rasa sayang tu indah.. disayangi tu pun indah... namun, berkasih sayang kerana tanggungjawab lebih indah <3
maghrib baru sampai umah, hantar anak2 murid main bola jaring.. kesungguhan mereka untuk sekolah buat aku berfikir panjang hari ni....
pertama : dalam keluarga, hanya ayah yang bekerja. tu pun buruh. kedua, mase aku hantar tu da gelap... da senja.. diorang balik ngan basikal je... ketiga, mase tu hujan... dengan keletihan mereka main bola baling 3 pusingan tadi, kena balik redah hujan pulak..
tu kesungguhan anak murid aku untuk jage nama baik sekolah~ tapi sape nak jamin mase depan dia baik?? terfikir panjang aku... jauhnya beza survival hidup mereka dan survival hidup aku... dan aku fikir balik peranan aku sebagai guru...
da masuk 3 minggu praktikum, banayk benda yang aku nampak bagi seorang bakal guru. antaranya, penghargaan, kesungguhan, sokongan, bimbingan... semua tu antara perkara yang akan membantu anak2 murid anda untuk terus berjaya... sokong dan bimbinglah mereka sepenuh hati anda wahai guru2..
aku ni memang dapat 2a bm.. tak reti sangat nak bercerita dengan detail nak2 lagi melalui penulisan. namun, biarlah menjadi tulisan yang tak seberapa ni sebb bukan semua orang nak tadah telinga dengar cerita kita kan.. maybe sometimes, i do feel very excited to be a story-teller, but then .......... > dispointed! so, dont hope people to hear you but always lend your ears to be a good listener..
to my student ; tahniah ngan kejayaan hari ni.. struggle 4 your success... and struggle 4 the future my dear. i am always here to love and support you to be better and better each day..
No comments:
Post a Comment