Monday, March 05, 2012

no title

salam..

hari ni nak merapu-rapu ikan kerapu jek.. tak de main point pun nak cerita sebb banyak sangat perkara yang kena buat dan yang dah dibuat lately... so, aku buat entry rojak la arini sesaje untuk suka-suka selepas kepenatan dan kesibukan yang menghimpit di ipg tercinta ni..

ok, kita mulakan dengan pertandingan debat integriti. da 24- 28 februari.. tapi 2 hari sebelum dari hari bertolak tu, aku da kena kuarantin oleh pensyarah semata-mata nak bincang tajuk-tajuk tu sume. jadi, since 22 lagi aku tak masuk kelas... :) seronok? tak!! 

setibanya di rumah sewa kat kuala terengganu ni, aku sampai maghrib 28 hb! aku bersiap-siap untuk ke program bina insan guru - lawatan benchmarking kat sekolah. kami kena pakai baju tema oren! jadi gosok la baju beramai-ramai.. esoknya, bertolak ke besut seharian dari pagi sampai la petang baru balik KT balik. walaupun aku balik ke daerah aku sendiri, tapi kesibukan menyebabkan tak sempat pun nak jumpa parents.. ok, bertahan!

kemudian, disambung lagi 1 mac.. ada kursus kssr matematik tahun 1 dan 2. seharian dari 730 pagi sampai 4 petang. lepas kursus tu kami semua kena bergegas pulak ke dewan lain untuk kursus olahraga amatur malaysia, sampai 6 petang hari berkenaan. da lembik da rasa nak dengar ceramah..

seterusnya, 2 dan 3 mac. kursus olahraga sambung lagi. yang untungnya pada 3 mac hanya sampai 10 pagi. lepas kursus tu, aku dan bakal praktikum mate p cari umah untuk disewa! disebabkan penat, kami amek je umah yang agak-agak tuannya baik dan affordable untuk kami.. dan lepas da settle pasal rumah, baru la perasaan yang diri ni sangat lapar kuasa 3. kesibukan ni buat aku lupa untuk makan.. bagus!

lepas balik umah, group members lak mendesak untuk hantar assignment kat dia. huk2...lau dia tak mintak pun, aku sure akan mengadap jugak bendaa hitam yang bentuk 4 segi ni... aku akan wat keje jugak!! memang aku ni pemalas, tetapi... aku akan wat keje agar ianya tidak menganggu masa tidur aku. so, all i need is FOCUS.

hari ahad, cuti keputeraan, aku spend mase untuk rehat kerana malam tu tak bape leh nak tdo. i dont know y. esoknya aku qada' la.. pening kot tak cukup tdo. dan hari ni, hari isnin... pagi-pagi lagi da ada test math. alhamdulillah, boleh jawab dengan tenang.. sebb cukup tdo kot.. tapi hari ni jiwa sesak betul sebb ada 2 taklimat yang berturut-turut... esok da nak g lawatan ilmiah kat k.l. dan sume perkara; nak jumpa lecture ke, nak anta tugasan ke, should be done by today! sangat rush.. macam da tak cukup kaki da nak kejar sane sini.. balik je dari taklimat pukul 430, aku terus tidor!! memandangkan tak jadi kua dengan si birthday man kerana kesibukan beliau, dan untuk mengurangkan ke_______________ (word ape yang sesuai? ) sebb tak leh kua, aku memilih untuk rehatkan minda dan segala bagai... 

bangun je da 545. nak kua p isi minyak dan nak amek duit, nak hantar baju yang dipinjam dari junior.. p jejalan la sekejap petang tadi. sampai je umah, kol mak.. baru sedar, da lame tak sembang ngan mak sebb both busy.. mak baru je balik dari lawatan sekolah ke sarawak (memang aku tak leh ikut sebb clash byk benda)... mak tido awal.. jadi, bila nak cakap sesuatu dari hati-ke-hati tu kadang-kadang susah sikit.. hehehe... seronok sembang ngan mak tadi.. ni pun tak sempat nak gtaw mak yang g kl. hehehe... t balik jumaat ni, sembang lagi ye!

esok: going to kl.. semoga perjalanan selamat pergi dan balik. 

p/s : apabila kita mencintai seseorang kerana kelebihan-kelebihan yang ada pada dirinya, pasti kita akan sedikit demi sedikit kecewa dengan kekurangan yang dia ada. dan for sure, kekurangan tu pasti ada. 
benda akan jadi sebaliknya apabila kita melihat kekurangan seseorang untuk menjadi kekuatan pada diri kita agar lebih sempurna!

~ cara kita menerima seseorang adalah dengan cara berfikir bagaimana sebenarnya dia.. :)

aku pernah bertanya pada salah seorang kawan aku : (mase ni tengah down sesangat and i tend to as pelik2 ques)..

dila : sepanjang kita berkawan, apakah kekurangan saya sebagai seorang kawan?
kawan dila : betul ke awk nak saya cakap? awak taw kan saya cakap direct.. it will hurt u in anyway..
dila : tak pe. just be honest..
kawan dila : ok.. gimme one minute. panjang!
dila : ok (sambil menunggu msg dia masuk )
kawan dila : there's no such a thing in urself dear. coz i've never looking at your weakness. u juz complete what i;ve lack of. ketidaksempurnaan awk yg jadikan awk sempurna..
dila : thank > aku da teresak-esak da bace msg dia... sesungguhnya akulah manusia paling bahagia mendapat kawan seperti dia... terima kasih dalilah omar. 


i hope readers learn something value la dari kisah ni... 

No comments:

randomly

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...