assalamualaikum dan salam sejahtera buat anda semua..
alhamdulillah, berakhir sudah satu lagi episod perdebatan. dan alhamdulillah, johan menjadi milik kami.. perjalanan yang tidak sesukar pertandingan lagi, namun kali ini masih mempunyai halangannya...
di saat aku terkepit antara assignment yang nak dihantar sehari selepas tamatnya debat, dan kali ini akulah yang kena compile assignment tu.. terkepit lagi dengan minggu terakhir praktikum di sekolah gong badak.. terkepit lagi dengan latihan intensif debat.
alhamdulillah, semuanya telah berjalan lancar walaupun kami sendiri yang uruskan semuanya dengan bantuan dan pemantauan encik irfan. nak cerita sikit siapa encik irfan yang kita semua perlu tahu.
1.encik ni adalah orang yang pilih saya masuk debat zaman 2008 dulu. tahun pertama di ipg. kemudian, beliau sambung belajar. datang balik ke ipg 2012.
2. 2012, kami semua mula berada di bawah encik irfan semula. ianya bagainya bermula semula. bermula dengan debat integriti, kami mula belajar banyak benda dengan bantuan. dan pada aku, pada debat integriti itulah, peluan kedua diberikan dan diberikan kepercayaan oleh beliau.
3. lepas debat integriti, kami ke debat peraduan ipg. kemudian ke debat alam sekitar, kemudian ke debat perpaduan dan akhir sekali setakat ini, debat ulul albab.
4. setiap pertandingan debat ada cabarannya yang tersendiri, kami jumpa dengan mereka yang hebat-hebat. namun, encik akan terus bimbing kami dan tak de ugutan yang tak menyenangkan. sebb, tujuan kamiadalah belajar.
5. terbaru, tiba-tiba encik ugut, kalau tak ke final, dia nak letak jawatan. aku pun pelik kenapa tetibe saje. dan alhamdulillah, kami berjaya ke final untuk debat ulul albab
masa menunggu untuk menghadapi final tu, kerap kali aku katakan, aku takut. sebb di final, harapnnya lagi besar. aku risau. sangat. namun, masih ingat kata-katanta apabila kami ada latihan.
''awak nak risau ape? patutnya mereka lagi risau, sebb mereka tuan rumah. kamu menang, kita bangga. kamu kalah pun kita bangga. kalau kamu kalah pun, saya tak marah''
saat tu, berasa sedikit lega. sebb tak sampai hati nak kecewakan encik yang da banyak tolong dan bimbing kami. dia yang sediakan makan, minum. mana ada orang lain wat benda mcmtu. survive la sendiri. tapi, encik ni dia care pasal kebajikan. jadi, kadangkala di saat aku kena hentam ape pun, kami sentiasa percaya kerana ada orang yang percaya pada kami... inilah hasilnya.
selepas sahaja kami bersidang, aku bergerak duduk satu baris dengan pensyarah yang datang dan masa u encik kate.
'' bagi saya, saya dah puas hati''
dan, apabila diumumkan sebagai johan, aku kira enciklah orang yang paling gembira apabila melihat hasil acuannya akhirnya mampu juga dapat johan..
p/s : debat ulul albab berbeza dengan debat ipg. ape pun, kedua-dua pencapaian ini akhirnya membuat mereka yang tidak penat mengajar kami, boleh terus tersenyum :)
KAMI ADALAH SEJARAH
No comments:
Post a Comment