Monday, October 24, 2011

sila besarkan hati :)

assalamualaikum....

nape ye kadang2 aku rasa terkilan ngan sesetengah kawan aku yang......
aku kenal dia, aku mulakan perkenalan, tapi dia endah tak endah je ngan aku....
rasa macam bodoh kan bila kita semangat nak tegur die, tapi dia boleh wat muke selamba donat je tengok aku....

perkara ni da beberapa kali berlaku kat aku..... hah, mai nak mulakan kes penceritaan..... dan aku akan ceritakan ape impak daripada penceritaan aku ni.... dengar la wahai follower.. ( baca:)

kisah 1
2 minggu lepas, aku p debat ipg yang berlangsung di ipg kampus tengku ampuan afzan, kuala lipis, pahang... dalam ramai2 yang duk g tu, sure la ada gak yang aku kenal sebb aku penah join dah sebelum ni... so, aku dengan riang gembira je duk melambai kat dia tapi dia buat muka cam aku bukan lambai kat dia...
mase tu ok lagi, aku rasa maybe dia ingat aku lambai kat orang lain...

kali kedua aku tegur dia selepas kami tamat sidang kedua. aku tanye dia dapat usul ape, peranan (kerajaan ke pembangkang). dia jawab pun nak tak nak je... 

bila turn balik bilik kat hotel, rumate aku (hanim) complain la kat aku... dia kate,

hanim: dila, lau aku jadi ko, tak kuasanya aku tegur orang mcmtu... nampak sgt. ko je semangat nak tego dia... dia wat dono je pun.. da la, tak payah tegur lagi. buang mase je...

tapi sebenarnya aku pun sedar cuma aku tak amek port sangat la... maybe dia penat ke, stress ke lemah bersidang, tapi ada betulnya kata hanim....

so, nampak kan skunk ni, aku sesungguh nak tegur dan aku rasa aku nampak bodoh sedikit di situ.

kisah 2

aku ada beberapa kawan. kenal mase ada program anak angkat mase kat wataniah dulu....

straight to the story lah k....

dulu, aku ada la contact ngan beberapa kawan ni, mase aku form 5. dan disebabkan kesibukan tu, aku ter'lost contct' la ngan dyorang. 

4 tahun kemudian selepas lost contact, ak cari la dyorang balik... hah, part2 cari kawan ni memang aku suka walaupun penat sebenarnya nak cari orang yang kita da lost contct ni...

bila aku jumpa balik, aku try la text diorang.. alhamdulillah, ada yang appreciate pencarian aku dan selalu bagi kate2 semangat kat aku dalam menempuhi tempoh pembelajaran ni...

tak kurang juga ada yg tak appreciate... bila aku text, susah sungguh nak balas... kol pun nak tak nak je jawab... aku ni kan emo, so kadang2 tergeram dan aku akan marah la...

aku rasa cam sia2 je aku cari balik.. aku ingt dyorang happy la kan dapat jumpa balik after 4 years lost contact tapi tak... aku je duk syiok sendiri.... dan dari ctu, aku cam down la... sedih giler...



kesan kepada diri sendiri:-

aku duk bengang sorang2 la... sedangkan orang2 yg buat mcmtu never ever sedar pun yang dia da hurt me so much in friendship...so, aku cte la kat sorang kawan...

dia kate, kita tak perlu la nak pk tentang benda remeh-temeh dalam dunia ni... allah tu maha adil... lau orang tak nak kawan, tak pe la... bukan aku tak de usaha, tapi orang tu... so, tak de guna gak aku duk sedih sorang2...

dila, buka sikit hati ko pada benda2 yang besar.. benda2 kecik ni letak tepi jela... blaja tu ignore...

n i really appreciate that particular person yang ajar aku untuk jadi lebih kuat each day... bg aku, dia appreciate ape yang ada depan dia..... alhamdulillah, masih ada kawan yang macm tu.... so dila, sila besarkan hati anda untuk perkara-perkara yang hebat......

alhamdulillah








moral of the post : dalam hidup ni, kita tak leh expect orang terima kita mcm kita terima orang (ariff, 2011)


Monday, October 17, 2011

totally dedicated to balqis wakeela

assalamualaikum...

hari ni 17 oktober 2011....
:: imbau kembali 17 oktober 2007::

bagi aku, tahun ni adalah tahun yang paling mencabar.... banyak perkara yang terjadi pada tahun ni... antara perkara yang bagi aku diaangap besar dan berat adalah seperti berikut

1) aku dapat tahu, mak aku pregnant selepas 10 tahun tak pregnant dan dia sangat risau bila bersalin nanti uri akan lekat... risiko untuk bleeding dan bahaya pada diri sendiri..... aku sangat risau... mak juga sangat risau....

2)aku pegang tanggungjawab yang agak besar kat sekolah. melayan karenah manusia sehingga aku sendiri kadang2 bergelumang ngan perkara-perkara yang memang tak bawak p masuk dewan exam pun... n dalam keadaan ni, aku banyak sangat stress.... ( bila buka balik diari 2007, sehinggakan aku tak sangka yang aku telah lalui banyak benda sebegitu).... dan dalam tahun ni juga la ada part nak jiwang2 karat... tapi, alhamdulillah, kejap je... nasib bek tak lame terjebak...

3) my second beloved brother, abdul qayyum menyertai xpdc dan lepas tu dia admitted to hospital sebb kena laptospirosis (typo ni ) pada buah pinggang.... 2 minggu juga di hospital.. dan aku tak taw la nak cakap ape... aku sangat bimbang.. n dalam mase tu juga aku nak p pertandingan bahas.... n aku sangat perlukan dia untuk sokong aku macam tahun lepas... dalam sibuk aku duk training tu, i really pray supaya allah sembuhkan dia... alhamdulillah dia sembuh lepas masuk ICU..... alhamdulillah....

4) my third beloved brother amek exam UPSR... tahun ni mecabar kesabaran my parents bila 3 orang dari 4orang (qis belum lahir) menduduki exam besar...

5) balqis wakeela lahir disaat aku perlukan mak untuk sokong aku exam SPM.... mase trial aku, jatuh.. mase temu murni parents tak datang... then, aku mintak pandangan kaunselor untuk aku lebih berjaya.... mase ni macam2 dilema aku sebagai seorang kakak, seorang pengawas, seorang anak dan mcam2.....

dan alhamdulillah Allah da permudahkan segala urusan aku dan kami sekeluarga..... alhamdulillah ya Allah.....


kini, kita beralih ke kisah kelahiran balqis wakeela...



pada 15 oktober, mak da rasa cam tak selesa. abah bawak mak p hospital. tapi mak belum  bersalin lagi... masu wad pra natal mase tu.... kami p melawat mak pagi2... n mase ni, aku la kena handle kat umah.. kebetulan mase tu cuti raya...

pada pagi 17 oktober 2007: jam 4 pagi.....

abah ketuk bilik aku, then cakap mak da nak bersalin.... aku cepat2 bangun dan pegi je hospital dan baju yang aku pakai tu.. dan mase tu aku cam jadi rapat ngan abah sebb aku je yang ikut dia pagi tu.. adik2 lelaki yang lain tidur, tak dikejut... sampai kat hospital dalam pkul 430 pagi, bila dengar je tangisan bayi, aku ingat tu suara adik aku la... tapi tak.... kami tunggu dari pukul 4 sampai 8 pagi.. masih tak dipanggil... kemudian, tunggu lagi sampai pkul 12.... (maaf mak, akak tak taw pun mase tu mak tengah berperang nak lahirkan qis....)

dalam pukul 12, alhamdulillah mak da selamat lahirkan qis... aku dapat adik pempuan.. the only sister i have... penutup adik beradik kami... aku tak teruja sangat mase tu sebb mcam lost pun ada.. nurse tu pulak kate mak aku masih dalam labor room.. uri lekat... n kalau pukul 3 tak habis lagi cabut uri tu, mak aku akn dihantar ke USM... bila aku dengar gtu, bagaikan halilitar melintas atas kepala.... aku tak de tempat nak ngadu la... cepat2 g surat berdekatan.... dolat hajat dan berdoa agar semuanya berjalan lancar....

keluar je dari surau, aku nampak ambulan.. tapi mase tu baru pukul 2... ingatkan nak amek my mum la pegi hospital,,,, aku duk je depan wad tu.... then, nurse paggil abah aku.. katenya mak aku da selamat (alhamdulillah ya Allah)... tapi dia masih bawah sedar akibat ubat bius.... n mase tu aku baru rasa lega dan alhamdulillah...... semua dalam dunia ni hak Allah, maka memohonlah padaNYA

kami pun balik umah.... mandi n amek adik2 lelaki yang lain... pkul 5 kami datang hospital.. mak aku da kua dari labor room tu... tapi dia masih tak sedar.... dia pegang adik aku.... n mase tu alhamdulillah, semua stabil.....

kemudian diberi la nama budak yang lahir tu sebagai ::balqis wakeela binti che rahim::


~~ semoga kamuu menjadi seorang adik yang taat dan solehah.... we love u very2 much..~~


Thursday, October 13, 2011

terasa....

nape tiba2 hari ni aku terasa hampir dengan sume orang???
rasa  nak marah la, rasa orang tak kesah pasala aku la...
maybe penat baru balik debat dan ketidakmampuan mental melayani karenah manusia2 yang pelbagai....

t aku ceritakan.. selamat malam dunia...
i love myself.

Saturday, October 08, 2011

[hormat]

assalamamualaikum...

today nak cakap pasal hormat yang mana boleh wat aku rasa cm tak berapa dihormati la...
im talking sebb aku sendiri dengar manusia ni cakap macni...

punca permasalahan:

punca permasalahan timbul apabila aku ada sorang kenalan. first impression aku, dia baik. baik la.... boleh bg tanggungjawab, jenis yang tak amek hati, bergaul ngan ramai orang dan banyak lagi yang positif la..... tapi permasalah mula timbul apabila aku da makin / agak rapat ngan dia dan dia bercakap tentang perkara2 yg bg aku, kurang menyenangkan.

dan kesan daripada yang dia cakap tu, aku rasa wujud kurang hormatan terhadap aku sebagai perempuan. dan aku sangat sedih la dan sungguh tak sangka itulah dia yang sebenarnya.....

kesan:

kesan punca permasalah yang timbul di atas menyebabkan aku kurang senang dan kadang kala terfikir ape dan siapa sebenarnya dia....................................

Wednesday, October 05, 2011

sindrom debat ~~

assalamualaikum.....

semalam sudah tidak cukup tido.. hari ni lak, aku duk pk je pasal debat ni.... buat aku rasa takot, cuak,tak makan, tak mo cakap ngan orang... ohhhhhhh, kusutnya.... i need to talk to someone!! tapi sape nak dengar aku duk gelabah mcni??? semua benda wat da tak jalan da...  aku dengar lagu pun da tak leh nak cure kecuakan yang sedang aku alami sekarang!! oh... nak taw tak ape n kenapa yang aku jadi sindrom mcni???

1. dalam 6 orang yang g debat tu, i mean 4 peserta dan 2 lecturer, aku sorang je perempuan!!
2. aku tak penah jadi 2nd debater kali ini aku kena jadi 2nd debater pulak..... aku cuak!!
3. aku da dekat 2 tahun setengah tak perah otak aku sebagai pendebat..... aku tak taw nak start macne... n yang paling aku cuak sekali ialah izin laluan!!
4. yang g debat adalah semua lelaki yang tidak pernah bekerja dengan aku n tak pernah kenal aku yang mcne sebenarnya....


** sometimes i do feel like i know nothing n aku ase aku la paling lemah yang pegi debat kali ni.... maaak, akak cuak!! haish, nampak sangat mase diorang duk bincang aku diam je.... ntah ape yang jadi pada dila ni...

dila,, sila ok pada minggu depan!! jgn nak layan sangat cuak tu m.cik pentol!! yakinlah kamoo boleh lakukan...................................................... ( ni sume kate2 semangat kat diri sendiri... aku tak leh tahan da ngan kegelabahan ini...) help me..

Tuesday, October 04, 2011

mood frust

salam....

sangat frust ngan someone.... i dont even expect yang dia jenis cakap mcmtu... huh!!
i think, i should surrender and stop like him!! stop here.

Sunday, October 02, 2011

tq 4 making me laugh...:)

i have a pen,
my pen is blue,
i have a friend,
my friend is u...

hahahaha... thanks a lot for being such a very caring friend to me.. u manage to make me laugh and stronger, day by day...
you always remind me to be better as time goes by.....
u always and always manage to make me smile with your motivation.....

tq for your full support start from the day i know who u are until today!!

thanks Allah for the friend i have....
thanks to you for the motivations and support that make me more stronger...


randomly

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...