Tuesday, December 11, 2012

People around us



Hari ini aku gigih jugak nak blogging walaupun tadek internet kat umah. Sekarang, aku masih dikampung rentetan majlis pernikahan dan walimatul urus mak cik (suna). Akhirnya, the only mak cik sebelah abah sudah bergelar isteri orang. Alhamdulillah. Semoga my turn akan datang dengan cepat dan mudah J
Majlis penikahan dan walimah beliau berlangsung pada 2 hari yang berbeza. Dan, sangat banyak benda aku belajar tentang kehidupan manusia. Maka, kita sebagai yang ada di sekeliling ini belajarlah! Ada yang jenis rush, ada yang jenis cool, ada yang jenis relax dan macam2. Aku ni cucu sulung sebelah abah, kira paling tua la dalam kalangan cucu-cucu nenek (nek nab). Aku ada 4 orang mak cik (including suna) yang bermacam2 latar belakang.
Honestly, aku dibesarkan dalam keluarga besar yang sukakan kesempurnaan (orang putih kata perfectionist) dan dibesarkan dalam keadaan yang tegas serta skema. Mostly, aku juga dibentuk mcam tu.. dulu, aku jenis macam tu. Tak dinafikan, sekarang pun masih lagi ada sikit2. Kadang2 aku juga rasa, sikap aku kurang disenangi oleh rakan-rakan. Aku juga ada tidak menyenangi sikap mereka. Tapi hidup ini satu pemberian yang menyempurnakan satu sama lain. Makanya, tidak guna kita bertikam lidah dan asyik menunding jari salah siapa. Kerana, kita semua tidak sempurna. Jadi, aku perlukan kamu dan kamu perlukan aku untuk sempurnakan kehidupan yang kita ada..
Baru2 ini, aku asyik dan kerap kali menekan punat telefon, asyik mendail nombor seseorang. Seseorang yang sangat sukar menjawab panggilan. Saat itu terdetik juga jauh di sudut hati “oh, saat dia perlukan aku, kencang sahaja bercerita. Saat aku sedih begini, belum tentu dia ada”… lalu aku duduk sejenak. Cuba menghubungi orang lain. Meminta nasihat dan pandangan. Kerap kali aku hubungi kawan ini. Dia sentiasa ada saat aku rebah tersungkur menyembah bumi.. dalam hati aku juga berfikir “ dia selalu ada masa aku susah, tapi dia tak pernah menyusahkan aku”. Betapa adilnya Allah.
Banyak belajar tentang orang dan kehidupan dengan melihat dan merasai. Aku bertemu dengan ramai orang dan ramai orang telah mempengaruhiku… aku dibentuk oleh bermacam2 ragam J padanlah aku kurang pendirian dan mudah berubah arah.. kerana mak selalu berpesan “ kita tidak boleh mengubah orang mengikut acuan kita, tapi kita boleh ubah diri kita mengikut persekitaran”.
p/s : belajarlah memberi dalam hidup. Nescaya, Allah akan memberi yang baik kepada kita. Orang kata give and take. Give dari kita, take dari Allah. Allah itu Adil, tidak pernah tidak adil. Dan kita adalah orang yang beruntung, kerana Allah telah aturkan yang terbaik buat kita. Orang yang suka memberi, mudah rezekinya. Doalah dan mintalah pada Allah.. kerana semuanya yang ada di langit dan di bumi adalah milikNYA. J
wallahualam.
written : 11.56 pm 6 dis 2012 at kg kemubu, Kelantan!

No comments:

randomly

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...