assalamualaikum..
maaf. sudah lama nak update tajuk ni. masih jugak tidak berkesempatan. hari ini kita selongkar!!
semenjak dua menjak ini, ramai kawan yang mendirikan rumahtangga dan ada juga yang sudah bertukar status. namun, tidak kurang juga yang masih bersama dengan pasangan tanpa tujuan (semoga mereka cepat2 la ke langkah seterusnya yang halal). hahaha... ntah ape aku merepek ni.
baiklah. kawan-kawan sudah ramai kawin. yang jauh, yang dekat, yang serumah, yang sekelas dan yang paling penting, kawan rapat. TAHNIAH korang. pada mulanya, aku jeles tahap cipan gaban punya lah. sampaikan mcm eager giler nak cari boyfirnd lah, nak suh lecturer carikan la, nak suh kawan-kawan kenalkan la.. tapi sume tak menjadi.. baru je sape-sape nak kenalkan, aku mesti kate ' hurm, tak pelah'.. memang pelik kan, sebb seawalnya, aku semangat sangat nak kenal..
2012 berakhir dengan status single. alhamdulillah... bersyukur walaupun seawal tahun sehingga ke akhir tahun, ada sahaja ujian hati yang menduga. terluka memang terluka, tapi Allah sentiasa ada untuk di luahkan segala rasa. apalah sangat kelukaan hati itu kalau nak dibandingkan dengan ganjaran pahala yang Allah beri. tak kurang juga yang menduga sehingga benar-benar aku hilang segala rasa...
sedang aku semangat nak mencari pasangan hidup itu, tiba-tiba Allah ilhamkan satu perbualan dengan rumate kesayangan yang mana kami sangat jarang meluangkan masa untuk bersembang bersama
aku ceritakan kepada dia, aku termimpikan dia kawin ( dia belum kawin ). aku ceritakan kepada dia, isi hati aku.. bagi aku, dia sangat bagus dan sangat bijak untuk menilai bagaimana aku dan siapa aku... katanya
''dila, mungkin ada lagi taklifan yang belum selesai, sebb tu kita belum kawin''
im thinking deep deep deep abouther words... banyak betulnya..
kesimpulan daripada ayat dan perbualan dengan beliau : untuk masa sekarang, aku tidaklah sehingga ingin benar-benar mencari. tetapi andai sudah tiba masanya dan ada orangnya, aku terima sahaja.. kalau nak ikutkan hati, aku masih rasa aku kanak-kanak ketika berada dalam keluarga..
p/s : mak, abah, nenek dan adik beradik sudah memberi lampu hijau untuk aku bertukar status.. aku hanya berdoa dan memohon Allah pula memberikan laluan yang mudah dan yang paling penting diredhaiNYA. ya Allah, aku mohon jejaka pilihanMU untuk menjaga aku dunia dan akhiratku. AMIN.
* bila sudah tiba masanya, tepat orangnya dan betul caranya, jodoh akan datang dengan baik dan mudah. insyaallah. bersangka baiklah dengan ketentuan Allah :)
#aku akan selalu doakan kamu.. jaga diri baik2. nanti kita jumpa bila Allah dah izinkan =)
No comments:
Post a Comment