Tuesday, January 15, 2013

kasut biru dan anugerah


assalamualaikum....
alhamdulillah, ku panjatkan kesyukuran..
lame sudah tidak berblogging... bukan tiada idea, tapi kadang-kala tiada rasa nak menyampaikan idea.
jadi, beku sahaja tajuk entry dalam kotak 'draft'
kelak, kalau masih tidak punya idea, akan dibuang begitu sahaja..

hari ini, ada perjumpaan persatuan matematik yang mana setahun sekali je kami jumpa secara formal.
aku memberanikan diri memakai kasut berwarna biru.
oyeh~ student yang dianggap skema kini sudah berani membuat otai... hohe....
aku tahu, kasut aku agak menjadi tumpuan, tetapi jauh di sudut hati, aku tidak pernah kesah kerana aku tahu, bukannya ada orang ambil peduli apa warna kasut yang aku pakai...
dah selagi aku masih bersopan, aku pakai sahaja.

kasut biru ini, lingga yang pilih. aku ambil dan bayar atas cadangan beliau. aku tahu kasut ini mencapab... ini kasutnya :)

lingga yang pilih... pakai ikut warna baju ye... :) warna biru kainnya baldu
*
*
*
*

sedang perhimpunan berlangsung, ada satu slot yang aku ingin kongsikan.
kelakar

dalam perhimpunan pelajar matematik tadi juga, ada penyampaian anugerah kecemerlangan mengikut batch dan untuk praktikum. selama ini, tidak pernah aku mendapat pointer yang paling tinggi dalam kelas. dan, aku juga tidaklah seorang yang HOTSETUF. lantas, aku tak pernah bujet yang apa2 anugerah dan tidak pernah rasa nama aku akan disebut untuk mendapat anugerah..

tiba-tiba, ini ayat pegerusi ye
"untuk anugerah semester 5, dipersilakan nurul adila bt che rahim"
respon aku
tengok kiri dan kanan menunggu tuan punya nama bangun dan ambil hadiah. satu dewan bagaikan diam menunggu siapakah gerangan insan tersebut???
"nur adila che rahim", sekali lagi di umumkan
aku terdetik dalam hati dengan muka BLUR terpancar cerah di raut wajah
'' eh, nama aku?''

aku pun berdiri dan ke pentas untuk ambil hadiah... terlupa la aku pakai kasut biru ni...
ambil hadih pun dalam keadaan yang blur.. 
ni hadiah yang jabatan matematik bagi :)
alhamdulillah
hadiah yang tidak disangka-sangka
masa atas pentas, pensyarah tanya,
''berapa pointer awak?''
hehehe.... 3.++

pastu sayup-sayup di belakang sane aku mendengar rakan sekelas
HAHAHAHA... KASUT BIRU...

alamak, macammane nak sorok?? hehehe... malu dan blur.

muka blur lepas dapat hadiah menampakkan muka aku bulat getel.. hek3... ape pun, alhamdulillah :)

lepas terkejut, blur dan teruja :) senyum dengan penuh kecomelan.
p/s : alhamdulillah... walaupun tidak pernah tahun tentang prestasi sendiri, akhirnya dapat anugerah yang di idam-idamkan :) segala blur dan terkejut membuatkan satu dewan tergelak.. hehehe.. walaupun ada rasa sedikit malu, but then masih menjadi sweet memory :)

alhamdulillah ya Allah..


4 comments:

Lingga K& said...

ya rawk miss dila!!!!!!!!!!!!!!!

cik pentol said...

hehehe.... berani!

~UNA~ said...

Xpe.. Berani itu penting. Kasut una xde dah kaler hitam2 skrg kecuali utk formal event n dkt ofis. Itupun dr rumah pakai wedges warna merah dlu.. Padahal baju warna biru, coklat, etc. Kadang2 pergi ofis pkai wedges warna kuning. Yg penting kita yakin dgn diri sendiri. Baru2 ni una ada beli kasut warna oren. Haaa. Remaja ye dak?? Hehhe

cik pentol said...

betul... skunk ni kan dah style kan... mcm nerd sangat kalau asyik pakai kasut warna hitam je...
nak jugak kepelbagian.. tapi kasut warna lain yg mencabup2 ni memerlukan keberanian yang tinggi :)
remaja!!!

randomly

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...