assalamualaikum penduduk bumi dan pembaca sekalian alam
alhamdulillah, 4 hari lepas dapat keputusan utk ditempatkan bekerja di negeri bumi kenyalang, SARAWAK.
sebelum result posting tu keluar, mengigil juga badan ni..
deretan gambar tempat posting kawan2 yang dikongsi melalui wasap, rata-rata dapat negeri-negeri semenanjung...
aku bergegas buka laman web berkenaan. tekan2 no kad pengenalan, tak dapat akses pulak. mesti jem sebb ramai tengah cek. hantar no kad pengenalan kat kawan bg dia cek, bergegar ase jantung bila taw dapat sarawak... n aku amek masa utk slow2 nak bagitahu orang lain.
org pertama yang kol masa tu adalah sepupu FARIS SAFWAN
dia kol sebab kawan baik die dah dapat resilt posting dan kol nak tanya aku dapat mane.
then, aku bgtaw abah. abah nampak cool je. dia cakap
" kakak tak pe kan. kakak kan kuat"
mak baru bangun dr tidur terus ucap tahniah. mak biasanya akan lagi cool dr abah.
aku kol nenek kat kg, terkejut.
aku tak dapat nak bayangkan macamane la reaksi dia saat tu...
dan aku khabarkan pada kawan2 kelas,
alhamdulillah, ramai dapat sarawak.
ini membawa maksud, alhamdulillah aku tidak keseorangan.
senior2 yg telah dipostingkan di sarawak pun menyambut baik kami melalui kata2 semangat di FB.
bila sebut sahaja sarawak,
anggapan orang pastinya jauh, susah nak balik, dapat orang sana la dan macam2 lagi yang mematikan semangat positif ini...
aku sudah terlalu lama menganggur. aku terlalu merindui profesion aku. di saat aku di tempatkan di tempat yang paling baik pilihanNYA, ada suara2 sumbang yang mula menjatuhkan semangat...
yang paling tak leh blah kuasa doploh,
ade insan yang sanggup kol aku semata-mata nak jatuhkan semangat aku
dia pun belom pernah ke sarawak,
tapi spekulasi mcam duduk doploh lapan tahun kat sane
terus sakit hati bercampur sait kepala bercampur lagi sakit perut dengan insan sebegitu.
nasib baik ada lagi insan lain yang tak putus2 memberikan semangat dan kata2 nasihat untuk terus kuat.
p/s: apa pun, aku bersangka bahawa Allah sedang meletakkan aku di tempat yang terbaik untuk aku belajar dalam fasa ini. belajar tentang kehidupan. hari ini masih hidup sendiri, esok lusa merancang untuk hidup berdua dan lebih ( nampak tak permainan aku?? hihi... insyaallah ) semoga di sarawak kelak, semuanya baik2 sahaja... semoga Allah ada dalam setiap langkah, nafas dan niat hati ini....
makaru wamakarallah
wallahu kairul maakirin
:)
alhamdulillah
Saturday, March 22, 2014
Tuesday, December 24, 2013
perjalanan yang bererti
assalamualaikum...
alhamdulillah. selesai sudah temuduga suruhanjaya perkhidmatan pendidikan (SPP).
semuanya berakhir dengan selesa dan perjalanan yang 'awesome'
hari ini, 24 disember 2013, aku berada di sekolah kebangsaan jalan pasar, kuala lumpur.
sebuah sekolah di dalam bandar kuala lumpur, dikelilingi jalan dan bangunan besar.
menarik? mungkin menarik kerana aku singgah hanya untuk menemani kakak angkat yang sedang bermesyuarat sempena sesi persekolahan yang baru.
termenung aku seketika mengingatkan hari semalam...
semalam, 23 disember 2013.
hari yang penuh dengan aktiviti. bermula subuh, bersiap menuju ke kompleks B, tujuannya adalah untuk menghadiri temuduga SPP. aku dan rakan-rakan pusingan ke-dua. semua perempuan. berada dalam temuduga itu, sungguh penat juga emosi aku. terpaksa tersenyum dalam keadaan orang sedap-sedap je nak mengkritik. itulah lumrah dunia. mereka di atas, melihat kami kecil sahaja di bawah.
aku berazam : sekiranya aku di atas, aku tidak mahu bongkak dengan orang di bawah. insyaallah.
selesai di temuduga, aku sedar IC tercicir. penat juga mencari... belom ketemu. tiba-tiba rakan sebilik terjumpa dan serahkan pada aku.. alhamdulillah!
kami menuju ke masjid putrajaya. ingin makan tengahari di sana. kaki aku sudah sakit. mana tidaknya, bertubuh besar dan memakai kasut bertumit tinggi runcing 3 inci (semua ini hanya kerana SPP). sakit kaki terpaksa di tahan juga. terpaksa.
selesai makan, aku masih berkira-kira ingin ke cheras, rumah kakak angkat.
(oh ya, sekarang aku di putrajaya, presint 9)
jam menunjukkan 1.30 petang. aku belom kemas kan walau satu pun pakaian ke dalam beg. pkul 2 sebolehnya aku sudah ke putrajaya sentral... seperti lipas kudung la aku masukkan semua barang. tapi, masih kemas tersusun.
230 petang, sampai di putrajaya sentral. beli tiket KLIA transit ke bandar tasik selatan. (mujur pernah menjejakkan kaki ke sini). aku kena tukar train. aku kena naik LRT ke cheras. inilah kali pertama aku keseorangan membeli token n naik LRT sorang2. alhamdulillah, bukan waktu orang pulang dr kerja. memang macam orang kampung masuk bandar, tapi alhamdulillah Allah mudahkan segala urusan. sampai di Cheras, kakak angkat ambil dan terus ke rumahnya. perjalanan 2 jam itu dirasakan sangat sekejap. alhamdulillah.
*** sebelum ke sekolah pagi tadi, termenung aku seketika di dalam bilik.
Allah telah terlalu banyak mempermudahkan urusan yang baik-baik pada aku. dan banyak sudah Allah memperbaiki jalan yang aku pilih. bilamana aku mula suka sesuatu perkara yang 'tidak' bagi aku, maka Allah tarik "bende' itu dan ada tatkala aku bersedih.. tatkala itu, mungkin akulah manusia pelupa, yang Allah sedang mentakdirkan sesuatu yang sangat baik untuk aku, hambaNYA.
selama lebih 2 tahun kebelakangan ini, tidak dinafikan, aku banyak juga terguris dengan sikap manusia. bila mereka berjanji setia memegang hati dengan cinta, lalu mereka meninggalkan aku tanpa sedikit bicara lagi. sebenarnya Allah sedang merencanakan yang terbaik buat aku. kerana A;llah itu Maha Tahu dan Maha Sempurna.
p/s : semoga senantiasa dipelihara olehNya. Mohon yang terbaik buatku di sisiMu.
Monday, December 09, 2013
rutin postgraduate cikgi
assalamualaikum.
alhamdulillah, sudah 3 minggu bercuti. sebagai bukan pelajar lagi.
aku sudah tamat belajar.
kini bukan lagi pelajar.
tapi bila orang tanya, aku masih menjawab
"saya masih lagi student"
lebih2 lagi kepada promoter barang-barang yang ditemui di pasaraya.
masih rindu pada zaman belajar. jadi undergraduate student best pe.
mase blaja sibuk nak cepat abes
bila dah abes, melompat-lompat kata best jadi pelajar
mane 1 pendirian kita sebenarnya??
apa pun, alhamdulillah thumma alhamdulillah
tidak menunggu lama
dalam 2 minggu selesai sahaja menamatkan pengajian,
terus dapat makluman yg temuduga akan dijalankan.
makanya, kena membaca tentang isu semasa, isu pendidikan dan pelbagai lagi..
rutin di rumah tidak banyak.
basuh kain, jenur kain, lipat kain, main FB, wechat, line, wasap,
memasak, kemas dapur.
semua tu pun bukan setiap hari di buat
ada hari yg cerah dan indah, boleh la jemur kain, kalau tidak aku juga seperti beruang kutub, duk kat umah, terguling-guling dan tidur.
rindu??
rindu juga pada rakan-rakan. seminggu di rumah, ada juga menitiskan air mata dan update status rindu-rindu kat kawan. lama2, perasaan tu hilang andai rindu ini tidak bersambut.
benar kata orang, life must go on...
besar benar maksud life must go on pada fasa kehidupan ini.
bila kita perlu bergerak ke hadapan dan tinggalkan sahaja mereka yang tidak lagi memngingati, tidak lagi menghargai dan sebagainya...
sungguh, hidup ini mendewasakan... :)
teruslah mengukirkan senyuman..
posting??
memang tidak sabar rasanya ingin posting...
sama seperti orang lain,
semoga aku ditempatkan di kalangan manusia yang baik-baik
baik untuk agamaku,
baik untuk diriku
semoga Allah perlihara hal itu...
tetapkan hati aku dan kumpulkan bersama mereka yang diberkati.. :)
DOA SENJATA MUKMIN.
p/s : post ni mcm random post,
sebelum ni ada sahaja rasa nak post, tapi kadang2 ruang tidak mengizinkan
toto dan tilam lebih memanggil aku untuk melelapkan mata.
badan pun mula membelon.
;)
Friday, November 08, 2013
kawin ooo kawin
assalamualaikum
yes! isu kawin lagi..
tapi kali ini, masih belom masanya bagi aku berkahwin.
orait.
semenjak nak abes belajar ni, kerap la isu kawin ni timbul
ooo, kami kat IPG, memang jadi event tahunan
masuk tahun akhir je,
soalan cepu cemas
BILA KAK NAK KAWIN?
JAWAPAN AKU :
belom lagi.
alhamdulillah juga ditakdirkan dapat rakan sebilik @ rumet yang sama berperasaan dan masih bujang
isu kawin sentiasa menjadi perbincangan kami berdua
setelah diteliti dan di kaji,
perkahwinan adalah tanggungjawab.
memang la seronok kawin, tapi kena seronok juga memikul tanggungjawab yang berat itu
sebabnya, permulaan sebuah keluarga adalah PERKAHWINAN.
bercerita isu tanggungjawab, aku pernah membuka ruang dan peluang yang sangat luas kepada seorang lelaki
tak pernah kenal, tak pernah jumpa, tak pernah bercakap,
tapi aku bersetuju untuk mak dan ayah dia kenal siapa aku
aku risik siapa anak dia,
bertanggunggjawab atau tidak
aku setuju mak ayah dia nak datang rumah (yang tak pernah aku berani buat macamni kat orang lain)
aku bersedia untuk terima siapa dia dan baik buruk dia
sebab aku percaya bahawa asasnya tanggungjawab
dan aku belajar juga untuk sayangkan dia.
malangnya, i was the only one yang buat gtu.
ini di pihak aku, aku rasa begini
aku penat sekiranya aku seorang sahaja berusaha untuk satu-satu hubungan
mak, nenek, mak cik sume suruh aku give up
even diorang tak bagi dah aku g ziarah mak ayah lelaki tu
susah tak?
susah laa... tapi kena buat juga
tak kan nak bagi kesan kat pelajaran mcam dulu
sampai drop markah exam sebab tak leh nak fokus
lepas jadi macam tu,
aku rasa aku tak leh dah nak bagi peluang yang sama besar pada insan yang sama itu
ape yang kita nak, kita kena usaha
kalau yang jatuh dari langit,
kena syukur
mungkin juga, JODOH BUKAN MILIK KITA
kemudian, aku putuskan,
KITA KAWAN SAHAJA. TAK LEBIH.
p/s : setiap aturan Allah pasti ada HIKMAHNYA. insyaallah, aku dan engkau akan jumpa yang lagi baik.
insyaallah!
inspirasi : bila aku post je kat fb pasal kawin, love dan sebagainya, ramai je like~ hot stuff!
assalamualaikum! tak jawab dosa, jawab SAYANG!
Monday, November 04, 2013
tentang perasaan
assalamualaikum.
ahad lepas baru sahaja pulang dari DEBAT ALAM SEKITAR 2013.
akhir-akhir sebagai guru pelatih ni, masih lagi diberikan peluang untuk menjadi pendebat
walau hanya sekadar reserve..
2 hari lagi, akan bermula peperiksaan akhir semester bagi semester terakhir ini.
rasanya sekejap sahaja lima tahun setengah di bumi kuala terengganu ini.
pelbagai rasa dan rencah di akhirnya.
di dalam rumah, barang-barang sudah 70% dibawa pulang. termasuklah mesin basuh, rak buku dan hampir 90% baju kurung, baju t-shirt dan pakaian lain. hanya tinggal 6 pasang sahaja baju kurung dan beberapa baju tshirt utk dipakai sehari-hari.
lebih kurang sebulan sebelum menamatkan pembelajaran di sini, kira- kira 2-3 minggu yang lalu, aku sering berasa sedih utk meninggalkan semua kenangan di sini. sedih meninggalkan kasih sayang yang telah terbina di sini. SEDIH. dah tu, takkan nak nangis pulak kan? makanya, dengan jiwa yang besar di dalam diri ini, aku set banyak benda nak buat. nak create happy events la konon. nak kua makan same2 dengan mereka2 itu.
bersederhana lebih indah.
aku jadi frust la bila aku sahaja yang beriya-iya nak create happy ending ni. orang lain macam tak de roh~
tak semua orang. tapi ade segelintir yang buat aku sentap!
akhirnya, perasaan SEDIH tadi bertukar menjadi perasaan TAK KESAH
tak larat la nak layan semua perasaan orang.
lagipun, buat ape nak bazirkan air mata pada perkara-perkara yang tak penting.
p/s : kehidupan ini bagaikan buku. aku tinggalkan IPG bukan beerti persahabatan aku, perkenalan aku dan kamu terhenti di sini. dan aku bukan ingin meninggalkan kamu dan jadi kenangan sebagai sejarah. tidak! inilah episod perkenalan dan persahabatan kita. dan ianya akan berterusan sampai sehingga mana Allah mengizinkannya.
kawan-kawan, sahabat, kenalan, rakan, teman dan guru, terima kasih kerana segalanya telah banyak mematangkan aku di sini. hanya Allah yang mampu membalas segala kebaikan kalian dalam mendewasakan aku menjadi lebih baik dan lebih matang saban hari.
Subscribe to:
Posts (Atom)