lebih kurang 15 jam sudah berada di rumah sewa ini. kembali ke student-life. kembali memberikan fokus dan komitmen pada pembelajaran. kembali bersiap untuk ke kelas dan menguruskan kerja-kerja rumah sendiri.
semalam, selepas lebih kurang 2 jam aku sampai di rumah sewa, tbe2 masuk msg di wasap.
isi wasap dari seorang kawan baik.
"dila, im in love"
itu isinya... dan aku sebagai seorang kawan sangat gembira dengan berita tersebut. tatkala kawan baik yang aku tahu susah senangnya selama ini, akhirnya sudah ketemu orang yang akan sayang dia.
tahniah my gudfriend!
honestly, aku sangat happy untuk dia.
malam semalam juga, aku text rumate tersayang, ajak dia keluar g dinner kat kedai feveret kami.
nr pantai (nama kedai feveret kami)
aku asalnya tidak berniat langsung bercerita tentang siapa-siapa
tapi, entah mengapa aku cerita juga tentang seorang lelaki
namanya ahmad (bukan nama sebenar)
begitu signifikan ahmad ni dalam hidup aku akhir-akhir ini
sehingga kewujudan dia sedikit sebanyak menjadikan aku tidaklah sehappy dulu
aku keliru. nak cerita pun tak tahu.
ape yang aku mahu, mudah sahaja.
aku ingin menjadi diri aku
diri aku yang ceria, yang tiada sengketa dalam hati aku
yang juga melakukan apa yang aku suka yang juga masih dalam redhaNYA.
aku ingin menambahkan nilai diri aku
aku ingin baiki kelemahan aku, aku ingin menjadi
anak yang solehah pada ibu bapa, kaka yang baik pada adik-adik, rakan dan sahabat yang baik, ummat nabi yang taat dan paling penting hamba yang Allah REDHA di setiap langkah dan hembus nafasku.
aku ingin lupakan segala kelukaan yang telah ada. aku nak bangun dan bina diri yang baru. yang lebih baik bagi semua orang dan aku. aku ingin menjadi aku. aku yang dulu. semangat dengan diri sendiri.
p/s : pasti ada hikmah. ALLAH sedang mendidik aku menjadi lebih baik. Alhamdulillah. terima kasih ALLAH
No comments:
Post a Comment