assalamualaikum...
ini adalah kisah benar. dan dengan meneliti perjalanan hidup seorang perempuan ini, aku rasa sangat kagum dengan sifat kasih dan sayang dia. betapa aku fikirkan itu sekarang....
>> tak mo taing2 ok!
ok, wanita ini ialah my mom's friend. dia ni aku rasa la ibu tunggal,kalau tak silap dengan care dia cakap tu. ( lau bukan ibu tunggal pun, dia mesti jadi seorang yang sangat indi la.. becoz.... t aku bgtaw nape okeh!!)
aku panggil beliau cik ju.. bukan anak dara, tapi the correct pronounce is 'mak cik ju', sillence mak.. so tinggal cik ju.. nampak muda sikit..
ok2... berbalik kepada latarbalakang hidup dia.
nama: cik ju
bilangan anak : 12 orang ( yang di besarkan )
pekerjaan : guru agama > ajar pai dan segala yg sama dengannya
status : seperti ibu tunggal
bercerita tentang beliau. beliau ni macam aku cakap tadi, dia seorang ibu tunggal 12 orang anak. berdasarkan sumber yang boleh dipercayai, beliau ni gigih sangat demi anak2 beliau. beliau buat rumah besar2, memang besar giler umah beliau sebb beliau kate anak beliau ramai. dan kalau ada jual ape2 kat sekolah, beliau akan beli banyak la, sebb jawapan yang sama, anak beliau ramai. korang bayang la.. anak beliau je da sedozen. ramai kan... barang2 sume kena beli ikut ramai anak... nasib baik beliau ada kerja..
selain tu, beliau abeskan duit beribu2 sebulan untuk anak dari sudut pendidikan. beliau beli supplement tuk anak2 beliau. beliau bagi anak2 beliau minum madu. minum susu kambing. banyak la yang beliau telah peruntukkan demi anak-anak. dari segi pemakanan pun mcm tu juga. beliau beli yang berkhasiat untuk anak beliau. ayam ni, memang haram jadah la makan ayam bandar suntik2 ni.. beliau rela beli ayam organik keluarkan hpa. ayam tu rm20 sekor. sampaikan nak buat bbq, bakar2 pun makan ayam organik. prinsip dia, tak pe duit habis, asal benda baik! nasib baik beliau kerja...
seterusnya, beliau ni seorang yang jujur, baik hati, pemurah, besar hati dan seangkatan dengannya. dia ni salah seorang dealer hpa, tapi dengan dia memang dapat murah. tak perlu la kita nak jadi ahli lau beli ngan dia.. dia memang baik hati la.. tak tipoo! kemudian, dia ni jujur.lau a, cakap a. memang tak lekok2.. tengok la cara dia berniaga.. dia jujur.. dia ni mempunyai harapan yang sangat besar. dia berniat sekiranya dia panjang umur, dia nak buka sebuah maahad tahfiz depan umah dia. aku nak habaq mai ni, umah dia pun dia buat sikit2, bila ada duit, buat.. sebb dia tak buat loan umah... shethink out of the box lah!!
next,dia menceburi bidang lakonan! eh2... silap,bidang perniagaan....
antara barang2 jualan beliau ialah kain pasang, produk2 hpa dan paling latest emas. memang la kalu pk, tak cukup la duit dia lau nak harapkan gaji semata2.jadi dia ni bijak. dia guna bisnes tu, rotate2 duit dan dia guna sikit2 untuk anak, untuk niaga dan untuk umah. prinsip dia, insyaallah ada jalan kua....
moral : sejenak aku terpk, hidup yang dia sedang usahakan adalah untuk anak-anak dia. untuk dia didik anak2 dia dunia dan akhirat. untuk anak2 dia jumpa Allah..
memang cik ju hebat lah!! dan cik ju memang sangat penyayang..
mungkin kita tengok dia kuat, tapi sebanyak mana da dia nangis untuk dapat kekuatan tu kita tak tahu
dengan kasih sayang yang ada pada dia, allah beri dia kekuatan. subhanaAllah...
ni bukan cik ju taw.. aku cilok kat en google.. tq en google!! oyeh2
aku nampak dengan cara hidup dia, dia memberi segalanya untuk anak2nya sehinggakan seluruh apa yang dia ada..dialah seorang wanita..
semoga allah memberkatinya
::padanlah anak2 beliau da 2 orag hafizah...
-------> aku terINSPIRASI untuk menjadi seorang perempuan yang bila aku bergelar isteri, bila aku bergelar ibu, aku nak jage keluarga aku, aku nak jage anak2 aku dari makan dyorang. semoga inspirasi dari cik ju ni menjadi satu langkah dan batu loncatan aku kearah itu... SUBHANALLAH.
No comments:
Post a Comment