assalamualaikum semua :)
lama sudah tidak berbloging semenjak-semenjak cuti ni. mana tak nya, pack sangat jadual aku.. tema cuti kali ini adalah 'house-sister yang sedang belajar'
baiklah, bermula awal cuti hari tu, aku melepak je kat rumah about a week. kemas rumah. kemas bilik. a few things yang suka buat tapi jarang-jarang nak buat adalah mengemas rumah. perangai aku ni agak pelik sedikit, aku akan gigih mengemas rumah bila aku dah mula rasa rimas tengok buku sana sini, bantal sepah-sepah dan sebagainya. dan apa yang mak tak suka bila aku kemas rumah ialah, aku buang dan simpan je ikut suka hati aku. kadang-kadang hilang semua surat khabar ntah mane aku letak.. hehehe * sori!
lepas tu dari 19 november sampai 25 november aku g jejalan. time ni travel sorang2. kira macam bag-pack la jugak. angkut beg sendiri dan singgah-singgah ke destinasi yang di tuju. alhamdulillah... semuanya berjalan lancar. ada juga masalah tapi alhamdulillah... ada je pertolongan Allah tu kat mana-mana..
trip to kuala kangsar 27 november-28 november
ambil si ahmad aidil tu baru abes SPM kat MCKK. mesti akan rindu sekolah tu soon. aku pun suka suasana kat kuala kangsar. bandar lama yang tenang dan best! awesome...
1 disember - 9 disember - di kampung kenduri kawin suna ( my mak cik )
majlis akad nikah berlangsung pada 4 disembr, tapi kununnya nak g menolong, makanya aku g dari 1 hb lagi. mase tu dah traning jadi house-sister kat rumah kat kampung. duduk bertiga. mula-mula takut, dah penat, aku tidor je sorang-sorang dalam bilik aku. malas nak tido kat ruang tamu. malimahnya 7 dis. penat la. sakit rasa belakang ni ha. patutya aku balik besut 8 dis ( sabtu ) tapi kena extand lagi satu hari untuk hantar pak cik aku ke airport! balikla patik dan adik patik ke rumah pada 9 disember.
14 dis - 22 dis : my parents and cik qis g vacation kat china
bestnya dapat g china. aku tak dapat g, tadek bujet.. jadi house-sister lagi dan driver kat adik2. n tak bape nak kesah kat fon unless mak yang kol. >>memang tadek orang kol pun, so, tak yah la nak kesah sangat!
23-25 dis
my pakcik dan makcik dari johor datang terengganu. vacation kat kampung aku pulak.. mak dah plan baik punya jadual perjalanan diorang. sekali lagi, aku akan jadi driver juga~
25 disember - 31 disember : sabah, here we come
kami pergi bertiga. aku, acik dan abby.. abby ketua rombongan ok!! vacation adik-beradik ni bagus juga sebb dapat release tension. dapat tengok tempat orang. and, one of my hobby la jugak jejalan ni. harap dah kawin nanti, makin kencang lah aku plan jejalan dengan kesayangan :) sebab, jejalan ni dapat eratkan silaturahim jugak ok~
1 januari 2013
mula sesi pembelajaran baru. my final year.
p/s : sedang belajar jadi house-sister.. mane taw tahun depan dah boleh jadi house-wife pulak. hahahaa... mengade, calon pun tidak ada~ tak pe, hidupkan satu pembelajaran. belajar lah! ianya satu LAPANGAN TERBUKA.. i love to learn i love i love :)))
have a nice day. daebak!
No comments:
Post a Comment