Wednesday, October 10, 2012

DPPM 2012

assalamualaikum...

1. selesai menonton pertandingan akhir debat piala perdana menteri di tv9, aku bersorak gembira apabila UIA menjadi johan dan UKM menjadi naib johan.. kerana hujah dan penerangan yang disampaikan itu, sampai pada kefahaman aku...

walau hanya menonton melalui kaca tv sahaja, semangat dan sokongan masih sama seperti berada di sana cuma suasananya mungkin sedikit berbeza. namun, itu masih belum menghalang aku untuk bertepuk tangan dan bersorak tanda setuju pada hujah-hujah mereka. *harus la housemate aku pelik bila aku layan debat mcm betul2 kat dewan persidangan - aku tak kesah!

selesai cerita tentang final dppm.

2. walaupun sedikit rasa sedih sebb tak dapat join dppm, aku masih percaya bahawa setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. tidak berada di dppm kali ini tidak bererti aku tidak langsung mengambil kisah tentang rakan-rakan seperjuangan yang berjuang, terutama sifu-sifu daripada unisza yang telah banyak membantu kami IPG ini. sokongan dan doa kami ucapkan kepada team unisza untuk terus berjuang di dppm.

aku juga mengikuti perkembangan upm, walaupun upm bukan team feveret pun. cuma bila ada debater feveret, maka aku rajin2kan diri menonton pusingan-pusingan yang dimuatnaik dalam mobtv.... hehehe. afifah, anda memang superb! semoga terus berjaya.

3. debat adalah satu proses pembelajaran dalam perhubungan. insyaAllah, akan aku ceritakan tentang ini lagi. memandangkan entry kali ini lebih kepada dppm 2012, aku mengucapkan tahniah kepada saudari fawza sabila! you have done well.. saya sokong anda dari terengganu. :)

semoga terus berjaya dalam perdebatan kepada semua pendebat. untuk aku juga. ngeh!


1 comment:

Anonymous said...

I'm having a tiny problem I can't seem to be able to subscribe your feed, I'm using google reader by the way.

randomly

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...