Friday, December 21, 2012

new me 1

assalamualaikum.

sory kalau lately ni kurang common sense tentang ape yang sedang berlaku di persekitaran.
> sebenarnya, aku sedang mengurangkan common sense aku pun <
hahaha...
y?

dulu, zaman dolu-dolu, aku keep carespasal orang sekeliling aku. aku amek kesah pasal birtdate diorang, aku amek kesah pasal texting diorang sweet words, aku kesah tentang keep calling diorang...
but....
ape yang kita buat kadang-kadang ada baik buruknya.

baiknya, aku keep in touch ngan kawn2 aku.
buruknya, orang jadi rimas, orang tak senang, diorang tak reply and yang paling teruk
HURT.ME.SO.MUCH

pernah satu ketika, aku dan kawan2 bersungguh-sungguh rancang besday suprise, but then dia kata dia tak suka. sedih. aku sampai nangis tatkala orang yang aku sayang buat macam tu..
dia tak suka kami celebrate besday dia.
dia yang aku sayang
then, aku terus tak bape nak alert pasal besdate orang~ sori!

ye! dulu aku seorang sms-holic. tiap-tiap saat pegang fon. pastu, memang tak reti langsung nak letak fon tu atas meja. mesti ada kat tangan sahajo~ teruk..
until one day, pak cik aku tegur
" kak, awak ni ada pakwe ke sampai msg tak berenti ni?"
jawapan aku - tadek -

but as time goes by, aku menjadi lebih matang, hidup pun semakin sibuk, jadi aku tadek masa nak amek hati if orang tak angkat. dan even worst, bila orang text sweet words pun, i just ignore. dan agak worse jugak bila aku tadek mood nak msg atau ape, aku biar je fon merata-rata..

now, im no more sms-holic all the time :)
hehehehe... thats how i change to b a new me.

p/s : aku bukan tak suka nak text sometimes tu bila aku balas satu word je, aku memang sibuk dan penat and tadek hati dalam texting... so, jangan amek hati.. kalau terasa sangat dengan sikap aku, tanya la elok2.. :)
aku ok je.. cuma jangan marah aku, cakap baik-baik.. :)

assalamualaikum... 

Tuesday, December 18, 2012

loghat utara dan abah

sejak dari dulu lagi, abah sangat teruja dengan bahasa utara.
beliau memang selalu outstation.
dan beliau sangat suka kepada loghat utara
katanya lebih tepat dan sedap..
berbeza pula dengan aku... pandangan pertama aku pada orang utara adalah berbeza dengan abah.

tutor kat ipg aku orang kedah.
dan aku rasa he is rough. i mean, a bit rough.
cakap tak lemubut dan nampak garang. start kat situ, aku tak suka sangat orang kedah (orang utara)
aku rasa orang utara ni kasar dan garang, cepat marah ( aku tak suka orang marah aku walaupun aku wat salah, talk nicely lah )
dan sampai hari ni pun, aku kurang baik dengan orang kedah ni..

on the other side, kalau aku ada kawan2 dari kedah, aku teruja nak kenalkan kat abah aku.
yelah, abah aku memang suka orang kedah (lebih spesifik)
aku tak taw lah kenapa.
until, aku bawak syed (teamate debat) dan juga orang kedah, my dad teruja la bersembang ngan syed.
luckily, syed is younger.. hahaha
then, madihah! 
masa madihah datang umah untuk bukak puasa same ngan aku dan keluarga, my dad seems teruja juga bila jumpa dengan orang kedah ni..
madihah ni cakap ada sikit-sikit loghat utara.
my abah ni suka sangat.
dan he keep puji-puji la..
orang kedah cakap sedap la, orang kedah cakap tepat la...

as time goes by. 2012 aku banyak join debat.
tahun ni paling banyak!
then, most of best debaters are orang kedah! betul la kot my dad say, orang kedah cakap tepat dan sedap didengar..
a few of them yang aku kenal adalah

1. hazri. debater usm. he is the top during debat integriti. awesome kan! kedah mali okeh...

2. adib aiman. debater unisza dan selaku coach team IPGKDRI. baik dan bagus sebagai seorang pelatih. kedah mali jugak naaaa...

3. madihah. debater ipg sultan mizan. she is best! kalau sembang ngan dia pun best. teratur jecara cakapnya.. dan ini pun orang kedah..

tu dari skop as a debater la kan..... :)

orait, episod seterusnya:
baru-baru ni, ada tetamu datang dari kedah.
diorang ni pasangan suami isteri
adik beradik mak cik sabit aku.. datang untuk memeriahkan majlis kawin mak cik aku ( suna )
dan, aku hanya menjadi telinga je la..
segan nak sembang-sembang lebat punya...
masa tu rasa macam best je dengar orang kedah cakap..
nice!

dan bertambah-tambah lagi, bila tv3 asyik siarkan berita kat pulau pinang je..
alahai,sedapnya dengan loghat utara.
no wonder la may dad suka dengar pun.

p/s : saya meraikan kepelbagaian :)


Sunday, December 16, 2012

100 gram dan beras

assalamualaikum :)

walaupun entry tu pasal beras, tapi hari ni aku bukan nak iklan suh korang makan beras plak.. 
tidak.. sesungguhnya tidak.
baiklah, hari ini dah 5 hari aku menjadi pengamal diet atkin. 4 hari lepas turun 900g, kemudian 600g kemudian 500g selama dua hari. pagi tadi beria-ia sungguh aku bangun dengan senyuman yang lebar sampai ke telinga nak g timbang berat. rutin setiap hari la..
aku timbang hari ni cuma turun 100g je..
kecewa
pastu aku minum air banyak2, paksa g toilet, tak menjadi. masih turun 100g juga dari semalam. lalu, aku tulis status kat fb.
banyak sokongan dan dorongan yang diberikan. ada yang cadangkan puasa dan sebagainya. 

makanya, hari ini adalah siblings day out aku ngan adik2.
berjalan-jalan dalam supermarket, aku jumpa beras 2 kilo. aku pun angkat. boleh tahan berat. dan dalam hati aku berbunga-bunga
" aku dah lose seberat ini, suka-suka"
aku duk senyum la depan beras tu.. tetibe aku sedar la aku duk sengeh sorang2.. 
cepat-cepat aku cover line...
huh, nasib baik tadek orang nampak..=)

akhirnya aku sedar, 100 g yang turun tu mungkin sebb aku tak disiplin.
jadi hari ini, aku kembali ke jalan benar..
aku try untuk detoxs telur.

p/s : there's still long way to go.. it is just a starting point for me to change to be better and better each day.. insyaallah, there a will, there's a way.
just work for that and keep on track..
:: sifu kata, buat je macam biasa, pejam celik pejam celik kurus lah, kejap je ::

alhamdulillah ya ALLAH

Friday, December 14, 2012

cuti = holiday

assalamualaikum semua :)

lama sudah tidak berbloging semenjak-semenjak cuti ni. mana tak nya, pack sangat jadual aku.. tema cuti kali ini adalah 'house-sister yang sedang belajar'

baiklah, bermula awal cuti hari tu, aku melepak je kat rumah about a week. kemas rumah. kemas bilik. a few things yang suka buat tapi jarang-jarang nak buat adalah mengemas rumah. perangai aku ni agak pelik sedikit, aku akan gigih mengemas rumah bila aku dah mula rasa rimas tengok buku sana sini, bantal sepah-sepah dan sebagainya. dan apa yang mak tak suka bila aku kemas rumah ialah, aku buang dan simpan je ikut suka hati aku. kadang-kadang hilang semua surat khabar ntah mane aku letak.. hehehe * sori!

lepas tu dari 19 november sampai 25 november aku g jejalan. time ni travel sorang2. kira macam bag-pack la jugak. angkut beg sendiri dan singgah-singgah ke destinasi yang di tuju. alhamdulillah... semuanya berjalan lancar. ada juga masalah tapi alhamdulillah... ada je pertolongan Allah tu kat mana-mana..

trip to kuala kangsar 27 november-28 november
ambil si ahmad aidil tu baru abes SPM kat MCKK. mesti akan rindu sekolah tu soon. aku pun suka suasana kat kuala kangsar. bandar lama yang tenang dan best! awesome...

1 disember - 9 disember - di kampung kenduri kawin suna ( my mak cik )
majlis akad nikah berlangsung pada 4 disembr, tapi kununnya nak g menolong, makanya aku g dari 1 hb lagi. mase tu dah traning jadi house-sister kat rumah kat kampung. duduk bertiga. mula-mula takut, dah penat, aku tidor je sorang-sorang dalam bilik aku. malas nak tido kat ruang tamu. malimahnya 7 dis. penat la. sakit rasa belakang ni ha. patutya aku balik besut 8 dis ( sabtu ) tapi kena extand lagi satu hari untuk hantar pak cik aku ke airport! balikla patik dan adik patik ke rumah pada 9 disember.

14 dis - 22 dis : my parents and cik qis g vacation kat china
bestnya dapat g china. aku tak dapat g, tadek bujet.. jadi house-sister lagi dan driver kat adik2. n tak bape nak kesah kat fon unless mak yang kol. >>memang tadek orang kol pun, so, tak yah la nak kesah sangat!

23-25 dis
my pakcik dan makcik dari johor datang terengganu. vacation kat kampung aku pulak.. mak dah plan baik punya jadual perjalanan diorang. sekali lagi, aku akan jadi driver juga~

25 disember - 31 disember : sabah, here we come
kami pergi bertiga. aku, acik dan abby.. abby ketua rombongan ok!! vacation adik-beradik ni bagus juga sebb dapat release tension. dapat tengok tempat orang. and, one of my hobby la jugak jejalan ni. harap dah kawin nanti, makin kencang lah aku plan jejalan dengan kesayangan :) sebab, jejalan ni dapat eratkan silaturahim jugak ok~

1 januari 2013
mula sesi pembelajaran baru. my final year. 

p/s : sedang belajar jadi house-sister.. mane taw tahun depan dah boleh jadi house-wife pulak. hahahaa... mengade, calon pun tidak ada~ tak pe, hidupkan satu pembelajaran. belajar lah! ianya satu LAPANGAN TERBUKA.. i love to learn i love i love :)))
have a nice day. daebak!



Tuesday, December 11, 2012

perempuan gemok tak laku! sentap

assalamualaikum dan selamat pagi semua..

pagi ni setelah lame ye aku tak blogging, maka aku berblogging untuk menyalurkan rasa hati ni.
terluka.
 siapa tidak terluka tatkala mendengar ayat ' pempuan gemuk ni tak laku'
mahu sahaja aku meraung sekuat hati bila dengan frasa itu keluar dari mulut abah.
bukan berhenti setakat itu, malah disambung lagi dengan beberapa perkaitan yang boleh buat aku menangis dan meraung saat di dapur tadi.

antara yang menyentapkan jiwa raga :

perempuan gemuk ni tak laku. bila tak laku, kenalah tunggu lelaki yang dah mati bini atau jadi bini nom 2 ( huaaaaa). orang lelaki ni tak suka pempuan gemuk ... bla.. bla.. bla...

dan masa tu, memang rasa macam ada puting beliung dalam badan aku... nasib baik aku tak buat2 pening dan berlakon pitam tadi. honestly, aku setuju sikit part 'lelaki tak suka perempuan gemuk' but then bukan semua lelaki kan. memang ada tapi bukan semua. even aku pulak, tak suka lelaki kurus. i mean terlalu kurus..
so? fair la kan...
tapi sentap bila sebut bab tak de orang suka.. 
huaa... nak nangis :'(

mentang-mentang la aku ni single mingle, tadek bf, tadek orang suka. serius, aku rasa nak nagis sesangat dengan statement abah. macam terlalu hina la gemuk ni?? gemuk sangat ke??
ye, memang tak dinafikan, aku pernah di reject sebab aku gemuk.
dan, paling teruk, aku dipermainan sebab aku ni gemuk.
masa tu dan sampai bila-bila pun aku akan ingat orang memperbodohkan aku.
orang memperbodohkan aku sebab AKU GEMOK...

aku akan usaha. tak dapat hari ni, aku buat lagi esok. aku akan terus buat sampai aku dapat apa aku nak.. sudah la dila, sudah tiba masanya aku berubah. sudah tiba masanya aku keluar dari kutukan dan penghinaan manusia terhadap aku. sudah sampai masanya aku perlu fokus dengan apa yang aku inginkan... bukan kerana orang lain, tapi kerana diri aku sendiri...

aku mohon pada TUHAN.. TUHAN yang MAHA MENDENGAR segala rintihan hambaNYA. sesungguhnya, aku hamba yang terlalu lemah. hamba yang lemah dalam aturan TUHAN.
aku mohon, bantulah aku ya ALLAH

P/S : teringat satu pesanan 'ntah-sape-ntah'
orang pesan yang buruk-buruk kat kita.. kita sedih, tak suka. tapi mungkin ada baiknya.. take it very very very positively. smile and work for it! insyaALLAH.

People around us



Hari ini aku gigih jugak nak blogging walaupun tadek internet kat umah. Sekarang, aku masih dikampung rentetan majlis pernikahan dan walimatul urus mak cik (suna). Akhirnya, the only mak cik sebelah abah sudah bergelar isteri orang. Alhamdulillah. Semoga my turn akan datang dengan cepat dan mudah J
Majlis penikahan dan walimah beliau berlangsung pada 2 hari yang berbeza. Dan, sangat banyak benda aku belajar tentang kehidupan manusia. Maka, kita sebagai yang ada di sekeliling ini belajarlah! Ada yang jenis rush, ada yang jenis cool, ada yang jenis relax dan macam2. Aku ni cucu sulung sebelah abah, kira paling tua la dalam kalangan cucu-cucu nenek (nek nab). Aku ada 4 orang mak cik (including suna) yang bermacam2 latar belakang.
Honestly, aku dibesarkan dalam keluarga besar yang sukakan kesempurnaan (orang putih kata perfectionist) dan dibesarkan dalam keadaan yang tegas serta skema. Mostly, aku juga dibentuk mcam tu.. dulu, aku jenis macam tu. Tak dinafikan, sekarang pun masih lagi ada sikit2. Kadang2 aku juga rasa, sikap aku kurang disenangi oleh rakan-rakan. Aku juga ada tidak menyenangi sikap mereka. Tapi hidup ini satu pemberian yang menyempurnakan satu sama lain. Makanya, tidak guna kita bertikam lidah dan asyik menunding jari salah siapa. Kerana, kita semua tidak sempurna. Jadi, aku perlukan kamu dan kamu perlukan aku untuk sempurnakan kehidupan yang kita ada..
Baru2 ini, aku asyik dan kerap kali menekan punat telefon, asyik mendail nombor seseorang. Seseorang yang sangat sukar menjawab panggilan. Saat itu terdetik juga jauh di sudut hati “oh, saat dia perlukan aku, kencang sahaja bercerita. Saat aku sedih begini, belum tentu dia ada”… lalu aku duduk sejenak. Cuba menghubungi orang lain. Meminta nasihat dan pandangan. Kerap kali aku hubungi kawan ini. Dia sentiasa ada saat aku rebah tersungkur menyembah bumi.. dalam hati aku juga berfikir “ dia selalu ada masa aku susah, tapi dia tak pernah menyusahkan aku”. Betapa adilnya Allah.
Banyak belajar tentang orang dan kehidupan dengan melihat dan merasai. Aku bertemu dengan ramai orang dan ramai orang telah mempengaruhiku… aku dibentuk oleh bermacam2 ragam J padanlah aku kurang pendirian dan mudah berubah arah.. kerana mak selalu berpesan “ kita tidak boleh mengubah orang mengikut acuan kita, tapi kita boleh ubah diri kita mengikut persekitaran”.
p/s : belajarlah memberi dalam hidup. Nescaya, Allah akan memberi yang baik kepada kita. Orang kata give and take. Give dari kita, take dari Allah. Allah itu Adil, tidak pernah tidak adil. Dan kita adalah orang yang beruntung, kerana Allah telah aturkan yang terbaik buat kita. Orang yang suka memberi, mudah rezekinya. Doalah dan mintalah pada Allah.. kerana semuanya yang ada di langit dan di bumi adalah milikNYA. J
wallahualam.
written : 11.56 pm 6 dis 2012 at kg kemubu, Kelantan!

randomly

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...