seawal pagi, bangun dan online.. terus aku tersengeh kambing sorang-sorang depan lappy.. hak..hak.. y?? sebab ada post yang menarik juga untuk dibaca.. and when bila orang appeciate u kan... hehehe..
nak share post dulu lah
here there are :
![]() |
ini adalah salah satu daripadanya =) * * * |
she's my junior. aku dah lame kenal dia. dari mula-mula dia masuk ipg. tapi tidak pernah ada peluang untuk bercakap dengan dia. maklum saja dengan keegoaan aku yang tinggi memuncak, aku sedikit sukar untuk menegur orang tanpa sebab yang kukuh. baiklah, itu salah satu kurangnya aku. kurang concern dan tidak peramah!
sehinggalah, kami ( team debate ) cari wakil bukan bumiputera untuk menyertai debat perpaduan ipg. agak sukar ingin mencari bukan bumiputera yang cepat belajar. akhirnya, jumpalah dengan Lingga ni..
hahaha... talking about my first expectation to her first.
aku fikir dia ganas dan aku ada rasa takot dan baik dengan dia. memandangkan, hanya kami berdua sahaja perempuan, maka nak tak nak, kena la jugak ringankan mulut. she's fast learner dan kuat kelentong.. hahaha.. tak dapat detect pun yang dia keletong tu... memang senang nak ajar dia..
bila dah kenal, she's a sweet person and always and always care about me.. malam-malam, selalunya dia yang akan teman aku balik bila aku ketakutan nak balik ke rumah sewa... baik, cakap pasal sweet, oh aku tidak pernah menjilat dia ye.. diri sendiri pun tak pernah jilat (hahaha, sila percaya!)
persahabatan mana tidak pernah bergolak?? aku juga pernah bergaduh sampai tak bertegur sapa dengan dia.. salah siapa?? mungkin salah aku.. tapi mungkin perbalahan itu adalah satu proses untuk dia kenal aku dan aku kenal siapa sebenarnya dia.. bila dah berbaik balik,our frindship even jadi lagi bagus dan baik dan klik dan seagkatan dengannya! alhamdulillah..
satu peristiwa yang aku selalu ingat bila dia menghormati agama aku dan menghormati aku sebagai seorang muslim. one day, kami pergi topman kat sunway piramid. dalam topman tu, aku satu kasut yang tapaknya diperbuat daripada kulit khinzir.. she call me " k.dila, mai sini jap. tapi jangan sentuh apa-apa ye"
biasanya gedik je tangan aku ni nak g pegang, tapi masa tu mungkin tuhan jaga kot, aku tak gatal2 nak pegang... i just go, stand up next to her.. she said " ni la kulit pig".. aku pun tengok betol2.. detik hatiku " oh, ni la rupanya".. aku sangat impress bila dia boleh hormat sesuatu yang kita junjung iaitu agama.. terima kasih
perkara kedua yang aku selalu ingat kat dia ialah, bila dia selalu teman aku bila aku nak g jumpa debaters lelaki. means, aku tidak keluar berdua la.. walaupun dia non-muslim, tapi dia menghormati aku dengan menjaga pergerakan aku.. ingat satu malam, dia sangat penat, tapi masih sudi teman aku berjumpa seorang senior lelaki yang sudah lama tak jumpa.. terima kasih my dear.
ye.. aku akui, aku dan dia cukup berbeza. dia tinggi aku rendah, dia degil, aku lagi degil, dia sweet, aku sour, dia caring, aku kurang sikit, dia pick up, aku asyik delay je... tapi satu benda yang aku boleh go on, dia menghormati aku sebagai seorang perempuan islam.. aku turut memahami adat dan budaya agama dia..
sama-sama kita fahami satu sama lain..
p/s : bila kita baru mengenali seseorang, kenali dia dengan fikiran yang kosong dan bukannya persepsi awal yang pernak kita dengar. kita tidak boleh mengubah mereka mengikut cita rasa kita.. setiap orang ada ''bonus points'' dalam diri dia. kita sebagai kawan perlu explore...
** terima kasih lingga kerana u hargai i, jadi kawan i, berubah menjadi lebih baik.. i doa pada Allah, semoga hidup tu lebih bersinanr-sinar dan dipermudahkan segala urusan =) if u be the best, u'll get ur best.
No comments:
Post a Comment