Wednesday, February 15, 2012

prioriti lorh...

tok..tok...tok...
assalamualaikum....

fuh, baru balik dari GIANT~ seronok dapat jejalan neh.. hahaha... > memang keje aku bejalan jek. tak, sebenarnya aku p amek spec kat GIANT. baru siap.
tapi, aku tak de niat suci dan murni pun untuk mempublish gambar aku bersama spec baru kat sini..:)

okeh, topik yang akan aku kupas sampai nampak isi hari ini di saat ini adalah tentang prioriti. hah, duk sebut2 prioriti ni taw ke apekebendannya?? kikikih. prioriti=keutamaan. ok, kiranya sebagai pelajar ni, kita sebenarnya banyak keutamaan la dalam hidup. sebenarnya bergantunglah kepada situasi kan..

oyeh2, mcm orang yang nak bg motivasi da bg intro yang padat tu. so far, aku rasa semua faham hape benda tu prioriti. ok! bercerita tentang suasana yang aku hadapi dan juga boleh membuatkan aku bengang tahap anak dinasour ialah...... boleh tak korang beri keutamaan kepada yang utama?

aku menghadapi beberapa masalah yang mane> mcni situasinya.

1) aku ni berkawan... yela, orang kate kawan biar seribu kan.hehehe... tapi, bila tang kawan aku tu ada masalah la dengan pakwe dia, mula lah dia nak bermuram durja durjana ngan aku sekali. padahal aku tak taw pebenda la salah aku. nak senyum pun mak aiii, kedokut. nak ckp pun mcm tak nak ckp. da tu wat muka lak tu.. kok ye pun korang bergaduh manja2 anak ayam ngan pakwe kesayangan korang tu, aku ni masih kawan. dan lau ikut dari segi kepentingan, aku lagi penting dan halal dari pakwe kamu tuh... da la gaduh ngan orang lain, pastu nak marah2, hempas2 barang kat orang lain...

hadoi, aku sangat amatlah bengang kuasa tiga dan menyampah dengan manusia macamni. n perkara ni membuatkan aku berpk 2 3 4 5 kali untuk jatuh cinta. takot2 jadi mcmni la. nak merajuk tak tentu pasal dan nak emo2 macam orang tak bape nak center...

so, aku berpesan la kat korang semua di luar sane ( haish, ckp mcm ramai la sgt pengikut blog aku neh), letak yang utama tu sebagai yang utama. kawal la emosi ngan orang yang baik ngan korang. da gaduh ngan pakwe tu jgn la nak emo tak tentu pasal pastu nak main sembur je kat semua orang. kesian kot kawan yang care pasal ko pastu kena marah free> tak payah mintak, tak payah bayar pun kena marah2. aku kat situasi ni, tak taw pape, korang nak marah2. mula la aku pun naik hangin jugak. bila tye tak de pape> malu la nak ngaku gaduh ngan pakwe tapi marah dan wat muka tak tentu pasal. jadi, tolonglah wahai kawan-kawan aku yang budiman, sila la berhemah walaupun ketika anda sedang bergaduh ye...:)

Sunday, February 12, 2012

tukar background blog ketika mc :)

assalamualaikum...

harini 12 feb aku apply cuti rehat. akibat demam sejak rabu lepas. so, mintak mc untuk rehat saje kat umah. tanpa kua umah...

aktiviti hari ni ialah antaranya,

1. bukak tingkap umah
2. basuh kuali dan bersihkan dapur
3. tukar layout blog!!

korang perasan tak blog aku da berkelip2 ni?? hahaha... aritu aku guna background yang sngt kuno. tak sempat lagi masa tu nak ngadap benda hitam empat segi ni... skunk ni cuti rehat, aku guna la mase nak mengeledah blog dan tukar ape2 yang patut...

b4 ni aku letak sume gambar family members aku, masih relevan kah meletakkan gambar2 kat ctu?? mcm blog aku n family lak... ntah la.. no idea lagi sekarang..
t akan di pk kan..

p/s: take care. sekarang musim panas. banyakkan minum air.. lau ada rasa nak demm, terus makan ubat dan banyakkan rehat. jangan p main panas lak ye...

:) pesanan ikhlas dari cik pentol =)

Friday, February 10, 2012

profesional++

assalamualaikum buddies...

duk belek2 fb tadi, teringat nak post tentang sesuatu yang berkaitan dengan kerja dan being profesional. tadi singgah jap kat group smkawa 2007, kami plan nak wat program untuk kem kepimpinan sekolah wataniah untuk mac ni. sedang aku duk tengok respon yang ada kat post en khalili tu, aku teringat satu kisah yang memang menampakkan yang aku sangat tak profesional dalam bekerja.

honestly, aku memang lah sangat suka la join program macam motiasi ke, jadi ajk ke, jadi fasi ke. memang boleh tahan syiok la jugak kan. teringat awal jun 2010. mase tu wani kol,( wani is one of my bestie mase sekolah dulu) dia kate ada meeting tentang program motivasi kat sekolah. perjumpaan tu diadakan kat surau kayu, bertempat di tengah-tengah bandar jerteh. so, aku dengan semangatnya balik awl dari maktab dan on da way aku nak g perjumpaan tu aku excident! ye, excident = kemalangan! dan aku tersangat la takot bila kereta abah yang aku bawak tu kemek!! oh, tidak. menggigil juga aku....

tetapi, aku teruskan juga niat aku nak g surau kayu untuk meeting tu. aku pun park la kete jauh sikit, then aku jalan ke surau kayu tu. bila aku masuk dan sekali aku jenguk je dalam masjid kayu, aku tengok orang yang memang dia tak nak jumpa aku. oh, ape perlu aku buat? terus aku turun dari surau tu tu> maknenya aku skip la meeting tu. dan aku marah la wani, nape tak bgtaw yang orang yang memang tak nak jumpa aku tu ada... 

terkedu bila mengingatkan kate2 wani.

wani: dila, lau awk tak nak jumpa dia. dia lagi la tak nak jumpa awk!

aku memang terkedu la dengar. selama ni aku mendengar kebencian-kebencian orang itu dari kawan2 aku, ternyata aku dengar dari kawan baik aku sendiri. 

kiranya aku ni tak pro la kan. benda yang melibatkan masalah tu sepatutnya aku letak tepi. bukan aku biarkan perasaan tu memusnahkan karier yang aku suka. tapi tu la aku. bila aku bekerja, aku bukan sekadar bekerja dengan kepala je, tapi aku cuba untuk letak sepenuh ati aku apbila aku bekerja! nak buat kerja dengan rasa gembira dan penuh keterujaan. 

banyak lagi nak kena baiki dalam bidang kepimpinan. 

Wednesday, February 08, 2012

darah!

terkujat aku bangun je pagi-pagi tadi, aku nampak ada darah...

darah kat seluar tido..... timbul tanda tanya yang sangat banyak.. mcni banyaknya...?????????????????????????????????????????????????????????????????????? > cukup la banyak tu..

darah yang ada tu kat kami seluar! yang pelik, dari mane datangnya darah tu. aku check2 kaki aku, tak de lak luka.. memang terkejut la.. mai mane la darah tu.. semalam tak de!!

 pelik-pelik!! pastu aku duk pk la.. nape la...
pastu, tetiba lak, jumpa binatang ni atas lantai....

oh no!! pacat!
 tapi dia da mati.innalillah~
ntah la nape dia leh mati, maybe aku terkenyek dia kot...
akhirnya dapat la aku detect yang darah yang kena kat suar tido tu adalah darah pacat...
p/s: ape yang menjadi kepelikan aku ialah

1) mcne pacat tu leh masuk dalam bilik aku sebb bilik aku ada at the center of the house lah!!
2) aku last kua umah petang semalam...
3) kenapa pacat tu mati???

haha...

Wednesday, February 01, 2012

alahai debat

mungkin tahun ni, aku sendiri dengan terpaksanya perlu merelakan bila aku stop dalam bidang perdebatan dengan team ipg!! hua3.. ase sedih, kosongnya hidup sebb debat tu antara sesuatu yang ada dalam diri aku, yang aku sendiri tanam, yang aku sendiri usaha untuk naik. bukannya bakat yang ada!!

tahun lepas mase debat ipg kat kampus tengku ampuan afzan, prestasi yang aku tunjukkan sangat tak baik menyebabkan expectation manager group debat tu da reject aku mentah2 untuk debat integriri akhir bulan ni. aku tak tahu menahu yang mereka(team debat ipg) akan hantar team untuk debat integriti ngan ump tu. tapi malangnya sangat malang, aku tak di ajak oleh manager group kerana kesilapan yang aku tunjukkan! hua2. mase aku tahu pagi tadi, memang ase kosong terus hidup ni dan aku merancang untuk move ke arena lain yang lebih bagus...>mungkin!

tapi, boleh ada kemungkinan tak yang aku akan diberi peluang kedua?? andai kate ada rezeki aku lagi dalam arena perdebatan ini, insyaallah, adalah terselit nama aku untuk di ajak menjoin diorang sekali!!


sedih bila ingat prestasi sebelum ni yang agak2 ok tetapi dimusnahkan dengan ketidakmahiran pada peranan lain.. aku terpaksa korbankan peranan aku sebagai perdana menteri/ ketua pembangkang untuk orang lain. tapi malangnya, aku mengorbankan segala kecintaan aku terhadap arena perdebatan...

aku pasrah.

randomly

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...