Wednesday, November 14, 2012

when i see my past,
i would really cry..
who can help me to wipe my tears??

ya Allah, kuatkanlah hatiku ini. sesungguhnya siapalah aku tanpa bantuanMU. siapalah aku tanpa bimbingan dan pentunjukMu ya Allah..
sesungguhnya Engkau Maha Mendengar, Maha Mengetahui maka, aku mohon, untuk tahun baru ini, jadikanlah aku hambaMu yang lebih beriman dan bertakwa..
peliharalah hatiku ini Ya Allah dari kedukaan.
permudahkanlah urusan pembelajaranku, mudahkan urusan rezekiku, mudahkanlah urusan jodohku, mudahkanlah langkah kaki ya Allah
berilah aku kesihatan yang baik, pemikiran yang baik ya Allah.
kurniakan kepada ku imam yang baik, yang akan menunjukkan aku jalanMU.
ya Allah, hanya kepadaMU tempat aku berdoa dan tempat meminta pertolongan.
bantulah aku ya Allah.... 

Tuesday, November 13, 2012

dats wat a fren for

malam ni tacing lebih sikit
ntah nape aku tetiba rasa sedih ngan diri sendiri

dan, dengan linangan air mata tu, aku sent message kat kawan2.
"kalau ko sedih, ko buat ape?"
aku sent kat kawan2 rapat aku...
kawan yang rapat dan baik dengan aku.

tibe-tibe, ada orang kol
~arip~

aku dengan sedu-sedan angkat kol. segan gak, tapi redah jela... ada ke patut arip gelakkan aku! bagus.
but, at least '' aku dah mengukirkan senyuman di bibir ko'' kata arip.
dari aku tersedu-sedu, ngan hingus dalam hidung  sehinggalah aku leh cakap elok2 dan tersenyum kembali.
rindunya nak jumpa diorang.
diorang yang turn aku untuk jadi lebih positif dan lebih matang dalam menghadapi masalah.

lepas cakap dan aku dah ok semuanya, aku terus teroka balik gambar kami g lepak kat pantai. tapi, arip tak letak gambar dia. jadi, yang ada hanyalah aku, biskot dan tret. 

here they are

ketua pentol : biskot

sebelum basah kena ombak

tret, biskot dan aku

inilah namanya permainan si pentol... nampak tak??

tak berjenis punya gambar

rindu kat tret... jarang contact, dia sibuk



lepas dah ok sume, aku text balik kat arip.
i said
"thanks 4 the smile and laugh"
he replied
''dat's wat a fren for''

p/s : aku suka berkawan dengan mereka, kerana erti persahabatan itu benar-benar persahabatan.
thanks kamu semua.

bila kita kesedihan di bawah, baru kita kenal siapa sebenarnya kawan untuk kita.. manfaatkan!

aku.... ingin berubah

when i sit and remember my past
the tears come out.
how stupid i m in my past
and how people dont really trust me.

at my past, i really feel like im totally loser
and i do many thing to make me believe in myself
and one at a moment i stop
i said
dila, u can do it actually.. u r great.
do not stop.
discover yourself!

p/s : ada orang telah ditakdirkan dengan wajah yang cantik, bakat yang banyak, bijak dan pandai. beruntunglah menjadi diri anda. kerana disekeliling penuh orang yang tetap setia menyokong perjuangan anda.

aku tiada bakat dalam berbahas. dek kerana aku tidak ada bakat, maka aku inginkan sesuatu. ingin sesuatu yang akan buat aku percaya pada diri...
>> if i can have someone who will always support my way.. wipe my tears, be my shoulder, trust on me and do support me wherever the person is... i pray for u to be good for me (amin)
amin.
amin.
amin.

Monday, November 12, 2012

hormati hak orang lain

assalamualaikum...
tadi, aku betul2 rasa nak marah.
sebab? 
mereka yang merokok di dalam kopitiam tanpa memikirkan hak-hak orang lain..

hello pak cik, kopitiam tu udah le kecik, meja pulak dekat-dekat, pastu kopitiam itu udah le tertutup, yang pak cik sedikt tidak concern ni ape ke hal nya??
leh tak pk kan hak-hak orang lain dalam kedai tu??


sepatutnya kat malaysia ni kena ada sediakan satu bilik khas di mana-mana untuk menghisap asap ni.. dan supaya semua orang lain dijamin kesihatannya.. 
memang aku marah sesangat kat perokok-perokok yang tidak menghormati hak orang ni... 



dan, yang paling kesian, bila bapak-bapak ni hisap rokok tatkala anak-anak masih di dukungannya... lagi sedih bila wife tengah pregnant, ko boleh hisap rokok tu banyak2.. kesian la kan wife ko, susah payah mengandungkan anak nak suh lahirkan jadi baik, ko hisap lak rokok, menjadikan anak ko sedikit LEMBAB
please be concern...

p/s : aku tak suka pertama sebab bau dia. kedua, sebab aku sangat alah asap.. ketiga dan yang paling penting aku nak jaga anak-anak dan keluarga aku agar menjadi keluarga yang terpelihara...
semoga encik bakal bukanlah seorang perokok dan aku mohon dia ada prinsip yang sama dengan aku..



Saturday, November 10, 2012

siapa dia?

makan malam - itulah kali pertama aku melihat dia dalam kumpulannya. aku perasan dia sedang melihat aku sedang bising dan berhuhahuha dengan rakan seperjuangannya. ramai yang aku kenali, tapi bukan dia. lalu aku biarkan sahaja. 
detik hatiku : eh, sape dak ni? tengok-tengok, nak tegur aku la tu.. tapi tak de modal kan.. hahahaha..

aku sudah lama tiba di bilik. kebetulan, kelasnya di sebelah. dia dan ahli kumpulannya melintas. melintasi kelas aku dan aku perasan itu. dia berpakaian kemeja kuning air. aku perasan itu. sedang adik-adik bersidang, aku meringankan kaki melangkah ke kelas sebelah! pasti, dia sedang menyokong ahli kumpulannya. aku menghampiri, aku tanya tentang .....(aku lupa)
dan saat itu aku tanya, sem berapa, nama apa, orang mane, kos ape.. 
detik hatiku : oh, kanak-kanak lagi rupanya. ingatkan senior diorang. hahahaha...

di tempat makan, aku biasanya akan lepak dengan kumpulan mereka. antara yang ter'rapat' dengan aku. dan, saat itu aku asyik bercerita. dia tengok je aku duk cerita ni.. diam je orangnya. 
detik hatiku : haish, jangan la pandang aku.. aku ada wat salah ke? ke salah cakap??

malam tu, kami semua berbondong-bondong keluar dinner. kena pula kedai kurang sedap. kami duduk berdekatan.
detik hatiku : hahaha.. cover malu le tu duk sebelah pempuan. tetiba lak ko jadi pendiam.. hahahaa... (masa ni aku rasa nak gelak sampai tergolek2 tapi cover sopan... ramai kot orang masa tu)

kami bersiap ingin pulang selepas makan tengahari. aku ajak smuanya bergambar bersama. menggunakan fon cikai-cikai sahaja. tetiba je,dia ada kat belakang aku dalam gambar
detik hatiku : banyak lagi ruang kosong. nak gak duk kat orang cantik.. hahahaah... 

p/s : selekeh kan detik hati aku... 
ada ke aku rasa macam nak gelak bila ingat detik hati sendiri..
siapa dia?
orang yang mengingatkan aku pada detik hati yang kelakar..
:)))

randomly

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...