Saturday, April 07, 2012

mesti 'improve'

assalamualaikum...

** berfikir sejenak, ape mau tulis dalam blog ni.. tiba2 teringat tadi sedang aku membelek buku rancangan pengajaran beliau.. perancangan yang sangat menarik dan bagus untuk dilaksanakan...

sejujurnya, tajuk yang kami ajar, hampir sama, tapi lembaran kerja dia cantik, lengkap.. jauh bezanya dengan aku yang sangat tak menarik dan nilai kreativiti sangat kurang. aku sendiri menilai diri aku sangat lah tak kreatif.

tengok lagi komen pensyarah penyelia yang sangat positif... waaah! terharu membaca penulisan pensyarah berkenaan rancangan pengajaran kawan aku tu.. hohoho... rasa sangat-sangat kena improve dari sudut itu..

ape yang kena improve?
1. rancangan pengajaran
- perlulah merujuk huraian sukatan pelajaran dan selari dengan buku teks.
-merujuk modul untuk alat bantu belajar yang menarik dan sesuai dengan tahap pelajar
-penulisan hasil pembelajaran yang lebih terperinci dan dijelaskan dengan baik dalam rancangan pengajaran

2. lembaran kerja
-perlu lebih detail dan lebih menarik
-sesuai dengan semua langkah pengajaran dari yang mudah hingga ke susah

3. gaya pengajaran
-perlu menyediakan bahan yang menarik dan menaikkan semangat pelajar untuk belajar
-cuba untuk menyampaikan pengajaran secara berperingkat agar lebih jelas.


pensyarah penyelia aku kate: mengajar ni kerja yang sanga unik. awk bukan buat kerja yang sama setiap hari dan awk bukan bekerja dengan customer yang sama setiap hari.. yela, setiap hari benda yang berbeza yang diajar. dan pendekatan juga berbeza.. namun, hasilnya tu yang membuatkan awak puas hati dengan ape yang awk buat. walaupun saya dah 20 tahun lebih dalam bidang pendidikan, saya masih lagi belajar...

wooohoooo, kagun sesangat aku ngan pensyarah penyelia aku ni: puan norlia abd aziz. teguran dia memang banyak dan panjang la.. tapi teguran dia teruk pun, dia senyum je kat aku. jadi, aku tak le rasa macam kena condemn sangat!

so far, aku da lalui semua observation oleh pensyarah dan guru pembimbing. guru pembimbing da observe 2 kali dan pensyarah sekali sebelum penyeliaan bersama pada khamis lepas (5 april 2012). alhamdulillah, masih dalam proses belajar untuk mengajar...

menjadi guru bukan semudah yang orang lain nampak, tapi u feel it inside mcne.. sebb tu, aku pantang benar bila orang memperkecilkan aku sebb aku seorang guru...

alhamdulillah, aku belajar menjadi guru :)



p/s : setiap pekerjaan ada cabaran. namun menjadi guru aku kira paling banyak cabarannya kerana kami akan berhadapan dengan ramai entiti yang mempunyai hati.. dan kami berhadapan dengan pelbagai lapisan usia.. dan cabaran-cabaran ini menjadikan guru dilihat sebagai 'guru' oleh masyarakat.

teringat peristiwa makan rojak kat kedai

cashier : eh, ni cikgu laila eh??
adila : eh, bukan la...
cashier : da tu name ape dah??? penah mai makan sini doh aritu kan..
adila : cikgu adila
cashier : haaa.. kate doh.. ye la name dia la la gtu... ye doh tu.cikgu adila.
adila : hanya tersenyum sopan... agagagaga..


cerita-cerita nakal.

No comments:

randomly

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...