Monday, January 28, 2013

sekolah vs keluarga

assalamualaikum semua =)

hari ini dah hari ke 7 ke sekolah, menjalani praktikum. alhamdulillah, sekolah paling besar sepanjang 3 praktikum dan aku kira sekolah paling manis =) untuk 7 hari, aku boleh katakan guru-gurunya cepat masuk dengan aku.. mereka bercerita tentang apa yang mereka rasa. kisah bermula dengan seorang budak namanya din ( bukan nama sebenar )

din, seorang budak tahun 4 kelas paling belakang. dan dia seorang sahaja yang kelihatan tidak fokus dalam kelas. seolah mintak guru beri perhatian. kelihatan juga suka berangan.. aku pelik dan jadi terganggu. semua orang lain sudah lama menyiapkan tugasan, tapi tidak pada din.

selepas kelas, lekas2 aku ke bilik k.yah (guru pembimbing). bercerita kisah betapa aku frust pertama kali masuk ke kelas tersebut. bukan frust kelas, tapi aku rasa seperti aku gagal menangani mereka! huh, itu perkara biasa.. tiada yang sempurna.. aku ceritakan mengenai din. sungguh aku ingin bantu dia, tetapi sia seolah tidak mahu pun belajar.

rupa-rupanya, memang dia ada masalah keluarga. latarbelakang ekonomi keluarga yang kurang memberansangkan dan juga tahap pendidikan ibu bapa yag rendah menyebabkan anak menjadi mangsa keadaan ayah dan ibu yang suka menonton vcd lucah! bila di ajak ibu bapa untuk berbincang, ibu bapa sendiri mengelak, kerana mereka tahu, mereka tahu bahawa masalah berpunca daripada tindakan mereka. sedih aku mengetahuinya...

banyak perkara yang boleh buat aku menggelengkan kepala sebagai guru baru. aku tidak sangka bahawa masyarakat hari ini kian nazak dalam kelekaan mengejar keduniaan sehingga terlupa. terlupa, masih ada taklifan dan tanggungjawab yang bergalas.

lantas, aku berfikir sepanjang hari ini. betapa pentingnya mencarikan ayah yang bertanggungjawab dalam sesebuah keluarga. dan betapa pentingnya menjadi seorang yang bertanggungjawab.. aku bersyukur, aku bakal guru. menurut kak armiza, '' biarlah hanya di pandang guru sekolah rendah, asalkan anak aku, aku jaga''.

p/s : pesanan kepada diri sendiri yang bakal membina keluarga, lihatlah masyarakat dan nilailah, apa yang patut ada dalam diri sendiri agar keluarga yang akan dibina terjaga dari segala segi.. subhanallah... Allah beri aku ilham.

No comments:

randomly

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...