Saturday, November 10, 2012

cincin emas

assalamualaikum...
sekarang jam 11.51 malam. baru je sampai rumah dari kampung halaman... sesungguhnya sangat penat mentransform rumah kepada homestay.. dulu penuhkan rumah dengan barang2 untuk nampak macam rumah.. sekarang, kosongkan barang peribadi untuk dijadikan rumah tumpangan pula... penat memang penat. sesudah ciap, melihat hasilnya aku boleh menghela nafas lega.

baiklah, ingin bercerita tentang cincin emas. satu-satunya yang aku beli dan yang telah aku jual.


aku beli awal mei tahun baru ni. sebab? 
1. meraikan pertandingan debat perpaduan ipg yang penuh suka, suka, suka dan sedikit duka. penuh pengalaman yang mengasyikkan, disulami juga dengan perkenalan dengan adik2 ipg (aku lebih senior berbanding mereka, senior sedikit sahaja), pertemuan dengan geng2 debat yang sudah pun dikenali daripada pertandingan yang lalu...
2. menghadiahkan diri sendiri dengan suatu yang aku inginkan. 
3. memujuk hati untuk terus kuat dan menghadapi realiti yang dia tak suka aku! - (kununnya alih fokus lah dalam kehidupan dengan membelikan sesuatu yang telah lama aku inginkan)

masih aku ingat kejadian pagi itu, aku ceritakan segala masalah hati yang lemah ini kepada emak. "kesian akak, sampai da hilang fokus dah... dah la akak, tak yah la..." lalu, perbualan kami diteruskan dengan bercerita soal emas pula.. lepas sahaja perbualan dengan mak, aku brsiap ke batu6 untuk meronda-ronda kedai emas.. terlihat satu cincin, menarik~ lalu aku beli..

kisahnya : ramai juga yang sangsi dengan sebentuk cincin emas di jari. namun, aku selalu katakan, memang aku yang beli sendiri.. buat masa ini, masih belum ada yang memberi dan aku juga belum jumpa orang yang akan memberi (mungkin). teringat pada satu ragedi di kedai makan.. semenjak tinggal di rumah sewa, sudah lama kami tidak keluar makan di mana-mana kedai. kerana lebih selesa masak sendiri dan ikut suka hati..
pada suatu petang :
waiter : nak makan ape? minum?
aku dan kawan : kami nak _____________ dan ________________
waiter : cantik cincin...
aku : hehehe... terima kasih :)sambil senyum kambing kat situ...
------>> aku takde la nak g explain lak kat waiter tu yang aku beli sendiri kan...ape-ape jelah!

baru-baru ini : yang sedihnya, cincin tersangkut di celah-celah raga ketika aku sedang sibuk mengemas bilik. dan, akhirnya menyebabkan ianya hampir patah. sedih- sedih juga, tapi daripada masalah terus berlaku, aku nekad je nak g jual cincin tu..
kebetulan keluar g pasar, aku singgah kat kedai emas dan terus jual...

sekarang, sebentuk cincin yang pernah aku beli, hanya tinggal kenangan lalu menjadi coretan aku dalam blog.. ada yang lebih baik, aku percaya!

p/s : banyak perkara yang nak aku cerita dalam blog. semoga mood menaip ini datang lagi esok.. selamat malam semua! 


No comments:

randomly

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...