Thursday, November 08, 2012

Berakhirnya semester 6 (2)

semester 6 berakhir dengan tanda tanya yang cukup besar (?) 
kerana....
tiada jaminan penempatan kepada para senior yang bakal keluar. 

walaupun aku akan belajar lagi setahun, namun keadaan ini agak merisaukan aku juga sebenarnya..
bukan ape, kursus kami adalah perguruan. skop pembelajaran dan pekerjaan kami sudah dikecilkan. ada beza dengan pendidikan. kerana, pendidikan ini skopnya lebih luas ( ntah dari mana la aku dengar semua ni )

aku yakin, rezeki itu pada Allah.. berdoa dan memintalah padaNya. pasti ada.
insyaALLAH.

p/s : aku sudah jual cincin emas kenanganku tahun ini.. akan aku ceritakan sejarahnya :) have a nice day.

Wednesday, November 07, 2012

berakhirnya semester 6 (1)

assalamualakum... tak jawab dosa! jawab, sayang~

alhamdulillah, sudah berakhir sesi pembelajaran semester 6 sekali gus tamat jugalah sesi pembelajaran secara formal di IPGKDRI pada tahun 2012..

tahun ini, pertandingan debat paling mendominasi jadual dalam kehidupan aku. bermula dari bulan februari sehinggalah september (setakat ini kalau tidak menyertai PISZA). dan pengalaman debat tanpa henti sepanjang tahun, menjadikan aku lebih matang dalam membuat keputusan, lebih sabar dengan karenah adik-adik, lebih positif dengan kutukan setelah semuanya hampir aku yang kena jawab tentang team.. mungkin ada juga mereka yang terkena tempiasnya, apapun belajarlah sesuatu di sebaliknya..

ada beberapa perubahan juga berlaku dalam semester ini iaitu PRAKTIKUM. semester lepas, sebulan. semester ni tiga bulan menjadikan aku sedikit sebanyak perlu bertoleransi dengan murid dan keadaan sekolah. bukan mudah menjadi guru seperti yang diuar-uarkan orang. tapi, insyaalah teruslah berusaha untuk terus berjaya.

p/s: aku ingin bercerita lebih panjang, kiranya post ini sekadar intro. mahu bersiap untuk pulang ke rumah. di rumah, aku pasti mengadap lagi benda petak warna putih ni untuk update blog.. :)

p/s 2 : sepanjang tahun ini tipulah kalau aku kata tiada yang mengusik hati. ada.. tapi alhamdulillah, Allah masih lagi menjaga hati aku. sakitnya bila hati kita disentuh, tersentuh tetapi terus terguris tanpa diubati. tapi ALLAH ada untuk kita terus memanjatkan doa mohon kekuatan.. aku masih single (alhamdulillah)

p/s 3 : kenangan paling manis bagi aku dalam debat sem ni, bila aku jadi best speaker di suku... walaupun biasa je sebenarnya, tapi alhamdulillah... ada yang meletakkan kepercayaan...


Friday, November 02, 2012

nak kawin

assalamualaikum...

cuti sekolah dah nak dekat. ramai kawan2 dah mula hantar kad kawin mereka kat aku.. yang paling best, aku dapat in person.. hehehe... ada yang post kad kat rumah! hah, kes kad yang di post kat rumah ni satu punya hal lah.. mak tengok dan tanya siapa.. tak de rahsia pun nak sorok-sorok citer daripada mak..
kalau kat IPG ni,mcam dah jadi budaya la pulak kawin mase belajar.. berlambak isteri orang nak2 final year ni.. alhamdulillah... ramai dah kawan2 aku yang memegang amanah berat untuk membentuk keluarga muslim.... dan, timbul lah persoalan terhadap aku pulak....

haritu mak datang rumah (rumah sewa), aku kenalkan mak dengan zara ( housemate yang akan menamatkan zaman bujangnya disember ini ). mak kate kat zara, " tahniah la, dah sampai jodoh.. dila ni calon pun tak jumpa2". time tu aku macam biasa je sebb aku lagi taw ape yang aku go tru sampai aku rasa aku hold dulu la kot pasal  benda2 ni...

even, mak cik aku pun dah nak kawin. tahniah suna! lepas dia, aku akan menjadi sasaran sedara mara dengan soalan-soalan " bila nak kawin dan sebagainya" dan mase sekarang, aku menjawab dengan tenang - kakak belum ada calon. bayang pun tak dek.. dan berlalu pergi ke tempat lain..

:'( im hurt banyak dalam proses pencarian ni.. yang aku jadi pelik sangat2 bila orang cakap pasal bertunang, kawin, melamar dan sebagainya, at the end, diam saje.. pendapat aku, pempuan mane tak tersentuh lau lelaki tu da cakap pasal sasuatu yang serius, tapi jangan la main2...dan, bila sudah menjadi sedemikian rupa, haruslah kita hilang sorang kawan kita.. dalam kes aku, aku hilang sorang kawan baik~ tapi, itu mungkin jalan yang terbaik daripada aku terus dibelenggu dengan ketidakpercayaan terhadap seseorang.. go on with my life...

sejujurnya, kes dengan kawan baik ni menyebabkan aku rasa BODOH  sangat dengan diri sendiri... sebab, kawan baik adalah kawan yang kenal kita jauh lebih rpat berbanding orang lain dan aku sakit hati double berbaning orang lain.. maaflah~ pahitkan nak terima semua ni, tapi itulah kebenarannya!
belajarlah daripada kesilapan adila...

oh, ada satu lagi cerita. ada kawan sekelas aku (mase zaman sekolah) dah nak kawin.. so, ada orang tanya, aku ok tak bila dia nak kawin.. to be honest, aku rasa baguslah dia nak kawin. at least jodoh dia dah sampai. yang aku nak marahnya, kenapa text tu nak tye aku ok ke tak? aku bukan ada ape pun ngan budak yang nak kawin tu...

p/s : dalam-dalam hati aku, aku nak kawin. tapi aku nak kawin dengan cara yang terbaik, tanpa terluka, tanpa rasa tertipu... dan selagi belum masanya, itulah yang akan menjadi sebutan doa aku.. apa sahaja yang berlaku, mengajar aku bagaimana untuk bertindak dan apa untuk belajar.

warning : jangan pernah sentuh hati aku kalau dan jika kalau (if and only if ) kau tidak berniat memetik aku!


>> aku lebih seronok dengan hidup sendirian sekarang daripada disakiti hati ini. aku lebih suka berfikir tentang diri aku daripada memikirkan orang yang belum tentu untuk aku. aku lebih suka berfikir tentang apa yang aku nak daripada aku tunggu msg dan kol. dan aku lebih seronok layan running man daripada chat kat facebook. hehehe...

running man variety show adalah salah satu cara aku lupa perkara yang buat aku fikir tentang kesedihan. aku confius dengan diri sendiri akibat penipuan itu! damn...

Wednesday, October 31, 2012

assalamualaikum...

mood exam kembali... dan aku bukanlah seorang yang sangat rajin serta yang lama fokusnya... aku juga suka menulis tanpa menjadikan nota aku sebagai pelangi2.. aku suka guna pen biru, pink dan oren sahaja..

dan nota aku, aku je yang faham.. sebb cara ak belajar, adalah ikut suka aku sahaja...

gudluck exam~

Tuesday, October 30, 2012

majlis naik rumah

salam...

alhamdulillah, raya kedua lepas, akhirnya kami sekerluarga telah pun wat majlis naik rumah kat kampung... selepas 5 tahun buat dengan kesusahan abah.. akhirnya, terbina juga satu rumah milik kami semua...

dalam nak menjayakan majlis tu, banyak benda yang memenatkan. memang la... nak buat makan, nak jemput-jemput orang bukanlah senang. dan, terlebih dahulu aku mintak maaf,tak ajak semua orang sebb ajak kenalan dekat dan sanak saudara je dulu...

memang penat bila kami buat majlis 2 hari. satu harinya pada waktu malam, untuk doa selamat dan keesokan harinya  untuk majlis kesyukuran. sakit-sakit badan kami sekeluarga. dari persiapan sampai la nak kemas..
memang aidiladha tahun ni bukanlah beraya sangat tapi lebih meraikan orang-orang lain...

kawan-kawan mak dan abah yang datang memeriahkan lagi suasana... rasanya, jemputan hanyalah 300 kot, tapi penatnya.. sebb kami tak pernah wat majlis sendiri. biasa pn jemputan tak sampai seratus. sedikit berasa penat sebagai tuan rumah..

p/s : semoga di rumah itulah, lebih banyak biah solehah dihidupkan.. semoga dirumah itulah lahirnya imam-imam dan hati-hati yang baik, semoga di rumah itulah, lahirnya keluarga yang dirahmati ALLAH... insyaALLAH.. terima kasih mak dan abah.

randomly

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...