Wednesday, May 02, 2012

kejayaan bersama

assalamualaikum...
debat kali ini betol2 mencatat sejarah yang besar dalam hidup aku...
selepas bertungkus-lumus dan berhempas pulas untuk team ipg (walaupun sebagai reserve sahaja) akhirnya kami dapat juga tempat ketiga... yang penting dapat piala...

nak cerita la sikit perjalanan latihan perdebatan yang aku lalui sehingga ke pentas separuh akhir.

1. bermula sebelum praktikum, deal ngan burhan untuk ajar kami.. terpaksa extend sehingga 17 mac 2012 sebb cuti mid sem seminggu
2. 19 mac 2012- kelab debat ipg ditubuhkan atas usaha syed fahmi akmal.. banyak perkara yang buat dia kadang2 out of track.. aku faham, keje sesorang memang stress sedangkan aku tak de kat ipg.. sebulan praktikum.
3. 23 mac 2012- first practice kat unisza bersama ip mizan dan team unisza. aku memang tak plan nak g, tetapi dengan tekanan yang diberikan aku kuatkan hati plan untuk g jugak.. kenal kawan2 baru.. k.nana, k.ya dan ramai lagi... burhan ajar pembukaan konsep dan abg adib ajar a few tips.
4. 6 april- aku balik ipg dan wat first mock debate ngan adik2 kelab debat. petang sepatutnya ada meeting ngan burhan, tapi tak cukup ahli, meeting cancel.
5. 15-19 april - cube untuk meeting ngan team perpaduan sebanyak mungkin untuk organize dan mock sikit2 kasi polish lingga.
6. 20 april (jumaat) - mintak dan tunggu abg adib datang ajar.. tapi dia mungkin penat. tak datang...
7. 20 april (jumaat ) - burhan nak wat kelas tapi kami semua tak de sebb semua ada ha kecuali aku dan syed sahaja...
8. kelas ngan burhan ditunda ke sabtu malam (21 april 2012)
9. burhan serahkan kelas kat abg adib.. so, 21 april kami first jumpa abg adib kat dieta's pizza.. abg adib belanja makan kami malam tu> thanks abg adib.
10. 22 april 2012 (ahad) - tade latihan langsung sebb iqbal dan lingga ada ujian akhir kursus... wajib study...  mase ni start ada masalah ngan ...
11. 24 april (selasa ) - abg adib buat mock kilat dan mock pintas... aku lah orang yang paling terkapai-kapai malam tu...
12. 25 april (rabu) - abg adib wat mock kilat lagi..ada improvement.... dia tak ikut kami p besut...kami mohon doa guru..

***tiba masa yang ditunggu...

13. 26 april (khamis) - tiba di bumi besut... check in dan balik umah..
14. 27- 28 april (jumaat sabtu) - start battle... ada suka duka sepanjang bersidang...
15. 29 april (ahad) - dapat masuk suku dan menang.. mara lagi ke separuh.. rezeki hanya num 3..


rumusan : alhamdulillah... sepanjang perjalanan debat yang bagi aku penuh berliku ni, akhirnya merasa sesuatu yang manis bernama KEJAYAAN. apa yang terjadi sepannjang menuntut ilmu tentang debat, memang banyak hikmahnya.. berjumpa dan berkenalan dengan ramai orang membuatkan aku rasa seperti indahnya ukhuwah... dan dalam team, berperanan seperti kakak dan dipanggil kakak oleh semua orang adalah salah satu tanda hormat dan tanggungjawab.. alhamdulillah..

~tak lupa, dalam kesibukan menjaga adik2 berdebat, ada kelapangan membawa dia untuk kenalkan pada keluarga.

No comments:

randomly

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...