kalau korang baca post yang lalu tentang rezeki ------>entry ini
sesungguhnya saat itu aku sangat memikirkan sama ada team ipgkdri layak atau tidak untuk ke debat perpaduan ipt di upm julai ini..
semakin hari semakin kuat debaran di dada takkala masih menunggu keputusan daripada ipg induk. alhamdulillah, kami mengetahui yang team kami berjaya ke debat perpaduan ipt... alhamdulillah.. ada rezeki kami!
dalam pada masa yang sama, kami juga menghadiri debat alam sekitar 29 jun - 3 julai dan bersambung 4julai - 8 julai di upm untuk debat perpaduan ipt..
alhamdulillah, aku memang cukup berbangga dengan mereka. mereka yang naik bersidang untuk kumpulan aku.. korang memang superb..
tamat je debat perpaduan ipt, aku akan menjadi alumni debat ipg dan menguruskan team baru dan akan menempatkan diri untuk menguruskan team... setakat ini, aku masih belum dapat handle kelab kerana kekangan masa. jadi, lepas ni, skop kerja lebih tertumpu kepada pengurusan dan praktikum memandangkan kesibukan yang menghimpit mendesak aku untuk memberi sepenuh tumpuan untuk mereka yang akan dididik dengan penh kasih sayang!
sesungguhnya rezeki itu milik ALLAH, jodoh juga milik ALLAH..selain berusaha menjadi baik, berdoalah bersungguh.. serahkan urusan padaNYA.. alhamdulillah, kami masih dapat rezeki untuk ke pertandingan debat ipt..
p/s : untuk debat alam sekitar, aku tidak berharap terlalu tinggi.. harapan menyertai das (debat alam sekitar) adalah untuk team belajar dan terus belajar...
untuk debat perpaduan, aku dijadualkan untuk sepenuhnya menjadi reserve a.k.a simpanan.. maka, aku akan berusaha menjadi simpanan yang terbaik dan terus menyokong kamu semua.. aku paling tua, dan aku akan selalu ada untuk sokong kalian.. chaiyok2..
jum layan gambar debat perpaduan ipg 2012.. jangan muntah!
adilaCR memang berangan num 1.. puas! puas dapat catat kejayaan akhirnya. atleast top 3. alhamdulillah... |
mereka... akak sentiasa sokong anda semua.. (maaf andai aku marah korang tak izin laluan) tahniah |
hahaha... motifnya encik irfan rendahkan dirinya ;( aku taw le aku rendah, no need to mention with action! tahniah encik! |
piala yang paling cantik dan berharga buat kami semua... |
tahniah... walaupun kita tak juara pada mata mereka, kita bersyukur kerana kita juara pada diri kita... mereka =) |
alhamdulillah atas rezekimu yaAllah |
ipg kampus dato' razali ismail dan ipg kampus temenggung ibrahim tempat kedua dan ketiga.. tahniah buat anda semua |
yeeehhhh, nampak mcm tak balance kan... ngeh3.. muka aku nape jadi mcmtu?? |
bersama mereka, pensyarah pembimbing yg sentiasa menyokong dan tuan pengarah yang sporting =) |