Tuesday, December 24, 2013

perjalanan yang bererti

assalamualaikum...
alhamdulillah. selesai sudah temuduga suruhanjaya perkhidmatan pendidikan (SPP).
semuanya berakhir dengan selesa dan perjalanan yang 'awesome'

hari ini, 24 disember 2013, aku berada di sekolah kebangsaan jalan pasar, kuala lumpur.
sebuah sekolah di dalam bandar kuala lumpur, dikelilingi jalan dan bangunan besar.
menarik? mungkin menarik kerana aku singgah hanya untuk menemani kakak angkat yang sedang bermesyuarat sempena sesi persekolahan yang baru.

termenung aku seketika mengingatkan hari semalam...

semalam, 23 disember 2013.
hari yang penuh dengan aktiviti. bermula subuh, bersiap menuju ke kompleks B, tujuannya adalah untuk menghadiri temuduga SPP. aku dan rakan-rakan pusingan ke-dua. semua perempuan. berada dalam temuduga itu, sungguh penat juga emosi aku. terpaksa tersenyum dalam keadaan orang sedap-sedap je nak mengkritik. itulah lumrah dunia. mereka di atas, melihat kami kecil sahaja di bawah.
aku berazam : sekiranya aku di atas, aku tidak mahu bongkak dengan orang di bawah. insyaallah.
selesai di temuduga, aku sedar IC tercicir. penat juga mencari... belom ketemu. tiba-tiba rakan sebilik terjumpa dan serahkan pada aku.. alhamdulillah! 
kami menuju ke masjid putrajaya. ingin makan tengahari di sana. kaki aku sudah sakit. mana tidaknya, bertubuh besar dan memakai kasut bertumit tinggi runcing 3 inci (semua ini hanya kerana SPP). sakit kaki terpaksa di tahan juga. terpaksa.
selesai makan, aku masih berkira-kira ingin ke cheras, rumah kakak angkat.
(oh ya, sekarang aku di putrajaya, presint 9)
jam menunjukkan 1.30 petang. aku belom kemas kan walau satu pun pakaian ke dalam beg. pkul 2 sebolehnya aku sudah ke putrajaya sentral... seperti lipas kudung la aku masukkan semua barang. tapi, masih kemas tersusun. 

230 petang, sampai di putrajaya sentral. beli tiket KLIA transit ke bandar tasik selatan. (mujur pernah menjejakkan kaki ke sini). aku kena tukar train. aku kena naik LRT ke cheras. inilah kali pertama aku keseorangan membeli token n naik LRT sorang2. alhamdulillah, bukan waktu orang pulang dr kerja. memang macam orang kampung masuk bandar, tapi alhamdulillah Allah mudahkan segala urusan. sampai di Cheras, kakak angkat ambil dan terus ke rumahnya. perjalanan 2 jam itu dirasakan sangat sekejap. alhamdulillah.

*** sebelum ke sekolah pagi tadi, termenung aku seketika di dalam bilik.
Allah telah terlalu banyak mempermudahkan urusan yang baik-baik pada aku. dan banyak sudah Allah memperbaiki jalan yang aku pilih. bilamana aku mula suka sesuatu perkara yang 'tidak' bagi aku, maka Allah tarik "bende' itu dan ada tatkala aku bersedih.. tatkala itu, mungkin akulah manusia pelupa, yang Allah sedang mentakdirkan sesuatu yang sangat baik untuk aku, hambaNYA.

selama lebih 2 tahun kebelakangan ini, tidak dinafikan, aku banyak juga terguris dengan sikap manusia. bila mereka berjanji setia memegang hati dengan cinta, lalu mereka meninggalkan aku tanpa sedikit bicara lagi. sebenarnya Allah sedang merencanakan yang terbaik buat aku. kerana A;llah itu Maha Tahu dan Maha Sempurna.

p/s : semoga senantiasa dipelihara olehNya. Mohon yang terbaik buatku di sisiMu.

No comments:

randomly

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...