Tuesday, December 11, 2012

perempuan gemok tak laku! sentap

assalamualaikum dan selamat pagi semua..

pagi ni setelah lame ye aku tak blogging, maka aku berblogging untuk menyalurkan rasa hati ni.
terluka.
 siapa tidak terluka tatkala mendengar ayat ' pempuan gemuk ni tak laku'
mahu sahaja aku meraung sekuat hati bila dengan frasa itu keluar dari mulut abah.
bukan berhenti setakat itu, malah disambung lagi dengan beberapa perkaitan yang boleh buat aku menangis dan meraung saat di dapur tadi.

antara yang menyentapkan jiwa raga :

perempuan gemuk ni tak laku. bila tak laku, kenalah tunggu lelaki yang dah mati bini atau jadi bini nom 2 ( huaaaaa). orang lelaki ni tak suka pempuan gemuk ... bla.. bla.. bla...

dan masa tu, memang rasa macam ada puting beliung dalam badan aku... nasib baik aku tak buat2 pening dan berlakon pitam tadi. honestly, aku setuju sikit part 'lelaki tak suka perempuan gemuk' but then bukan semua lelaki kan. memang ada tapi bukan semua. even aku pulak, tak suka lelaki kurus. i mean terlalu kurus..
so? fair la kan...
tapi sentap bila sebut bab tak de orang suka.. 
huaa... nak nangis :'(

mentang-mentang la aku ni single mingle, tadek bf, tadek orang suka. serius, aku rasa nak nagis sesangat dengan statement abah. macam terlalu hina la gemuk ni?? gemuk sangat ke??
ye, memang tak dinafikan, aku pernah di reject sebab aku gemuk.
dan, paling teruk, aku dipermainan sebab aku ni gemuk.
masa tu dan sampai bila-bila pun aku akan ingat orang memperbodohkan aku.
orang memperbodohkan aku sebab AKU GEMOK...

aku akan usaha. tak dapat hari ni, aku buat lagi esok. aku akan terus buat sampai aku dapat apa aku nak.. sudah la dila, sudah tiba masanya aku berubah. sudah tiba masanya aku keluar dari kutukan dan penghinaan manusia terhadap aku. sudah sampai masanya aku perlu fokus dengan apa yang aku inginkan... bukan kerana orang lain, tapi kerana diri aku sendiri...

aku mohon pada TUHAN.. TUHAN yang MAHA MENDENGAR segala rintihan hambaNYA. sesungguhnya, aku hamba yang terlalu lemah. hamba yang lemah dalam aturan TUHAN.
aku mohon, bantulah aku ya ALLAH

P/S : teringat satu pesanan 'ntah-sape-ntah'
orang pesan yang buruk-buruk kat kita.. kita sedih, tak suka. tapi mungkin ada baiknya.. take it very very very positively. smile and work for it! insyaALLAH.

3 comments:

~UNA~ said...

takdelah.. bukan macam tu.. jangan risau.. jodoh tak kenal gemuk ke kurus.. dila cantik, baik.. ada bakal imam yang menunggu tu.. cuma kena usaha skit.. kot2 ada depan mata.. hehe. klau takpun, walaupun orang yang tak pernah kenal pun akan jadi sebahagian drpd hidup kita tau..

cik pentol said...

una... thanks 4 the support.. still keep onpraying towards...
sometimes, i do feel sad when people say so...

cik pentol said...

act, this is second time... first, someone blog about that... im hurt~

randomly

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...