Wednesday, October 31, 2012

assalamualaikum...

mood exam kembali... dan aku bukanlah seorang yang sangat rajin serta yang lama fokusnya... aku juga suka menulis tanpa menjadikan nota aku sebagai pelangi2.. aku suka guna pen biru, pink dan oren sahaja..

dan nota aku, aku je yang faham.. sebb cara ak belajar, adalah ikut suka aku sahaja...

gudluck exam~

Tuesday, October 30, 2012

majlis naik rumah

salam...

alhamdulillah, raya kedua lepas, akhirnya kami sekerluarga telah pun wat majlis naik rumah kat kampung... selepas 5 tahun buat dengan kesusahan abah.. akhirnya, terbina juga satu rumah milik kami semua...

dalam nak menjayakan majlis tu, banyak benda yang memenatkan. memang la... nak buat makan, nak jemput-jemput orang bukanlah senang. dan, terlebih dahulu aku mintak maaf,tak ajak semua orang sebb ajak kenalan dekat dan sanak saudara je dulu...

memang penat bila kami buat majlis 2 hari. satu harinya pada waktu malam, untuk doa selamat dan keesokan harinya  untuk majlis kesyukuran. sakit-sakit badan kami sekeluarga. dari persiapan sampai la nak kemas..
memang aidiladha tahun ni bukanlah beraya sangat tapi lebih meraikan orang-orang lain...

kawan-kawan mak dan abah yang datang memeriahkan lagi suasana... rasanya, jemputan hanyalah 300 kot, tapi penatnya.. sebb kami tak pernah wat majlis sendiri. biasa pn jemputan tak sampai seratus. sedikit berasa penat sebagai tuan rumah..

p/s : semoga di rumah itulah, lebih banyak biah solehah dihidupkan.. semoga dirumah itulah lahirnya imam-imam dan hati-hati yang baik, semoga di rumah itulah, lahirnya keluarga yang dirahmati ALLAH... insyaALLAH.. terima kasih mak dan abah.

Monday, October 22, 2012

3 soalan di suatu malam

assalamualaikum...

baru-baru ni aku menghadiri perkhemahan persatuan bersama kawan-kawan sekelas di chemerung. bagi aku, satu pengalaman yang sangat bagus walaupun aku meronta-ronta ingin pulang. yela, mana tidaknya. line celcom tadek, tandas tersumbat, aktiviti agak-agak membosankan, khemah basah dan sangat sejuk di malam hari.

dalam banyak-banyak aktiviti itu, ada satu aktiviti namanya

penghayatan malam

aktiviti ini memberi 4 tugasan kepada semua orang.
1. 5 minit pertama : dengar apa bunyi binatang yang ada.
2. 10 minit kedua : fikirkan apa impian anda yang belum tercapai
3. 10 minit ketiga : fikirkan apa yang telah membuatkan anda berasa sangat gembira dalam hidup ini
4. 5 minit keempat : fikirkan apa yang telah membuatkan anda bersedih dan menangis

kami ditempatkan setiap seorang tempat yang sunyi dan secara individu. aku tidak nafikan, sudah ada jawapan bagi kesemua soalan yang diajukan. dan menanti 30 minit berlalu, aku sempat juga terlelap dalam diam disebalik tiang (tempat yang encik tentukan untuk aku dan rakan)

berakhir 30 minit tersebut, maka adalah sesi refleksi. pensyarah kami hanya memetik nombor yang dia suka dan nasib baik, aku tidak dipilih. kalau kena pun, tidaklah sampai tidak mahu bercerita tapi mungkin sangat segan. semasa rakan-rakan bercerita, ada kisah yang diceritakan itu gembira, ada kisah yang diceritakan itu sangat sedih sehingga aku sendiri tidak ampu membayangkannya.

balik je daripada berkhemah, aku sempat meluangkan masa bertanya kepada seorang junior debat yang aku kenali dia sangat-boleh-masuk dengan cara aku. maklumlah, tidak semua orang akan suka dan boleh berkawan dengan baik dengan kita. jadi, aku ajukan soalan 2, 3 dan 4.
aku meminta junior tersebut berceritakan kepada aku, apakah jawapan kepada soalan aku.

2. saya ada banyak impian, tapi saya malu nak bagitaw akak (saat ni aku gelak2 sambil kate " ececece, ngan akak pun ko nak malu ). dia tidak memberitahu, tak pe, itu pilihan dia.

3. aku tak ingat jawapan yang ni. tapi rasanya tadek jawapan yang spesifik.

4. jawapan dia 'diri sendiri'. saat tu dia mula bercerita siapa sebenarnya dia. bagaimana keadaan keluarganya. andai saat aku mendengar itupun aku rasa sedih dan aku terdiam kaku agar tidak mengguris hatinya, makanya aku tidak akan membuka ceritanya di sini.

satu perkara yang aku ingin kongsikan, seseorang bertindak berdasarkan apa yang dia alami. dan aku sejujurnya kagum dengan junior ini, walaupun dengan kesedihan yang dia hadapi, dia masih boleh kuat dan terus tersenyum di depan orang. masih boleh menjadi ketua kepada adik-adik dibawah jagaannya dan aku kira dia sangat protektif kepada kaum keluarganya.. beruntunglah menjadi adik-adiknya.

p/s : aku suka melihat seseorang dan melihat, apa sebenarnya di sebalik kehidupannya sehingga mencorakkan seseorang itu. mungkin dengan perspektif yang aku ada sekarang, seorang pensyarah mencadangkan aku menyambung belajar dalam bidang kaunseling, masih dalam perkiraan.

jawapan aku bagi soalan 2,3 dan 4

2. aku ingin kurus ( bukan kurus kering, maksud aku, tidak gemuk lagi dah )
3. johan ulul albab
4. diri sendiri yang terlalu lemah.


Monday, October 15, 2012

rezeki dan kaya

assalamualaikum...

alhamdulillah, walaupun dalam kesibukan, hujung minggu baru ni sempat juga balik ke rumah spend masa ngan parents dan si kecil balqis itu.. dapat jugak la p melawat abby yang sedang menduduki PMR.

abby (pronouns abi), akak percaya ah kat abby!! bolehnye~ dia lebih pintar berbanding aku. mungkin. hahaha. tidak mahu mengalah!

memang hujung minggu baru ni, banyak aktiviti yang dilakukan di rumah. dah macam tak de weekend da. tapi, seronok sebb boleh spend masa ngan family memandangkan sem ni adalah sem kritikal. banyak event hujung minggu dan sebagainya.

dan dalam kesibukan menyiapkan rumah untuk majlis rumah terbuka tu, abah duk plan nak buat chalet la pulak dalam kawasan rumah tu.. rasa mcm kelakar je! rumah kami baru siap ye. tu pun banyak lagi nak kena pasang. tapi alhamdulilllah, dah boleh tinggal di sana da. * jadi warga negeri kelantan la pulok aku!

dalam perjalanan nak balik ke besut, mak duk cerita la pasal buku yang dia baca.

makan gaji tapi kaya

mak kate, boleh je nak kaya. maknanya, kena wat banyak kerja! kena buat tusyen ke, jual kuih ke, jual topup ke, sewa kereta ke, sewa rumah ke, sewa bilik ke, jual lembu ke dan sebagainya yang boleh mendatangkan hasil bila mase2 tak de duit ni la kan....
duk sembang-sembang pasal nak jadi kaya ni, terkeluar la kat mulut aku yang sedang separuh mengantuk ni

akak : senang je nak jadi kaya. jangan kedekut. bagi-bagi je kat orang!

abah lak menyokong.

abah : betul. kalau kita bagi apa yang orang nak, t Allah bagi ape yang kita nak. insyaAllah..

:: p/s :  rezeki tu luas. dan rezeki tu hak Allah. mungkin kaya adalah salah satu rezeki. namun, kalau kita tak kaya, Allah kurniakan rezeki yang lebih indah. anak-anak yang baik, keluarga yang sihat, anak-anak yang bijak. yang penting dalam soal rezeki, minta lah dengan Allah. cuba untuk mudahkan urusan orang. insyAllah...


Wednesday, October 10, 2012

DPPM 2012

assalamualaikum...

1. selesai menonton pertandingan akhir debat piala perdana menteri di tv9, aku bersorak gembira apabila UIA menjadi johan dan UKM menjadi naib johan.. kerana hujah dan penerangan yang disampaikan itu, sampai pada kefahaman aku...

walau hanya menonton melalui kaca tv sahaja, semangat dan sokongan masih sama seperti berada di sana cuma suasananya mungkin sedikit berbeza. namun, itu masih belum menghalang aku untuk bertepuk tangan dan bersorak tanda setuju pada hujah-hujah mereka. *harus la housemate aku pelik bila aku layan debat mcm betul2 kat dewan persidangan - aku tak kesah!

selesai cerita tentang final dppm.

2. walaupun sedikit rasa sedih sebb tak dapat join dppm, aku masih percaya bahawa setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. tidak berada di dppm kali ini tidak bererti aku tidak langsung mengambil kisah tentang rakan-rakan seperjuangan yang berjuang, terutama sifu-sifu daripada unisza yang telah banyak membantu kami IPG ini. sokongan dan doa kami ucapkan kepada team unisza untuk terus berjuang di dppm.

aku juga mengikuti perkembangan upm, walaupun upm bukan team feveret pun. cuma bila ada debater feveret, maka aku rajin2kan diri menonton pusingan-pusingan yang dimuatnaik dalam mobtv.... hehehe. afifah, anda memang superb! semoga terus berjaya.

3. debat adalah satu proses pembelajaran dalam perhubungan. insyaAllah, akan aku ceritakan tentang ini lagi. memandangkan entry kali ini lebih kepada dppm 2012, aku mengucapkan tahniah kepada saudari fawza sabila! you have done well.. saya sokong anda dari terengganu. :)

semoga terus berjaya dalam perdebatan kepada semua pendebat. untuk aku juga. ngeh!


Monday, October 08, 2012

move on for good :)

alhamdulillah...

dia dah move on. dan, dia move on untuk aku juga move on kepada yang lebih baik...

alhamdulillah...

better for next time, insyaAllah.

p/s : pesan seorang rakan ipg yang dikenali atas dasar assignment.
keep on smilling....
tiada kata yang lebih baik diungkap selain alhamdulillah.

antara kaca dan permata

when people kate u blur, i said "it's ok. he looks cute what"
when people kate u chubby, i said "it's ok. i chubby jugak"
when people kate, u tak kacak, i said "it's ok. i pun bukan la cantik sangat. i tak demand"
when people kate, u tak suka i, i said "it's ok, sebb i sorang je suka u. u tak taw pun.. so, for me it's not your fault"

but, when people ask me to leave you, then i cry... why? coz i dont want to be so stupid loving and waiting blind person to appreciate me along the way.

p/s : i am so sorry.

Saturday, October 06, 2012

great yesterday

assalamualaikum...

semalam adalah 5 oktober 2012. dia berusia 28 tahun 7 bulan. dan pada 5 oktober ini adalah perjumpaan kali ke-10! hahaha.. merepek saje.

ape yang greatnya semalam?

1. dapat test drive preve..
seperti yang korang taw, preve adalh idaman aku saat ni.. dan semalam, dapat g test drive preve.. hanya Allah je yang taw betapa seronok dan tidak percayanya semasa boleh bawak preve ronda2 kat area ipg je.. tapi, tak sangka~ memang semalaman semalam, aku memang senyum aje. setiap kereta yang warna putih, aku akan terbayang2 itu adalah preve! oyeh2!! preve sangat cun~

2. dapat makan free
lepas handle pertandingan pidato sempena hari terbuka semalam, kami dapat makan free... sedapnya nasi minyak dia..
dek kerana aku seronok sgt dapat makan free, terlupa sebentar tentang diet yang sdang dijalani.. huhuuhu... sori.. nanti aku keep on track balik! yakin!

3. dapat lepak ngan budak2 nakal dan ceria.
semalam iqa dan yana datang ke mari.. hehe.. mak iqa yang anta. aku sebenarnya dah down nak ajak dia datang seems jadual dia asyik padat saje.. setiap hari ada keje sampai tak taw bila nak datang hari terbuka ipg aku. last2, aku tak ajak da. aku duk diam je.. akhirnya, dia datang jugak.. bila dia datang, booth yang sikit tu pun kami amek masa hampir 3 jam meronda.. wah seronok ada budak2 kaki jalan teman ni rupanya. rasa hidup lak booth2 kat situ walaupun selama ni aku just jalan tanpa berhenti pun. dan aku kira, malam ni la paling banyak sekali duit habis sempena hari terbuka~ takpelah, bagi semangat kat adik2 yang berniaga.. tanda sokongan senior kamu yang baik hati... ngeh! ape pun, seronok!!!! dengan mereka jugalah aku test drive preve ni... hua!!! kereta pintar

4. g unisza, amek budak kecik tido  ngan aku~
mula2 kiranya nak hantar je iqa balik unisza, tapi takot la pulak nak balik sesorang. so, ajak la dia tidor kat umah. dengan mudahnya, dia setujunya. mudah saje.. hehehe... sebelum bertolak balik ke umah, pekena kopi luar biasa lu, memang sedap kopi tu.. thanks iqa tulun buatkan... hik..hik..hik...
pastu, drive balik...
sampai3 aje kat umah, ingat nak layan citer siam la... tapi malangnya kemengantukan aku memang tidak mampu dibendung. terlena. kesian la iqa layan cte sorang2...
hehehe.. maaf eh. lau penat seharian, memang gtulah rupanya.. tido! running man yang best pun tak mampu nak menampung rasa ngantuk tu.. hehehe.... sory!

5. monthly and professionally date
just for a crush..

p/s : kadang2, bagus bila sibuk sebb masa kita dipenuhi dengan aktiviti yang berfaedah. namun, sibuk mungkin buat kita lalai mencari duniawi sahaja. semoga dalam kesibukan itu, Allah meredhai apa yang kita lakukan.
aku cepat bosan bila tadek keje.... tapi malas bila ada keje.. semoga aku lebih rajin dan tekun selepas ini.. insyaAllah....

test drive PREVE

assalamualaikum..

oyeh2... i do have something very the interesting to share with~

tadi, aku singgah kat auto show sempena hari terbuka IPG. duk belek2 preve idaman.. hehehe... mula2 nak tengok2 kat dalam jek.. tbe2, abang sales tu kate, leh test drive... ape lagi, aku dan rakan2 pun jejalan la area maktab tu sambil test drive preve idaman itu...

wah, seolah ingin menjerit bila leh test drive! even just test drive, aku memang boleh senyum sampai telinga lah... selama ni, idaman depan mata. dalam tak pernah tengok pun, malam ni abg tu bagi test drive.. rasa tak sangka da penah drive preve! oyeh2... seronoknya...

aku pasang harapan dan impian agar first car aku beli adalah preve! premium preve punya! encik bakal suami, sila tahu keinginan dan impian saya ini... > pesan awal2.. walaupun, monthly dia agak mahal lepas 10% down payment pun, tapi memang puas hati la... aku takot jugak nak berharap sebb mothly dia da 800... macammane nak kumpul duit nak kawin??

semoga cita-cita untuk memilikinya tercapai (sebijik macam aku test drive tadi)


semoga Allah permudahkan harapan dan impian ini... amin :)

Friday, October 05, 2012

mari pilih memilih

aku akan mencintai dirimu sebagaimana engkau mencintai aku. dan cinta aku ini bukan untuk mainan mu, bukan juga untuk mempermaikanmu. maka, aku memilih untuk bersabar selagi belum aku ketemu, siapa dirimu.. dan tatkala itu saat aku menemui kamu, kamu akan menjadi teman suka dan duka ku, dan aku akan berkongsi segala rasa yang selama ini aku pendam dan aku rahsiakan kerana ianya khas untuk dirimu,, dirimu yang bernama suami.

pergh~ jiwang seh.. sekali sekala..

ingin aku kongsikan. mungkin benda ni berlaku kat aku sorang,
 mungkin juga berlaku kat beberapa orang dan
 mungkin juga berlaku kat semua orang.

 namun, perkongsian ini aku kira melalui apa yang aku rasa tentang PILIHAN KITA.

saban hari, ada saja kita dengar berita gembira tentang kawin, bertunang dan sebagainya.
 tahniah kepada mereka yang telah melangkah dan akan melangkah ke alam baru. ada juga sedikit rasa cemburu menghambat diri ini..
sedangkan aku, masih terus menjadi.. juga mencari...

kadangkala, aku terlalu sibuk mencari calon duniawi.. hendak sahaja yang kacak, hendak sahaja yang berpendidikan tinggi, hendak sahaja yang ada penampilan... sehingga karakter duniawi ini menjadi ukuran untuk dijadikan calon atau pun tidak. namun, adakah semua karakter atau ciri ini akan menjamin kebahagiaan kita setelah berkongsi segalanya?? rasional~ fikir kan...

dan hari ini, aku menghadiri talk show imam muda nuri. bila dia mengaji, subhanallah, sangat merdu suaranya.  dan ak fikirkan, andai calon yang dipilih memenuhi kriteria sekalipun, andai tidak tahu mengaji, memujuk isteri dengan ayat Allah, aku kira sama juga ruginya. jadi, kat mane nak cari?? mencarilah dalam keadaan menjadi.. menjadi sepeerti yang Allah inginkan, maka Allah akan bagi apa yang kita inginkan...

sejujurnya, aku juga ingin sekali bercinta. menyayangi dan rasa disayangi, namun aku masih menunggu. menunggu redha daripada Allah untuk aku bercinta. kerana aku takut, masjid yang akan aku bina tercemar dengan ketidakredhaan Allah andai aku lalai menjaga hati ini... ya..aku sedar bahawa hati aku cukup lemah untuk menepis fitrah sendri, maka aku mohon Allah jaga dan peliharalah hati ini...

p/s : pilihan di tangan kita. jika aku, aku memilih mereka yang menyayangi aku, mempunyai agama dan ilmu untuk mendidik aku dan keluarga kami dan .......(biarlah menjadi rahsia hati)
 > sesungguhnya diciptakan pasangan untuk saling melengkapi..

 wallahualam. assalamualaikum.

Wednesday, October 03, 2012

menjadi manusia beruntung

selalu tengok orang dan terdetik dalam hati

untungnya dia .....

in many benda aku akan cakap mcmtu...

then, i would stare to the person... boleh tahan lama..

untungnya dia.. bestnya kalu dapat mcamtu jugak~

p/s : insyaallah. suatu hari nanti. keep praying~

semakin mem'belon'

aslmkum!! dah beberapa hari dah dan beberapa orang dah tegur aku makin berisi.. memang la~ since raya makan tak hengat dunia.. but then, da lost 2 kg..

still work on it, still work to lost somemore until i reach my target. for the first step, may target is 8kg. for 2 weeks program, i can lost 2 kg... not disipline much~ still work on it~~

semangat.semangat!!

randomly

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...