dalam beberapa hadis, ada yang menyatakan ;
1. "Pilihlah calon suami/isteri yang baik demi keturunanmu, sebab pengaruh keturunan itu sangat kuat."(HR.Abu Daud)
2. "Dinikahi wanita itu kerana empat perkara, kerana hartanya, keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Maka pilihlah dalam hal keagamaannya. Nescaya beruntunglah kedua-dua tanganmu."
Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim
baiklah, pada mulanya aku tertanya-tanya juga, apa hikmahnya keturunan juga menjadi antara ciri yang perlu ada bagi satu-satu pasangan yang akan kita pilih, alhamdulillah, baru-baru ini ketika aku menghadiri majlis perkahwinan salah seorang saudaraku, aku melihat hikmahnya.
kisahnya :
ada seorang wanita. namanya napisah (bukan nama sebenar). pada fizikalnya, dia ini kelihatan sangat berdikari dan survive dengan hidupnya. jodohnya juga sampai agak lambat berbanding adik-adiknya yang lain. tatkala jodohnya itu menjemput, ada seorang lelaki bernama Ahmad (bukan nama sebenar) melamarnya. bagi aku yang masih kanak-kanak ketika itu, pak cik ahmad agak kacak. pak cik ahmad seorang duda beranak dua. anaknya sudahpun sebaya aku tatkala itu.
selepas perkahwinan mak cik napisah dengan pak cik ahmad, anak tirinya tinggal bersama mereka. anak tirinya mak cik napisah ini kalau di kira tidak mempunyai perkaitan darah pun dengan aku, tetapi mereka ini sangat baik dan keluarga besar aku sudahpun boleh menerima mereka berdua sebagai keluarga.
10 tahun selepas kehidupan mak cik napisah dan pak cik ahmad, ALLAH lebih sayangkan pak cik ahmad. pak cik ahmad pergi meninggalkan 3 orang anak hasil perkahwinannya dengan mak cik napisah dan 2 orang anak tiri bersama mak cik napisah.
baru-baru ini, salah seorang anak tiri mak cik napisah mahu berkahwin. bila si anak tiri ini memberitahu ibunya yang sebenarnya yang dia mahu berkahwin, tiada pun ibunya ingin membuatkan majlis untuk si anak ini. lalu si ibu tiri, mak cik napisah katakan bahawa dia akan membuatkan majlis perkahwinan anak tirinya itu.
terharu aku melihat penat lelah mak cik napisah dan seluruh keluarga tertungkus lumus menjayakan majlis perkahwinan anak tirinya yang mana kalau dikira, satu orang pun yang menolong menjayakan majlis itu tiada perkaitan darah secara langsung dengan anak tiri mak cik napisah. namun, dengan perasaan kekeluargaan yang cukup kuat, majlis itu telah pun berjalan dengan lancar dan jayanya.
benarlah kata kekasih ALLAH, Muhammad s.a.w, pilihlah dari keturunan yang baik-baik.
p/s : pilih keturunan baik itu bonus. tapi yang lebih utama adalah memilih agamanya. maka kamu akan bahagia. redha ALLAH ada di situ. insyaALLAH
No comments:
Post a Comment