assalamualaikum.
alhamdulilllah... alhamdulillah ya Allah.. masih deberi peluang untuk terus menghirup oksigen di bumi allah, masih diberi kekuatan untuk terus berjalan dan buat kerja, masih diberi nikmat suatu kehidupan..
alhamdulillah....
dalam menempuh hidup sehingga 22 tahun ni, banyak suka dan duka dah di alami. jika duka itu mampu buat aku menangis, yang suka juga mampu buat aku tersenyum.
namun, itulah mehnah kehidupan dunia. suka dan duka itu silih berganti.
apa pun, alhamdulillah..
sebenarnya, jauh di sudut hati ini, ingin aku menaip tentang sambutan ke 22 ini. namun, kemalasan yang membara membuatkan aku menunda sehingga ke hari ini (2 hari je)
seperti tahun-tahun yang lalu, tidak ada sambutan yang meriah-meriah pun.
sejak dari kecil, hanya sedikit hadiah dan ucapan dari kawan-kawan.
itu sahaja. tiada yang istimewa.
dalam gembira mengingati hari kelahiran, sepatutnya perlu lebih risau kerana umur semakin tua. adakah aku hambaNYA yang cukup beriman dan bertakwa??
persoalan menjengah di kotak minda.
baiklah. hari ini aku ingin kongsikan ucapan rakan-rakan. bermula 16 november 2012 jam 1130 malam sehingga 18 november 2012 jam 230 pagi
1. faris safwan mahadi ( dua pupu, anak sepupu abah.. aku baik ngan dia since kami sama umur)
esok 17? aku tak taw ada ape.. so aku rasa macam nak wish je... happy birthday dila.. semoga berjaya dunia akhirat...jadi hamba yang taat pada Pencipta.
2. siti aisyah ( kawan baik mase matrik.. dia sedih sgt aku keluar matrik. dia wish setiap tahun walaupun dia kt oversea. still baik sampai sekarang, rindu dia)
assalamualaikum... dila.. happy birthday.. saya nak tunggu sampai pukul 12 tapi saya takot saya tertido.. saya nak wsh yang 1st...saya doakan yang terbaik untuk awak.. jaga diri, iman dan hati... semoga berkat Illahi sentiasa bersama awak.. :) miss u...
3. hamiza hamzah ( my classmate yang sama birthdate ngan aku, teruja jumpa kembar)
happy besday syg
4. k.efi ( senior satu batch)
hepi besday dear... :)
5. tmrewards (tm pun wish jugak.. hahaha )
TM wishes you NUR ADILA BINTI CHE RAHIM a wonderful birthday!
6. zurina ain ibrahim ( housemate, classmate)
salam dila, hepi 22nd besday... moga2 hidupmu diberkati Allah dunia dan akhirat hendakNYA. maafkan kesilapan zu sepanjang persahabatan kta jika zu tersalah cakap / terlebih bergurau.
7. amalina ( classmate )
salam. happy bday dila ;) semoga panjang umo, diluaskan rezeki yang halal dan berkat, sntiasa bahagia dan ceria selalu :D
8. jihah ( kawan tusyen masa zaman sekolah )
owhhhh... happy birthday my dear! may Allah bless u always.. live up your life k... semoga cepat2 kawen. hehehe
9. abg fizie ( senior debat)
hari lahir selamat hingga ke anak cucu
10. syukri ( nama panggilan : senget )
heppy besday mokcik senget.. semoga panjang uo n murah rezeki.. amin
11. zuhri ( kenalan debater ip islam bangi )
hb awak... ingatkan suh tengok aim malam ni.. haha...
12. taufik (kenalan debater ip perlis merangkap kenalan running man)
alah... saya baru nak buat2 lupe... keh3.. ok2.. eheemmm, test suara 1, 2, 3, 4... dengan ini saya mengucapkan selamat hari lahir ke-22 kpd akak nuradila bt che rahim... semoga dimurahkan rezeki, dipermudahkan urusan di dunia dan akhirat, dan semoga menjadi guru yang cemerlang pada masa depan... amin ya rabbb ;)
13. kak zema ( rumate mase matrik, she's so caring )
hepy besday dear;)
semoga dipermudahkan segalanya.
14. ila (classmate dan housemate :) )
ehem2... housemate cyg.. epy besday awk.. sengaja je ila wish lambat..semoga panjang umo, murah rezeki dan sihat sentiasa..
15. izzul ( debater mizan.. merangkap geng gegiler dan satu kepala.. dia selalu jadi kauselor aku... kawan baik taufik )
salam. kpd kakak ku yang comel lg baik. sanah helwah. sj xnak wish awal2 bia akak ingat saya wish lambat. saya doakan doa akak sentiasa dimakbulkan Allah. berjaya dunia akhirat dan kawen cepat2. be urself but be ur best self.. ;-) amin.
p/s : cukup lah kat fon je aku tulis kat sini.. kat fb korang tengok sendiri... ape pun, terima kasih yang memberi ucapan... yang text malam2 saat aku dah tidor dan tersedar dengan senyuman yang panjang.. saban tahun, memang begini sajalah cara aku menyambut ulangtahun kelahiran. tiada yang istimewa.cukup sekadar doa yang tulus dari kalian wahai sahabat :)
terima kasih semuanya
alhamdulillah
alhamdulillah
No comments:
Post a Comment