Wednesday, December 29, 2010

bila bersama=)

assalamualaikum...

rupa-rupanya, tengok bola dengan seluruh ahli keluarga sangat menyeronokkan..
haha... ada gak kadang2 aku sorang je yang beriya-iya menjerit tapi orang lain diam je.. malu btol (~_~)...

sebenarnya bagi aku, memang buat kerja bersama tu adalah satu keseronokan berganda.. seronoknya buat kuih same2...(^_^)....

contohnya, ahad lepas aku n family balik kg.. n pada aritu, nenek n atok kami decide nak sembelih ayam kg.. syiok giler la.. dari cabut bulu ayam sampai belah ayam, sampai masak ayam, semua membantu.. adik2 aku yang laki tu pun tolong kupas bawang n tolong parut kelapa... kan bagus gtu, tolong menolong... aku pun senang hati je nagn keadaan ni...

hehe...

then, semalam mak n aku da decide nak wat kueh tart nenas... 2 adunan kami buat. tapi, petang tu abah ajak mak pg melawat jiran yang tak bape sihat... so, mak terpaksa tinggalkan aku wat tart sorang2.. aku pun ape lagi, perintahkan adik2 yang tengah main hujan kat luar masuk rumah n tolong aku wat tart... hah, kecian giler kat hakim, dapat ceramah percuma tentang kesedaran membantu aku kat dapur...! hehe... sory yep...t d kawen, ringan2 la tangan tu tolong isteri, jangan duk meng'order' je...

then, lipat kain... biasanya lipat kain ni tugas pempuan la kan... dulu, aku suka paksa adik2 aku duk dengan aku masa lipat kain n lipat same2 ngan aku,,, penat la nak lipat semua tu... tapi skunk, aku tak suh mereka lipat la.. aku lipat sendiri je.. n baru2 ni, hakim ni rajin lak nak join aku lipat kain... dia rajin jugak kadang2... so, aku pun makin bersemangat nak lipat baju... n i always dream to do all house chores with my partner.... hope he'll.

n adik aku yang paling senang mintak tolong ketika kesusahan ialah aidil... dia tu paling ringan tulang la.. best lau keje ngan dia.. or aku yang malas? tak2... aku cuma lagi suka lau buat SAMA2 berbanding alone..

huh.... kadang2 susah nak berkolaborasi dengan orang tapi kerjasama tu memberi satu kemanisan dalam melakukan ape2 pun kerja.....

Saturday, December 25, 2010

tension part 1

assalamualikum...

blog da jadi medan untuk aku luahkan rasa ati ni.. sebb aku tak berhak nak terus cakap ngan orang ape yang aku suka n ape yang aku tak suka..

arini, aku dilanda kesedihan.. ntah la kenapa.. mungkin aku rindu kat DIA...
kadang2 DIA bagi aku bahagis kadang2 tak..

ape yang aku tak suka ialah :
1. bila orang tak boleh nak terima aku seadanya... lebih2 lagi bagaimana aku sekarang.. kadang2, bila aku pk tntang pasangan hidup, pastinya dalam pkran aku, tade sape la yang suka orang yang mcm aku ni... tapi aku bangga la ngan sorang mamat ni...
bini dia memang besar la... lagi besar dari aku. comel la bini die.. tapi laki dia giler syg kat bini dia.. aku yang baca ni pun tersentuh la.. lau diorang berjauhan, laki tu kol pastu nyanyi kat pmpuan tu.. sweet r.. bila nak bgi adiah, buat treasure hunt... kadang2 aku tertye sendiri, ada ke orang akan terima aku mcm tu? bahagianya disayangi macamtu....

2. bila orang tegur aku tak bertempat.. contohnya aku tengah makan, orang pun cte la.. lau nak kurus kan, kita tak makan.. memang aku terus rasa kenyang walaupun sebelum tu giler lapar... lau nak makan pun tak jadi nak makan sebb da stuck da moood untuk makan tu...

3. bila orang marah aku bersendirian ketika aku sedang kesedihan..... ntah la kenapa, lau aku sedih, aku suka duk sorang2.. lau duk umah, berkurung je dalam bilik...... lau duk hostel, duk je dalam bilik, tak kua pun makan ngan kawan2... adakah aku tertekan?? mungkin..... yang aku pergi bersosial pun kat surau la... ntah la nape, walaupun aku tak kenal orang kat ctu, aku rasa tenang je.. happy je..lau kat tempat lain, aku tak rasa macam tu..

will be continuoed.. nak tolong mak masak,,

Wednesday, December 22, 2010

im falling in love...............=)

assalamualaikum.... arini aku da mula jatuh cinta.. aku rasa perasaan ni da lame ada dan sekarang ianya sikit demi sikit berkembang mekar..

kalau dulu aku tak la terlalu anti dengan 'dia'. cuma bukan dia pilihan pertama hatiku.. namun, pertemuan beberapa kali yang telah dirancang oleh pihak ipg telah menjadikan aku mula rasa ' dia' berjaya menguasai aku...

tambahan pula, mak n abah merestui aku dengan 'dia'. mak pun selalu mengajak aku bertemu 'dia'.. ada saja waktu lapang, pasti aku akan menjenguk ape yang boleh aku buat dengan 'dia'. gelagat 'dia' kadang2 buat aku penat tapi muncul keseronokan. 'dia' juga telah mencuri hatiku... menjadikan hatiku lembut yang dulu agaknya keras seperti batu...

bila mana aku bertemu dengan 'dia', lapang jiwanya. kekusutan menjadi satu ketenangan... 'dia' berjaya buat aku tersenyum sendiri... aku bukan tertumpu pada dia semata-mata, tapi aku juga telah jatuh hati untuk menguruskan 'dia' dan semoga aku dapat berbakti pada 'dia'...

insyaallah, aku tak salah lagi memilih 'dia' walaupun dulu aku mendambakan yang jauh lebih hebat dari 'dia' namun,, hari ini aku sedar, allah telah memberikan yang terbaik untuk aku...

semoga cinta ini terus mekar sebagai sahamku dunia akhirat dalam memperjuangkan 'dia'. ku mohon agar Allah memberkati dan merahmati aku dan 'dia' dalam perjuangan ini.

(~_^)

'dia' yang aku maksudkan ialah profesion ku... anak muridku... sekolah... dan bidang pendidikan. walaupun dulu aku dambakan untuk jadi seorang doktor, aku sudah dapat tawaran namun aku lebih memilih kehendak mak n abah. dekat dengan mereka dan profesion yang telah buat aku gembira... nice to be a teacher...

dulu, aku tak suka budak2. for me, they are annoying but now, they make me laugh... mereka comel... ada kalanya, aku pulang saja dari sekolah aku pasti tersenyum mengingatkan hubungan aku dengan murid2. aku memang nakal waktu sekolah dulu namun aku harap mereka juga akan hormat padaku walaupun dalam kenakalan mereka..

CIKGU SUKA PERGI SEKOLAH, HARI2 CIKGU PERGI SEKOLAH
=)




Tuesday, December 21, 2010

a week of trip to johor

assalamualaikum..
hehe,,,,

da 2 ari aku balik dari jhr, ni baru ada kesempatan untuk taip2 dalam blog pasal percutian kali ni..
sebelum tu aku mintak maaf sebb tak leh nak upload photo dalam blog ni.. ntah la nape, sebb aku da try tapi error.. so, aku akn bg link jela untuk tengok gambar kat fb..

sorry na..

um... perjalanan dari rumah bermula 10 dis jam 6 ptg. naik train kat tanah merah menuju ke kulai johor... mase dalam train tu, kena solat subuh.. agak susah n tu adalah pengalaman pertama solat dalam train... kena solat duduk sebb terhuyung hayang n pening jugak la..
ruang yang kecik n terpaksa berkongsi lelaki n perempuan akan menimbulkan kesukaran...

tiba di kulai jam 9 11 dis.. p.ngah yang amek g umah dia.. memang lepak giler la.. tdo la n ta hiraukan pun m.ngah masak ape.. lantak la.. da penat..

bila bangun, da petang... g jalan2 umah jiran a.k.a m.cik2 yang kawan nagn arwah atok ngan nenek dlu.. pangkat nenk la.. tapi diorang semua baik n mesra walaupun aku n keluarga hanya sekali je balik kg untuk jangka masa setahun

pada 12 dis hingga 19 dis.. aku ke pasir gudang untuk duk umah m.cik aku... c.usu... umah die teres 2 tingkat.. besar jugak la.. c.usu ni keja siang... pagi sampai petang so aku di hantar ke rumah m.teh kat pasir gudang jgak... jadi,, pagi aku duk umah m.teh n malam tdo umah c.usu..

dalam mase beberapa hari yang aku duk umah m.teh tu, aku buat la mcm2 xtvt yang sangat menyeronokkan antaranya ialah,,, aku g outing kat pusat bandar pasir gudang. sebenarnya pusat bandar dia tak la besar sangat tapi ok la.. ada uo supermarket... ada tempat main boling. hah, dan yang agak menarik ialah aku da main boling sebanyak 2 kali kat tempat tu selama 2 hari berturut2 dan itu adalh pengalaman pertama aku..

walaupun kat KT ada tempat main boling, tapi aku malas la nak join kawan2 sebb lau g main bukan main je,, t g melencong sane cni... ok2, smbung cte,, selain dari g main boling, aku juga telah mengutip pengalaman menonton wayang kat jusco tebrau... fuh... aku tengok cte hantu kak limah balik rumah.. tiket mahal rm 14 tapi cte tak la best sangat... mungkin best tapi bukan taste aku.. seebb aku ingt cte tu seram sekali cte tu cte komedi...tape la, yang penting pengalaman kat cinema tu yang first experience gak tu.

selain daripada itu, aku juga telah membantu m.teh n mak untuk buat kuih.. kuih yang kami buat bersama ialah almond london, tart, n donat yang disaluti coklat seperti di big apple..

hehehe,,,,, menjadi la wat kuih kat sane.. sedap lak tu.. opps,,, bukan aku yang buat,, aku tolong2 je...

hehe...

pada 19 dis 7 malam.. aku naik train kt jb sentral... sedih la plak nak brpisah lagi... jumpa lagi tahun depan ye... miss u all.. and miss the moment wif u all...

hah, ada lagi yang terlupa nak selitkan dalam coretan kali ni..

1. ada sorang budak ni. name dia aku tak sure tapi aku paggil dia pka je. dia 7 tahun. manja la ngan aku mungkin sebb aku bgi muka kat dia.. dia baik la. bila aku balik ke besut pun aku masih ingat n rindu kat dia.. lau nak tengok, gambar dia ada kat fb aku..

2. aku kenal sorang budak ni, name dia ecah... aishah.. muka dia lau tengok memang macam cina tapi dia islam.. dia convert mase kecik dlu2... best gak dapat kenal dia.. orangnya slumber n lasak.. hehe... nice to meet u ecah...

all the best for spm!!

Monday, December 20, 2010

sweet holiday..

assalamualaikum..

sory lama tak update blog ngan cte2 terkini hiburan sensasi kerana aku pg johor untuk holiday..
arini aku baru ssampai umah.. penat masih tak hilang lagi..

tapi yang penting holiday ni bes..
t aku story k..

skunk nak rehat dlu...
=)

Sunday, December 05, 2010

lelaki dari bumi, perempuan dari marikh...

assalamualaikum...

nape ye title tu gtu... sebb lau tak silap, aku pernah terbaca tentang sebuah buku yang bertajuk seperti di atas..

baik lah, aku akan terangkan nape aku amek tajuk buku tu...
k la... mungkin bg lelaki, biasa la mereka.. mereka tidak terlalu berperasaan seperti perempuan..
perempuan ni sangat sensitif dengan beberapa perkara yang mungkin tak sama pada pikiran lelaki..
dalam beberapa hal, perempuan sangat teliti dan sangat skema. mungkin pada lelaki sukar nak kerjasama ngan perempuan. itulah yang sy katakan perempuan dari planet lain daripada lelaki.

pernah sy dengar ceramah dari seorang ustaz ( da lupa siapa ) tapi beliau kate, perempuan akan tertawan dengan sikap lelaki. maksudnya, tak semestinya laki tu hensem, tapi lau laki tu pandai amek ati pmpuan tu, pmpn tu akan jatuh hati..
ada betulnya kata ustaz tu, andai seorang laki boleh berlembut dengan perempuan. dapat menunjukkan keikhlasan pada perempuan, soal rupa paras bukan sesuatu yang menjadi keutamaan..

tapi sesetengah perempuan ada juga menetapkan cri2 lelaki yang akan menjadi teman sehidup sematinya.. mestilah, nak bawak ke jalan yang benar n ini bukan sesuatu yang main2... perempuan tak suka lelaki ambil mudah soal yang agak serius bagi mereka.. perempuan agak sensitif dalam beberapa hal... perempuan suka pada sokongan dan pujian untuk terus maju.. bukan kritikan yang dianggap kasar bagi mereka...

perempuan suka ditemani,, suka berkongsi cerita... mungkin ada 2 3 hal yang sama antara lelaki n perempuan.. mungkin juga lelaki ada tidak menyukai perangai perempuan..

tapi, mereka saling memerlukan.

Friday, December 03, 2010

hold on first...

Assalamualaikum guys

Hampir 2 minggu tak update blog ni.. sorry la, tak de mud n malas nak layan perasaan smbil type kat blog ni.. um, biasala bila kat umah.. jadi suri rumah separuh masa la.. separuh lagi mak, separuh lagi aku la..

Arini pagi2 lagi dah bersembang hangat baik punyer ngan mak tercinta hehe, ape yang dibualkan.

Rahsia..hehe

Aku korek cita pasal mak n abah.. macamne mak jumpa abah kat u dulu. Ape first persepsi mak mase tengok abah?? Hehe,,, macam2.. sape lagi yang cuba ngorat mak mase dulu.. macam2 la.. habis semua mak cte kat aku.. hehe,. Nampak cam cte kat kawan baik je maklumlah……. Da LAMA bercinta

Hehe,,,, pas korek rahsia, aku lak cte rahsia kat mak.. pasal laki2 yang pernah sangkut kat ati aku la hehe.. mak aku kenal semuanya.. tahu semua pasal cte diorang ni

Mula2 budak oh,,,,pastu bakal ustaz yang belajar kat IPG kent tu ( orang sabah). N yang navy tu pun mak kenal orang sabah gak

Tapi tak de yang lekat kat ati aku ni.. ada je yang tak kena.. mak kata jangan meilih sangat’…. Hadoi la,,, should ke aku cari someone skunk?? Aku ada 3 tahun lagi blaja. Lagipun, bukan nak kawin mase blaja pun hold on la. Biarla mr. right tu pk sendri.. datang umah ke,,, ape ke buat mase terdekat ni hold on dlu.. jangan cepat terpengaruh. Relax2.. ishk3 ada sebb kot nape parents aku bersikap sedemikian iaitu bersikap seperti sudah bersedia menerima tetamu lelaki bgi anak sulung perempuannya ini.. mungkin sebb tak nak la aku ni tersenja lak nanti

Dila, hold on.. take depth breath n relax.. do your work n enjoy your study first do not suffer in illegal lovehuh

Thats all for this entry

Saturday, November 20, 2010

sweet moment of me

Assalamualaikum....
Arini baru balik rumah n baru dapat on9. 1st of all, tq to all my friends yang da wish besday ni... tq k..
Semoga doa kalian makbul dan aku nenjadi lebih baik dari sebelumnya.. tq kerana mengingati aku...
Tak sangka seramai itu yang wish kat wall fb aku tapi malangnya, tak dapat buka kerana masih berada di kampong halaman..
Hehe... tahun ni da 20 tahun.. ada 3 tahun lagi nak abis blaja.. Alhamdulillah, da 20 tahun da aku hidu kat dunia ni.. penuh dengan dugaan n nikmat yang telah aku dapat selama 20 tahun. Ada kalanya, iman aku turun, ada kalanya naik.. biasalah, aku manusia biasa...
Ada kalanya, aku menangis soang2 saat aku memerlukan kekuatan tapi aku masih memerlukan sahabat yang setia.. hurmm.... mcm2 kan.. biasa la tu...
K la... for now, ni dulu yang nak share. Nothing more...
Assalamualaikum... have nice day.

Saturday, November 13, 2010

moga ada yang terbaik untuk dia...
maafkan aku......

Monday, November 08, 2010

ketika ini, aku menangis......

nape dia berkelakuan macam tu ngan aku??
dia benci aku ke???

soalan ni boleh ditujukan kepada beberapa pihak..

kenapa tindakan dia macam dah benci je kat aku??ape yang aku dah buat.. cakap pun tak...
kalau kat bilik, satu hari, berapa patah ke kami cakap???

argh... aku rindu nak sembang ngan kamu aini amira razman....
lau kamu dengar esakan aku malam2 mase aku tdo, sebb aku terlalu rindukan masa kita..
skunk, kita dah tak cakap lagi...

aku tunggu malam2 ko masuk bilik, baru aku boleh tdo.... aku tunggu ko balik ke maktab dari johor tapi ko kol orang lain.. aku hanya berpura-PURA TERSENYUM DAN GEMBIRA MENDENGAR BERITA TU...

alhamdulillah, Allah da bagi kekuatan selama lebih setahun untuk aku tahan dengan keadaan dingin kita. kamu lebih banyak masa diluangkan dengan kawan2 kamu sehingga kadang2 aku rasa, aku tak diperlukan lagi oleh kamu sedangkan, aku masih berharap untuk ada masa kita bersembang...

orang nampak, aku biasa je. tapi, aku tade mood nak study... aku malas nak pk...
ya Allah, semarakkanlah semngat belajar dalam diri aku... ketika ini, aku benar2 jatuh....

thanks and credits to atiekah jailani yang sedikit sebanyak telah menyuntik semngat dan kekuatan dalam bermujahadah semalam... tq kerana sanggup korbankan duit untuk kol akak semata-mata nak dengar esak tangis sampai hampir 2 pg...
thanks 4 always make me smile when im with u. subhanAllah...


Sunday, October 24, 2010

sell-fish part 1


one day, i talked to my friend about a friend that i love... t
he conversation is as follow..:-

amal : dila, rumate ko nak datang tak??

aku : katanya nak datang. dia baru ej bangun tadi. dia datang nagn syaz jap g..
amal, ko tak jeles ke dia baik ngan syaz??

amal : tak, sebb aku tahu had persahabatan aku dan dia...
aku taw syaz tu kawan baik dia. dan dia sendiri pun ngaku....

aku: um, aku sayang dia. tapi, dia bukan untuk aku. aku nak jadi macam dulu, jalan sama, makan sama2, tapi.....
amal : dila, aku rasa ko ni tak leh sorang2 la.. ko nak kawan rapat. ko takot sorang2...

....... panjang lagi perbualan tu...
tapi, yang nak di highlight kat cni, aku tak leh sorang2?
betol ke apa yang amal cakap ni??

maybe.....

i feel lonely like this

to be continued.......................................i have meeting.



Saturday, October 23, 2010

miss this moment....

mase ni kami ada permainan tradisional.. hah, cikgu bukan sekadar belajar je taw.. nak jadi cikgu, perlu tahu semua benda.....

semua tengah baik.. tade masalah... serasi semua orang mase ni. tade puak2...
kami sebagai 1 kumpulan...... really miss this moment......
gelak tanda happy... this is real happy...
ada gak yang tade ni, g bekfast...



yang kat atas tu, kelas mathematics 2 yang dulu.. masa foundation.. tak shuffle lagi..
skunk dah shuffle.... tak sam mcm dulu...
skunk macam2 puak...
lumrah hidup....


mathematics 2 ambilan julai 2008... miss u in this moment

i need u...

aisyah, i need u here.. u lighten my life in matrik 2 years ago.. i need ur shoulder to cry on.. to tell u that im sad here with my friends...
aisyah...
u create a very nice moment and i miss that moment... so much.....i need u here to make me smile and laugh..

wana, i need u here.... u make me strong when everybody make me down... SPM 2007 is the most tough year.. i need u here to make me strong with this problem....

asiah, i need u here.. i need u here so that i can tell u story of my problem.... i need u here so that i can cry calmly with u in front of me....

oh my friend, i need u here to listen all my problem.... but, it is better if i choose muslimah to hear and be a good listener of my problem. i need a listener to my problem.......



my friend that love me, i need u all here.. i hope u re here to make me calm, to make me laugh, to make me smile, i need u here to listen my problem with my friend here...i need u all.....make me strong so that i can study.. i need ur shoulder to cry on and i need you u hug when i cry on..............................................................


ya Allah, aku bersabar dengan dugaanMu...
andai tiada kawan yang ada masa untuk aku, aku mohon padaMu ya Allah, kuatkan hatiku...........

Wednesday, October 20, 2010

puas ati ke???

assalamualaikum...

arini nak bercerita sedikit tentang ape yang aku rasa.... lepas balik ke bilik dari pameran literasi bahasa yang diadakan, aku nak g angkat kain. pastu, aku tengok la seorang lelaki ni macam tengah tunggu someone...

maybe die tengah tunggu awek dia kot. dan, pada saat tu aku terpk..
puas ati ke lau kita suka kan orang tu dan kita dapat die sebagai pasangan kita???

ada 2 benda yang aku pk.
1) puas ati kot lau dia tu pasangan yang sah. maknanya, lebih berkat. semua tu kerja Allah....
ok, yang tu sudah terjawab...

2) yang kedua ni, puas ati gak kot mula2, tapi bila dah lame2, tak taw la puas ati ke tak sebb rasa tak senang la bila hubungan tu akan menimbulkan masalah2 lain... ntah la, tak reti la nak komen tapi lau tanye aku, aku susah nak bg jawapan ni.....
sebb aku pun penah alami gak.. tapi, masalah aku ni melibtkan orang lain.
so, susah la nak cte sama ada puas ati atau tak....

mase zaman aku kecik2 dulu, aku pun ada admire kat orang gak. tapi, aku terlampau sampai result trial SPM aku jatuh sebb aku jeles dia tolong angkatkan meja dak yang duk depan aku... sedangkan, aku da bagitaw awl2, aku nak mintak tolong dia angkatkan meja aku...
mybe aku terperasaan sendiri sampai kecewa macam tu skali....
terukkan??

um, tapi hal aku ni agak complicated untuk diceritakan semula. aku just admire die n aku sikit pun tak berniat supaya die membalas kekaguman terhadap dia. aku just kawan je... tapi, sebb kesalahan aku mengaku yang aku admire die, ntah la macam mane jadinya die suka aku?? pelik....

tapi kami kawan rapat ( couple ) tak sampai sebulan pun.. sebenarnya sampai arini die sendiri pun tak tahu kenapa aku buat die macam tu...

im so sorry... lau kamu baca post ni, baru kamu taw nape saya buat keputusan begitu...

dulu, kitaorang jarang berhubung, dia pun asyik sibuk wat keje umah je. maklumlah, anak lelaki sulung dan baru je cuti. so, byk la keje yang ada untuk disettlekan... aku pun sebenarnya kecik ati la sebb die macam tak nak msg je, but its ok..

sampai la satu masa, aku taw yang salah seorang sir yang sangat aku hormati kate ' saya tak sangka lau dila ada boyfriend'.... sebenarnya, ayat tu la yang membuatkan aku buat keputusan untuk putus dan terus diamkan diri...

aku mula cari alasan nak kawan je. aku tak rasa leh teruskan sebb aku macam mengambil kesempatan atas kepercayaan sir terhadap aku........

tak leh la.. tak leh la wat cmtu kat orang, rasa bersalah giler....

tapi si dia tak taw yang aku buat gtu sebb sir.. aku just bagi alasan yang abah aku tak suka aku ada kawan macam ni. memang btol abah tak suka tapi tu bukan sebb utama yang menjadikan aku nekad..

dia tak fahm, dan si dia memang sangat marah dengan tindakan aku yang sengaja nak putuskan hubungan. tapi tak pe. im not thinking of marriage and i dont care u have another girl yang lebih baik dari aku.. it is not enough, adik die pun marah aku.. kate aku macam2.. kate aku buat abang die macam tu.. abg dia dah lari dari rumah... i was so sad at that time.... but, i have to be strong..

dan dalam masa 2 3 bulan menunggu result tu, macam2 juga dugaan. ada kawan yang cerita, si dia memang marah apabila kawan2 bertanya tentang aku.. aku dapat rasa yang dia cukup benci dengan aku. even, die pun penah cakap kat kawan baik aku, dia tak nak jumpa aku...

tapi tape, mungkin semua tu la yang membuatkan aku kuat arini...

but now, when i remember the past, i think that he was that first guy that accept me as i am and the was very honest actually. but, he was too kind compare to me. you will get better..

some people said, a women always remember her ex in their mind but their love is in their heart..
yes, i do. i always think u in my mind, but not in my heart....................
that is what i am doing to men...
no special...

:'c

salam...~


Monday, October 18, 2010

she..........

assalamualaikum....

there r many shes in my life. i will introduce one by one.

the first she i know and i love in this institute is my beloved rumate. but, we have some crisis that make us far apart nowadays. she has her best friend and she admit that.. im still hoping to have her as best friend but Allah knows better...

maybe, she can't understand me as i am. so, i let she with her friends and i'll find mine. it is very difficult to lave someone like i love her, but it is ok.... at least, her name still in my prayer. that is the most important...

today....

~ when i am with you, i feel that im being love... u make me remember who we are, what we should do, where we will go afterthis.... i like to be with u, not because u are my junior, but understand me well.....~

we always spend time together in the weekend at pantai mengabang telipot here.. sharing our problems... our love story, our study, our friends... and, it is the time we have together....

sometimes, we went outing at hock kee seng; the nearest mall... hehe...
even just window shopping, i like to share my time with u... u make me calm.....

thanks Allah for such friend i have...
she always there........

dia sama ngan aku. suka jalan2. suka lepak2. suka window shopping. share cite. have time kat pantai. best......

as i said before, i such loose my friend so it takes time to make me cure....
and she comes to cheer up my day...

tq atieqah jailani

Saturday, October 09, 2010

buhsan..

assalamualaikum...

2 minggu lepas raya yang lalu, aku n kawan2 sangat sibuk mengerjakan kerja kursus yang berlambak... kami bertungkus lumus mengadap kerja2 terbengkalai akibat daripada riang ria raya...

bila balik rumah, for sure kena wat keja rumah... kena tolong parents memasak, kemas rumah.. tak kan nak duk terperap dalam rumah macam budak nak amek spm..
so, kena la tolong2 walaupun banyak keja...

bila semua task dah di submit, tiba la mase untuk bosan dan boring.. sebb, dah tade keje nak pk...

jadi, aku memenuhi hari2 minggu dengan berjalan ke sana-ke mari la...
selasa lepas, aku g umah ezam, kat gong badak...
makan2 je la memandangkan dia da nak balik mesir isnin no kot.
aku, kawan2 pmpuan, adik sepu, sede, qamar, basyir n izzat amir...

makan mee kari.. sedap gak mak die masak.
sebenarnya dah hampir malas g la, tapi sebb dia ajak btol2, siap masak2 lagi, aku g la....
lagipun ari2 ada pasar kat area umah die tu...

mak ayah die pun sporting r gak.. balik maktab dah dekat2 magrib..

semalam (jumaat ), aku plan ngan ika, nak g pantai, tbe2 ada orang pelawa nak g pasar..
ape lagi, join la...
haha, pasar kecik je...
kat maras...
tak jadi la ber'dating' dengan ika...

hehe, jgn salah faham, kami memang suka berdua-duaan... oh no, bukan ape, just cerita masalah yang dialami je.. dak ni bagus, sporting, best r kawan ngan die walaupun dia junoir je..

hehe,

arini plannye nak kua g pantai batu rakit.. nak g jalan2 kat pantai..

biasanya, lau aku sedih yang amat, aku tertekan, tenpat yang aku akan tuju ialah pantai.. aku pun tak taw nape..
maybe sebb kat tempat aku belajar ni pantai je tenpat yang paling dekat nak luahkan rasa sedih kot..

kadang2, tak rasa sedih pun boleh menangis bila kat pantai......

tapi, ada gak rasa nak g window shopping kat hks ke, mydin ke, giant ke, tapi malas la, memandangkan arini sakit2 perut, aku just g jalan2 untuk rehat jela....

lain orang, lain cara nak release tension..
tapi bagi aku, aku suka jalan2.... suka melancong, suka tengok barang2 cantik walaupun aku bukan nak beli pom..

bertuah la aku jadi cikgu, aku keje 10 bulan je...
lagi 2 bulan leh la g jalan2...
hehe.....
ajk family g jalan2, wah, seronoknya!!

t dah kawin pun, aktiviti melancong dan berjalan mestilah dijadikan satu aktiviti yang mesti @ wajib... aku sangat suka berjalan...sangat.. tapi ada mood la...
so, sape yang suak kat aku, kena la berlatih berjalan2...

hahaha................
um, bosan2 ni menyebabkan aku melalut.......huh

k la.. thats for now..
nak p cri ubat kejap..
sakit perut datang lagi..=)

have a nice day!!

Monday, October 04, 2010

Kawan... kawan.... kawan....

assalamualaikum...

sedihnya hari ni... aku memang tade mud.
kenapa kawan ni selalu sangat buat aku gni??
bila aku da sayang, die kawan nagn orang lain, bila aku amek berat, dia wat tak kesah je..
bila dia buat salah, aku tak la marah2...
tapi, bila aku selalu bertolak ansur, pijak kepala aku plak??!!

aku cuba puaskan ati korunk, kadang2, aku sendiri pun berkorban perasaan, duit, masa...
tapi, korunk ada tak pk pasal aku?? kadang2, korunk lupa nak tye aku cne...
aku da ada partner ke???

senang kan korunk!! aku just nak korunk terima aku as i am je..
susak sanagt ke??
am i too annoying to you???

sampai ati..
aritu, ko balik maktab, tak ajak aku pun. tak cop pun tempat untuk aku dalam van..last2, aku naik teksi.. tu pun nasib baik tak tunggu lama... cian abah aku..
bila time aku balik, aku selalu ajak ko! jauh pun aku g amek gak!! abah akau yang drive, tapi sebb ciankan ko punya pasal, aku pujuk abah aku amek ko..

aritu lagi, aku buat net untuk solid tu bukan main la aku kira satu2, aku ukur, aku buat, aku gunting, aku suruh ko lipat je..
yang ko g hilangkan tu apasal?? kecik ati aku ko buat aku gtu.. taw tak??
pastu, datang mintak maaf ngan aku macam melepaskan batuk ditangga jek..
nape dengan ko ni hah??

arini plak, aku ingt aku satu group dengan ko, tapi last2 minute, ko bagitaw orang lain yang aku tade group lagi..
sampai ati ko ye..
pastu datang mintak maaf dengan aku pun gtu je.. melepaskan batuk ditangga la...
macam mane la aku nak serumah dengan ko t??

aku taw aku tak bagus pun, bukan kawan yang bagus pun, tapi aku try nak jadi bagus untuk ko!!

ya Allah, bantulah aku....='(

Saturday, September 25, 2010

dehearty

assalamualaikum...

malam ni aku masih bersekang mata untuk menyiapkan tugasan literasi bahasa. subjek ini boleh dikatakan memerlukan komitmen yang tinggi kerana setiap kali kelas, kami perlu menyediakan bahan bantu mengajar. setelah siapkan literasi bahasa, aku beralih pula menyiapkan tugasan matematik.. sedang leka aku menyiapkan soalan subjek yang paling aku minati itu, tbe2 fikiran aku teringatkan dia. dia yang telah buat aku rasa berharga. dia yang buat aku gembira satu masa dulu. tapi sekarang dialah insan yang telah kecewakan aku.

lau dulu, dia mengambil masa hampir setengah tahun untuk memenangi hati aku yang keras ni, melihat kesungguhan dia, aku letak tepi semua halngan dan alasan antara dia dan aku. aku tak pernah pertikaikan tentang kerjaya dia, tentang asal usul dia, tentang keluarga dia, even my future.

dia yang satu masa dulu, menerima aku seadanya. jujur, aku takot nak teruskan kerana aku serik menjadi bahan mainan. maklumlah, aku tidaklah secantik mereka, tidaklah sebijak mereka. bak kate orang, tiada pakej pada aku. tapi, aku syukur, kerana aku masih ada prinsip yang menjadikan aku begini hariini.. melihat kesungguhannya, aku terima dan kami sama2 merancang mase depan.

Allah maha besar, kami rancang n Allah yang tentukan. mungkin dia bukan tertulis untuk aku. setahun kami baik n jaga hubungan, cukup2 setahun kami putus hubungan. ketahuilah kamu, sehingga saat ini pun saya masih risaukan kesihatan kamu, saya masih risaukan jika kamu sedih, walaupun dalam hati kami, tiada lagi nama saya...
saya risau kamu susah disana, tapi saya yakin kamu bahagia dengan keputusan ini. sy tahu sebb kamu dah tak nak angkat saya kol, kamu dah boleh lupakan saya. kamu da boleh tdur lena tnpa gangguan dari saya.. kamu da boleh buat kerja tanpa risau saya akan kol kamu mase kerja. kamu boleh buat ape je kamu suka tapa pikirkan saya.......

tapi saya, sy tak leh tidur bila dengar guruh, sy teringtkan kamu. sebb saya takot, sy kol kamu. walaupun kamu tak de dekat sy, tapi kamu teman juga walaupun kamu da tdo. bila saya kena marah, sy nangis sorang2, sy ingt kamu sebb kamu pernah buat saya gembira bila saya sedh kena marah.sy ingt bila ada orang ganggu sy, awk selalu crikan sape orang tu. byk lagi yang sy ingt pasal kamu, sebb pada saya, tiada istilah main2 dalam hubungan walaupun da 2 3 kali saya dipermainkan. sy tak de langsung niat nak balas dendam dengan perbuatan orang terhadap ssya...

saya nak kamu tahu, sy akan kuat untuk lupakan semua tu. sekarang saya dah mulakan hidup baru. sy dah mula blaja untuk tidak ingt tentang kamu. tapi malam ni sy tewas kerana saya gagal menguatkan diri sy. sy akan buat semuanya sendiri. sy akan menagis sendiri, sy akan kuatkan diri saya lau saya dengr guruh, sy akan fokus pada study sy...

sy taw, sy yang buat keputusan untuk kita putus, tapi sy juga menilai tindak balas awk. melihat awk seperti tidak kesah lagi kehadiran sy. seolah, sy hadir merosakkan kehidupan awk. menggongkong awk..
disaat sy taip entry ni, sy menitiskan air mata, bukan kerana sy benci awk tapi sy sanggup lepaskan awk untuk melihat awk bahagia. sy terima awk dulu smpai sekarang sehingga saat kita betol2 tak teruskan hubungan kita lagi.. banyak yang nak saya kaekan tapi biarlah ianya sekadar menjadi rahsia peribadi saya...

saya doakan awk berbahagia di sana, bersam orang2 yang awk sayang,semoga awk cepat2 jumpa orang yang sesuai untuk awk, semoga yang awk akan jumpa tu adalah ubat kepada maslah kita. sy doakan awk cepat kahwin, semoga sentiasa dirahmati..

~case closed~

Friday, September 24, 2010

ei... yaks...

assalamualaikum,

entry kali ni nak cte pasal somthing yang menggelikan..
uwekks!!

ada satu malam ni, aku duk umah kawan, tbe2 ada sorang ni msg. ntah pape la die ni, die kate nak mencintai aku!! haha.. ada gak rasa nak tergelak. aku tak taw sape...
haha, sory..

tapi really disgusting r... uwekk..
ade ke die cte pasal dia anak angkat la, tak cukup kasih sayang la.. ntah pape la..
pastu kate boleh saling mencintai laupun tak kenal la..
ntah r ape la dia tu..

berpuluh2 kali agaknya aku tye siapa die, tapi die tak jawab..
ape la dia tu..

aku harap ati aku kuat untuk hadapi smua tu selepas aku dah berstatus single..
aku da ada plan sendri lepas abis my first degree...

lau dulu, aku plan nak bina keluarga lepas my first degree but now, aku plan nak sambung blaja lagi. pas abis degree, trus apply untu second degree, lagipun, parents aku fully support aku sambung blaja lagi..
maybe dalam negara je, mane2 u pun boelh wat maths edu. insyaalah, phd t nak g oversea.

alhamdulillah, putus tu sakit, tapi aku da berjaya buka minda aku untuk letak matlamat, pendidikan adalah yang pertama. aku harap, lepas ni, aku kuat la, tak lagi nak terima lelaki selagi aku masih tak bersedia mcm sekarang.

berat juga ati aku nak lepaskan die, tapi lau da tak de jodoh, syg macam mane pun, tak kan jadi gak.....

cukup2 bercerita pasal cinta, skunk aku nak buat kerja. pastinya masalah yang dialami sekarang sedikit menggangu gugat aktiviti harian ku...
tapi tape, aku akan buat, all out

Monday, September 20, 2010

working day by day

assalamualaikum..=)

this is the first week after raya, but that's a lot of work to do. about 3 to 4 have to be submit this week. i have to stay up ( never late than 1 am). having a permainan kanak2 4 physical subject. thinking of those task, make me dreaming................................

Thursday, September 16, 2010

=)

raya tahun ni agak pelik sebba aku beraya di besut je. tapi, aku happy sebb dapat raya ngan kawan2.

pada hari raya, tbe2 aku dapat msg hari raya dari sorang kawan baik aku. aku tak sangka dia balik masia tahun ni!! nape tak bgtaw aku awl!!!
so, banyak la benda yang nak diborakkan. abes la kredit aku. tape, bleh claim balik.=)
jadi, kami rancang nak kuar jumpa kat luar sambil g raya umah ustazah. dalam masa yang same, adik angkat kami plan nak jumpa kat lua...=)
plan punya plan, kua la mase hari raya ke 5. aku da plan baik punya,, hehe..

pagi2 tu, aku plan ngan anis n ezam, jumpa kat kfc sambil sembang2. seronoknya mereka berdua mapus aku, pastu aku pakat lak mapus anis ngan ezam. tape la, skali skala je nak mapus2 ni...
ezam blanja=). tq ezam... lain kali blanja lagi..=)

pas makan n sembang2 kat kfc, kami pun berkumpul ni wakaf econ seperti yang dijanjikan. semua yang dijemput hadir, ada depan mata aku. rasa malu, macam nak buat lombong je, jalan bawah tanah ke umah ustzah. mungkin sebb lame tak jumpa n aku makin tembam!!. haha....

ok, setibanya di umah ustazah, aemuanya berjalan seperti biasa.. jumpa kawan2. ada yang aku sembang, ada yang tak. tapi ok la, tak janggal seperti tadi...
kemudian, ezam bagi buah tangan dari mesir...

kemudian, balik umah. yang penting, hari tu adalah hari yang bahagia sebb seharian aku tergelak dengan gelagat kawan2 lama...=)

tq friends!!=))

Sunday, September 05, 2010

puspa versi cikgu...

assalamualaikum..

huh, tadi baru jek dengar lagi yang student nyayi untuk murid kat fb. kawan yang share...
touching siot!! seronok la dengar bila dak2 kecik nyanyi gtu kat cgu..

dulu, sebelum aku masuk maktb ni, aku kurang suka la ngan budak2 ni. tapi, bila da masuk kali kedua aku g sekolah, aku rasa diorang la pengubat luka, diorang mendatangkan kegembiraan dalam jiwa aku...

buat diorang rasa seronok bila aku masuk kelas, menjadikan aku bersemangat lagi..
aktiviti kat sekolah selama seminggu minggu lepas di sk pengkalan nyireh sangant menyeronokkan. aku tak sediakan hadiah untuk diorang sebb pada tanggapan aku, aku tak masuk kelas. tbe2, cgu tu suh masuk kelas. aku terpaksa la gunakan duit sebagai award kepada murid2 aku...

hehe... seronok.
mase tu aku masuk darjah 2. yang darjah 5 aku masuk main2 je dalam kelas. seronoknya dengan murid..... hope aku akan rasa macmni bila aku da btol2 jadi cikgu nanti.

ramai orang kate, senang r jadi cikgu.. kawan-kawan, betolkan tanggapan anda. bukan senang ye!! kami kena blaja kontent, kena blaja sahsiah, kena ada nilai, kena pandai selitkan nilai, kena jadi SKEMA.

haha, skema ni rmai orang yang tak suka termasuk la kawan2 kat wataniah dulu. diorang kate aku skema... ok, tape la. aku memang skema!! haha, baru result gempak sebb skema kan?
um, rasanya aku perlu untuk tak jadi skema. aku kena jadi santai. tak cepat amek hati.... baru la happy macam lower form dulu.

k la, aku nak wat keje lak pagi2 ni...
duk asyik blogging ni tak ciap la keje keguruan aku ni..

kepada semua guru:-

~BERBAHAGIALAH ANDA MENJADI SEORANG GURU~
(>_<)...=)

Wednesday, September 01, 2010

sesuatu yang baru

assalamualikum...
berry nak kongsi sesuatu yang baru arini...

1st:-
aku buat cermin mata baru. power mata da trun. alhamdulillah. suka bile power da trun tapi ada silau sikit. yang silau tu agak susah bila aku nak drive g sekolah waktu pagi2.
tahun lepas punya, tak de silau. tapi aku tinted yang tu.
spek baru ni menarik sebb ada cermin hitamnya sekali n duit elaun buku aku melayang gtu je sebb buat spek..
tape la..pakai contact lens pun ok tapi tak elok pada kornea mata. boleh calar n boleh rosak. cerewet jhak.
tapi lau pergi sekolah, aku pakai la.. cuma kadang2 dengan seronoknya tertido jek dengan lens tu.
ITU BAHAYA K!! ok.....
untuk cte spek, tu sahaja....

2nd :-
aku da dapat gaya pengajaran baru di sekolah. walaupun arini puasa, seronok jgak sebb ank murid tak buat hal. sangat seronok bermain hari ini. mula2 aku masuk kelas, suka suki je diorang buka e-book. tak kesah pun aku yang ada kat depan ni. pastu, aku pun tenung je diorang.bsampai semuanya beres dalam kelas tu. aku terpaksa ganti waktu bi walaupun aku major dalam maths. tape, aku kena jadi guru yang semua tahu. ok, sambung cte, then aku pun mintak buku bi. aku cari tajuk games n aku mintak diorang baca.

kemudian aku main la ngan budak2 tu untuk buktikan teori yang aku belaja adalah bertepatan dengan perkembangan kanak2. aku rasa, aku da dapa jawapan pada soalan subjek murid dan alam belajar. huhu, yang pasti, aku berpuas hati arini walaupun aku memang tade bahan langsung nak masuk kelas tadi.

3rd :-

aku tak suka nak bercerita tentang hati dalam blog ni. cukup la sekadar aku bagitaw yang cinta manusia cukup mengecewakan aku sampaikan aku termenangis waktu sekolah. aku hilang tumpuan nak buat keje yang selama ni aku agak komited dalam bekerja. skunk, semuanya da hancur berkecai! aku harap aku kuat dan dapat sibukkan diri dengan kerje2 untuk menjadi guru...



skunk, kita beralih pula tentang kerja yang perlu aku buat..

1. pop-up card - 7 cards
2. platonic solid - 3 solids termasuk kotak
3. PBS - sign orang2 yang berkenaan.
4. numerical literacy - 2 task.
5. dan banyak lagi........
=) banyak lagi..........
cuti ni aku kenak keja keras la...
hope, masalah hati dan perasaan yang berlaku ni tak menggugat semangat aku untuk terus menghadap lappy ni n buat kerja.

sedihnya, tapi dila, kamu kena kuat!! struggle to be a teacher!!!! struggle to be better person!!!
Cinta ALLAH lagi penting dan BERMAKNA!!!!!!!

kuatkan hatiku ya ALLAH

Wednesday, August 25, 2010

assalamualaikum...
arini, da ari ke 7 sakit gigi dan sudah beransur pulih.. alhamdulillah..
arini juga kelas aku berbuka sama2 kat luar. dan antara menunya ialah
* nasi goreng nelayan
* sotong celup tepung
* buah rambutan, duku, oren sebagai pencuci mulut....
&
* air bandung cincau
*air tembikai

seronok?? mungkin la. ntah la, mungkin mood aku sudah dirosakkan.
arini temanya hitam.

bercerita tentang makanan lak. bab ni la yang paling aku terasa ati. yang sotong celup tepung tu, kena kongsi 2 orang satu pinggan. so, aku ajak la kawan yang rapat dengan aku tuk share same2. aku segan la ngan orang lain...
aku bagitaw die, aku segan la ngan orang lain, tapi tak sangka yang die akan jawab..
"lau ngan orang lain tak leh makan banyak kan??"
tersentak aku bila die kate gtu. aku taw la aku gemok, tapi tak yah la sampai nak ejek2 aku gtu.

sampai je kat kedai, aku tak endahkan die. aku sengaja cari port yang jauh cikit dari die tapi tak taw la lau die pun mencari port yang jauh dari aku sebb pada die, aku ni makan banyak...

spoit betol mood aku hari ni. tapi nak wat macam mane lagi, lau da macam tu persepsi orang terhadap aku. sejak kat kedai, aku muram jek, tapi bila ada yang tegur, alasan yang aku bagi, aku sakit gigi....
memang aku sakit gigi tapi aku lagi sakit ati.

perlu ke aku bagitaw kawan aku tu? tak kot... sometimes, silence make better condition..
aku memang makan ati la dengan sikap kawan2 ni. nape lau time susah lain rupanya, time senang.... umh... da macam tak kenal kawan la..

aku kena belajar untuk aplikasikan

ERTI HIDUP DENGAN MEMBERI....

kadang-kala aku sedih sebb aku beri semuanya, perhatian, ambil kisah, kasih sayang, tapi??? belajar bersabar dila~~~

Thursday, August 12, 2010

kerja, kerja dan kerja..

assalamualaikum...
kat atas tu tajuk je lebih. kerja bukan buat sangat pun..
skunk ni memang banyak sangat kerja.

da dapat 5 assignment rasanya. yang nak kena anta pada tarikh yang sama, ada 3.
alhamdulillah... sabar..

ada lagi satu masalah besar sekarang ni..
masalah air yang melanda institut aku ni la. ingtkan da settle lepas byk aduan dibuat, tapi makin kritikal. waktu pagi da tak de air.. aku merayu pada orang yang bertanggungjawab, tolong la bekerja untuk memudahkan urusan kami. bukan kah itu tanggungjawab kalian semua.
lagipun, dapat pahal lau kita memudahlan urusan orang lain.
nak beribadat pun susah lau air tade ni, tandas kotor.. baju tak sempat basuh,
kami da penat buat aduan tapi makin teruk je ada la..

mintak sangt keprihatinan pihak atasan untuk meyelesaikan masalah yang membelengu kami ini... bantu la kami..

Monday, July 19, 2010

belajar untuk tahu

assalamualaikum....

sem ni berry agak sibuk dengan kerja2 untuk menjadi seorang guru. um, bukan senang ye nak jadi guru ni. kena pandai buat kerja, kena menarik. seronok sangat sem ni walaupun sibuk...

maybe sekarang je rasa seronok sebb tak byk keja lagi, t da byk keja, haha.... baru tau seronok ke tak ye!!

um, setakat ni, kami kena siapkan amali untuk pj, kena buat alat bantu belajar untuk ajar membaca. seronok...
bukan senang juga nak membaca ni.
sekarang, ada 3 kaedah untuk belajar asas membaca

1. kaedah fonetik.
  • membaca dengan mengajarkan bunyi
2. kaedah abjad
  • macam kita blaja dulu2.
  • kenal huruf dan ingt nama huruf tanpa tahu macam mane nak bunyikan huruf tu
3. kaedah pandang sebut,
  • haha,,, kaedah ni unik sikit
  • tengok gambar dan perkataan
  • pastu, kena ingt tulisan perkataan tu..
  • lebih kurang gtu la...
bila pk balik, bukan senang ye nak membaca ni kanak2.... alhamdulillah skunk ni kita semua da boleh membaca dan menulis. jadi, bersyukur la..
mase berry g buat pbs (pengalaman berasaskan sekolah ) pada mac lepas, kecian lau murid2 tahun 4 tak lehm membaca lagi. tapi, tak pe!!!

USAHA TANGGA KEJAYAAN!! chaiyok2~~~

Friday, July 09, 2010

tahniah.. blog baru

assalamualaikum..

ni la blog yang baru dicipta oleh berry...=)
blog ni adalah tempat untuk luahan perasaan dan lebih kepada mengenali berry yang sebenar..

masuk sem ni, berry da 2 tahun berada di ipgm kdri. tahun ni berry da masuk degree.
sangat berbeza kehidupan degree dengan foundation dulu.
antara subjek yang berry ambik untuk sem ni adalah....

1. geometry
2. decision mathematics
3. numerical literacy ( basic maths )
4. kemahiran literasi ( bahasa melayu )
5. pendidikan jasmani asas
6. murid dan alam belajar
7. english proficiency 2.
8. permainan (gerko ) tennis

tu sahaja. tapi minggu berry sangat penat dengan semua tugasan, nak siapkan fail lagi. plus, berry akan ikut aktiviti tambahan yang lain. biasalah, duk ipg ni byk program yang dianjurkan..

k la, tu sahaj wat mase ni...
=)
jumpa lagi. have a nice day..

randomly

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...