Monday, October 22, 2012

3 soalan di suatu malam

assalamualaikum...

baru-baru ni aku menghadiri perkhemahan persatuan bersama kawan-kawan sekelas di chemerung. bagi aku, satu pengalaman yang sangat bagus walaupun aku meronta-ronta ingin pulang. yela, mana tidaknya. line celcom tadek, tandas tersumbat, aktiviti agak-agak membosankan, khemah basah dan sangat sejuk di malam hari.

dalam banyak-banyak aktiviti itu, ada satu aktiviti namanya

penghayatan malam

aktiviti ini memberi 4 tugasan kepada semua orang.
1. 5 minit pertama : dengar apa bunyi binatang yang ada.
2. 10 minit kedua : fikirkan apa impian anda yang belum tercapai
3. 10 minit ketiga : fikirkan apa yang telah membuatkan anda berasa sangat gembira dalam hidup ini
4. 5 minit keempat : fikirkan apa yang telah membuatkan anda bersedih dan menangis

kami ditempatkan setiap seorang tempat yang sunyi dan secara individu. aku tidak nafikan, sudah ada jawapan bagi kesemua soalan yang diajukan. dan menanti 30 minit berlalu, aku sempat juga terlelap dalam diam disebalik tiang (tempat yang encik tentukan untuk aku dan rakan)

berakhir 30 minit tersebut, maka adalah sesi refleksi. pensyarah kami hanya memetik nombor yang dia suka dan nasib baik, aku tidak dipilih. kalau kena pun, tidaklah sampai tidak mahu bercerita tapi mungkin sangat segan. semasa rakan-rakan bercerita, ada kisah yang diceritakan itu gembira, ada kisah yang diceritakan itu sangat sedih sehingga aku sendiri tidak ampu membayangkannya.

balik je daripada berkhemah, aku sempat meluangkan masa bertanya kepada seorang junior debat yang aku kenali dia sangat-boleh-masuk dengan cara aku. maklumlah, tidak semua orang akan suka dan boleh berkawan dengan baik dengan kita. jadi, aku ajukan soalan 2, 3 dan 4.
aku meminta junior tersebut berceritakan kepada aku, apakah jawapan kepada soalan aku.

2. saya ada banyak impian, tapi saya malu nak bagitaw akak (saat ni aku gelak2 sambil kate " ececece, ngan akak pun ko nak malu ). dia tidak memberitahu, tak pe, itu pilihan dia.

3. aku tak ingat jawapan yang ni. tapi rasanya tadek jawapan yang spesifik.

4. jawapan dia 'diri sendiri'. saat tu dia mula bercerita siapa sebenarnya dia. bagaimana keadaan keluarganya. andai saat aku mendengar itupun aku rasa sedih dan aku terdiam kaku agar tidak mengguris hatinya, makanya aku tidak akan membuka ceritanya di sini.

satu perkara yang aku ingin kongsikan, seseorang bertindak berdasarkan apa yang dia alami. dan aku sejujurnya kagum dengan junior ini, walaupun dengan kesedihan yang dia hadapi, dia masih boleh kuat dan terus tersenyum di depan orang. masih boleh menjadi ketua kepada adik-adik dibawah jagaannya dan aku kira dia sangat protektif kepada kaum keluarganya.. beruntunglah menjadi adik-adiknya.

p/s : aku suka melihat seseorang dan melihat, apa sebenarnya di sebalik kehidupannya sehingga mencorakkan seseorang itu. mungkin dengan perspektif yang aku ada sekarang, seorang pensyarah mencadangkan aku menyambung belajar dalam bidang kaunseling, masih dalam perkiraan.

jawapan aku bagi soalan 2,3 dan 4

2. aku ingin kurus ( bukan kurus kering, maksud aku, tidak gemuk lagi dah )
3. johan ulul albab
4. diri sendiri yang terlalu lemah.


3 comments:

~UNA~ said...

Alhamdulillah.. Best kan beraktiviti mcm ni.. Bila la una dpt merasa plak.. Lps ni bila kerja, susah dh nk dpt peluang mcm ni bersama kwn2..

cik pentol said...

seronok... bila dah balik baru leh kate seronok.. mase kat sane, dila bila saat kot bila boleh balik.. hehehe..

una leh wat dengan kawan2 ofis atau ngan family t.. g camping / chalet kat dalam hutan yang tadek line..

apepun, hargai masa belajar ni :)una tapek, da keje...:)

Anonymous said...

Hello! I just would like to give a huge thumbs up for the great info you have here on this post. I will be coming back to your blog for more soon.

randomly

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...