assalamualaikum...
rasa kelakar bila letak tajuk post panjang mcm ni... tapi itulah realiti..
bagi sesetengah orang, katenya menjadi guru itu mudah.. sangat mudah.. sehingga ada individu yang menghina profesion guru kunun-kununnya mudah dan sebagainya...
aku sedang menjalani praktikum ke dua selama 2 bulan ni sebuah sekolah di sekitar kuala terengganu.. sejujurnya bukanlah satu perkara yang mudah... dan aku memang berhasrat, dalam aku mendidik, aku tidak mahu lagi mengalirkan air mate... aku perlu menjadi guru yang kuat untuk mendidik anak didik aku demi agama dan negara.. merekalah yang akan jadi baik atau tidak dengan acuan kami para guru.
orang menyatakan menjadi guru senang, ada jaminan, ada elaun dan sebagainya. itu aku tidak nafikan. namun begitu, orang ramai perlu juga menilai apakah halangan dan cabaran dalam menjadi guru.. haruslah bukan sesuatu yang mudah...
aku selepas penyelian bersama dengan guru dan pensyarah pembimbing, aku rasa pening dan ingin muntah.. rasanya, terlalu banyak lagi perkara yang perlu dipelajari, banyak lagi benda yang perlu aku hadapi... praktikum adalah sekadar 'warming up' atau orang melayu kata, pemanas badan..
jadi, bagi adik2 yang akan menghadapi praktikum dan bakal diposting, positifkan keadaan. kita belum lagi bermula, dan percayalah, terlalu banyak halangan yang perlu kita hadapi.. jadi, ubatnya adalah IKHLAS..
kita akan menjadi guru seumur hidup kita, tanpa ikhlas, kita akan merana...
menjadi guru memang dipandang mudah, maka doakanlah semoga Allah memudahkan segala urusan dan perjalanan kita untuk menjadi guru.. wallahualam....
p/s : belum terlambat untuk ikhlaskan hati, teruskan berdoa.... ianya seronok kalau kena pada caranya.. keep learning~ alhamdulillah :)
1 comment:
My sis instructed me about your web site and the way great it is. She's right, I am actually impressed with the writing and slick design. It appears to me you're simply scratching the floor in terms of what you may accomplish, however you're off to an ideal begin!
Post a Comment