Wednesday, August 29, 2012

maggi style :: stylo lah sangat ::

assalamualaikum....

pernah satu hari, aku terbaca tentang kisah satu kesedihan di satu ruangan blog.. dalm tulisan tu, aku bace tentang kesedihan... mungkin penulis juga merasai kesedihan saat menulis itu...bezanya dengan aku, aku akan melalui kesedihan tersebut dan biarkan ianya berlalu, dan aku akan mulakan penulisan...

pertamanya, apabila kita bersedih, bersedihlah sebentar sahaja... orang kate bersedih cara masak megi~ hahaha...

maka, mase bersedih tu, g la wat ape pun yang boleh meluahkan kesedihan... lau aku la, biasa aku akan...

1. g pantai... duk diam-diam kat pantai... tengok laut.... (dah lame tak buat ni )
2. tulis dalam buku atau diari... tulis segala tidak puashatian ( tak de mase nak buat sangat)
3. menangis sampai tidur
4. solat hajat
5. pegi jalan-jalan beli barang
6. jejalan ngan orang yang sayang kita ( ni pepuan)

dan perkara yang aku jarang amat nak buat adalah cerita sambil nangis depan orang.. sebb aku rasa malu sangatla bila orang tengok air mata aku mengalir walaupun orang tu orang yang rapat ngan aku... sebb mungkin selama ni aku berkarakter seperti tough je kunun kan :)

dah banyak da merepek kerepek kriuk2 meggi da ni... i should stop.. bdw, hari ni kat sekolah ak ada majlis jamuan raya... oh! i should watch my diet la... and i should learn many things rite now...

Sunday, August 26, 2012

no specific title

when i cry for something, i always hope that u are here to support me, u are here to wipe my tears, u r here to hold my hand and walk with me, u stand by my side to make me calm, u hug me and honestly say ' it's ok dear, im here for you'...

when i sad because of people calling me fat, i always hope u can accept me the way i am, u can always support me to diet istiqamahly, u can always make me smile cos i have you and u say, no matter how fat u r, i always love u deep-deep here in my heart.... if nobody accept you because you are fat, believe that u have me, i love u... 

when i down, i always hope u can be my ears... sit next to me and hear the thing that make me down... you will offer your shoulder to me so i can cry on... and u say, let the person make you down.. i'll always here to believe in you... i know you can do it...

ya allah,i am not a strong person to go through.. i need Allah and i need a person so support me... i hope, this msg can be sent to the person.... help me.... :(

Saturday, August 25, 2012

untung la awk... ngeh3..

bagi saya untung la awk sebb saya tunggu kot bila fon saya akan masuk msg dari awk..
bagi saya untung la awk sebb msg yang awk hantar akan kekal dalam inbox saya kecuali bila saya marah...(ha3)
bagi saya untungla awk bila awk tak taw pun ada orang suka awak mcm saya suka awk, wlpun awk da sakitkan hati saya
bagi saya, untungla awk sebb bila saya jumpa awak atau terjumpa awk, saya akan senyum dan in happy mood selama seminggu.. hehehe ( walaupun mase saya jumpa tu, saya berlakon tak pandang pun awk)
bagi saya, untung la awk sebb bila saya bace msg awk, saya akan senyum... walaupun msg tu tulis 'salam' jek...
bagi saya, untung la awk sebb ada orang suka awk at the first sight... honestly, sy tersuka kat awk.. i know u dont know
bagi saya, untung la awk sebb orang yang comel mcm saya setia tunggu awk...

tapi satu perkara yang tak menguntungkan awk ialah;

AWAK TAK TAW PUN SUME TU

dan ada perkara yang tak menguntungkan saya ialah

1. kita tak friend pun kat fb dan awk memang ta taw kot blog saya
2. saya je suka awk, awk tak suka saya pun
3. saya setia, awk tak kot...
4. saya tak suka orang tak setia dan tak reti hargai..

p/s : walaupun saya suka awk awak tak suka saya, saya tetap akan doakan yang baik-baik untuk awk.. hope one day, u will be a new person.. :)

trust!


Kepercayaan
Satu perkara yang sangat penting dalam kehidupan. bukan sebuah perhubungan semata-mata tetapi semua jenis hubungan. Kita selalu tengok kat tv kan, mcmane sebuah hubungan antara kekasih, antara suami isteri retak dek keranan hilang rasa percaya pada pasangan. Namun, kadangkala kita juga lupa untuk meletakkan kepercayaan pada orang disekeliling kita.

Dan kepercayaan ini, saling berkait dengan tanggungjawab.. andai anda mempunyai tanggungjawab dan seorang yang amanah, pasti kepercayaan ini mudah diperoleh. Dengan erti kate lain, kepercayaan ada kaitan dengan kredibiliti diri. Adakah anada seorang yang berkredibiliti untuk membuatkan orang percaya kepada anda??

Sekarang, aku mempunyai masalah besar untuk membuat orang percaya kepada diri aku. Maklumlah, bg mereka aku ni kurang boleh dipercaya… ada kala, perasaan kurang percaya ini menghentam diri aku sehingga aku rasa aku LOSER. Malukan berperasaan begitu, tapi itulah hakikatnya…

Aku ingin cari bahagia.. cari bahagia….

Aku mungkin diberi kepercayaan oleh team debate untuk jadi seorang debater ke 3, namun tidak bagi mereka yang memandang rendah kredibiiti pendebat IPG. Mungkin rakan sekelas memandang aku berkredibiliti untuk mengajar mereka matematik, tapi tidak pada pelajar kelas lain…mungkin rakan baik aku memandang aku seorang yang best, tapi tidak pada adik-beradik aku..

Termenung seketika : sentap tatkala kamu menyatakan betapa tidak untungnya mendapat kakak seperti aku… tapi, ketahuilah, aku sangat beruntung mendapat adik seperti kamu walaupun kamu selalu menyatakan aku ‘gemuk’, selalu menyatakan aku ‘makan ruang’, selalu menyatakan ‘tidak suka pada aku’, tapi aku masih beruntung ada adik seperti kamu walaupun aku TERLUKA sebenarnya dengan kata2 itu.. deep-deep here,I cry…ALONE..AGAIN..

Wednesday, August 08, 2012

selesai :)

assalamualaikum dan selamat pagi buat semua..

alhamdulillah.. daselesai paper marking matematik untuk 2 kelas.. penatnya memberi tumpuan tapi sangat seronok bila anak murid banyak betul dan rasa deram bila anak murid banyak salah. nak3,yang baru je ajor.. memang la tak bagi tumpuan kan....

aku kena mark paper objektif math, 2 kelas. 4 ir dan 5 ir.. jadi lepas je exam, terus wat skema dan tebuk lubang untuk paper skema tu.. mcm cikgu-cikgu selalu buat untuk check kertas jawapan.. i buat benda same la u olllsss.... senang~

bila da tanda kedua-dua kelas berjumlah 71 orang itu, maka bolehlah aku berblogging kat sinihhh.... hehehehe... mau rehat~ salam

p/s : belajarlah mencintai dengan hati... cintai apa yang kita buat, tenthadir keseronokan nanti.

Monday, August 06, 2012

dilema

" lepaskanlah... mungkin bila ko lepaskan benda tu, ko pasti akn lebih ok dari sekarang. memang la ko sayang, tapi kalau sayang tapi sakit, buat ape?? dari ko seksa hati ko mcmni, lepaskan la.. biarkan benda tu berlaku sendiri... mcm ko suka kan S. ko suka dia, ko sayang dia tapi sakit kan bila dia wat ko mcmtu?? lepaskan dia.. then, ko akan jadi ok... jangan sedih-sedih taw..."

pesanan seorang kawan ketika sedang bersedih tentang sesuatu yang aku sayang~

semoga ALLAH sediakan jalan keluar yang baik untuk dilema dan persoalan ini...

ya ALLAH, andai melepaskan perkara yang aku sayang ini lebih baik, aku mohon kuatkanlah hati aku untuk move on kepada sesuatu yang lebih baik dari sekarang.. sesungguhnya, ALLah sediakan jalan yang terbaik untuk hamba-hambaNYA..tika mnusia hilang punca, carilah jalan ALLAH... jalan itu sentiasa dan pasti ada.... jika itu rezeki yang sudah tertulis untukmu, jodoh yang telah tertulis untukmu, ianya pasti akan jadi milikmu....

sentap

kalu nak marah, jangan burst out terus macam tu... sabar. talk elok2.. jangan nak main sembur je...

Sunday, August 05, 2012

oh anak-anak muridku :)

harini masuk minggu ke tiga aku ke sekolah gong badak untuk praktikum.... kelas yang aku ajar adalah seperti berikut :

1. 5 ibnu rusyd 
2. 4 ibnu rusyd
3. 3 ibnu rusyd
4. 5 abu darda

1 dan 2 ajar matematik
3 dan 4 ajar pk dan pj..

untuk entry ni, ak nak share pasal kelas 5 ibnu rusyd (5ir) sahaja...

seawal melangkah ke sekolah tu, guru pemimbing, ksiti ingatkan aku supaya ajar anak murid dia yang kelas 5ir ni elok2.. dia tak nak la ank murid dia ketinggalan sebb dia penat nak polish balik bila banyak sangat tertinggal.. first day aku masuk kelas 5 ir, aku berkenalan dan buat soalan matematik.. aku tengok, diorang ni seolah-olah sangat suka pada soalan matematik.

dan, dalam kelas tu, ada beberapa pelajar yang berjaya menarik perhatian aku. antaranya, lukman~ anak seorang ustazah. dia sangat comel dan takut diugut.. ngehhh... ada lagi, >>aku tak ingt nama dia, tapi dia sangat bagus. perempuan~

kelas ni ada 37 orng, dan dalam sejarah aku mengajar selama 2 semester ni, tu la kelas yang paling ramai. kena pulak di bulan puasa yang mulia ini. suara aku yang kuat menjerit ni pun mampooo tenggelam dalam suara anak-anak mereka.. ada masenya, aku da mula rasa down sebb mereka sangat bising... tapi, masalah berjaya diselesaikan :) alhamdulillah.

dan aku sanggup p jumpa pk1 nak relief kelas tu je sebb aku nak ajar mereka matematik. 

catatab sejarah : hari ini
-----> k.siti tak datang, bercuti.. seperti biasa la.. jadual guru ganti akan diedarkan di pagi hari. aku dapat kelas 5 ir. terfikir jugak, nak buat ape la kat kelas tu. dengan tak plan pape, dengan masuk 30 minit je, ape yang boleh aku buat untuk mereka? ulangkaji~

dan aku sangat gembira bila sesi ulangkaji hari ini sangat berjalan lancar. anak-anak murid mendengar arahan dengan baik. termasuklah yang dikenali sebgai nakal dalam kelas tu.. sejujurnya, aku tak kesah mereka bising, kalau bising itu adalah bising belajar..

dan yang paling penting bg seorang guru 'MEREKA BELAJAR SESUATU WALAUPUN SIKIT'

P/S : da start baik dan syg diorang.... :) jadi anak murid yang baik2 ye. thanks~

bagus la.....

anak-anak murid, sila duk diam2... bisingnya sekolah~ masyaallah... ape dah jadi??
 sabar~

Saturday, August 04, 2012

rangkum seminggu teros~

assalamualaikum.. lau tak jawab dosa, lau jawab sayang~ ngeehhhh... ( penah denar tak tagline ni??)

okeh, sejak berpraktikum ni, tak de mase sangat nak bercintan dengan blog neh walaupun kekadang ada je benda nak terluah~

kisah 1 :

minggu ni ak balik kampung, melawat atok yang sedang sakit... bila balik, tengok dia terbaring je, nak urus diri pun tak larat rasa mcm sedih lak.. kesian kat dia... lau kita tengok ni pun, da sedih, ape ntah lagi dia rasa kan... makan pun da tak lalu da...

aku bukanlah seorang yang rpat ngan atok aku, tapi mase nak balik tu, aku gosok2 lengan dia, kate da nak balik umah... mase dia sakit ni la aku rasa dia perlukan semua orang untuk care pasal dia... semua~
dia nak taw yang semua orang kisah bila dia sakit... tapi aku sendiri pun tak reti nak amek hati dia.. sedih bila tengok atok sendiri mcmtu... dia da lame sakit, dan setiap kali dia jath sakit, dia pasti akan cakap pasal dia da nak mati... kadang-kala datang gak terpikir kat kepala aku, ape perasaan dia dalam keadaan mcmtu?? takotnya~

same-same lah kita doakan semoga atok aku cepat sembuh dan dipermudahkan segala urusannya.....

kisah 2 :

i am invited to pertandingan debat ulul albab yang first time buat kat unisza~ mase dapat jemputan tu, rasa hdup nih penuh semangat nak join la kan.... rasa nak melompat2 sampat ke atas bumbung sekolah bangunan empat tingkat pun ada... tapi,,,, uuhhuhuuu ( biarlah rahsia ape yang aku rasa ) sambutan orang lain tidaklah seberiya aku yang sangat excited!

sebb itulah debat ni antara suka dan duka. dalam suka ada duka, dalam duka ada suka.. kadang2 kita tak leh masuk, kadang2 kita kena banyak cnsider tentang ape orang lain nak... kadang2 aku sendiri dituduh tidak layak sebenarnya untuk berdebat~ > korang leh bayang tak bila aku kena hentam dan dalam mase yang same, aku juga kena berkorban untuk orang lain???

dalam debat, dan sebagai kakak... kakak in terms of kena sacrifies ape yang kita rasa... pergaduhan ngan seorang teammate di debat alam sekitar sehingga hari ini pun masih terkesan di hati aku.. saat aku sanggup melepaskan tempat aku dalam persidangan bagi memuaskan hati semua orang. sedangkan,saat aku merayu2 ingin masuk bersindang, tiada seorang pun yang kadangkala peduli jiwa ini meronta-ronta ingin bersidang..
dan bagi aku yang lebih pahit, bila orang membeza-bezakan aku dengan mereka (simpanan memang selalunya dipandang remeh oleh sesetengah orang)

aku masih lagi belajar, dan akan terus belajar... > apa yang mereka kate, pada tuduhan mereka, sangat menghimpit hati aku.. sebagai kakak, aku kena kuat. suatu hari mereka akan faham~

ketika hati berbicara tentang debat, aku rindu pada beliau yang sabar dengan ceritaku tentang debat~ bintul aqilah, i rindu u lah...

kisah 3 :

RPH, BBM dan WORKSHEET akan menjadi teman setia sepanjang 2 bulan di sekolah.. dan di saat ini, aku boleh melaungkan "AKU SANGAT SUKA PADA PEPERIKSAAN"... :) kerana ape?? kerana jika peperiksaan berlangsung, tiada 3 adik beradik diatas yang perlu disediakan.... hehehe...

semoga 2 bulan ini akan terus mendidik aku menjadi guru matematik yang berjaya, guru yang penyayang, perempuan yang matang dan genius, dan lain-lain yang masih belum mampu untuk aku taip disini... anak-anak didikku, sila jadi orang yan baik kelak~ cikgu sayang kalian.

p/s : ni penulisan rojak yang memang bercampur perasaan dan sebagainya,, maaf dalam satu post, kalian perlu untuk tukar2 mood pembacaan~ tengah ting tong nak menulis jugak mcni la jadinya.


Wednesday, August 01, 2012

tak kan ku biarkan

seronoknya sediakan bahan untuk anak murid belajar esok selepas pekena nescafe secawan :)
dan mendengar lagu sambil nyanyi2... yang belom siap adalah RPH... kenapalah perasaan membuat rph ini tidak hadir lagi... lepas ni kot..

mereka sangat comel bila diam dan seperti mencabar aku bila bising... sabar2... jangan marah~ bulan pose..
>> sesungguhnya aku sayang mereka... sayang anak murid2 aku yang comel (anda tak leh lawan kecomelan guru anda ye anak murid)

jom tengok ape aku da buat selama 2 minggu...

simple2 saje... semoga menjadi satu kegembiraan menulisnya :)

orang lain guna kertas bunga-bunga, aku guna kertas kuning je.. tak pe, yang penting isi dan kemas~

nilai dan kbkk untuk perancangan murid-murid...

hahaha.... aku adalah guru pj sem ni... percayalah ( muka merayu kepercayaan)

major~~ subjek kesayangan

biasa ke kan.....

gigihnya aku tulis banyak macam tu sekali.... :) demi anak didik
alhamdulillah, da nak abes 2 minggu.. aku da mula nak masuk dalam sekolah.. hati aku da mula kat sekolah walaupun penat setiap hari..
bukan mudah menjadi guru, tapi seronok~ bagi aku...

bila aku tenung muka anak murid yang aku syg, aku selalu pk yang mereka akan besar dan berjaya.. huhuuu.. terharu. nakal tu nakal juga ye, tapi belajar..

:: aku takkan benarkan mereka main2..sebb aku syg diorang.. sama seperti aku tak benarkan orang main2kan hati aku... 5ibnu rusyd, 4 ibnu rusyd, 3ibnu rusyd, 5 abu darda... ape pun korang, cikgu sayang sesangat kat korang

p/s : tetiba rindu kat pelajar kat sk kedai buloh... >>mode guru penyayang<

lelaki yang aku sayang

assalamualaikum..

bangun je dapat kol dari abah~ suh bukak bonet kete n check minyak power steering... aku p la bukak.. ptot la stering berat semenjak 2 menjak ni... minyak power stering da abes.... tbe2 rasa mcm mekanik da main bukak2 bonet kete ni...

dulu, ak marah benar lau terpaksa bukak bonet kete check pape before bertolak balik, tapi tbe2 hadir perasaan syiok lak dalam diri ni bila taw la serba sedikit tentang kereta....

pergh..... lelaki itulah yang selalu menyayangiku walaupun selalu aku kena marah.. thanks abah~

randomly

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...