Tuesday, April 10, 2012

not gifted

assalamualaikum...

setelah hampir sebulan praktikum menjadi guru, aku sedar bahawa aku bukanlah seorang guru yang bagus.. sebb sepanjang praktikum, aku masih lagi tak mampu menangani kenakalan mereka dan akhirnya membuatkan aku memberi peneguhan negatif iaitu tidak masuk kelas dan meminta bantuan anept malek untuk ganti kelas aku..

sebenarnya, aku dan anept malek ngajar kelas yang sama tetapi berbeza subjek. aku mengajar matematik, dan anept malek mengajar seni. pelajar 4 ariff memang menguji kesabaran kami yang mengajar namun, anept malek mampu mengatasi masalah yang terjadi. masalah kenakalan murid perempuan berjaya ditangani oleh anept malangnya kenakalan budak laki time belajar matematik sangat menjatuhkan moral aku... tu la kurangnya aku menjadi seorang guru, aku kurang cekal dengan sikap nakal anak-anak murid aku.

ape yang menjadikan aku moral down??

1. sikap mereka yang kurang menghormati aku di dalam kelas. mungkin silap aku kerana terlalu baik ketika pertama kali bertemu dan akhirnya menjadikan mereka rasa,aku boleh dipermainkan. silap aku yang selalu dinyatakan oleh semua orang tatkala aku masih lagi sedih dengan kegagalan mengawal kelas 4 ariff...

2. sikap mereka lagi yang tidak mahu membuat latihan. aku nak ajar, dan aku nak pastikan sama ada diorang ni faham ke tak melalui latihan. namun, malangnya, mereka ni kurang kesedaran. ada yang sanggup hantar buku kosong untuk ditanda oleh guru! sangat menyedihkan aku.. kurangnya sabar aku kan...

banyak lagi perkara yang membuatkan aku down, tetapi semua tu terletak pada lemahnya aku menjadi guru. anept selalu bg moral support supaya aku ok balik dengan pelajar 4 ariff, sebb setiap kali aku marah, setiap kal tu jugak la diorang akan wat rombongan cik kiah ke bilik guru dan hebohlah kisah aku merajuk! malluuuuu~ nampak sangat la gagal kawal kelas! dan hari ni, diorang beramai-ramai datang bilik guru menjemput aku ke kelas mereka dan akhirnya aku katakan " cikgu anept akan masuk ganti cikgu,ok? g la naik atas dulu..." aku terpaksa gantikan anept untuk masuk kelas aku sebb aku tak leh nak hadapi lagi... sungguh lemahkan akuu??

bila da cerita kat anept, pasal kelas tu.. aku pun renung balik.. sebenarnya, aku bukanlah gifted menjadi guru yang bagus, tetapi aku kena usaha menjadi guru yang bagus... i have to try very hard la untuk itu.. same je keadaan aku menjadi seorang pendebat.. aku bukanlah gifted sebagai pendebat, tapi aku kena try hard untuk tu... same goes to my carrier... i have to!! i want.

p/s : terlalu banyak fungsi anept malek dalam penceritaan aku. jangan salah faham.. kami praktikum bertiga di sekolah yang sama dan ketiga-tiganya adalah dari perngkhususan yang berbeza. aku (matematik), k.nad (penddikan khas) dan anept (seni visual).. k.nad terpaksa berada di PKBP ( program khas ) yang terletak di kelas yang lain.. maka, aku  ngan anept je duk bilik guru arud perdana.. dan disebabkan kami mengajar kelas yang sama, banyak situasi yang sama-sama alami. in work, be profesional~

No comments:

randomly

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...