assalamualaikum....
hehehe.... penatnya selepas 3 hari setiap pagi kena berkejar ke sekolah untuk buat students belajar dan 2 petang bergegas ke kelas aerobik untuk kurangkan lemak!! tapi mula2 memang mcni... sebb life aku tak aktif...
k, bercerita tentang kena ngajar kat sekolah.. aku sebenarnya diminta menggantikan kawan aku yang pada hari ahad dan isnin ari2 menghadiri kenduri kawin kawan dia ntah kat mane la.. jadi dia mintka la aku tolong ganti ngajar dak pemulihan tahun 5 di sekolah kebangsaan renek. memandangkan rumah aku tak le jauh dan aku da tak de keje kena wat, aku terima la offer tu selama 2 hari sahaja. dia nak offer lagi seminggu, tapi aku tak leh nak bagi kate putus...
ape yang menjadi masalah kepada aku sekarang ni, dak2 tu da jatuh cinta la pulak kat aku.. hahahaha.. korang jangan la salah faham. diorang bukan suka sangat kat aku.. tapi aku ni tak marah, aku dengar diorang bace sorang2, aku main2 ngan diorang...aku faham la, dak pemulihan ni nakkan perhatian sebenarnya.. aku tengok diorang ni boleh je bace lau kita bagi perhatian kat dia...
maklumlah aku ni guru baru, memang tak bape reti nak marah. dan aku takkan touch budak tu sebb budak tu pun kecik je kan. bukan esar sangat pun salah yang diorang buat. so, walaupun kontrak kelas tambahan aku tamat pada hari isnin, aku terpaksa la pergi jenguk gak sebb dak2 tu memang mengada nak aku g kelas diorang!! ingat ** erti hidup dengan memberi.. so, aku rasa, aku perlu sentiasa berasa gembira sebb aku akan memberi mereka erti kehidupan dengan ilmu yang aku ajar ni....
memang agak penat sebb seramai 5 student tu, aku kena dengar sorang2 baca. sampai aku sendri da boleh ingat da ape yang diaorang bace tu.. tapi aku dapat lihat la peningkatan yang mana mereka lebih cepat faham.. lau hari ni belajar tambah tanpa mengumpul semula, esoknya mereka da boleh buat soalan tambah dengan mengumpul semula da...
penat tapi dila, u have to love it....
maybe arini penat kot, dengan tak sarapan... kena pulak kawan aku suh aku ngaja sampai 3 jam.. deal 2 jam je.. hadoiyai.... siap la kooo esok!!
No comments:
Post a Comment