Saturday, November 10, 2012

siapa dia?

makan malam - itulah kali pertama aku melihat dia dalam kumpulannya. aku perasan dia sedang melihat aku sedang bising dan berhuhahuha dengan rakan seperjuangannya. ramai yang aku kenali, tapi bukan dia. lalu aku biarkan sahaja. 
detik hatiku : eh, sape dak ni? tengok-tengok, nak tegur aku la tu.. tapi tak de modal kan.. hahahaha..

aku sudah lama tiba di bilik. kebetulan, kelasnya di sebelah. dia dan ahli kumpulannya melintas. melintasi kelas aku dan aku perasan itu. dia berpakaian kemeja kuning air. aku perasan itu. sedang adik-adik bersidang, aku meringankan kaki melangkah ke kelas sebelah! pasti, dia sedang menyokong ahli kumpulannya. aku menghampiri, aku tanya tentang .....(aku lupa)
dan saat itu aku tanya, sem berapa, nama apa, orang mane, kos ape.. 
detik hatiku : oh, kanak-kanak lagi rupanya. ingatkan senior diorang. hahahaha...

di tempat makan, aku biasanya akan lepak dengan kumpulan mereka. antara yang ter'rapat' dengan aku. dan, saat itu aku asyik bercerita. dia tengok je aku duk cerita ni.. diam je orangnya. 
detik hatiku : haish, jangan la pandang aku.. aku ada wat salah ke? ke salah cakap??

malam tu, kami semua berbondong-bondong keluar dinner. kena pula kedai kurang sedap. kami duduk berdekatan.
detik hatiku : hahaha.. cover malu le tu duk sebelah pempuan. tetiba lak ko jadi pendiam.. hahahaa... (masa ni aku rasa nak gelak sampai tergolek2 tapi cover sopan... ramai kot orang masa tu)

kami bersiap ingin pulang selepas makan tengahari. aku ajak smuanya bergambar bersama. menggunakan fon cikai-cikai sahaja. tetiba je,dia ada kat belakang aku dalam gambar
detik hatiku : banyak lagi ruang kosong. nak gak duk kat orang cantik.. hahahaah... 

p/s : selekeh kan detik hati aku... 
ada ke aku rasa macam nak gelak bila ingat detik hati sendiri..
siapa dia?
orang yang mengingatkan aku pada detik hati yang kelakar..
:)))

No comments:

randomly

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...