Monday, October 15, 2012

rezeki dan kaya

assalamualaikum...

alhamdulillah, walaupun dalam kesibukan, hujung minggu baru ni sempat juga balik ke rumah spend masa ngan parents dan si kecil balqis itu.. dapat jugak la p melawat abby yang sedang menduduki PMR.

abby (pronouns abi), akak percaya ah kat abby!! bolehnye~ dia lebih pintar berbanding aku. mungkin. hahaha. tidak mahu mengalah!

memang hujung minggu baru ni, banyak aktiviti yang dilakukan di rumah. dah macam tak de weekend da. tapi, seronok sebb boleh spend masa ngan family memandangkan sem ni adalah sem kritikal. banyak event hujung minggu dan sebagainya.

dan dalam kesibukan menyiapkan rumah untuk majlis rumah terbuka tu, abah duk plan nak buat chalet la pulak dalam kawasan rumah tu.. rasa mcm kelakar je! rumah kami baru siap ye. tu pun banyak lagi nak kena pasang. tapi alhamdulilllah, dah boleh tinggal di sana da. * jadi warga negeri kelantan la pulok aku!

dalam perjalanan nak balik ke besut, mak duk cerita la pasal buku yang dia baca.

makan gaji tapi kaya

mak kate, boleh je nak kaya. maknanya, kena wat banyak kerja! kena buat tusyen ke, jual kuih ke, jual topup ke, sewa kereta ke, sewa rumah ke, sewa bilik ke, jual lembu ke dan sebagainya yang boleh mendatangkan hasil bila mase2 tak de duit ni la kan....
duk sembang-sembang pasal nak jadi kaya ni, terkeluar la kat mulut aku yang sedang separuh mengantuk ni

akak : senang je nak jadi kaya. jangan kedekut. bagi-bagi je kat orang!

abah lak menyokong.

abah : betul. kalau kita bagi apa yang orang nak, t Allah bagi ape yang kita nak. insyaAllah..

:: p/s :  rezeki tu luas. dan rezeki tu hak Allah. mungkin kaya adalah salah satu rezeki. namun, kalau kita tak kaya, Allah kurniakan rezeki yang lebih indah. anak-anak yang baik, keluarga yang sihat, anak-anak yang bijak. yang penting dalam soal rezeki, minta lah dengan Allah. cuba untuk mudahkan urusan orang. insyAllah...


3 comments:

Nurul Afiqah Zani said...

cepat2 lah kaya..boleh beli preve..hehehehe :P

Anonymous said...

There are certainly a lot of details like that to take into consideration. That is a great point to bring up. I offer the thoughts above as general inspiration but clearly there are questions like the one you bring up where the most important thing will be working in honest good faith. I don?t know if best practices have emerged around things like that, but I am sure that your job is clearly identified as a fair game. Both boys and girls feel the impact of just a moment’s pleasure, for the rest of their lives.

cik pentol said...

hehehe... terima kasih atas sokongan anda...

randomly

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...