Sunday, April 22, 2012

stand strong and take it very positively...

assalamualaikum..

kebelakangan ini, ada beberapa perkara yang buat aku sebagai manusia biasa tergugat dari dalam hati.. namun, untuk menjadikan diri ini dewasa, belajarlah untuk ambil perkara-perkara tersebt secara positif..

1. tugasan memasak
pada suatu malam selepas isyak, rumah sewa aku wat mesyuarat. semenjak balik dari praktikum selama sebulan, memang kami tak meeting la.. banyak perkara2 rumah yang tunggang langgang sebb semua bawa haluan sendiri je.. nak makan, masak sendiri n sebagainya... n perkara baru yang dibangkitkan dalam mesyuarat kali ini ialah apabila ketua rumah sem ni, zurin mengemukan cadangan untuk setiap orang memasak sehari seminggu mengikut giliran.. aku setuju. tapi sebenarnya wujud ketidakpuashatian juga la dalam hati aku... aku bukan la malas memasak. bukan jugak tak reti memasak, tapi aku malas sangat bila masuk dapur tengok dapur berselerak, kuali tak basuh, rak pinggan penuh sebelah sink dan sebagainya. kesannya, aku kena kemas semua tu dulu baru boleh start masak. jadi, aku kemukan cadangan untuk setiap orang yang memasak perlulah untuk mengemas peralatan yang digunakan. aku bertugas memasak hari ahad, dan aku cuba ntuk ambek perkara ni sepositif mungkin... mungkin dengan cara ni aku boleh improve gaya memasak aku.. n learn to be a future housewife as well rite? pada mulanya, hati meronta juga lah! tapi alhamdulillah, belajar masak kerana Allah.. betulkan niat adila!

2. guru tak jadi
dalam sibuk2 aku ada kejohanan olahraga tahunan, sibuk jugak lah aku nak cari sape yang akan ajarkan kami debat. nak tak nak, kena mintak tolong debater unisza.. dalam kes ni, ada 2 orang yang terlibat. 1) abg adib. 2) abg bob > tapi aku panggil dia en.burhan... (panggilan tak penting)
abg adib tu kami yang mintak dia ajarkan. en burhan ni kami nak mintak tolong segan, n dia nak ajarkan... berlakulah pertembungan! dush... asalnya en burhan nak ajar malam semalam, tbe2 dia tak jadi.. haiyak.. memang hangin la aku.. mane boleh.. da janji nak wat, buat la~ pantang betul orang tak tepati kate2 ni... n aku pun deal pulak la ngan abg adib... both of them are totaly different in delivering their ideas... both are good! dan abg adib ajar kami....  ok! part yang aku pk positif adalah mcni...> mungkin dalam hal ni, aku terlalu nak en burhan ajar kteorang sebb dia da janji (it's not because i ike him), tapi mungkin pengajaran dia tak sesuai dengan aku... memang kita rancang, tapi Allah tentukan yang lebih baik....
n alhamdulillah, ape yang abg adib ajar n jelaskan boleh diterima oleh akal aku semalam.. walaupun ada gak kena marah sebb kurang taw dalam hal2 perpaduan.... kuang3.. memang salah aku!



jadi, dalam menjadi dewasa, banyak perkara yang wat aku terluka dan sedih... tapi, aku cuba sekuat hati untuk pk sepositif mungkin...  sesungguhnya, Allah sentiasa menyediakan yang lebih baik...

Monday, April 16, 2012

bersama

masih keseorangan di rumah~
selalu berseorangan......
kadang-kadang, aku nak jugak bersama-sama
ada teman yang setia ke sana ke mari
ada teman yang setia di saat suka dan duka
ada teman yang ambil berat sihat sakit
ada teman yang tanya apa khabarku hari ini..
ada teman yang sedia mendengar ape pergolakan hati
ada teman yang setia angkat aku disaat aku rebah tersungkur dengan kata-kata manusia
ada teman yang seringkali mengingatkan aku bahawa dialah orang yang akan sentiasa menyokong aku dalam apa jua perkara
ada teman yang setia kerana Allah...

dan keseorangan ini selalu menduga airmataku yang jernih untuk terus mengalir keluar..
saat aku memikirkan bahawa aku sentiasa tidak disokong dalam tindak tandukku...
dan aku doa semoga akan datang teman, yang Allah redha.

mungkin orang selalu tengok aku kuat berjalan sorang-sorang, tidak suka mengharapkan orang, dan tidak memaksa orang... semua tu bukan aku.
aku sebenarnya takut duk umah sorang2.... aku selalu harapkan orang dengar ape masalah aku, dan aku sering juga memaksa untuk menemani aku saat aku ketakutan dan tak berani menejah diri ini... tatkala aku sedar semua tu kekurangan aku, aku cuba menutup dengan riang tawa, agar mereka yang mengenali aku senang.

tapi hatiku, dan seisinya hanyalah untuk Allah tahu..



p/s: wallahualam..

Tuesday, April 10, 2012

not gifted

assalamualaikum...

setelah hampir sebulan praktikum menjadi guru, aku sedar bahawa aku bukanlah seorang guru yang bagus.. sebb sepanjang praktikum, aku masih lagi tak mampu menangani kenakalan mereka dan akhirnya membuatkan aku memberi peneguhan negatif iaitu tidak masuk kelas dan meminta bantuan anept malek untuk ganti kelas aku..

sebenarnya, aku dan anept malek ngajar kelas yang sama tetapi berbeza subjek. aku mengajar matematik, dan anept malek mengajar seni. pelajar 4 ariff memang menguji kesabaran kami yang mengajar namun, anept malek mampu mengatasi masalah yang terjadi. masalah kenakalan murid perempuan berjaya ditangani oleh anept malangnya kenakalan budak laki time belajar matematik sangat menjatuhkan moral aku... tu la kurangnya aku menjadi seorang guru, aku kurang cekal dengan sikap nakal anak-anak murid aku.

ape yang menjadikan aku moral down??

1. sikap mereka yang kurang menghormati aku di dalam kelas. mungkin silap aku kerana terlalu baik ketika pertama kali bertemu dan akhirnya menjadikan mereka rasa,aku boleh dipermainkan. silap aku yang selalu dinyatakan oleh semua orang tatkala aku masih lagi sedih dengan kegagalan mengawal kelas 4 ariff...

2. sikap mereka lagi yang tidak mahu membuat latihan. aku nak ajar, dan aku nak pastikan sama ada diorang ni faham ke tak melalui latihan. namun, malangnya, mereka ni kurang kesedaran. ada yang sanggup hantar buku kosong untuk ditanda oleh guru! sangat menyedihkan aku.. kurangnya sabar aku kan...

banyak lagi perkara yang membuatkan aku down, tetapi semua tu terletak pada lemahnya aku menjadi guru. anept selalu bg moral support supaya aku ok balik dengan pelajar 4 ariff, sebb setiap kali aku marah, setiap kal tu jugak la diorang akan wat rombongan cik kiah ke bilik guru dan hebohlah kisah aku merajuk! malluuuuu~ nampak sangat la gagal kawal kelas! dan hari ni, diorang beramai-ramai datang bilik guru menjemput aku ke kelas mereka dan akhirnya aku katakan " cikgu anept akan masuk ganti cikgu,ok? g la naik atas dulu..." aku terpaksa gantikan anept untuk masuk kelas aku sebb aku tak leh nak hadapi lagi... sungguh lemahkan akuu??

bila da cerita kat anept, pasal kelas tu.. aku pun renung balik.. sebenarnya, aku bukanlah gifted menjadi guru yang bagus, tetapi aku kena usaha menjadi guru yang bagus... i have to try very hard la untuk itu.. same je keadaan aku menjadi seorang pendebat.. aku bukanlah gifted sebagai pendebat, tapi aku kena try hard untuk tu... same goes to my carrier... i have to!! i want.

p/s : terlalu banyak fungsi anept malek dalam penceritaan aku. jangan salah faham.. kami praktikum bertiga di sekolah yang sama dan ketiga-tiganya adalah dari perngkhususan yang berbeza. aku (matematik), k.nad (penddikan khas) dan anept (seni visual).. k.nad terpaksa berada di PKBP ( program khas ) yang terletak di kelas yang lain.. maka, aku  ngan anept je duk bilik guru arud perdana.. dan disebabkan kami mengajar kelas yang sama, banyak situasi yang sama-sama alami. in work, be profesional~

Monday, April 09, 2012

i have so many hopes and dreams to share with you.and i'll share them once i'm yours, halal.

Sunday, April 08, 2012

~ ketergugatan ~

assalamualaikum...

situasi di sekeliling aku betol2 wat aku terfikir. mcne akan jadi pada aku bila aku jatuh cinta? risau.
hehehe.. mcm kelakar pun ada tetapi apa yang merisaukan aku bila hubungan aku tu membuatkan orang rasa aku sorang je yang bercinta kat dunia ni..

oh, ya ALLAH, andai aku jatuh cinta, peliharalah aku dengan batas-batas syariatMu.. peliharalah hatiku, kuatkan hatiku.. agar yang hak dapat haknya dan aku mohon redhaMu dalam hal ini.. kuserahkan padaMu ya Allah....

sume orang duk cakap pasal kawin, duk suh aku kawin, duk tanye status aku... dan aku plak selalu lari2 dari semua tu.. setakat ni, aku belom yakin pada diri aku untuk ada hubungan yang baik.. tak cukup matang la kot aku neh....

aku ada banyak fokus, banyak! dan aku masih belum kuat untuk bermain dan bercerita soal hati. cukuplah jawapan kepada soal hati ni Allah je taw. Allahuakbar!

Saturday, April 07, 2012

mesti 'improve'

assalamualaikum...

** berfikir sejenak, ape mau tulis dalam blog ni.. tiba2 teringat tadi sedang aku membelek buku rancangan pengajaran beliau.. perancangan yang sangat menarik dan bagus untuk dilaksanakan...

sejujurnya, tajuk yang kami ajar, hampir sama, tapi lembaran kerja dia cantik, lengkap.. jauh bezanya dengan aku yang sangat tak menarik dan nilai kreativiti sangat kurang. aku sendiri menilai diri aku sangat lah tak kreatif.

tengok lagi komen pensyarah penyelia yang sangat positif... waaah! terharu membaca penulisan pensyarah berkenaan rancangan pengajaran kawan aku tu.. hohoho... rasa sangat-sangat kena improve dari sudut itu..

ape yang kena improve?
1. rancangan pengajaran
- perlulah merujuk huraian sukatan pelajaran dan selari dengan buku teks.
-merujuk modul untuk alat bantu belajar yang menarik dan sesuai dengan tahap pelajar
-penulisan hasil pembelajaran yang lebih terperinci dan dijelaskan dengan baik dalam rancangan pengajaran

2. lembaran kerja
-perlu lebih detail dan lebih menarik
-sesuai dengan semua langkah pengajaran dari yang mudah hingga ke susah

3. gaya pengajaran
-perlu menyediakan bahan yang menarik dan menaikkan semangat pelajar untuk belajar
-cuba untuk menyampaikan pengajaran secara berperingkat agar lebih jelas.


pensyarah penyelia aku kate: mengajar ni kerja yang sanga unik. awk bukan buat kerja yang sama setiap hari dan awk bukan bekerja dengan customer yang sama setiap hari.. yela, setiap hari benda yang berbeza yang diajar. dan pendekatan juga berbeza.. namun, hasilnya tu yang membuatkan awak puas hati dengan ape yang awk buat. walaupun saya dah 20 tahun lebih dalam bidang pendidikan, saya masih lagi belajar...

wooohoooo, kagun sesangat aku ngan pensyarah penyelia aku ni: puan norlia abd aziz. teguran dia memang banyak dan panjang la.. tapi teguran dia teruk pun, dia senyum je kat aku. jadi, aku tak le rasa macam kena condemn sangat!

so far, aku da lalui semua observation oleh pensyarah dan guru pembimbing. guru pembimbing da observe 2 kali dan pensyarah sekali sebelum penyeliaan bersama pada khamis lepas (5 april 2012). alhamdulillah, masih dalam proses belajar untuk mengajar...

menjadi guru bukan semudah yang orang lain nampak, tapi u feel it inside mcne.. sebb tu, aku pantang benar bila orang memperkecilkan aku sebb aku seorang guru...

alhamdulillah, aku belajar menjadi guru :)



p/s : setiap pekerjaan ada cabaran. namun menjadi guru aku kira paling banyak cabarannya kerana kami akan berhadapan dengan ramai entiti yang mempunyai hati.. dan kami berhadapan dengan pelbagai lapisan usia.. dan cabaran-cabaran ini menjadikan guru dilihat sebagai 'guru' oleh masyarakat.

teringat peristiwa makan rojak kat kedai

cashier : eh, ni cikgu laila eh??
adila : eh, bukan la...
cashier : da tu name ape dah??? penah mai makan sini doh aritu kan..
adila : cikgu adila
cashier : haaa.. kate doh.. ye la name dia la la gtu... ye doh tu.cikgu adila.
adila : hanya tersenyum sopan... agagagaga..


cerita-cerita nakal.

Friday, April 06, 2012

ayat penyedap hati

assalamualaikum..

hehehe... melihat karenah manusia ni kadang2 boleh menduga emosi keperempuanan jugak la kan... holamak, nampak sangat la hati perempuan aku neh! tapi cuba untuk sesuaikan dengan keadaan jugak..

okeh! hari ni nak cerita tentang ayat penyedap hati...

kita buat andaian situasi la baru senang nak faham kan...

situasi 1 : tengah-tengah sembang

beliau : eh awk, tak pe la dulu ye.. nanti saya text atau msg awk balik ye..

adila : ok!

aku pun tunggu la seminggu! satu text pun takde... so, ayat yang dihighlite kan tu adalah ayat penyedap hati kepada aku yang sedang bercakap tadi. bukan ayat betol2 nak buat pun..

situasi 2 : selepas kol beliau

aku kol, tapi tak berjawab. then dapat msg

i'll call you later. sori, ada kelas sekarang.

>> memang text tu perkataan CALL pun tapi aku rasa da dekat sebulan, never ever pun nama beliau yang hantar text tu masuk dalam log "received call" ataupun "missed call" telefon aku ni... fon aku memang murah je, kalau korang duit banyak, memang boleh beli sampai 10 fon mcm aku.. tapi fon aku tak pernah wat silap yakni terlupa untuk merekod notification! ~murah dan berguna.

dan itulah aku kate ayat penyedap hati yang telah direka-reka namun tidak ditunaikan... CAKAP TAK SERUPA BIKIN la senang cer....

aku mencadangkan la, ayat i'll call you later tu diubah agar menjadi ape yang anda hendak sampaikan kepada si pemanggil tersebut.. maybe, im a very outspoken person, nak ckp, ckp je.. tak berlapik da.. but, at least kita be honest. aku cakap terus terang je, tak yah da nak wat andaian pape pada tindakan-tindakan orang kan??

anda rasa perlukah ayat penyedap hati ni?? hahahaha.. tepuk perut, tanya hati!

Tuesday, April 03, 2012

4 ariff lepas nyanyi lagu terima kasih cikgu


lagu yang buat mereka ..... mereka ape ye?? ada yang menagis, ada yang hapening, ada yang gembira, ada yang teruja dan ada yang macam2 perasaan..

hari ni nak suh readers layan gambar je..
mereka dari kelas 4 ariff, kelas yang pada mulanya nakal dan akhirnya menjadi kesayangan aku.. thanks 4 make me smile dalam kemarahan kat korang~

sebilangan kecil..

students pempuan~

students lelaki


izzat kurang sihat~pening.. ketua kelas yang sangat bagus!

mereka memang suka bergambar

rizal sedih dan nangis sebb cikgu adila da nak abes praktikum...

mereka-mereka suka-suka

Monday, April 02, 2012

kita menang lagi hari ni!! SMILE=)

rasa sayang tu indah.. disayangi tu pun indah... namun, berkasih sayang kerana tanggungjawab lebih indah <3


maghrib baru sampai umah, hantar anak2 murid main bola jaring.. kesungguhan mereka untuk sekolah buat aku berfikir panjang hari ni....


pertama : dalam keluarga, hanya ayah yang bekerja. tu pun buruh. kedua, mase aku hantar tu da gelap... da senja.. diorang balik ngan basikal je... ketiga, mase tu hujan... dengan keletihan mereka main bola baling 3 pusingan tadi, kena balik redah hujan pulak.. 

tu kesungguhan anak murid aku untuk jage nama baik sekolah~ tapi sape nak jamin mase depan dia baik?? terfikir panjang aku... jauhnya beza survival hidup mereka dan survival hidup aku... dan aku fikir balik peranan aku sebagai guru...

da masuk 3 minggu praktikum, banayk benda yang aku nampak bagi seorang bakal guru. antaranya, penghargaan, kesungguhan, sokongan, bimbingan... semua tu antara perkara yang akan membantu anak2 murid anda untuk terus berjaya... sokong dan bimbinglah mereka sepenuh hati anda wahai guru2..

aku ni memang dapat 2a bm.. tak reti sangat nak bercerita dengan detail nak2 lagi melalui penulisan. namun, biarlah menjadi tulisan yang tak seberapa ni sebb bukan semua orang nak tadah telinga dengar cerita kita kan.. maybe sometimes, i do feel very excited to be a story-teller, but then .......... > dispointed! so, dont hope people to hear you but always lend your ears to be a good listener.. 

to my student ; tahniah ngan kejayaan hari ni.. struggle 4 your success... and struggle 4 the future my dear. i am always here to love and support you to be better and better each day..

randomly

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...