Friday, October 05, 2012

mari pilih memilih

aku akan mencintai dirimu sebagaimana engkau mencintai aku. dan cinta aku ini bukan untuk mainan mu, bukan juga untuk mempermaikanmu. maka, aku memilih untuk bersabar selagi belum aku ketemu, siapa dirimu.. dan tatkala itu saat aku menemui kamu, kamu akan menjadi teman suka dan duka ku, dan aku akan berkongsi segala rasa yang selama ini aku pendam dan aku rahsiakan kerana ianya khas untuk dirimu,, dirimu yang bernama suami.

pergh~ jiwang seh.. sekali sekala..

ingin aku kongsikan. mungkin benda ni berlaku kat aku sorang,
 mungkin juga berlaku kat beberapa orang dan
 mungkin juga berlaku kat semua orang.

 namun, perkongsian ini aku kira melalui apa yang aku rasa tentang PILIHAN KITA.

saban hari, ada saja kita dengar berita gembira tentang kawin, bertunang dan sebagainya.
 tahniah kepada mereka yang telah melangkah dan akan melangkah ke alam baru. ada juga sedikit rasa cemburu menghambat diri ini..
sedangkan aku, masih terus menjadi.. juga mencari...

kadangkala, aku terlalu sibuk mencari calon duniawi.. hendak sahaja yang kacak, hendak sahaja yang berpendidikan tinggi, hendak sahaja yang ada penampilan... sehingga karakter duniawi ini menjadi ukuran untuk dijadikan calon atau pun tidak. namun, adakah semua karakter atau ciri ini akan menjamin kebahagiaan kita setelah berkongsi segalanya?? rasional~ fikir kan...

dan hari ini, aku menghadiri talk show imam muda nuri. bila dia mengaji, subhanallah, sangat merdu suaranya.  dan ak fikirkan, andai calon yang dipilih memenuhi kriteria sekalipun, andai tidak tahu mengaji, memujuk isteri dengan ayat Allah, aku kira sama juga ruginya. jadi, kat mane nak cari?? mencarilah dalam keadaan menjadi.. menjadi sepeerti yang Allah inginkan, maka Allah akan bagi apa yang kita inginkan...

sejujurnya, aku juga ingin sekali bercinta. menyayangi dan rasa disayangi, namun aku masih menunggu. menunggu redha daripada Allah untuk aku bercinta. kerana aku takut, masjid yang akan aku bina tercemar dengan ketidakredhaan Allah andai aku lalai menjaga hati ini... ya..aku sedar bahawa hati aku cukup lemah untuk menepis fitrah sendri, maka aku mohon Allah jaga dan peliharalah hati ini...

p/s : pilihan di tangan kita. jika aku, aku memilih mereka yang menyayangi aku, mempunyai agama dan ilmu untuk mendidik aku dan keluarga kami dan .......(biarlah menjadi rahsia hati)
 > sesungguhnya diciptakan pasangan untuk saling melengkapi..

 wallahualam. assalamualaikum.

1 comment:

Anonymous said...

I want to change my Blogger/Blogspot background into a picture I want instead of the ugly plain ones that provide you with.. . I tried looking up on google how to change it but it only came up with how to change the background with the old Blogger. . . HELP!.

randomly

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...