Tuesday, October 30, 2012

majlis naik rumah

salam...

alhamdulillah, raya kedua lepas, akhirnya kami sekerluarga telah pun wat majlis naik rumah kat kampung... selepas 5 tahun buat dengan kesusahan abah.. akhirnya, terbina juga satu rumah milik kami semua...

dalam nak menjayakan majlis tu, banyak benda yang memenatkan. memang la... nak buat makan, nak jemput-jemput orang bukanlah senang. dan, terlebih dahulu aku mintak maaf,tak ajak semua orang sebb ajak kenalan dekat dan sanak saudara je dulu...

memang penat bila kami buat majlis 2 hari. satu harinya pada waktu malam, untuk doa selamat dan keesokan harinya  untuk majlis kesyukuran. sakit-sakit badan kami sekeluarga. dari persiapan sampai la nak kemas..
memang aidiladha tahun ni bukanlah beraya sangat tapi lebih meraikan orang-orang lain...

kawan-kawan mak dan abah yang datang memeriahkan lagi suasana... rasanya, jemputan hanyalah 300 kot, tapi penatnya.. sebb kami tak pernah wat majlis sendiri. biasa pn jemputan tak sampai seratus. sedikit berasa penat sebagai tuan rumah..

p/s : semoga di rumah itulah, lebih banyak biah solehah dihidupkan.. semoga dirumah itulah lahirnya imam-imam dan hati-hati yang baik, semoga di rumah itulah, lahirnya keluarga yang dirahmati ALLAH... insyaALLAH.. terima kasih mak dan abah.

No comments:

randomly

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...