terlalu banyak perkara yang nak diceritakan tentang kisah kemenangan ini... akhirnya, membuatkan aku terpaksa meletakkan beberapa episod dalam mencapai johan. bagi aku, kami johan sebagai kumpulan, sebagai individu, aku bukanlah johan tapi johan tetap johan.
dah melalut pasal johan-johan ni....
secara persembahannya, orang lain konsisten sahaja tapi bukan aku. aku cepat tergugat lebih-lebih lagi apabila kurang sangat memahami usul seperti usul
mahasiswa : sudah duduk baru berlunjur.
kami sebagai pembangkang, merepek2 aku cakap. akhirnya, satu team kalah....
yang teruknya, selepas 3 sidang pusingan awal, aku adalah ranking ke 29 daripada 30 peserta... hua~ teruk giler sampai aku sangat malu nak angkat muka kat semua orang... yaaaaa...malu giler aku habaq hang...
selepas 3 pusingan awal tu, aku terus solat zohor. aku tak suka nak berebt-berebut dengan orang pasal nak semayang ni.. bila orang makan, aku semayang, bila orang semayang, aku makan. jadi, tak bertembung ngan ramai-ramai orang dah...
mase semayang tu, memag haraplah dilancarkan percakapan.. semoga aku tak rosakkan team.. sgt berharap. nak nangis rasanya sebb malu weh. malu ok.. malu!! dan alhamdulillah, suku akhir aku berhak menjadi pendebat terbaik..
dedikasi kepada abg syahmi yang menyokong dan memilih aku sebagai pendebat terbaik. menajdi pendebat terbaik adalah impian dalam team ni. sebb dalam team ini, syed dan iqbal je duk rebut pendebat terbaik.. apa salahnya, title pendebat terbaik itu singgah kepada aku. dan akhirnya, dengan pengiktirafan abg syahmi selaku orang yang ajar kami tentang debat memilih aku sebagai pendebat terbaik, alhamdulillah...
suka tak terkata... dalam team ini juga, aku mampu menjadi pendebat terbaik. alhamdulillah..
setakat ni, semua team yang aku join, aku dah berjaya dapat pendebat terbaik. dan inilah yang paling sukar sebb mereka sangat bagus (pengucapan). alhamdulillah..
namun begitu, aku kurang berpuas hati dengan peringkat akhir... sangat! aku dah la tersasul.. orang bahaskan PARLIMEN MAHASISWA tapi aku duk sebut2 PARLIMEN MALAYSIA.. kan jauh tu.. tapi dah tersasul... terok~ saat tu aku tengok encik irfan duk ajuk2 yang aku salah tu.. huhuhuu... maaf semua.
plus2 pasal mic yang makin turun kebawah.. haiiiyakkk.. sangat tak selesa...
walaupun, bukanlah aku menjadi yang terbaik dalam keenam-enamnya, tapi encik irfan kate
"kamu adalah 6 terbaik....saya iktiraf" - encik irfan
No comments:
Post a Comment