la sorang-sorang antara kita yang tak kan habis-habis sekolah..." tapi, aku sangat suka g sekolah.... senyumlah menjadi GURU..





No comments:

randomly

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...