Friday, January 04, 2013

kisah samsung galaxy note 2

assalamualaikum...
alhamdulillah. post pertama sebagai pembuka tahun baru.
tahun ini merupakan tahun akhir sebagai seorang pelajar ipg (insyaallah)
dan sebagai seorang yang berada di tahun akhir, aku pastinya perlu la bijak membuat keputusan antara
baik dan buruk
keperluan mahupun kehendak

19 disember 2012 iaitu tahun lepas, aku sebenarnya ada menempah samsung galaxy note 2 dengan seorang rakan. aku dah bayar separuh dari harga telefon tersebut. memang aku suka sangat lah fon note ni.
lebih2 lagi note 2 yang tengah hangat keluar di pasaran sekarang.

disebabkan proses pengeposan itu dihantar sendiri oleh pihak syarikat, makanya lambat la sikit. aku dijadualkan dapat fon tersebut esok. namun hari ini hati aku gelisah. tak tahu kenapa, tetiba jadi tidak tentu arah... kerana apa? kerana semester ini dijadualkan dapat elaun pada akhir februari atau awal mac. dan, ketika itu, aku sedang menjalani praktikum yang sememangnya perlukan ongkos yang cukupp mantap...

maka, aku fikirkan,note 2 adalah keinginan besarku. tapi praktikum dan tahun akhir adalah keperluan aku saat ini. ya! memang aku sangat 'eager' nak pakai fon tu, sampai mimpi2... tapi aku lebih eager untuk fokus pada pembelajaran, harapan dan impian~ aku terus hubungi kawan yang menerima tempahan telfon tersebut,  aku katakan, 'maaf, aku cancel ye amek fon tu'

semoga keputusan yang aku ambil ini, adalah keputusan yang terbaik dan akan ada pilihan yang lebih baik sedang menanti dihadapan. aku bersangka baik pada ketentuan ALLAH.

P/S : kalau salah satu barang hantaran kelak tu ada benda yang aku inginkan, pasti aku akan tersenyum sehingga ke telinga. kadang-kadang aku berfikir 'materialistikkah aku?'

maaf ye note2, aku korbankan engkau demi mereka yang aku sayang dan diri aku sendiri...
-sk kg tengah manir, 21 januari cikgu datang ye :) -

No comments:

randomly

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...