Sunday, April 22, 2012

stand strong and take it very positively...

assalamualaikum..

kebelakangan ini, ada beberapa perkara yang buat aku sebagai manusia biasa tergugat dari dalam hati.. namun, untuk menjadikan diri ini dewasa, belajarlah untuk ambil perkara-perkara tersebt secara positif..

1. tugasan memasak
pada suatu malam selepas isyak, rumah sewa aku wat mesyuarat. semenjak balik dari praktikum selama sebulan, memang kami tak meeting la.. banyak perkara2 rumah yang tunggang langgang sebb semua bawa haluan sendiri je.. nak makan, masak sendiri n sebagainya... n perkara baru yang dibangkitkan dalam mesyuarat kali ini ialah apabila ketua rumah sem ni, zurin mengemukan cadangan untuk setiap orang memasak sehari seminggu mengikut giliran.. aku setuju. tapi sebenarnya wujud ketidakpuashatian juga la dalam hati aku... aku bukan la malas memasak. bukan jugak tak reti memasak, tapi aku malas sangat bila masuk dapur tengok dapur berselerak, kuali tak basuh, rak pinggan penuh sebelah sink dan sebagainya. kesannya, aku kena kemas semua tu dulu baru boleh start masak. jadi, aku kemukan cadangan untuk setiap orang yang memasak perlulah untuk mengemas peralatan yang digunakan. aku bertugas memasak hari ahad, dan aku cuba ntuk ambek perkara ni sepositif mungkin... mungkin dengan cara ni aku boleh improve gaya memasak aku.. n learn to be a future housewife as well rite? pada mulanya, hati meronta juga lah! tapi alhamdulillah, belajar masak kerana Allah.. betulkan niat adila!

2. guru tak jadi
dalam sibuk2 aku ada kejohanan olahraga tahunan, sibuk jugak lah aku nak cari sape yang akan ajarkan kami debat. nak tak nak, kena mintak tolong debater unisza.. dalam kes ni, ada 2 orang yang terlibat. 1) abg adib. 2) abg bob > tapi aku panggil dia en.burhan... (panggilan tak penting)
abg adib tu kami yang mintak dia ajarkan. en burhan ni kami nak mintak tolong segan, n dia nak ajarkan... berlakulah pertembungan! dush... asalnya en burhan nak ajar malam semalam, tbe2 dia tak jadi.. haiyak.. memang hangin la aku.. mane boleh.. da janji nak wat, buat la~ pantang betul orang tak tepati kate2 ni... n aku pun deal pulak la ngan abg adib... both of them are totaly different in delivering their ideas... both are good! dan abg adib ajar kami....  ok! part yang aku pk positif adalah mcni...> mungkin dalam hal ni, aku terlalu nak en burhan ajar kteorang sebb dia da janji (it's not because i ike him), tapi mungkin pengajaran dia tak sesuai dengan aku... memang kita rancang, tapi Allah tentukan yang lebih baik....
n alhamdulillah, ape yang abg adib ajar n jelaskan boleh diterima oleh akal aku semalam.. walaupun ada gak kena marah sebb kurang taw dalam hal2 perpaduan.... kuang3.. memang salah aku!



jadi, dalam menjadi dewasa, banyak perkara yang wat aku terluka dan sedih... tapi, aku cuba sekuat hati untuk pk sepositif mungkin...  sesungguhnya, Allah sentiasa menyediakan yang lebih baik...

No comments:

randomly

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...